Mengatasi Ketakutan Dalam Hidup
Takut merupakan musuh senyap kepada diri. Rasa takut adalah suatu perasaan yang diciptakan Tuhan untuk melindungi manusia kerana adanya ancaman, musibah atau bencana dari luar yang akan menyebabkan mudarat kepada diri. Ketakutan dalam hidup yang utama itu haruslah dikembalikan kepada Tuhan kerana Dialah yang merupakan Sang Pencipta dan Pemilik kepada seluruh kehidupan manusia.
Namun demikian, dengan alpanya manusia, kini ketakutan itu telah berubah bentuk dan menghinggap jauh sehingga menjadi barah di dalam seluruh kehidupan manusia. Akhirnya, ketakutan ini menjadi tentangan terbesar kita yang merayap dari faktor-faktor yang tidak diketahui dan secara membabi-buta.
Ketakutan dalam hidup ini mampu hadir dalam pelbagai bentuk dan wajah, yang kebanyakannya melibatkan prestasi dan reputasi diri. Seringkali ketakutan ini terdengarnya logik, namun kadangkala ia berubah menjadi tidak logik jika ditakuti secara berlebihan.
Apakah ketakutan dalam hidup yang digeruni oleh kita?
- Apakah saya akan gagal dalam hidup? …kerana musnahnya keputusan yang bagus? Hilangnya pekerjaan? Punahnya bisnes diri?
- Bagaimana mungkin hidup di masa depan dengan tabungan yang sedikit? Tiada tabungan? Hutang-piutang yang berlonggok di keliling pinggang?
- Mungkinkah juga takut akan sakit yang ada di dalam diri? Sakit kanser yang menghadir? Mungkin menjadi lumpuh, pekak atau buta.
- Sesetengah yang lain takut tiadanya kebahagiaan diri. Diri yang tidak berkahwin, tiada anak, tiada yang menyayangi akan dilupakan orang. Tiada yang akan menemani hidup.
- Ada yang lebih menjurus kepada prestasi diri seperti takut berucap di khalayak ramai, takut memimpin, takut dimalukan dan diperli oleh yang lain.

Takut akan ketinggian juga merupakan salah satu ketakutan dalam hidup
Hakikatnya, ketakutan ini merupakan satu anugerah dari Tuhan. Ia perlu diacu dan disalurkan kepada laluan yang menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi diri untuk terus bangun dan maju di dalam hidup. Oleh itu, ketakutan ini merupakan satu faktor yang perlu dihadapi dan dikuasai. Hanya dengan menguasai ketakutan yang ada di dalam diri, kita akan mampu menjadi lebih kuat, lebih bertenang, dan bersabar menghadapi kehidupan.





Asas tentatif program ini penting untuk memastikan para peserta merasa seronok dan sentiasa bermotivasi sepanjang kem ini dijalankan. Selain daripada itu, adalah penting juga kepada setiap penganjur untuk menitikberatkan aspek
Asas tentatif program ini juga perlu dikaji selidik dengan baik oleh para penganjur. Selingan aktiviti-aktiviti outdoor dan indoor yang menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta juga adalah perlu bagi mengelakkan kem tersebut menjadi hambar dan membosankan.
Pihak penganjur juga pasti tidak terlepas dengan sesi ceramah. Justeru, dalam slot ceramah ini juga pelbagai faktor yang perlu diambil berat oleh penganjur. Pemilihan penceramah yang mampu menceriakan suasana dan pandai mengambil hati para peserta adalah sangat penting sepanjang program berjalan. Isi ceramah juga perlu disemak supaya tidak menyimpang jauh daripada objektif program. Sebagai contoh, sekiranya kem yang dianjurkan bertemakan kem bina semangat, maka ceramah yang disampaikan perlulah menyentuh tentang psikologi seseorang dan cara terbaik dalam pengurusan masa.
Semasa latihan perbarisan, seorang konduktor akan berada di hadapan barisan dan mengetuai perbarisan di samping memberikan arahan kepada ahli pasukan tentang bagaimana cara pergerakan mereka dan juga ke mana hala tuju mereka. Sebagai contoh antara laungan yang sering kita dengar adalah seperti “dari kiri hentak kaki” dan “SEDIA”.
Jelas kawad kaki melatih displin setiap anggota badan beruniform untuk memastikan mereka menepati ciri-ciri kawad kaki dan perbarisan yang sempurna. Selain daripada kedudukan dada dan dagu yang dinyatakan di atas, dalam keadaan SEDIA juga, ahli pasukan badan beruniform tidak boleh bergerak dalam apa jua bentuk sekalipun. Ini bermaksud mereka dilarang untuk menggosok badan, menggaru, menampar dan sebagainya semasa dalam keadaan SEDIA.


Langkah-langkah penjimatan perlu diambil seperti meminimumkan perbelanjaan atau membuat kutipan derma. Perancangan perbelanjaan yang tepat perlu diuruskan oleh Bendahari yang dilantik semasa mesyuarat dan adalah sangat perlu setiap penyata pendapatan dibentangkan semasa mesyuarat. Bendahari juga perlu mencatat segala rekod keluar masuk wang serta menyimpan semua bukti perbelanjaan seperti resit dan invois.
Bagi jabatan kerajaan pula, perancangan perbelanjaan yang tepat adalah sangat penting dan juga perlu disertakan dengan laporan kerana segala perbelanjaan akan diaudit pada akhir tahun. Ini kerana kebiasaannya, jabatan kerajaan akan menggunakan duit peruntukan yang ada bagi melaksanakan progam modal insan jabatan. Justeru, jabatan seperti ini tiada kekangan dari segi kewangan namun segala aliran perbelanjaan perlu telus dan amanah.




