Artical, clients

MENJANA DANA – TIPS MENJALANKAN AKTIVITI BERPASUKAN

Menjana dana adalah satu usaha bagi setiap pasukan atau organisasi untuk membolehkan mereka menggerakkan aktiviti-aktiviti riadah bagi pasukan mereka. Pelbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan bagi tujuan mengumpul dana dan duit pasukan. Antaranya adalah :-

  1. Melalui kutipan yuran ahli.
  2. Membuat sendiri barangan atau cenderamata untuk dijual.
  3. Menganjurkan pertandingan.
  4. Membuka gerai jualan semasa program-prorgam besar.
  5. Memohon sumbangan.
  6. Menganjurkan majlis makan malam.
  7. Membuat t shirt persatuan dan menjualnya.
  8. Menerbitkan majalah atau buletin dan menjualnya.

Kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas, jika kita lihat sering digunakan di peringkat sekolah dan kolej-kolej bagi tujuan menjana dana. Walaupun terdapat beberapa tanggapan negatif tentang kutipan wang ini, namun haruslah kita berusaha untuk memandang usaha mereka dari sudut positif.

MENGANJURKAN MAKAN MALAM

 

 

 

Ini kerana, tanpa kutipan wang yang cukup adalah mustahil bagi sesebuah sekolah atau jabatan mampu menjalankan aktiviti-aktiviti program seperti kem motivasi atau kem bina semangat. Malah tidak keterlaluan juga untuk dikatakan, tanpa kutipan wang dan dana yang mencukupi maka pincanglah sesebuah program.

Sebagai contoh, para peserta kem tentu tidak mampu dihidangkan dengan menu dan diet yang mencukupi sekiranya bajet untuk tempahan makanan tiada atau kurang cukup. Justeru, tidak dinafikan lagi kepentingan dalam sesebuah pasukan untuk berusaha menjana dana adalah sangat penting sebelum jawatankuasa merangka aktiviti dan langkah seterusnya.

Image may contain: 6 people, outdoor

Salah satu kaedah yang sering digunakan untuk mengutip wang dengan cara yang cepat adalah dengan memohon sumbangan. Justeru, bagi ahli yang telah diamanahkan tugasnya untuk mengutip sumbangan perlulah terlebih dahulu untuk mengumpul seberapa banyak maklumat penyumbang yang berpotensi menderma. Tentu sahaja lebih banyak maklumat penyumbang, maka lebih potensi kutipan dana akan diperolehi.

Surat permohonan meminta sumbangan juga adalah wajib untuk disediakan bagi tujuan ini. Ia bukan sahaja penting bagi persatuan tersebut, malah ia juga penting kepada penyumbang itu sendiri di mana mereka boleh membuat pengecualian cukai semasa cukai taksiran setiap tahun.

Sedikit tips : walaupun pengurusan kewangan wang terletak di bawah kuasa bendahari, namun segala keputusan yang berkaitan dengan wang tidak boleh dibuat tanpa mengambil kira pandangan ahli yang lain. semua keputusan haruslah melalui mesyuarat supaya lebih telus dan sepakat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *