Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, Team Building

ILMU PEMBANGUNAN PASUKAN DI ASIA CAMP

Proses pembangunan pasukan adalah di mana setiap pasukan dilihat cara perkembangannya daripada peringkat permulaan pembinaan pasukan hinggalah ke peringkat matang. Pada setiap peringkat akan terdapat beberapa perubahan yang berlaku sama ada dari segi karektor atau subordinat organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang peka, beliau harus bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dan konflik semasa perubahan dalam setiap peringkat perkembangan pasukan.

Peringkat-peringkat dalam pembangunan sesebuah pasukan dan organisasi adalah pertama pengenalan antara ahli pasukan. Kedua pertikaian dan persaingan. Ketiga membentuk norma pasukan. Keempat menyokong satu sama lain sebagai sebuah unit dan kelima pembubaran pasukan sekiranya matlamat telah berjaya dicapai.

Proses pembangunan pasukan adalah antara ilmu dan kemahiran asas kepimpinan yang akan didedahkan kepada para peserta yang menjalani kem motivasi, kem jati diri dan terutama sekali kem kepimpinan. Ini kerana, seorang ketua pasukan perlu mendalami ilmu untuk membangunkan pasukan terlebih dahulu sebelum beliau benar-benar bersedia untuk menerajui sesebuah pasukan dan organisasi.

Sekiranya pemimpin berhadapan dengan sikap ahli yang ego dan sukar memberikan kerjasama kepada ahli yang lain, maka sebagai seorang pemimpin, beliau perlu untuk terus bersikap positif dan menerangkan kepada ahli bahawa konflik dalam sesebuah pasukan adalah suatu perkara yang normal. Apa yang penting adalah sikap terbuka dalam menangani masalah.

Proses pembangunan pasukan dianggap berjaya apabila setiap ahli mula sedar dan menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa sebarang pertikaian lagi. Dalam tempoh ini perkembangan pasukan boleh dikira sebagai telah matang dan ahli pasukan juga turut berdaya saing dan cuba untuk memberikan hasil terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan.

Berenang-renang si anak ikan, Jangan sampai mati tertambat, Asia Camp mendidik pasukan, Bersatu padu mencapai matlamat.

Setiap ahli juga hendaklah sentiasa bertukar-tukar peranan agar mereka lebih memahami situasi dan beban kerja seseorang. Ia juga penting bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati sesama ahli yang mengatakan bahawa tugasannya adalah lebih berat daripada ahli yang lain. Selain daripada itu, meraikan ahli pasukan atau pekerja juga adalah penting bagi memastikan aura positif sentiasa berkembang dalam organisasi.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *