Flying Fox – Keseronokan Meluncur di Udara

Flying fox dilakukan dengan cara meluncur dari ketinggian tertentu melalui wire (kabel). Mereka yang melakukan flying fox akan berasa seronok kerana dapat merasai pengalaman dan suasana yang berbeza.

Cara bermain flying fox pemain hanya perlu meluncur dari ketinggian melalui tali yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Ketika melakukan flying fox, kita hanya perlu menggunakan beberapa peralatan khusus yang disediakan untuk keselamatan.

Antara peralatan semasa melakukan aktiviti flying fox adalah figure of eight, carabineer, seat harness dan helmet. Setelah menyiapkan diri dengan peralatan tadi, cara-cara untuk melakukan flying fox dengan betul iaitu sebelum meluncur kita hanya perlu duduk di atas seat harness sambil tali sudah dikenakan pada tali yang sudah diikat pada pokok ke pokok, dinding ke dinding atau sebagainya apabila sudah digantungkan. Setelah itu, langkah seterusnya iaitu meluncurkan diri daripada papan yang dipijak.

Hilangkan rasa takut dan lakukan seolah-olah kita sedang terbang. Setelah ditarik oleh orang yang menunggu dipenghujung tali, kita hanya perlu berdiri pada kerusi atau tempat tinggi yang disediakan agar petugas mudah menanggalkan carabineer yang diikat pada tali. Mereka yang melaluinya sahaja yang akan merasai keseronokan tersebut.

 

AsiaCamp,

Home of Nature and Learning.

About Author

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.