Secara umumnya, kecergasan fizikal ini adalah kemampuan, kebolehan dan kemahiran seseoang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih, dan masih ada tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan di masa terluang.
Tetapi, berdasarkan statistik pada 2015 yang lepas dari KMM, peratusan kanak-kanak dan remaja kita yang mengalami masalah obesiti di kedua-dua sekolah rendah dan menengah semakin meningkat. Itu adalah report 4 tahun yang lepas. Laporan terperinci perangkaan perubatan pula menunjukkan bahawa masyarakat kita umumnya semakin tidak berminat dan banyak mengelak diri dengan aktiviti-aktiviti fizikal. Ibaratnya, terlebih sudu dari kuah. Sudahlah diri semakin ‘membesar’, malas pula bersenam malahan corak pemakanan tidak sihat semakin menjadi-jadi.
Ini semua boleh menyebabkan kecergasan fizikal seseorang itu menjadi semakin lemah, cepat lesu, kekuatan otot dan stamina badan menurun dan keseluruhan koordinasi, keseimbangan badan dan kemahiran motor asas menjadi semakin lemah dan terjejas dari masa ke semasa.
Memahami keperluan inilah, kami di Asia Camp menyediakan dan merangka modul-modul yang melibatkan kecergasan fizikal untuk dipraktikkan sekaligus menjadi batu asas kepada kecergasan para peserta yang menghadiri kem unit beruniform di Asia Camp ini. Program kecergasan yang dijalankan di Asia Camp merangkumi tahap asas kecergasan fizikal seperti kemampuan daya kardiovascular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan badan dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (rujuk rajah di bawah).
Gambar-gambar di bawah pula merupakan contoh aktiviti kecergasan dan kem unit beruniform yang terdapat di Asia Camp. Modul kecergasan ini menguji ketahanan tangan, keseimbangan dan kekuatan daya apungan dan bebanan badan. Seperti yang dijelaskan di awal post, BMI yang cantik amat penting bagi generasi muda kita, khususnya dalam menyiapkan modul kecergasan ini.
Jom kita ikuti pula pengalaman peserta-peserta yang lain di dalam video yang menceritakan mengenai pengkhemahanunit ====
Konklusinya, kecergasan fizikal ini juga merupakan salah satu skill yang diuji, dipraktikkan dan terdapat di dalam modul perkhemahan unit beruniform. Oleh itu, berat badan merupakan indikator penting yang menyumbang kepada keseimbangan dan kesihatan badan. Kemampuan dan daya tahan kepada aktiviti lasak dan fizikal membuktikan kecergasan fizikal seseorang peserta itu berada di tahap yang baik.