ILMU PEMBANGUNAN PASUKAN DI ASIA CAMP

Proses pembangunan pasukan adalah di mana setiap pasukan dilihat cara perkembangannya daripada peringkat permulaan pembinaan pasukan hinggalah ke peringkat matang. Pada setiap peringkat akan terdapat beberapa perubahan yang berlaku sama ada dari segi karektor atau subordinat organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang peka, beliau harus bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dan konflik semasa perubahan dalam setiap peringkat perkembangan pasukan.

Peringkat-peringkat dalam pembangunan sesebuah pasukan dan organisasi adalah pertama pengenalan antara ahli pasukan. Kedua pertikaian dan persaingan. Ketiga membentuk norma pasukan. Keempat menyokong satu sama lain sebagai sebuah unit dan kelima pembubaran pasukan sekiranya matlamat telah berjaya dicapai.

Proses pembangunan pasukan adalah antara ilmu dan kemahiran asas kepimpinan yang akan didedahkan kepada para peserta yang menjalani kem motivasi, kem jati diri dan terutama sekali kem kepimpinan. Ini kerana, seorang ketua pasukan perlu mendalami ilmu untuk membangunkan pasukan terlebih dahulu sebelum beliau benar-benar bersedia untuk menerajui sesebuah pasukan dan organisasi.

Sekiranya pemimpin berhadapan dengan sikap ahli yang ego dan sukar memberikan kerjasama kepada ahli yang lain, maka sebagai seorang pemimpin, beliau perlu untuk terus bersikap positif dan menerangkan kepada ahli bahawa konflik dalam sesebuah pasukan adalah suatu perkara yang normal. Apa yang penting adalah sikap terbuka dalam menangani masalah.

Proses pembangunan pasukan dianggap berjaya apabila setiap ahli mula sedar dan menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa sebarang pertikaian lagi. Dalam tempoh ini perkembangan pasukan boleh dikira sebagai telah matang dan ahli pasukan juga turut berdaya saing dan cuba untuk memberikan hasil terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan.

Berenang-renang si anak ikan, Jangan sampai mati tertambat, Asia Camp mendidik pasukan, Bersatu padu mencapai matlamat.

Setiap ahli juga hendaklah sentiasa bertukar-tukar peranan agar mereka lebih memahami situasi dan beban kerja seseorang. Ia juga penting bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati sesama ahli yang mengatakan bahawa tugasannya adalah lebih berat daripada ahli yang lain. Selain daripada itu, meraikan ahli pasukan atau pekerja juga adalah penting bagi memastikan aura positif sentiasa berkembang dalam organisasi.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

BIJAK BERKERJASAMA BIJAK BERINTERAKSI DI ASIA CAMP

Bijak berkerjasama dan berinteraksi adalah salah satu ilmu yang didedahkan kepada para peserta yang menyertai kem motivasi atau kem jati diri di Asia Camp. Dalam proses menghasilkan MoU (modus operandi) yang baik dalam sesebuah pasukan atau organisasi, interaksi antara ahli pasukan adalah sangat penting.

Interaksi dan kerjasama yang baik dalam pasukan diibaratkan sebagai enjin untuk menggerakan pasukan tersebut. Jika rosak enjinnya, maka adalah mustahil untuk sesebuah pasukan dan organisasi untuk terus bergerak menuju kemajuan.

Ada beberapa kaedah yang perlu diketahui oleh setiap peserta iaitu memberikan sokongan kepada peserta yang lain semasa teknik bijak berkerjasama dan berinteraksi ini dijalankan. Melalui sokongan daripada pihak lain, seseorang individu yang sering merasa rendah diri dan tidak yakin untuk mengutarakan pendapat akan dapat membina semangat positif dalam diri mereka. Selain itu, para peserta juga turut diajar untuk menerima kelemahan dan kelebihan satu sama lain dalam usaha mendorong sikap positif yang berterusan.

