Artical, Camp, clients, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

KAWAD KAKI MELATIH DISPLIN DAN KESERAGAMAN

Kawad kaki melatih displin setiap anggota badan beruniform yang menjalani latihan ini. Latihan perbarisan kawad kaki ini sering diadakan di asia camp dari pelbagai jenis unit badan beruniform. Perbarisan kawad kaki ini memerlukan semua ahli yang terlibat berbaris dalam posisi lurus dan teratur setiap masa.

Selain daripada itu, mereka juga perlu membuat tabik hormat kepada pegawai yang berjawatan tinggi apabila telah tiba di altar. Untuk memastikan keseragaman dalam setiap gerak geri dan langkah, setiap ahli yang terlibat perlulah mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Justeru, latihan ketat dalam aktiviti kawad kaki melatih displin setiap ahli pasukan yang terlibat.

Semasa latihan perbarisan, seorang konduktor akan berada di hadapan barisan dan mengetuai perbarisan di samping memberikan arahan kepada ahli pasukan tentang bagaimana cara pergerakan mereka dan juga ke mana hala tuju mereka. Sebagai contoh antara laungan yang sering kita dengar adalah seperti “dari kiri hentak kaki” dan “SEDIA”.

Kedudukan SEDIA. adalah di mana seseorang itu perlu berdiri dengan merapatkan kedua-dua tumit dan kedua-dua paha. Hujung kaki pula dibuka lebih kurang 12-15cm. kedua-dua tangan pula perlu digenggam dan diletakkan rapat pada penjahit seluar atau kain. Dada pula dibuka luas dan dagu diangkat tegak.

Jelas kawad kaki melatih displin setiap anggota badan beruniform untuk memastikan mereka menepati ciri-ciri kawad kaki dan perbarisan yang sempurna. Selain daripada kedudukan dada dan dagu yang dinyatakan di atas, dalam keadaan SEDIA juga, ahli pasukan badan beruniform tidak boleh bergerak dalam apa jua bentuk sekalipun. Ini bermaksud mereka dilarang untuk menggosok badan, menggaru, menampar dan sebagainya semasa dalam keadaan SEDIA.

Selain keadaan SEDIA, arahan SENANG DIRI, Rehatkan diri, Masuk Barisan, Bersurai, Berpusing Ke kiri, Tutup Barisan dan Ke Kanan Lurus adalah antara istilah-istilah yang perlu difahami oleh setiap kadet yang menyertai perbarisan. Setiap kadet juga perlu peka dengan arahan Jurukawat supaya setiap pergerakan mereka kemas, teratur dan yang paling penting sentiasa seiring.

Fungsi kepimpinan adalah untuk menghasilkan lebih ramai pemimpin, bukannya lebih ramai pengikut – Ralph Nader

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *