Artical, Camp, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

BERAKIT DI ASIA CAMP PENGALAMAN BERHARGA

Aktiviti berakit atau juga dikenali sebagai Water Rafting adalah salah satu aktiviti riadah yang wajib menjadi pilihan para peserta yang menjalani pelbagai kem di Asia Camp. Selain ianya menyeronokkan, aktiviti ini juga dapat mengajar banyak nilai-nilai murni iaitu kerjasama, sepakat dalam pasukan dan juga toleransi.

Ibarat kata pepatah yang sering kita dengar, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu juga halnya dengan para peserta yang akan merasai pengalaman aktiviti Water Rafting ini.

Sebelum mereka boleh merasai pengalaman terapung di tengah tasik, semua peserta terlebih dahulu akan diajar cara untuk memasang rakit ini bersama-sama.

Selepas itu, barulah aktiviti berakit ini akan diteruskan dengan memikul pula rakit yang telah siap dibina itu tadi ke tebing sungai. Jelas kelihatan wajah-wajah riang dan gembira para peserta yang berpeluang merasai sendiri pengalaman membina rakit sebelum mereka menjelajah ke tengah tasik. Para peserta juga turut memakai jaket keselamatan sebelum meneruskan aktiviti hebat ini.

Sebaik sahaja tiba di tebing tasik pula, para jurulatih Asia Camp akan memberikan penerangan dan taklimat ringkas kepada semua peserta. Ini adalah perlu bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Setelah semua peserta bersedia, mereka akan menaiki rakit tersebut dan mula mendayung. Aktiviti berakit ini bukan sahaja mendedahkan keperluan kerjasama semasa membuat rakit, malah sikap kerjasama ini terus diperlukan semasa mereka mendayung rakit ke tengah tasik.

Antara kenangan yang paling menarik untuk para peserta adalah di mana, apabila mereka sampai di tengah tasik, inilah masanya untuk mereka terapung di atas air sambil menikmati pemadangan langit biru yang luas terbentang.

Indah sungguh songket bersulam, Hasil dari jahitan tangan, Berakit sambil melihat alam, Terapung di tasik beri ketenangan.

Keadaan di mana mereka dibuai gelombang lembut air tasik sambil wajah masing-masing disapu angin bayu akan membuatkan segala masalah yang melanda hilang buat seketika. Itulah yang digambarkan oleh para pencinta alam semulajadi betapa keindahan dan keunikan alam dapat memberikan seribu ketenangan kepada manusia.

Klik di sini unutk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *