Artical, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, Team Building

PERBINCANGAN BERHEMAH MENJANA KECEMERLANGAN

Perbincangan berhemah mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak atau individu. Malah mungkin juga ada yang mengatakan, “tak kan lah berbincang pun perlu diajar?”. Namun begitu, tanpa kita sedar, ilmu berbicang sebenarnya adalah sangat penting bagi setiap individu tidak kira sesiapa sahaja bagi mengelakkan terjadinya pergaduhan yang sia-sia yang seharusnya boleh diselesaikan melalui perbincangan secara baik.

Menerusi kem-kem dan program motivasi di Asia Camp, antara ilmu yang akan diajar kepada para peserta untuk menjalankan perbincangan atau mesyuarat secara berhemah adalah yang pertama peserta perlulah menetapkan matlamat perbincangan bersama. Ia amat penting bagi mencapai kata sepakat antara semua.

Perbincangan berhemah juga seharusnya berjana menjana idea bermutu antara semua ahli. Melalui perbincangan ini, setiap peserta akan diberikan peluang untuk berfikir dan menyatakan idea-idea mereka. Antara kaedah yang sering digunakan adalah para peserta akan diminta duduk dalam bulatan dan membincangkan idea tersebut. Selepas itu, tugas seorang ketua pula hendaklah menyenaraikan idea-idea tersebut dan memilih antara tiga hingga lima idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, kaedah pengundian idea juga boleh digunakan. Idea yang paling banyak mendapat undian akan dipilih cara penyelesaian masalah. Melalui cara undian ini juga akan mencerminkan kerjasama dalam teknik perbincangan berhemah ini. Ini kerana, keputusan yang dibuat adalah menerusi suara majoriti dan seharusnya tiada lagi pertikaian antara pihak yang terlibat.

Namun begitu, sekiranya tiada kata sepakat yang berjaya diperolehi semasa perbincangan atau mesyuarat, maka menjadi tanggungjawab dan tugas sebagai seorang ketua atau pemimpin pula untuk membuat keputusan muktamad. Walaupun ia bakal menyebabkan ada antara ahli yang merasa terkilan lantaran idea mereka tidak diterima pakai, namun sebagai seorang ketua beliau perlulah tegas dan menjelaskan kenapa keputusan itu diambil.

Alasan mengapa seseorang tidak pernah mencapai cita-citanya adalah kerana dia tidak mendifinisikannya, tidak mempelajarinya, dan tidak yakin bahawa cita-citanya itu tercapai. – Dr Denis Waitley

Apa yang penting, keputusan dan idea muktamad yang diambil itu haruslah dapat menyelesaikan objektif dan tujuan utama mesyuarat atau perbincangan tersebut diadakan supaya tiada isu yang berbangkit pada masa kelak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *