sembang santai rekreasi

3 Punca Kemalangan semasa Aktiviti Rekreasi.

SEMBANG-SEMBANG REKREASI

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam perpaduan buat semua…..

Pada ruangan perkongsian kali ini sy ingin merujuk kepada 1 soalan yg diajukan oleh beberapa org sahabat sebentar shj td. Soalannya ialah – mengapa apabila kita membicarakan ttg pengurusan risiko dlm rekreasi atau adventurous activities ni, kita sering merujuk kpd 3 kategori utama punca terjadinya kemalangan iaitu ‘PEOPLE’, ‘ENVIRONMENT’ dan ‘EQUIPMENT’?

Sy kongsikan secara ringkas jawapan sy utk tatapan semua ye…..

Ketiga-tiga kategori atau faktor tersebut sebenarnya dah lama wujud namun menjadi popular setelah ianya digabungkan menjadi 1 model khusus. Model ni telah direka & diperkenalkan oleh Cathye Haddock menerusi hasil penulisan beliau yg bertajuk ‘Managing Risks in Outdoor Activities’ (diterbitkan pd 1993 oleh New Zealand Mountain Safety Council). Sebagaimana yg dinyatakan di atas, model beliau ini sebenarnya adalah suatu penambahbaikan kpd model2 terdahulu dari konteks mengenalpasti punca risiko atau faktor2 yg boleh mendorong kemungkinan berlakunya sesuatu kemalangan dlm aktiviti rekreasi luar.

Dari sudut akademik, hakikatnya terdapat byk model pengurusan risiko lain namun dari sudut khusus utk mengenalpasti punca risiko, model ini adalah dianggap paling mudah utk difahami kerana bentuk & olahannya yg bersifat ‘straight-forward’ dan tidak terlalu kompleks utk difahami. Malah, bagi sesiapa yg sememangnya mempunyai pengalaman terlibat dlm aktiviti2 rekreasi luar ini, dgn mudahnya boleh membayangkan/menjangkakan situasi2 yg boleh mendatangkan risiko berdasarkan pecahan 3 kategori tersebut.

So, adaptasi model ini dalam apa jua bentuk kegiatan atau inisiatif2 industri berkaitan rekreasi luar ataupun adventure tourism ialah seseorang perancang, penganjur atau pengendali sesuatu aktiviti tersebut perlu mempunyai kebolehan utk mengenalpasti faktor2 atau elemen2 yg boleh mendorong kepada kemungkinan berlakunya sesuatu yg x diingini berdasarkan ketiga-tiga kategori tersebut. Dgn kata lain, boleh menjangkakan risiko yg disebabkan oleh MANUSIA, PERSEKITARAN mahupun PERALATAN.

Selain itu, sebelum melaksanakan sebarang bentuk aktiviti… perancang, penganjur atau pengendali sesuatu aktiviti juga perlu berupaya utk mengenalpasti perkaitan atau hubungkait di antara ketiga-tiga kategori tersebut. Secara spesifiknya, apabila kita dah tahu apa yg berkemungkinan boleh terjadi berdasarkan setiap kategori, dah boleh menjangkakan tahap keparahan (severity) serta kekerapan (frequency) berlakunya sesuatu kemalangan berdasarkan setiap kategori, dah dapat mengetahui dgn jelas kategori mana yg berkemungkinan menjadi penyebab utama sesuatu incidents or accidents…… maka dari situ bolehlah kita merencanakan tindakan2 susulan yg relevan samaada dlm bentuk pencegahan, pengurangan, pemindahan risiko (risk transfer), implementasi tindakan2 keselamatan bersesuaian secara mandatori dan sebagainya.

Aplikasi model ini juga boleh dilihat secara jelas dalam penghasilan dokumen Risk Analysis & Management System (RAMS). Pengenalpastian punca2 risiko menerusi konsep kategori ‘PEOPLE’, ‘ENVIRONMENT’ dan ‘EQUIPMENT’ ini digunakan/diaplikasikan sebagai salah satu komponen penting dalam RAMS – iaitu di bahagian ‘CAUSAL FACTORS’ / FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB serta di bahagian ‘NORMAL OPERATION’ di dalam bahagian ‘RISK MANAGEMENT STRATEGIES’.

Semoga perkongsian ringkas ini mampu mendatangkan manfaat buat semua, muchas gracias atas kesudian membaca dan ‘crescat scientia vita excolatur’.

#nadaesimposible
#adventuretourismMY
#MaTEX

Tulisan asal adalah penulisan bebas dan santai kepada penggiat rekreasi di ruangan Facebook oleh:

Tuan Mohamad Khairi Mohamad @Alwi

Direktori Pakar Industri Negara,
No. Siri Pendaftaran:- 780124035177),
Sektor HT 11-00 Hospitaliti & Pelancongam (Sub Sektor 11.3 Sukan & Rekreasi), Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia.

Pensyarah Pengurusan Rekreasi,
Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti & Acara,
Kolej Undang-undang Kerajaan & Pengajian Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia,
06010, Sintok, Kedah.

Tekan disini untuk mengetahui tentang RAMS lebih lanjut>>