Asas Simpulan dan Ikatan

Kefahaman asas simpulan dan ikatan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti sangat efektif. Pendidikan mengenai asas simpulan dan ikatan ini tidak saja tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi asas ini juga banyak digunakan ikatan dalam pelbagai aktiviti rekreasi seperti dalam aktiviti perkhemahan, jungle tracking, survivor camp, dam lain-lain.

Secara umumnya, terdapat tujuh asas ikatan dan simpulan yang biasa digunapakai di dalam kem-kem perkhemahan, rekreasi dan proses menyelamat antaranya ialah seperti berikut:

i) Ikatan Buku Sila / Reef Knotb

ii) Ikatan Bunga Geti (Commom Bend)

iii) Simpulan Angka 8 / Himpit (Fishermen’s Knot)

iv) Lilitan Taut (Taut-Line)

v) Simpulan Tindih Kasih (Bowline)

Umumnya, seramai hampir 60 orang pelajar dari SK Air Panas ini telah meluangkan masa dengan menyertai perkhemahan Kem Unit Beruniform selama 3hari 2malam di Asia Camp. Mereka telah mempelajari 4 asas membuat simpulan seperti berikut:

A) Simpulan Himpit (Fisheman’s Knot)

Fungsi simpulan seperti ini lebih kepada menyambungkan dua tali yang besar yang kebiasaany kita menggunakan tali pancing. Ia juga turut digunakan untuk menyambung tali licin.Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)

B) Simpul Bunga (Double Sheet Band)

Ikatan ini lebih kepada skill memendekkan tali tanpa memotongnya. Ikatan ini juga digunakan untuk menguatkan tali pada tempat yang reput atau hendak putus. Ia juga digunakan bagi menegangkan tali yang kendur yang diikat pada keduadua hujungnya.

C) Simpul Bunga (Double Sheet Baa)

Bagi jenis simpulan ini pula, ia berperanan untuk menyambung dua utas tali yang tidak besar. Lilitan hanyalah sebanyak 2 keping tali yang tidak sama besar tetapi lilitannya adalah sangat kemas.

D) Lilitan Taut (Taut LIne)

Bagi jenis lilitan sebegini pula, ia lebih kepada keperluan mengikat tali khemah ke pancang atau tali tiang supaya di dapatkan dikendurkan atau ditegang.

Secara keseluruhannya, para peserta dari SK Air Panas ini kelihatannya gembira dan pulang dengan membawa sesuatu yang bermanfaat pada sesi hujung minggu pada kali ini. Syukur Alhamdulillah .

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KECERGASAN FIZIKAL BERSAMA ASIA CAMP

Secara umumnya, kecergasan fizikal ini adalah kemampuan, kebolehan dan kemahiran seseoang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih, dan masih ada tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan di masa terluang.

Tetapi, berdasarkan statistik pada 2015 yang lepas dari KMM, peratusan kanak-kanak dan remaja kita yang mengalami masalah obesiti di kedua-dua sekolah rendah dan menengah semakin meningkat. Itu adalah report 4 tahun yang lepas. Laporan terperinci perangkaan perubatan pula menunjukkan bahawa masyarakat kita umumnya semakin tidak berminat dan banyak mengelak diri dengan aktiviti-aktiviti fizikal. Ibaratnya, terlebih sudu dari kuah. Sudahlah diri semakin ‘membesar’, malas pula bersenam malahan corak pemakanan tidak sihat semakin menjadi-jadi.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2015

Ini semua boleh menyebabkan kecergasan fizikal seseorang itu menjadi semakin lemah, cepat lesu, kekuatan otot dan stamina badan menurun dan keseluruhan koordinasi, keseimbangan badan dan kemahiran motor asas menjadi semakin lemah dan terjejas dari masa ke semasa.

Memahami keperluan inilah, kami di Asia Camp menyediakan dan merangka modul-modul yang melibatkan kecergasan fizikal untuk dipraktikkan sekaligus menjadi batu asas kepada kecergasan para peserta yang menghadiri kem unit beruniform di Asia Camp ini. Program kecergasan yang dijalankan di Asia Camp merangkumi tahap asas kecergasan fizikal seperti kemampuan daya kardiovascular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan badan dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (rujuk rajah di bawah). 

Contoh pecahan kecergasan fizikal yang digunapakai di dalam modul kecergasan di Asia Camp. Sumber: https://www.slideshare.net/PresleyMarcel/sains-sukanstpm-kecergasan-fizikal

Gambar-gambar di bawah pula merupakan contoh aktiviti kecergasan dan kem unit beruniform yang terdapat di Asia Camp. Modul kecergasan ini menguji ketahanan tangan, keseimbangan dan kekuatan daya apungan dan bebanan badan.  Seperti yang dijelaskan di awal post, BMI yang cantik amat penting bagi generasi muda kita, khususnya dalam menyiapkan modul kecergasan ini.

Contoh sebilangan aktiviti yang terdapat dalam modul kecergasan di Asia Camp.
Antara aktiviti lain ialah ‘Obstacle Closure’ yang harus dilalui oleh para peserta
‘Soldier walk’ pula merupakan aktiviti yang menguji ketangkasan dan kelajuan bergerak di dalam kawasn sempit dan terbatas.

Jom kita ikuti pula pengalaman peserta-peserta yang lain di dalam video yang menceritakan mengenai pengkhemahanunit ====

https://www.youtube.com/watch?v=QSwWZT7foH4&feature=youtu.be

Konklusinya, kecergasan fizikal ini juga merupakan salah satu skill yang diuji, dipraktikkan dan terdapat di dalam modul perkhemahan unit beruniform. Oleh itu, berat badan merupakan indikator penting yang menyumbang kepada keseimbangan dan kesihatan badan. Kemampuan dan daya tahan kepada aktiviti lasak dan fizikal membuktikan kecergasan fizikal seseorang peserta itu berada di tahap yang baik.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

kem bina semangat, AsiaCamp

KEMAHIRAN SIFAT KEPIMPINAN

Kemahiran ketiga – Sifat Kepimpinan

Skill ketiga yang harus dihadamkan oleh para peserta ini merujuk kepada sifat kepimpinan dalam bertindak dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh ketua semasa perkhemahan berlangsung.

Teori kepimpinan yang dibincangkan oleh Mahmood Zuhdi (1999: 9) menegaskan bahawa, “sifat kepimpinan itu terjadi dalam bentuk yang berbagai-bagai hala dan merupakan fungsi dari semua orang. Tidak ada orang yang menjadi pemimpin dalam semua hal dan tidak ada orang yang terlepas dari fungsi kepimpinan”.

Noor, M.A., et al. (2015). Teori Gaya Kepimpinan Barat diadaptasi daripada Teori Gaya Kepimpinan Islam (Al-Quran).  ISSN: 1985-7012, Vol. 8, (1).

Dapatlah kita fahami di sini bahawa, sifat kepimpinan itu lahir hasil asuhan kumulatif secara berperingkat dan holistik. Maksud lain di sini ialah, pembinaan sifat kepimpinan itu terbentuk dari gemblengan tindakan, kesefahaman, dan toleransi setiap ahli kumpulan dan sesama peserta kem.

Berbalik semula kepada situasi di kem kepimpinan unit beruniform, sifat kepimpinan ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk;

  1. mendirikan khemah
  2. membersihkan tapak perkhemahan sebelum dan selepas digunakan
  3. memasak dan ‘survival cooking’
  4. menyelesaikan tugasan yang diberikan seperti membuat raft, ‘water confident’, ‘camp fire’ dan lain-lain
  5. ‘explore race’ mahupun ‘night walk’
Mendirikan khemah memerlukan tenaga berkumpulan untuk menghasilkan khemah yang kemas, utuh dan kuat

Dalam contoh yang lain, Admin masih ingat di suatu insiden semasa suatu program pelajar di Asia Camp. Para peserta diberikan seutas tali panjang dan kertas majong. Tugasannya ialah menggerakkan kertas majong berkenaan mengikut arah yang diberikan oleh ketua fasilitator menggunakan tali yang diberikan. Setiap ahli perlulah memegang hujung tali dan kertas majong tidak boleh terjatuh ke lantai.

Para pelajar sedang menunggu arahan seterusnya bagi aktiviti tugasan riben dan kertas majong

Tugasannya nampak mudah dan ‘doable’. Namun, ia memerlukan kesepakatan tindakan setiap ahli dan arahan seorang ketua untuk menggerakkan dan merancang strategi tindakan. Di sinilah pentingnya sifat kepimpinan bagi setiap ahli. Kepimpinan untuk mendengar arahan dan menggerakkan keseluruhan pasukan.

Dalam suatu insiden yang lain yang melibatkan pelajar-pelajar perempuan dari SK Kementah yang berhadapan dengan situasi kecemasan ketika menyiapkan tugasan ‘day-walking’. Arahan yang diterima ialah setiap ahli haruslah menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama dan melalui setiap ‘check-point’. Salah seorang ahli dalam kumpulan pelajar SK Kementah ini terluka kakinya selepas melalui beberapa check-point. Fasilitator telah dihubungi dan pelajar berkenaan akan dibawa keluar untuk dirawat. Namun begitu, ahli kumpulan yang lain menolak dan menawarkan diri untuk mengiringi sahabat mereka ini bagi menyiapkan tugasan dengan tagline, “setiap ahli harus melalui check-point”. Pelajar yang sakit itu juga sanggup  bersama-sama kawan-kawannya untuk mengharungi perjalanan di setiap check-point bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Suatu keputusan yang yakin dan jelas matlamat serta tindakan yang menyentuh jiwa. Nilai persahabatan dan kebersamaan dalam mengharungi ujian di dalam kem.

Salah satu ‘check-point’ yang harus dilalui peserta ialah ‘obstacle course’. Aktiviti ini memerlukan ketahanan dan kerjasama semua ahli untuk menjayakan tugasan.

Konklusinya, kemahiran sifat kepimpinan ini terbina secara berjemaah, bersama-sama, dan wujudnya kerjasama di antara dua pihak atau lebih. Makanya, ia haruslah disemai secara berterusan dan melalui modul yang berkualiti.

Inilah kualiti yang cuba dijaga oleh kami di Asia Camp. Kami sentiasa memastikan modul yang berkualiti itu adalah seiring dengan fasiliti atau kemudahan tempat yang ditawarkan dan dilengkapi dengan kekuatan fasilitator dan para pelatih modul yang berpengalaman. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini, kita mampu melahirkan generasi pemimpin negara yang berkualiti dari segi intelektual dan kekuatan modal insannya yang lain.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Hubungi wakil kami untuk tempahan dan quotation harga sekarang!

SURVIVAL COOKING DI HUTAN

Skill kedua yang penting dan perlu ada adalah survival cooking. Pentingnya survival cooking ini kerana ketika perkhemahan di hutan, makanan yang dimasak itu mampu dimakan dan memberikan tenaga kepada para peserta untuk menjalankan tugasan perkhemahan yang lain.

Terdapat dua asas penting yang perlu dikuasai pelajar dalam menguasai survival cooking skill di hutan.

1) Survival cooking dalam menggunakan segala bahan atau peralatan yang ada untuk menyiapkan ‘task’ memasak

Contoh yang boleh kita lihat dalam gambar di bawah, para peserta menggunakan cooking pot (yang berbentuk segi empat) sebagai besen basuh, isian bahan masakan, sebagai pot memasak, papan memotong, menggoreng dan menumis, selain turut menjadikan pot berkenaan dan daun-daun hutan sebagai ‘pinggan’ dan ‘cawan’ untuk keperluan hidangan dan sajian. Para peserta juga menggunakan buluh sebagai bekas menanak nasi dan simpanan stok bekalan air. Survival cooking para peserta di sini merupakan adaptasi dan transformasi bahan kepada sesuatu yang kreatif dan berguna untuk perkhemahan di hutan.

Alhamdulillah, dengan kemahiran survival cooking sebegini para peserta kita mampu menikmati hidangan dan kenyang di hutan. Cuba kita bayangkan, jika ketiadaan survival cooking untuk bertransformasi, para peserta akan membawa segala keperluan dan alatan memasak seperti memasak di dapur rumah. Segala besen-besen khas untuk sayur, ikan, bahan penumis dan lain-lain adalah berasingan. Periuk kuali untuk masakan sayur dan lauk-pauk juga berasingan. Bukankah akan menyebabkan pemberatan beg muatan dan melambatkan proses memasak di hutan? Itu pentingnya untuk keluar dari ‘comfort zone’, perlahan-lahan membina kemahiran survival cooking dan belajar untuk lebih berdikari, mampu tiruvasi dan fleksibel.