Salah satu kaedah lain semasa berinteraksi ini adalah para peserta diminta dengan rela untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan masing-masing. Ini adalah kerana, terdapat segelintir individu yang digelar sebagai “kedekut ilmu” dan enggan berkongsi pengetahuan dan kemahirannya. Mereka menganggap seseorang yang mahukan ilmu hendaklah berusaha keras mendapatkannya.

Justeru, teknik bijak berkerjasama dan berinteraksi ini seharusnya dapat menyedarkan mereka bahawa ada individu yang dikurniakan dengan kelebihan serta kebijaksanaan dalam sesuatu perkara atau bidang, namun ia tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain sekiranya ilmu yang baik itu enggan dikongsi bersama. Bak kata pujangga, seseorang tidak mampu mengubah dunia jika hanya bersendirian.

Hanya melalui kerjasama dan interaksi yang baik barulah objektif sesebuah organisasi itu akan dapat dicapai untuk keharmonian bersama. Selain itu, menunjukkan keputusan tidak bersetuju juga adalah salah satu ilmu yang akan didedahkan kepada para peserta kem motivasi atau kem jati diri.

Sesetengah orang terlupa bahawa belajar bukanlah secara tergesa-gesa untuk mengejar dan membuktikan sesuatu, tetapi belajar adalah penghargaan kepada diri sendiri – Andrea Hirata

Teknik bijak berkerjasama dan berinteraksi ini akan mengajar para peserta untuk menyatakan rasa tidak bersetuju dengan cara berhemah. Ia adalah penting untuk menyedarkan ahli yang lain sekiranya keputusan yang dibuat itu adalah salah dan tidak sesuai untuk mencapai objektif pasukan dan sekaligus dapat menyelamatkan pasukan tersebut daripada membuat keputusan yang sia-sia.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

PERBINCANGAN BERHEMAH MENJANA KECEMERLANGAN

Perbincangan berhemah mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak atau individu. Malah mungkin juga ada yang mengatakan, “tak kan lah berbincang pun perlu diajar?”. Namun begitu, tanpa kita sedar, ilmu berbicang sebenarnya adalah sangat penting bagi setiap individu tidak kira sesiapa sahaja bagi mengelakkan terjadinya pergaduhan yang sia-sia yang seharusnya boleh diselesaikan melalui perbincangan secara baik.

Menerusi kem-kem dan program motivasi di Asia Camp, antara ilmu yang akan diajar kepada para peserta untuk menjalankan perbincangan atau mesyuarat secara berhemah adalah yang pertama peserta perlulah menetapkan matlamat perbincangan bersama. Ia amat penting bagi mencapai kata sepakat antara semua.

Perbincangan berhemah juga seharusnya berjana menjana idea bermutu antara semua ahli. Melalui perbincangan ini, setiap peserta akan diberikan peluang untuk berfikir dan menyatakan idea-idea mereka. Antara kaedah yang sering digunakan adalah para peserta akan diminta duduk dalam bulatan dan membincangkan idea tersebut. Selepas itu, tugas seorang ketua pula hendaklah menyenaraikan idea-idea tersebut dan memilih antara tiga hingga lima idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, kaedah pengundian idea juga boleh digunakan. Idea yang paling banyak mendapat undian akan dipilih cara penyelesaian masalah. Melalui cara undian ini juga akan mencerminkan kerjasama dalam teknik perbincangan berhemah ini. Ini kerana, keputusan yang dibuat adalah menerusi suara majoriti dan seharusnya tiada lagi pertikaian antara pihak yang terlibat.

Namun begitu, sekiranya tiada kata sepakat yang berjaya diperolehi semasa perbincangan atau mesyuarat, maka menjadi tanggungjawab dan tugas sebagai seorang ketua atau pemimpin pula untuk membuat keputusan muktamad. Walaupun ia bakal menyebabkan ada antara ahli yang merasa terkilan lantaran idea mereka tidak diterima pakai, namun sebagai seorang ketua beliau perlulah tegas dan menjelaskan kenapa keputusan itu diambil.

Alasan mengapa seseorang tidak pernah mencapai cita-citanya adalah kerana dia tidak mendifinisikannya, tidak mempelajarinya, dan tidak yakin bahawa cita-citanya itu tercapai. – Dr Denis Waitley

Apa yang penting, keputusan dan idea muktamad yang diambil itu haruslah dapat menyelesaikan objektif dan tujuan utama mesyuarat atau perbincangan tersebut diadakan supaya tiada isu yang berbangkit pada masa kelak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEM JATI DIRI INTERGRASI SMKBTS 2019

Kem Jati Diri dan Intergrasi telah dijalankan di Asia Camp Kuala Kubu Bahru oleh para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan (SMKBTS)  pada 19.07. 2019 hingga 21.07.2019. Seramai 40 orang pelajar yang berpeluang untuk menghadirkan diri menyertai program yang bermanfaat ini.

Antara aktiviti yang disajikan kepada para peserta dari SMKBTS ini adalah Wall Climbing dan River Floating. Program seumpama ini dijalankan bagi tujuan khususnya untuk membentuk jati diri dan sifat terpuji di kalangan para pelajar sekolah. Penglibatan mereka dalam aktiviti riadah lasak pula dapat menyihatkan tubuh badan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Kem Jati Diri dan Intergrasi SMKBTS ini memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai kehidupan yang berbeza berbanding dengan rutin harian mereka seharian di sekolah. jika di sekolah mereka hanya didedahkan dengan ilmu pendidikan dalam silibus Kementerian Pelajaran, menerusi program kem seumpama ini mereka didedahkan kepada asas pengenalan dan motivasi diri dengan kaedah yang menyeronokkan tanpa sebarang tekanan.

Sebagai contoh, menerusi aktiviti Wall Climbing dapat membentuk kerjasama antara mereka sekaligus merapatkan silaturahim antara semasa pelajar. Jika sebelum ini mereka mungkin tidak mengenali antara satu sama lain di sekolah, melalui penyertaan dalam kem ini mereka berpeluang untuk menambah kenalan baru.

Kem Jati Diri dan Intergrasi SMKBTS ini secara keseluruhannya mendapat sambutan positif daripada para peserta.

Program Pendidikan Khas Intergrasi

KEM JATI DIRI INTERGASI 2019 ASIA CAMP Kuala Kubu Bharu Pada 19-21 Julai 2019.

Ucapan Terima Kasih kepada pihak sekolah SMK BTS, Guru2 serta Jurulatih2 yg mengambil bahagian aktiviti Kem Jati Diri.

Congrats Kepada Peserta2 Semua….??
Semoga pelajar2 dapat belajar sesuatu yg baru dan dapat pertingkatkan lagi semangat jati diri mereka. Terima kasih Asia Camp!?????
#kemjatidiriintegrasi2019 #smkbts #ppki 
#AsiaCamp #AsiaCampKKB  – Salwati Ibrahim

Justeru, kami di pihak pengurusan Asia Camp sentiasa mendoakan semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menyertai kem akan menjadi satu ilmu dan panduan yang berguna apabila mereka dewasa kelak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MOTIVASI UNTUK PARA PEMIMPIN

Motivasi untuk pemimpin adalah jarang didengar ketika kita berada dalam mana-mana sektor pekerjaan. Sering kali kita disogokkan dengan info dan kewajipan sebagai seorang pekerja bawahan untuk sentiasa termotivasi setiap hari dan memberikan sepenuh hati dalam pekerjaan yang sedang kita jalankan. Salah satu program yang pernah diadakan di Asia Camp adalah kem kepimpinan.

Menerusi kem ini, setiap ketua atau pemimpin didedahkan dengan asas dan beberapa perkara untuk membimbing mereka supaya menjadi ketua yang baik dan disukai oleh anak buah. Ini kerana, ketua yang baik sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah syarikat dan organisasi dalam semua bidang.

Motivasi untuk pemimpin adalah salah satunya seorang pemimpin perlu sentiasa positif dan optimis. Sekiranya seorang ketua bersikap pesimif dan negatif, malah lebih teruk memburuk-burukkan anak buah, maka ia bukan sahaja melemahkan semangat kerjayanya sendiri, malah turut mempengaruhi semangat anak buahnya dan orang lain juga.

Sebagai seorang ketua beliau haruslah belajar untuk mengungkapkan kata-kata positif dan memberi semangat setiap hari kepada anak-anak buahnya supaya mereka dapat merasa selamat dan mempunyai daya positif untuk terus berkhidmat cemerlang setiap hari. Menerusi semangat dan khidmat cemerlang yang diberikan oleh semua pihak, maka tentu sahaja organisasi tersebut akan bangkit menjadi sebuah organisasi yang hebat keseluruhannya.

Motivasi untuk pemimpin juga merangkumi sikap untuk menjadikan dirinya sebagai seorang yang dihormati dan disukai oleh anak buah dan juga orang lain. Seorang ketua yang tegas dan berani menghadapi krisis sekaligus mempertahankan anak buahnya pasti akan disenangi dan dihormati. Seorang ketua yang baik perlu tahu mencari jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak tanpa ada pihak yang merasa terbeban.

Terbang indah si rama-rama, Mencari bunga di dalam hutan, Motivasi perlu untuk semua, Pemimpin bermotivasi menjana kejayaan.

Sebagai contoh, sekiranya seorang ketua unit mendapat arahan baru daripada pihak atasan untuk melaksanakan satu arahan baru, maka beliau perlu merangka satu jalan penyelesaian yang terbaik yang melibatkan semua individu dalam organisasi dan tidak berat sebelah. Menerusi kem kepimpinan yang dijalankan di Asia Camp, semua perkara ini akan didedahkan dan diterangkan dengan lebih terperinci dan mendalam bagi memastikan para peserta mendapat ilmu yang secukupnya untuk menjadi pemimpin yang terbaik.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MELATIH PRINSIP KETERBUKAAN DI ASIA CAMP

Prinsip keterbukaan adalah memberi peluang kepada orang lain atau sesiapa sahaja untuk menyatakan dan menyampaikan pendapatnya tanpa menutup idea mereka. Melalui pelaksanaan beberapa program-program di Asia Camp seperti kem motivasi, kem jati diri dan yang paling utama adalah kem kepimpinan mendedahkan para pemimpin tentang betapa pentingnya isu keterbukaan ini.

Dalam program seumpama ini, para peserta akan didedahkan tentang betapa ruginya sekiranya seseorang ketua atau pemimpin itu cuba untuk menutup pintu idea atau ilham orang lain. Ini kerana, setiap individu dikurniakan dengan pengalaman dan ilmu yang berbeza. Justeru, adalah penting bagi seseorang ketua untuk memahami kepentigan prinsip keterbukaan ini.

Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, maka idea baru akan bercambah hari demi hari. Lihat sahaja cara dan medium komunikasi masyarakat zaman kini jauh berbeza dengan masyarakat 3 dekad yang lalu. Jika dahulu nenek moyang kita hanya bergantung kepada posmen untuk mengutus surat demi memberikan dan mendengar khabar berita, berbeza pada hari ini dengan satu klik di hujung jari kita sudah mampu mengakses pelbagai maklumat dan info di dalam mahupun di luar Negara.

Justeru, jika tiada ketua yang mendengar idea dan ilham daripada generasi baru sebegini, tentu dunia hari ini tidak mampu merasai perubahan teknologi moden. Justeru, prinsip keterbukaan adalah perlu bukan sahaja untuk memajukan sesebuah organisasi, malah ia nyata perlu untuk memajukan sesebuah Negara.

Apabila seseorang ketua atau pemimpin ini tadi cuba untuk menutup pintu komunikasi, tidak dinafikan pada awalnya ia akan memberikan “ketenangan” kepada organisasi tersebut. Ini kerana, mereka sudah selesa berada di zon selesa tanpa perlu membuat sebarang perubahan untuk memajukan diri. Namun, apabila pihak lain atau organisasi lain sudah mula mengambil langkah untuk memajukan diri menerusi idea dan ilham baru ini tadi, barulah mereka tersedar bahawa mereka telah terlambat.

Orang kaya bermain saham, Saham menaik meningkat kekayaan, Prinsip keterbukaan menjana ilham, Idea baru meransang kemajuan.

Bagi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan lebih-lebih lagi menerusi pemasaran ke tahap global, adalah penting bagi mereka untuk sentiasa mencari idea baru bagi kaedah pemasaran dan memperkenalkan produk baru seiring dengan peredaran zaman. Akhir kata, sebagai seorang ketua dan pemimpin, anda perlu ada prinsip keterbukaan ini dan tidak perlu takut dengan idea orang bawahan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEM MOTIVASI DI ASIA CAMP

Kem motivasi adalah antara salah satu kem yang paling kerap dijalankan di Asia Camp. Para peserta kem yang kebiasaannya terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja daripada sektor swasta atau kerajaan turut menghadiri kem motivasi di sini. Bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan pasti amat biasa dengan istilah Kem Induksi. Ia merupakan satu program latihan yang wajib diikuti oleh setiap kakitangan kerajaan sebelum mereka disahkan jawatan.

Melalui program-program sebegini, para peserta akan lebih mengenali potensi diri yang seterusnya akan menjadi panduan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Selain menerapkan unsur-unsur nilai murni seperti bersyukur, pelaksanaan program seperti kem motivasi ini juga dapat mengasah minda supaya lebih kreatif dan inovatif.

Ini kerana para peserta akan disajikan dengan aktiviti indoor yang memerlukan mereka supaya berfikir secara kreatif seperti aktiviti Ice Breaking. Istilah ice breaking yang membawa maksud memecahkan ais ini adalah satu program untuk mencetuskan idea-idea di samping mencungkil bakat terpendam dalam diri para peserta.

Sering kali kita mendengar pelbagai ceramah motivasi diadakan lebih-lebih bagi bagi golongan yang menjalankan perniagaan. Bagi mereka, adalah sangat penting kepada setiap individu untuk mendapatkan kembali motivasi diri dari masa ke semasa lantaran pelbagai masalah dan dugaan yang dihadapi untuk mencapai kejayaan.

Melalui program seperti kem motivasi ini, semangat yang hampir lemau dan hilang akibat tekanan,  pengaruh negatif daripada orang lain dan rasa gagal dalam diri dapat dihindarkan. Ia juga sangat penting dalam bertujuan membantu para peserta untuk kembali mengenal hala tuju dan langkah seterusnya  untuk mereka mencapai kejayaan.

Cahaya terang sang mentari, Tasik terbentang nun di sana, Motivasi diri setiap hari, Supaya hidup lebih bermakna.

Hakikat sebenarnya semua individu tidak kira anda berada dalam bidang perkerjaan apa sekalipun, tidak terkecuali juga dalam bidang pengajian, menghadapi masalah yang sama di mana akan ada satu masa kita merasa sangat tidak termotivasi dengan keadaan sekeliling. Perasaan ini harus dibendung dengan mengikuti kem-kem motivasi diri bagi mengelakkan situasi yang lebih buruk seperti tekanan perasaan atau depression. Asia Camp adalah salah satu lokasi yang boleh menjadi pilihan untuk anda menjalankan program seumpama ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

PERKHEMAHAN MODEN ASIA CAMP

Perkhemahan moden di Asia Camp adalah satu cara perkhemahan yang paling sesuai untuk masyarakat masa kini. Ini kerana, para peserta perkhemahan tetap berpeluang merasai pengalaman perkhemahan di dalam hutan sambil dikelililingi oleh bunyi-bunyi kicauan burung dan unggas, namun tidak perlu risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kerana para peserta masih berada dalam zon selamat.

