Tips Semasa Menghadapi Kecemasan

Tips Menghadapi Kecemasan

 

 

Kecemasan ketika berlaku kebakaran semasa berada di dalam bangunan. Sebagai contoh jika kebakaran itu berlaku tingkat yang tinggi. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuka tingkap bagi mengeluarkan asap, Dan perkara ini juga dapat menarik perhatian orang ramai. Kemudian, menggunakan pakaian yang basah untuk menutup hidung supaya asap itu tidak dihidu. Merangkak untuk keluar dari tempat berlaku kebakaran.

 

Sekiranya Anda sesat semasa melakukan aktiviti hiking, jungle trekking, dan orietering, Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mencari punca air seperti sungai, tasik, dan paya. Kemudian mencari tempat perlindungan yang tidak terlalu dekat dengan punca air. Jika berlaku hujan dan paras air sungai melepasi paras bahaya anda selamat kerana telah memilih kawasan perlindungan yang sesuai. Di sini anda mempunyai dua pilihan iaitu membuat isyarat kecemasan atau mencari kawasan kampung yang berhampiran dengan pergi ke kawasan yang tinggi.

 

Kenapa berlakunya dehidrasi dan cara untuk mengatasinya. Jika berlaku dehidrasi ketika berada di dalam hutan, Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah mencari tempat teduhan, kemudian mencari kawasan air untuk merendam kaki mangsa dan memastikan pakaian yang dipakai oleh mangsa tidak terlalu ketat yang boleh menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas. Kemudian, lap air keseluruh badan mangsa untuk menstabilkan suhu badan. Akhir sekali, pastikan mangsa tidak meminum air dalam kuantiti yang banyak sehingga boleh menyebabkan mangsa boleh tercekik

 

Dihasilkan Oleh

Farhan

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Tips Hadapi Kecemasan ( Disengat oleh Binatang )

Tips semasa menghadapi kecemasan

( Disengat oleh binatang )

Cara 1:

  • seinci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sehinnga lumat, kemudian tekapkan bahan tadi pada bahagian yang terkena sengatan.

Cara 2:

  • Sebiji Lobak merah
  • Sedikit cuka
  • Ambil sebiji lobak merah, kemudian parut atau ditumbuk sehalus mungkin, tumbuk lobak tadi sehingga menjadi lumat. Selepas itu campurkan lobak tadi dengan sedikit cuka dan gaul sehingga sebati. Akhir sekali sapukan campuran tadi pada tempat yang terkena sengtan itu, Insyaallah bisa sengatan akan beransur hilang dan tempat yang terkena sengtan tersebut tidak akan membengkak.

Cara 3:

  • Tanah
  • Air kelapa
  • Garam
  • Campurkan sedikit garam dengan air kelapa, kemudian titiskan ke atas segumpal tanah. Selepas itu tanah tadi disapukan pada tempat yang terkena sengatan leah atau tebuan tersebut. Insyaallah dalamm beberapa ketika, rasa sakit akan berkurangan dan beransur hilang.

.

Dihasilkan Oleh

Mohd Nill Hakim

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Tips Semasa menghadapi hidrasi ( kekurangan air dalam tubuh badan )

Tips semasa menghadapi hidrasi (kekurangan air dalam tubuh badan)

 Hidrasi ini berlaku apabila seseorang terdedah dengan cuaca yang panas terik. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah hidrasi akibat cuaca panas yang melampau. Di samping itu, orang ramai dinasihatkan supaya minum air masak secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari supaya untuk mengekalkan kestabilan air dalam tubuh badan. Seterusnya, Letakkan tuala ataupun kain lembap dan basah pada tubuh badan supaya dapat menyejukkan suhu badan. Seterusnya, langkah yang terakhir untuk menangani masalah hidrasi ialah bergerak terus dari tempat ataupun kawasan yang berhawa panas kerana apabila terdedah terlalu lama dengan cuaca panas mudah untuk terkena hidrasi.

Dihasilkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>