2) Survival cooking dalam kemampuan teknikal memasak

Kemahiran survival cooking di sini lebih kepada aspek teknikal yang merangkumi kebolehan para peserta untuk menghidupkan api dan mengawal api dari padam. Kemampuan dan kreatif menggunakan bahan yang ada sebagai ganti, tidak berguna jika bahan tidak boleh dimasak. Masakan dapat dimakan nasinya jika berasnya tidak dimasak? Jadinya, pengetahuan asas bagaimana untuk menghidupkan api itu penting bagi membolehkan bahan-bahan makanan dimasak sebaiknya, mampu mengenyangkan dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan para peserta. Langkah asas untuk menghidupkan dan mengawal api ini adalah tips dari http://01serembantimur.blogspot.com/p/persediaan-1.html :

i) Menggunakan ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran.

ii) Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak.

iii) Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.

iv) Tindihkan kayu yang bersaiz besar apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

v) Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

Nah, inilah 2 pengetahuan asas dan kemahiran yang perlu ada dalam survival cooking skill di hutan. Apapun, jom kita tengok menu-menu masakan di hutan yang dihasilkan oleh para peserta kita di Asia Camp. Sangat melelehkan air liur dan pastinya yummy sekali dengan pakej perut yang sudah berkeroncong lapar!

Menu 1: Nasi ayam kuning special de banana leaf
Menu 2: Cokodok kawah daun hijau
Menu 3: Opor ubi dan nasi rebung
Menu 4: Appetizer buah berangan bersama kuih bakar istimewa
Menu 5: Jemput-jemput ubi bersama kelapa dara KKB
Menu 6: Sandwich telur special de’ palas bersama ikan bakar daun kunyit

Wah, menarik sangat aneka masakan lauk-pauk hutan adik-adik peserta kita di Asia Camp ini. Terbaik buat adik-adik peserta sekalian! Kalian adalah chef sebenar buat diri! Moga skill ini bermanfat dan berguna untuk survival di masa hadapan.

“Give an applause to yourself”

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MENERIMA DAN MENDENGAR ARAHAN

Kemahiran menerima dan mendengar arahan ini nampak mudah, simple dan seringkali dianggap remeh oleh kebanyakan anggota masyarakat hatta diri kita sekalipun. Namun demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa gagalnya sesebuah organisasi mahupun pasukan atau gerakan adalah berasas dari kegagalan menerima dan mendengar arahan pemimpin atau orang atasan.

Bercerita mengenai kemahiran menerima dan mendengar arahan ini, saya suka kongsikan satu video mengenai aktiviti LDK pelatih-pelatih suatu organisasi yang tak diketahui yang viral di media sosial baru-baru ini. Di dalam video tersebut, para pelatih atau peserta LDK berada di dalam suatu situasi di mana mereka perlu menerima dan mendengar arahan oleh wakil fasilitator. Ikuti durasi penuh video sehingga habis, kita boleh melihat transformasi mesej yang diberikan oleh wakil fasilitator adalah seperti berikut:

https://youtu.be/9xePcDHcR28

Mesej asal: suatu “warning – I want to kill you”

Fasa kedua: “putusnya kepala”

Fasa ketiga: beralih kepada, “adegan menggosok gigi”

Fasa keempat: adegan “mencuci muka sesungguh hati”

Fasa kelima mesejnya memberitahu, “adanya orang di belakang”

Fasa terakhir apabila mesej disampaikan semula kepada fasilitator: mengatakan, “you are the best!”

Ini merupakan satu contoh aktiviti LDK yang bagus dalam memahami betapa pentingnya kemahiran menerima dan mendengar arahan. Kesudahannya kedengarannya lucu dan mudah, bukan? 

Tetapi, apabila kita refleksi semula dalam kehidupan seharian, kegagalan menerima dan mendengar arahan ini akhirnya membawa kepada kemusnahan hidup, hubungan dan prestasi kerja. Ia adalah suatu mesej yang menggerunkan. Mesej menerima dan mendengar arahan yang kelihatannya ‘simple’ mampu mengungkai kepada satu transformasi yang complex dan merapu.

Berbalik kepada konteks kem atau latihan perkhemahan unit beruniform sekolah misalnya, kegagalan peserta atau pelajar menerima dan mendengar arahan ketua akan membawa kepada perjalanan aktiviti yang suram. Ia mampu merosakkan mood di antara fasilitator dan peserta, memecahkan kerjasama rakan sepasukan dan membawa kepada perspektif ‘sakit’ akan teruknya wakil pelajar dari sekolah berkenaan, atau organisasi yang terbabit dan sebagainya.

Sesi perkhemahan unit beruniform bersama para pelajar dari SK Kementah, mereka tekun mendengar arahan bagi aktiviti seterusnya

Untuk mengatasi masalah ini, solusinya hanya satu. FOKUS, FOKUS dan FOKUS! Para peserta perlu meningkatkan fokus deria menerima dan mendengar arahan, kemampuan menaakul maklumat yang diberikan dan bergerak kerja dalam pemikiran kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah. Ini merupakan survival skill yang akan digunakan seumur hidup dan perlulah ditingkatkan dan di-upgrade dari masa ke semasa.

Skill menerima dan mendengar arahan ini sangat berguna dalam seluruh ruang lingkup kehidupan, dan di kem kami di Asia Camp, skill ini adalah ‘first bucketlist’ yang perlu dihadam dan dipraktikkan. Para peserta khususnya para pelajar tidak seharusnya malas dan lesu. Segala deria dan kemampuan diri dikuatkan untuk terus eningkatkan prestasi diri.

Apapun, tahniah kepada abang-abang dan kakak-kakak pelatih di video tadi, anda sangat menghiburkan kami! Kami belajar sesuatu dari anda semua hari ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Unit Beruniform Menjana Bakal Pemimpin Negara

Aktiviti kokurikulum unit beruniform merupakan satu elemen penting yang seiring dengan pembinaan kurikulum pelajar di sekolah-sekolah. Gandingan kurikulum dan kokurikulum merupakan paduan pembinaan intektual dan sahsiah diri bagi seseorang pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum oleh unit beruniform sekolah ini boleh dikatakan kebanyakannya melatih para pelajarnya akan semangat berdisiplin, kerjasama, amanah dan berdedikasi, berkeyakinan, bertanggungjawab, kemahiran berinteraksi di samping ‘skill’ survival kehidupan serta keprihatinan dalam mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Badan beruniform ini menjadi medan utama untuk mencorakkan barisan pemimpin-pemimpin muda negara yang berwibawa untuk bekalan di masa hadapan.

Jens-jenis badan beruniform yang terdapat di sekolah-sekolah di Malaysia

Kebiasaanya, anggota pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kem dan aktiviti di luar sekolah misalnya aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi bagi memenuhi tuntutan latihan dan objektif badan uniform berkenaan. Jelasnya, kegiatan yang dijalankan oleh badan beruniform ini mampu menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan fokus belajar di kalangan para pelajar. Selain ilmu akademik, para pelajar di sini turut diasuh dengan ilmu kehidupan dan sosial untuk pembangunan insani di masa hadapan.

Admin masih ingat semasa di sekolah dahulu, Kadet Remaja Sekolah khususnya pelajar-pelajar lelaki sibuk dengan latihan formasi kawad dan melatih tubi membina kekuatan diri bagi menyertai pertandingan kawad di antara sekolah-sekolah, mewakili daerah dan negeri. Pada masa yang sama, Persatuan Bulan Sabit Merah pula diberikan latihan dan pengetahuan tentang pertolongan kecemasan dan mendapat ‘first-hand experience’ bersama pihak-pihak keselamatan seperti Paramedik hospital, bomba dan anggota penyelamat. Manakala bagi unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan Pandu Puteri, para pelajarnya diajarkan pengetahuan asas memasak, menyelamat dan keselamatan, perkhemahan, kerjasama dan berpasukan serta sikap tolong-menolong dan bertoleransi.

Himpunan badan beruniform mampu meluaskan jaringan kenalan dan meningkatkan kemahiran kehidupan dan sosial pelajar secara umumnya

Admin juga masih ingat akan jamboree kebangsaan yang menghimpunkan anggota-anggota badan beruniform sama ada sesama jenis atau bukan yang menggabungkan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Di kala ini, anggota badan beruniform berpeluang berinteraksi bersama para pelajar dari sekolah lain, menjalinkan kenalan baru dan hubungan mesra di antara generasi tua dan muda serta membina jaringan kemahiran yang lebih meluas dengan perbezaan latar belakang dan budaya.

Menuju ke tahap ini, segalanya bermula dengan aktiviti-aktiviti badan beruniform di sekolah-sekolah terlebih dahulu. Bagi melatih para pelajar mendapatkan kemahiran asas ini, selain di sekolah, di sinilah lahirnya keperluan pusat-pusat latihan dan rekreasi seperti Asia Camp ini bagi menyahut keperluan semasa badan-badan beruniform sekolah. Sebagai contoh, apabila pelajar menyertai aktiviti kokurikulum unit beruniform, mereka memerlukan tempat latihan, bahan atau modul latihan serta kelengkapan-kelengkapan yang lain seperti asrama, dewan makan, tandas, padang, tempat terbuka, gelanggang dan sebagainya. Bagi aktiviti perkhemahan unit beruniform pula, mereka memerlukan modul perkhemahan dan kelengkapan perkhemahan seperti khemah dan alatan memasak serta kemahiran membina gajet perkhemahan yang lain sebagai kit survival di hutan.

Modul latihan yang seimbang dan berkualiti membantu pembentukan karakter diri pelajar sejajar objektif aktiviti badan-badan unit beruniform berkenaan
https://www.youtube.com/watch?v=Zk5cWh_d00Y
Kem Unit Beruniform di AsiaCamp

Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform ini berkemampuan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Oleh yang demikian, kesediaan tempat latihan dan rekreasi yang baik, pembinaan modul yang berkualiti, para fasilitator yang berkemampuan dan fasiliti lain yang menyokong dilihat wajar diketengahkan dan amat penting dalam memastikan kelestarian aktiviti kokurikulum bagi badan unit beruniform ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Asas Perkhemahan di Hutan

Pengetahuan asas perkhemahan sangat penting apabila kita ingin berkhemah di hutan . Aktiviti perkhemahan sangat sinonim dengan ‘outdoor adventures’ yang mampu mendatangkan keseronokan dan keterujaan berganda buat para pelajar mahupun peserta kem. Namun demikian, asas perkhemahan ini merupakan kerangka asas dalam membuat persediaan awal dan tatacara persediaan untuk aktiviti perkhemahan yang tidak harus dipandang dengan sambil lewa. Hal ini kerana, perkhemahan kem unit beruniform dengan penyertaan dari para pelajar sekolah rendah mahupun menengah biasanya melibatkan angka yang ramai. Persediaan awal yang jika dipandang sepi akan membuka kepada ruang-ruang kecemasan yang pastinya akan menggugat perjalanan program perkhemahan dan fokus para peserta.

Di dalam artikel panduan asas perkhemahan di hutan, pihak Kementerian Kesihatan telah menggariskan beberapa fokus yang melibatkan faktor keselamatan yang patut dititikberatkan oleh setiap peserta, fasilitator mahupun guru pengiring perkhemahan tersebut.   

Pemilihan kawasan lapang dan di tanah tinggi merupakan langkah asas keselamatan yang utama apabila berhadapan dengan situasi kecemasan

Asas perkhemahan bagi pemilihan kawasan dan tapak perkhemahan:

  1. Pilih tanah atau tapak yang rata. Ini memudahkan pemasangan khemah yang selesa sebagai tempat tidur atau berehat dan akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung semasa hujan.
  2. Berhampiran dengan punca air. Air yang bersih penting digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Punca air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku sakit perut,cirit birit atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.
  3. Jauh daripada dahan kayu mati. Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, pokok atau ranting serta dahan mati tersebut tidak menimpa khemah dan orang yang berada ditapak perkhemahan tersebut.
  4. Pemilihan tapak yang lebih tinggi dari punca air. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai.
  5. Kawasan yang mudah untuk mendapatkan bantuan. Ini penting jika berlaku sebarang kecemasan, pilih tapak perkhemahan yang berhampiran kawasan kampung, laluan orang serta mudah dihubungi.
  6. Makluman kepada pihak berwajib. Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan yang berhampiran agar bantuan dan maklumat kecemasan akan dapat dimaklumkan secepat mungkin.
  7. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. Bahan bakar perlu untuk memasak jika memasak menggunakan unggun api.
  8. Keselamatan kawasan perkhemahan. Pastikan kawasan tersebut terselamat dari binatang buas atau penceroboh yang tidak diingini.

Kesimpulannya, asas perkhemahan di hutan ini memerlukan persiapan rapi yang haruslah dititik-beratkan dari pelbagai aspek. Pengetahuan asas perkhemahan dimulakan dengan asas pemilihan tempat perkhemahan yang akan melibatkan kelancaran perjalanan program dan aktiviti perkhemahan yang baik. Rujukan di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=3aBZvDDiins

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Perkhemahan Unit Beruniform 2019 – SK Putrajaya Presint 8(1)

Assalamualaykum semua!

Salam sejahtera. Kebetulannya semalam, Admin lalu-lalang melawat status whatsap di phone. Admin terjumpa status kenalan guru dari sekolah yang pernah menyertai kem perkhemahan unit beruniform di Asia Camp Kuala Kubu Bharu pada April 2019 yang lepas. Guru tersebut dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) yang telah membawa seramai 118 orang murid  sekolah untuk program Perkhemahan Unit Beruniform 2019 pada 12 hingga 14 April lepas.

Beliau bertanya secara rawak tentang kekosongan kem untuk cuti sekolah bagi penggal yang seterusnya. Walaupun beritanya sudah agak basi, namun beliau dan rakan guru yang lain katanya sangat berpuas hati dengan servis dan modul yang kita laksanakan di Asia Camp untuk kem perkhemahan unit beruniform yang lepas. Anak-anak muridnya rata-rata sangat seronok, dan para guru juga sangat teruja untuk datang lagi di lain kali. Apa yang paling menggembirakan ialah, keselamatan para pelajar SK-nya sangat terjamin dan penuh dengan ‘safety procedure’ ketika aktiviti-aktiviti water confident. Hal ini dizahirkan dengan kecukupan jaket keselamatan yang disediakan oleh pihak kem buat setiap pelajar dan para guru. Aktiviti water confident ini menyebabkan anak-anak murid lebih ‘enjoy’ yang terisi dengan ilmu baru ketika di dalam air, bukan setakat bermain air semata-mata!

Panorama keluasan kawasan di Asia Camp ~ sesi briefing bersama komandan pelatih sebelum memulakan aktiviti

Keluasan tanah dan kepelbagaian sumber aktiviti menyebabkan aktiviti yang dilaksanakan di Asia Camp penuh dengan warna dan kenangan indah. Alhamdulillah, seronok sangat Admin mendengar testimoni yang super-duper awesome dari wakil guru ini. Walaupun maklum balasnya sedikit lambat, maklumlah selepas perkhemahan beruniform tersebut, kebanyakan sekolah sibuk dengan ujian pentaksiran dan bersiap-sedia untuk menempuh bulan Ramadan. Tak mengapa cikgu, kami faham 🙂

Hujungnya, cikgu tadi berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar dari lensa galeri sekolah mereka. Katanya beliau dan rakan-rakan kini sedang survey program dan modul untuk kem kepimpinan dan motivasi pendidikan buat para guru sekolah pula. Alhamdulillah.

Para pelajar belajar mengapungkan diri secara santai dan lebih yakin diri
Antara aktiviti ‘water confident’ melibatkan rintangan air
Pertandingan tata hias dan kebudayaan yang berasaskan suratkhabar

Moga dimudahkan urusannya dan berjumpa lagi kita di Asia Camp nanti ya cikgu!

Keseluruhannya, pihak cikgu tadi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik. Syukur Alhamdulillah!

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan cikgu!

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Mencari Pusat Latihan dan Rekreasi untuk Kem Cuti Sekolah?

Anda mencari pusat latihan dan rekreasi yang bagus untuk pelajar anda untuk kem cuti sekolah?

Anda mencari kem kepimpinan pelajar sekolah yang awesome?

Anda mencari modul LDK yang lengkap dan ready-to-go?

Anda inginkan tempat yang berteraskan aktiviti ‘eco-resort’?

Anda mahukan keseronokan dan pembelajaran terus dari alam?

Anda mencari kelainan yang jauh dari sibuk kota yang bising?

YA, ANDA PERLUKAN ASIA CAMP TRAINING CENTRE!

Kami di AsiaCamp yakin, peluang pembelajaran dari alam sekitar yang digembleng dengan kesediaan pusat latihan dan rekreasi yang lengkap akan mampu membantu kepada pertumbuhan peribadi dan kesedaran sosial, membangunkan kemahiran kehidupan dan dunia kerja yang baik. Kami memfokuskan teras seperti berkepimpinan, disiplin dan harga diri, ketahanan fizikal, ketekunan dan dedikasi, berbelas kasihan serta kemampuan daya fikir kritis dan kreatif.

Konsep kami ialah: Alam hijau | Interaktif | Modul berstruktur dan terarah

Sedikit pengenalan, Asia Camp adalah pusat latihan dan rekreasi yang berteraskan aktiviti ‘eco-resort’ dan pembinaan pasukan sesuai untuk kem cuti sekolah. Nilai paling mahal yang dimiliki oleh Asia Camp ini adalah persekitarannya yang hijau dan bersih. Persekitaran hijau begini sememangnya penting dan direka khas untuk aktifkan energi dan daya fokus para peserta.  Antara lain, fokus utamanya juga adalah untuk tanamkan penghargaan pelajar terhadap hutan dan alam sekitar semasa kita beristirehat dan belajar dari alam.