Para jurulatih dan kakitangan kami sentiasa sedia membantu dan berwaspada bagi memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang perkhemahan. Sedikit tips bagi mereka yang masih lagi amatur dalam bidang ini iaitu hutan yang bising adalah lebih baik daripada hutan yang senyap sunyi pada waktu malam.

Perkhemahan moden di Asia Camp tetap mengutamakan aktiviti-aktiviti untuk merasai nikmat sebenar pekhemahan iaitu seperti survival cook dan jungle walk. Melalui aktiviti ini para peserta akan diajar untuk memasak menggunakan kaedah memanggang dan berjalan di dalam isi hutan untuk meneroka keunikan alam semulajadi di samping belajar mengenainya.

Sekiranya peserta menyalakan unggun api, maka adalah perlu untuk anda menyediakan lebihan beberapa batang kayu panjang. Ia penting untuk kegunaan kecemasan seperti menghalau binatang atau menghidupkan api. Di samping itu, jika anda menggunakan khemah jenis igloo atau berbentuk T, maka unggun api yang dibuat perlu menghadap atau berhadapan dengan pintu khemah.

Teknik perkhemahan moden di Asia Camp akan mengajar para peserta perkhemahan untuk cara-cara memasang khemah di dalam hutan. Para peserta akan diajar untuk membersihkan tanah daripada daun-daun dan pokok-pokok renek untuk dijadikan tapak dan lantai sebelum memasang khemah.

Indah sungguh burung bertamu, Sambil berdendang mengalunkan kicauan, Perkhemahan moden memberi ilmu, Merasai perkhemahan tanpa menyusahkan.

Selain itu, penggunaan karbaid iaitu sejenis serbuk kuning juga sangat penting untuk dibawa semasa berkhemah. Ini kerana, serbuk tersebut adalah sejenis bahan api dan memberikan kesan panas kepada tubuh manusia atau haiwan. Maka, ia sering digunakan oleh para peserta khemah untuk menjauhkan binatang berbisa yang merayap seperti ular atau kala jengking. Cara penggunaan karbaid pula adalah dengan menabur serbuk karbaid tersebut di sekeliling perimeter khemah. Apa yang penting sentiasalah berhati-hati semasa anda berkhemah.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MEMUPUK KERJASAMA DI ASIA CAMP

Memupuk kerjasama adalah salah satu objektif utama di Asia Camp melalui kem-kem yang dijalankan di sini. Antara kem yang menjadi pilihan utama para peserta adalah kem motivasi, kem jati diri dan kem kepimpinan.

Para peserta kem pula terdiri daripada pelbagai golongan seperti jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta seperti Bella Ammara dan tentu sekali yang paling kerap menyertai kem di Asia Camp adalah golongan para pelajar dari pelbagai sekolah. Justeru, antara nilai-nilai murni yang paling utama akan diterapkan melalui kem-kem sebegini adalah nilai kerjasama yang baik antara semua peserta.

Melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti outdoor dan indoor, memupuk kerjasama menjadi satu perkara yang menyeronokkan kepada para peserta. Sebagai contoh, melalui aktiviti berakit, para peserta terlebih dahulu akan diminta untuk memasang rakit secara beramai-ramai. Menerusi pendekatan ini, para peserta bukan sahaja berpeluang mempelajari ilmu baru, malah belajar untuk memberikan kerjasama yang baik untuk memasang rakit.

Ini kerana tugasan seumpama ini adalah mustahil untuk dilakukan seorang diri. Justeru, semua peserta harus memainkan peranan dan menjalankan tugas masing-masing untuk memastikan mereka dapat berakit dengan selamat. Namun begitu, ciri-ciri keselamatan adalah yang paling utama di Asia Camp, maka para peserta adalah diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan sebelum membuat aktiviti berakit.

Selain itu, memupuk kerjasama melalui aktiviti riadah lasak seperti memanjat dinding juga adalah salah satu alternatif yang menghiburkan dan menyihatkan. Melalui aktiviti ini, jelas kelihatan para peserta perlu membantu peserta yang lain bagi melepasi halangan.

Selain daripada itu, aktiviti memasang khemah dan survival cook juga adalah antara aktiviti yang dijalankan di Asia Camp yang memerlukan semnagat kerjasama yang tinggi antara para peserta. Semasa memasang khemah, ada peserta yang akan diminta untuk membersihkan kawasan, sementara peserta lain pula akan diminta untuk mencari kayu atau mendirikan khemah.

Akar menjalar jauh memanjang, Enaknya roti disapu kaya, Semangat kerjasama ibarat tunjang, Semua tugasan pasti berjaya.

Asas kepada semangat untuk memupuk kerjasama ini adalah dengan mengingatkan para peserta bahawa sebarang tugasan yang besar adalah mustahil untuk dilaksanakan seorang diri. Justeru, tugasan tersebut hanya dapat dicapai dan diselesaikan melalui kerjasama yang baik antara semua pihak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

CUTI-CUTI DI ASIA CAMP

Cuti-cuti di Asia Camp mungkin kedengaran agak pelik bagi penggemar percutian yang mengkhususkan aktiviti percutian di kawasan pantai atau kawasan peranginan tanah tinggi. Namun begitu, lain pula halnya dengan para peminat aktiviti riadah seperti jungle tracking, flying fox dan abseiling. Menjadikan pusat riadah santai dan reaksi di Asia Camp bukan sahaja dapat memenuhi semua keperluan aktiviti anda, malah bakal pengujung turut disajikan dengan pemandangan indah alam semulajadi.

Keindahan hutan belantara dan saujana mata memandang di sekitar tasik ditambah lagi dengan kemudahan penginapan yang selesa menjadikan para penggemar percutian mempunyai alternatif baru semasa bercuti bersama.

Cuti-cuti di Asia Camp akan bertambah menarik jika disertai oleh ramai ahli keluarga. Ini kerana lokasi yang luas memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti lain seperti sambutan hari lahir, permainan rebut kerusi dan masakan BBQ atau apa sahaja aktiviti yang sesuai untuk sambutan family day.

Selain bercuti, para pengunjung juga berpeluang menambah ilmu baru antaranya seperti survival cook dan mendengar ceramah motivasi. Meskipun Asia Camp menjadi pilihan utama para pengunjung untuk menjalani latihan seumpama kem, namun ia tetap dibuka kepada golongan yang ingin bercuti dan bersantai bersama keluarga. Anda hanya perlu memilih aktiviti yang sesuai di sini dan kami akan realisasikan impian cuti-cuti di Asia Camp anda.

Bercuti untuk hilangkan bosan, Semua orang patut merasa, Bercuti santai impian insan, Kumpullah duit dan rancanglah masa.

Sedikit tips untuk percutian yang menggembirakan untuk anda adalah yang pertama pastikan lokasi percutian yang dipilih adalah sahih. Semak data dan semua infonya melalui laman media sosial dan jangan lupa untuk membaca ulasan dari mereka yang pernah datang. Jika ada ulasan yang tidak bagus  jangan khuatir kerana sekurang-kurangnya anda tahu tempat tersebut benar-benar wujud dan pilihan di tangan anda pula untuk merasai pengalaman. Seterusnya, rancang tarikh anda sebaiknya. Cuba elakkan untuk pilih tarikh sesak seperti cuti sekolah atau cuti perayaan kerana pengalaman bercuti semasa hari berkerja adalah paling menenangkan dan mendamaikan kerana kurang kesesakan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>