Author: admin

Memanah itu dengan emosi… ??

Memanah boleh digambarkan sebagai sukan statik yang memerlukan kekuatan dan ketahanan bahagian atas badan, khususnya lengan dan bahu. Memanah sangat menitikberatkan body balancing. Jika emosi pemanah tersasar, maka panahan akan tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi. Selain itu, memanah dapat memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Pemanah perlu memberi […]

Flying Fox – Keseronokan Meluncur di Udara

Flying fox dilakukan dengan cara meluncur dari ketinggian tertentu melalui wire (kabel). Mereka yang melakukan flying fox akan berasa seronok kerana dapat merasai pengalaman dan suasana yang berbeza. Cara bermain flying fox pemain hanya perlu meluncur dari ketinggian melalui tali yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Ketika melakukan flying fox, kita hanya perlu menggunakan beberapa […]

5 Kebaikan Water Rafting

1. Mendapat banyak pengalaman – Kebanyakan sungai yang digunakan semasa aktiviti rakit arus deras berada di lokasi yang indah dan memberipeluang untuk meneroka persekitaran yang baru. Pengembaraan adalah baik untuk minda kerana ia adalah perubahan pemandangan yang memberi perspektif bagi mengenai penerokaan. 2. Mengurangkan tekanan – Ketenangan alam semulajadi membolehkan anda berehat dan meninggalkan semua […]

[SURVIVAL COOKING] Mengajar Erti Semangat Sepasukan

Salah satu aktiviti yang menarik yang terdapat di AsiaCamp ini adalah SURVIVAL COOKING. Dalam aktiviti ini, peserta akan dibekalkan hanya dengan peralatan dan bahan asas sahaja. Mereka perlu menyediakan sendiri sajian mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kerjasama sepasukan, dan melahirkan rasa syukur dan terima seadanya.   AsiaCamp.

3 Tips Hilangkan Nervous Ketika Interview

Perasaan takut akan menyebabkan diri anda rasa gugup dan panik ketika menghadapi hari temuduga. Untuk elakkan anda dari gugup dan panik, anda perlu beranikan diri dan bersikap positif. Berikut adalah tiga cara untuk tenteramkan perasaan takut.   #1 Lengkapkan Semua Persediaan. Apabila anda lengkapkan semua persediaan, anda akan rasa sangat tenteram. Takut dan perasaan gugup […]

Rahsia Pakar Presentation – Kuasa 3V

Semasa melakukan pembentangan, 3V memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan halatuju atau keberkesanan sesebuah pembentangan. Apakah 3V tersebut? #1 Visual Visual membawa maksud sesuatu yang boleh di lihat semasa sesi pembentangan. Apa sahaja yang boleh dilihat akan membawa impak kepada audiens. Contohnya, daripada baju yang anda pakai sehinggalah flip chart yang anda gunakan semasa […]

Rahsia Pakar Presentation – Cara Atasi Gugup

Terdapat ramai orang yang takut untuk berucap atau menyampaikan sesuatu presentasi atau pembentangan di depan orang ramai. Walau bagaimanapun terdapat beberapa cara untuk mengelakkan diri anda merasa takut dan bimbang sebelum melakukan pembentangan. Berikut adalah beberapa teknik atau tips yang agak berkesan; #1 Ketahui objektif anda melakukan pembentangan. Pastikan anda tahu secara teliti apa yang […]

Rahsia Pakar Presentation – Merangka Sesi Pembentangan

Sebaiknya perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi merangka sesi pembentangan. Cuma kadangkala, anda akan terfikir cukupkah masa yang diberikan kerana terlalu banyak perkara yang ingin anda sampaikan. Kadangkala pula berlaku, anda tidak tahu apakah kandungan yang patut diselitkan dalam pembentangan anda. Struktur pembentangan yang berkesan perlu merangkumi perkara Wajib Tahu, Perlu Tahu, dan Menarik Jika […]

Rahsia Pakar Presentation – Objektif Pembentangan

Ramai beranggapan, bahawa seorang Speaker, Trainer atau Presenter mempunyai bakal semula jadi. Sebenarnya tidak. Mereka juga orang biasa seperti kita. Apa yang membezakannya hanyalah mereka tahu apa yang mereka lakukan. Menjadi seorang Speaker, Trainer atau Presenter yang bagus bukanlah terjadi dalam sekelip mata. Ada proses pembelajaran perlu dilalui. Asalkan anda tahu objektif pembentangan anda, pembentangan […]