Pusat latihan dan rekreasi Asia Camp ini beroperasi di 3 buah pusat latihan di Kuala Kubu Bharu, Tanjong Karang dan Taman Negara Pahang. Mempunyai kekuatan lebih 30 buah asrama dan 20 chalet yang mampu menampung kapasiti sehingga 1000 orang peserta. Menggunakan konsep hijau, AsiaCamp memberikan tumpuan pembangunan modal insan, keseronokan dan pembelajaran pendidikan dari persekitaran hutan dan alam sekitar.

Anda tidak akan mendapat tempat yang lebih baik seperti di AsiaCamp di sekitar Pahang mahupun Selangor. INI JAMINAN KAMI! Asia Camp menawarkan pusat dengan keluasan dan fasiliti yang konduksif, aneka aktiviti menarik, staff yang berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai modul latihan serta persekitaran yang selamat dan terpelihara. Berikan kami peluang untuk memberikan anda pengalaman terbaik buat anda.

https://www.youtube.com/watch?v=wYQUx2XI-mo&t=30s
Kem Cuti Sekolah di AsiaCamp

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Hubungi pegawai kami segera untuk tempahan kem cuti sekolah. 🙂

kem unit beruniform

Kem Unit Beruniform

 

INGINKAN PAKEJ KEM HARGA BERPATUTAN

TEMPAT SELASA DAN MENCABAR?

Kem unit beruniform?
Kem kepimpinan?
Kem motivasi?

Ramai tidak dapat hadir Sertai kem unit beruniform atau kem motivasi kerana kos mahal?

Kami sedia bantu.

Di akhir kem unit beruniform disini, peserta akan dapat:

  • Memahami kepentingan semangat kerjasama diantara satu sama lain.
  • Membentuk disiplin kendiri setelah 3 hari 2 malam terasing dengan keluarga.

Pakej lengkap kami meliputi:

Penginapan katil single

Siap almari(bukan double decker)

  • Makan 12 kali
    Hari 1:makan Malam,minum Malam
    Hari 2:sarapan pagi, makan tengahari, makan Malam, minum Malam
    Hari 3: sarapan pagi, makan tengahari

Aktiviti penuh

  • Hari pertama : Ice breaking, mind setting, taklimat keselamatan dan kesihatan, kraf perkhemahan ,etika perkhemahan dan night walking.
  • Hari kedua : Senamrobik/kawad kaki, asas ikatan tali-menali, masakan rimba, exolorace, asas pertolongan cemas, asas menyelamat, berakit dan persembahan kebudayaan.
  • Hari ketiga : Senamrobik/kawad kaki, jungle trekking/flying fix dan majlis penutup.

Boleh juga diisi dengan slot kepimpinan@motivasi@sahsiah.

Kami gandakan keseronokan dengan pengisian objektif program, pegawai kami amat menitikberatkan penyampaian yang membolehkan peserta belajar sesuatu disini.

Setiap aktiviti kami akan isikan mengikut prinsip “from experience to learning”. Oleh itu, peserta tidak semata-mata seronok menghadiri kem kami. Bahkan, mereka pasti akan mempelajari elemen kem unit beruniform dengan lebih baik dan mendalam.

Elemen Latihan

Elemen ini termasuklah:

  • Kerjasama ketika berada di dalam kumpulan : Ini boleh dilihat ketika aktiviti mencabar dilakukan seperti asas masakan rimba, asas pertolongan cemas dan asas ikatan.

 Kesemua aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan sekaligus memudahkan jurulatih memindahkan pengalaman yang diterima peserta kepada pembelajaran yang seronok.

  • Disiplin diri walaupun di di luar zon selesa : Peserta yang duduk di dalam dorm dengan kemudahan minimum membolehkan sesi pembelajaran melibatkan penampilan diri disusun dengan lebih mudah.

Semua aktiviti harian pelajar tanpa melibatkan keluarga akan membolehkan pelajar memahami kepentingan disiplin diri dengan lebih baik.

Kelebihan lain

Apa yang tuan/puan akan dapat disini:

  • Parking luas. 400 kereta boleh masuk
  • Dewan tertutup yang selesa
  • Tandas yang banyak(150 unit)
  • Panorama indah(di kaki bukit)
  • Kem bersebelahan Sungai, bebas dari aktiviti awam.
  • Keselamatan terjamin sebab di pagar rapi seluruh kem. Hanya ada 1 pintu dihadapan untuk laluan utama.
  • Padang kawad sebesar padang bola sepak untuk aktiviti

Klik disini untuk info tentang kursus>>