kem unit beruniform

Kem Unit Beruniform

 

INGINKAN PAKEJ KEM HARGA BERPATUTAN

TEMPAT SELASA DAN MENCABAR?

Kem unit beruniform?
Kem kepimpinan?
Kem motivasi?

Ramai tidak dapat hadir Sertai kem unit beruniform atau kem motivasi kerana kos mahal?

Kami sedia bantu.

Di akhir kem unit beruniform disini, peserta akan dapat:

  • Memahami kepentingan semangat kerjasama diantara satu sama lain.
  • Membentuk disiplin kendiri setelah 3 hari 2 malam terasing dengan keluarga.

Pakej lengkap kami meliputi:

Penginapan katil single

Siap almari(bukan double decker)

  • Makan 12 kali
    Hari 1:makan Malam,minum Malam
    Hari 2:sarapan pagi, makan tengahari, makan Malam, minum Malam
    Hari 3: sarapan pagi, makan tengahari

Aktiviti penuh

  • Hari pertama : Ice breaking, mind setting, taklimat keselamatan dan kesihatan, kraf perkhemahan ,etika perkhemahan dan night walking.
  • Hari kedua : Senamrobik/kawad kaki, asas ikatan tali-menali, masakan rimba, exolorace, asas pertolongan cemas, asas menyelamat, berakit dan persembahan kebudayaan.
  • Hari ketiga : Senamrobik/kawad kaki, jungle trekking/flying fix dan majlis penutup.

Boleh juga diisi dengan slot kepimpinan@motivasi@sahsiah.

Kami gandakan keseronokan dengan pengisian objektif program, pegawai kami amat menitikberatkan penyampaian yang membolehkan peserta belajar sesuatu disini.

Setiap aktiviti kami akan isikan mengikut prinsip “from experience to learning”. Oleh itu, peserta tidak semata-mata seronok menghadiri kem kami. Bahkan, mereka pasti akan mempelajari elemen kem unit beruniform dengan lebih baik dan mendalam.

Elemen Latihan

Elemen ini termasuklah:

  • Kerjasama ketika berada di dalam kumpulan : Ini boleh dilihat ketika aktiviti mencabar dilakukan seperti asas masakan rimba, asas pertolongan cemas dan asas ikatan.

 Kesemua aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan sekaligus memudahkan jurulatih memindahkan pengalaman yang diterima peserta kepada pembelajaran yang seronok.

  • Disiplin diri walaupun di di luar zon selesa : Peserta yang duduk di dalam dorm dengan kemudahan minimum membolehkan sesi pembelajaran melibatkan penampilan diri disusun dengan lebih mudah.

Semua aktiviti harian pelajar tanpa melibatkan keluarga akan membolehkan pelajar memahami kepentingan disiplin diri dengan lebih baik.

Kelebihan lain

Apa yang tuan/puan akan dapat disini:

  • Parking luas. 400 kereta boleh masuk
  • Dewan tertutup yang selesa
  • Tandas yang banyak(150 unit)
  • Panorama indah(di kaki bukit)
  • Kem bersebelahan Sungai, bebas dari aktiviti awam.
  • Keselamatan terjamin sebab di pagar rapi seluruh kem. Hanya ada 1 pintu dihadapan untuk laluan utama.
  • Padang kawad sebesar padang bola sepak untuk aktiviti

Klik disini untuk info tentang kursus>>

Menikmati Keindahan Semula Jadi dengan Jungle Trekking

Jungle trekking merupakan satu cara terbaik untuk mendekati alam semula jadi. Ini adalah cara untuk anda mengalami keindahan alam semulajadi yang sebenar dan mendapatkan peluang seumur hidup untuk mengagumi flora dan fauna yang jarang berlaku. Pengembaraan hutan umumnya merupakan pengalaman yang sangat mendebarkan dan mencabar.

Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri.

Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.

AsiaCamp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Memanah itu dengan emosi… ??

Memanah boleh digambarkan sebagai sukan statik yang memerlukan kekuatan dan ketahanan bahagian atas badan, khususnya lengan dan bahu. Memanah sangat menitikberatkan body balancing. Jika emosi pemanah tersasar, maka panahan akan tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Selain itu, memanah dapat memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Pemanah perlu memberi tumpuan dan memperbaiki keyakinan diri bukannya bimbang tentang apa yang orang lain lakukan. Dengan itu, memanah akan memberi lebih keseronokan serta keyakinan diri meningkat.

AsiaCamp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Flying Fox – Keseronokan Meluncur di Udara

Flying fox dilakukan dengan cara meluncur dari ketinggian tertentu melalui wire (kabel). Mereka yang melakukan flying fox akan berasa seronok kerana dapat merasai pengalaman dan suasana yang berbeza.

Cara bermain flying fox pemain hanya perlu meluncur dari ketinggian melalui tali yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Ketika melakukan flying fox, kita hanya perlu menggunakan beberapa peralatan khusus yang disediakan untuk keselamatan.

Antara peralatan semasa melakukan aktiviti flying fox adalah figure of eight, carabineer, seat harness dan helmet. Setelah menyiapkan diri dengan peralatan tadi, cara-cara untuk melakukan flying fox dengan betul iaitu sebelum meluncur kita hanya perlu duduk di atas seat harness sambil tali sudah dikenakan pada tali yang sudah diikat pada pokok ke pokok, dinding ke dinding atau sebagainya apabila sudah digantungkan. Setelah itu, langkah seterusnya iaitu meluncurkan diri daripada papan yang dipijak.

Hilangkan rasa takut dan lakukan seolah-olah kita sedang terbang. Setelah ditarik oleh orang yang menunggu dipenghujung tali, kita hanya perlu berdiri pada kerusi atau tempat tinggi yang disediakan agar petugas mudah menanggalkan carabineer yang diikat pada tali. Mereka yang melaluinya sahaja yang akan merasai keseronokan tersebut.

 

AsiaCamp,

Home of Nature and Learning.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

5 Kebaikan Water Rafting

1. Mendapat banyak pengalaman – Kebanyakan sungai yang digunakan semasa aktiviti rakit arus deras berada di lokasi yang indah dan memberipeluang untuk meneroka persekitaran yang baru. Pengembaraan adalah baik untuk minda kerana ia adalah perubahan pemandangan yang memberi perspektif bagi mengenai penerokaan.

2. Mengurangkan tekanan – Ketenangan alam semulajadi membolehkan anda berehat dan meninggalkan semua kebimbangan terutama ketika sungai bergerak perlahan. Walau bagaimanapun, apabila sungai akan kembali lagi, Anda pasti dapat melepaskan tekanan anda melalui latihan yang diperlukan dalam mendayung.

3. Dapat udara yang segar – Di luar rumah adalah cara untuk menyerap matahari dan mengambil apa-apa tapi nafas dalam udara segar. Malah, kajian menunjukkan bahawa menjalankan aktiviti luar lebih bermanfaat untuk kesihatan mental berbanding aktiviti dalaman.

4. Latihan kardio yang sangat baik – Rafting adalah aktiviti berat yang memerlukan ketahanan. Rafters mesti mengekalkan tempoh yang lama untuk mengayuh dengan jeram yang cepat mengalir untuk memastikan navigasi yang betul dan untuk mengelakkan rakit dari jatuh. Stamina dan ketahanan perlukan mestilah berada di tahap puncak untuk memastikan anda dapat berjaya mencabarnya.

5. Membina kerja berpasukan – Dapat menyemarakkan semangat kerjasama dan semangat kerja berpasukan. Selain itu, dapat belajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Hal tersebut demikian kerana water rafting menekankan disiplin, kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan, mengetahui pasukan anda adalah penting untuk berjaya. Komunikasi antara rakan sepasukan akan memastikan seluruh pasukan berada pada halaman yang sama.

Asia Camp,

Home of Nature and Learning.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

[SURVIVAL COOKING] Mengajar Erti Semangat Sepasukan

Salah satu aktiviti yang menarik yang terdapat di AsiaCamp ini adalah SURVIVAL COOKING. Dalam aktiviti ini, peserta akan dibekalkan hanya dengan peralatan dan bahan asas sahaja.

Mereka perlu menyediakan sendiri sajian mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama sepasukan, dan melahirkan rasa syukur dan terima seadanya.

 

AsiaCamp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

5 Tips Membina Pasukan Yang Terbaik

 

Kerja berpasukan atau team building merupakan salah satu syarat penting untuk membina kesatuan demi mencapai matlamat sebuah syarikat untuk berjaya. Matlamat, visi, misi dan objektif syarikat tidak akan tercapai jika kerja berpasukan ini tidak diamalkan.

Jom kita lihat 5 Tips Membina Pasukan Kerja Yang Terbaik.

#1 : Komunikasi yang baik antara pasukan menjadikan gerak kerja lebih efektif. Jangan jadikan halangan dan masalah berkomunikasi itu punca hubungan ahli pasukan menjadi lemah.

#2 : Letakkan kepercayaan terhadap ahli pasukan. Apabila ahli pasukan rasa dipercayai, maka hasil kerja mereka akan jadi lebih baik.

#3 : Memberi respon yang positif. Respon yang baik menjadikan ahli pasukan lebih bersemangat positif untuk menyempurnakan tugasan mereka.

#4 : Kurangkan bebanan kerja yang ditanggung ahli pasukan. Pastikan setiap ahli mendapat bebanan kerja yang minimum untuk menghasilkan kerja yang optimum.

#5 : Pilih waktu yang sesuai. Masa kerja itu seharusnya tidak mengganggu masa peribadi mereka. Apabila anda mengaturkan satu jadual hendaklah dipertimbangkan juga jadual ahli pasukan dan keperluan peribadinya.

Sifat bekerjasama antara ahli pasukan dalam sesebuah syarikat amatlah penting dalam mengekalkan prestasi syarikat. Oleh yang demikian, ketua mahupun ahli pasukan memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana Pasukan Kerja Yang Terbaik!

Asia Camp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kami dari pihak pengurusan & kakitangan AsiaCamp ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua pengunjung AsiaCamp yang dikasihi.

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Namun kita semua berharap agar setiap yang berakhir akan bermula pula episod yang lebih baik. Moga dengan azam dan tekad menempuhi tahun baru ini, memberikan kita semangat untuk menjadi yang lebih baik.

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Sekian,

AsiaCamp

Klik disini untuk seterusnya>>

ABSEILING

ABSEILING

 

 

Abseiling which means to ‘rope down’ in German. Abseiling is an exciting adventure activity that we run in combination with rock climbing and a wall. Abseiling is the technique used to descend a cliff-face. First we climb to the top and then we setup and run through all the safety equipment. You’re in control the whole time and always attached to a safety rope until you reach the bottom. Everything is extremely safe.

To abseil the first thing you need is rope secured at the top of where you want to abseil down and check that the area below is clear. That rope is then run through friction device which is attached to a harness around your waist.

The next bit is the hardest bit, you have to lean out backwards over the drop and slowly begin to lower yourself down, using one hand to slow down and the other to hold on to the rope above you.

As you move carefully downwards, the friction device slows the rope a bit making it easier to control your descent but basically you are under your own power, abseiling at a speed that you feel comfortable with.

 

 

 

What Equipment Do I Need to Abseil?

 

  1. Rope

The most important piece of equipment for any abseil is a rope.

 

  1. Harness

To hold your weight on the rope while you abseil you’re going to need a simple, all around versions. A harness should fit snugly around your body without any big gaps between you and the harness and without cutting into your first fitting.

 

  1. Helmet

There are three main types of climbing helmet, hard shells, hybrid and superlight helmets.

 

  1. Carabiners

Carabiners are the metal clips that you see all over the place in climbing.

They’re used to attach things together, kit to your bag, protect your harness and your rope into protection.

 

  1. Glove

To protect your hands from injured.

Made by

Mizan Armia

Arranged By

Muhammad Anas Mustaffa

 

Click here for next article>>