Artical, Camp, Cave Stay

MENGENALI MASYARAKAT HUTAN DI ASIA CAMP, TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG

Masyarakat hutan atau lebih dikenali sebagai penduduk orang asli dikatakan pada asalnya menghuni di Hutan Amazon kira-kira 500 tahun yang lalu. Pada waktu itu jumlah penduduknya adalah dianggarkan lebih kurang seramai 10 juta orang asli yang menetap di sana. Namun demikian, jumlah populasi tersebut telah berkurang berikutan kemodenan dunia dan kini yang tinggal hanya lebih kurang 200 ribu orang sahaja.

Dikatakan kebanyakan penduduk orang asli tersebut telah berhijrah ke bandar yang pada pandangan mereka lebih memberikan keselesaan hidup dan membuka lebih banyak pengalaman dan ilmu baru berbanding kehidupan mereka yang tinggal di dalam hutan.

Majoriti masyarakat hutan atau penduduk peribumi orang asli ini menjalani kehidupan sebagai pemburu, pemungut hasil hutan atau penangkap ikan. Mereka meneruskan kelansungan hidup dengan mendapatkan sumber-sumber makanan daripada hutan seperti mengutip buah-buahan, memburu haiwan seperti ayam hutan dan mengutip kekacang.

alatan memburu

Seiring dengan peredaran zaman pula, mereka semakin bijak mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan di mana hasil hutan tersebut akan dijual pula kepada masyarakat luar yang tidak mampu memperolehinya sendiri. Ini dibuktikan dengan penduduk orang asli yang banyak berjual petai dan kraftangan buluh kepada para pelancong yang datang dari bandar.

Tidak dinafikan, penduduk orang asli ini juga mempunyai semangat jati diri berpasukan yang tinggi. Sejarah mencatatkan tentang masyarakat hutan yang dikenali sebagai Puak Korubo yang mendiami Hutan Hujan Amazon telah bermati-matian menentang penceroboh Brazil pada waktu itu. Sydney Possuelo adalah antara pegawai Brazil yang ditugaskan untuk berunding dengan penduduk orang asli tersebut yang pada mulanya bersetuju dengan pandangan kerajaan untuk memodenkan orang asli akhirnya membuat kesimpulan bahawa ideologi memodenkan orang asli tidak relevan.

Ini kerana, beliau berpendapat keunikan kehidupan penduduk orang asli yang jauh berbeza dengan masyarakat moden adalah satu keistimewaan yang perlu diperlihara. Justeru, begitu jugalah dengan Negara kita yang masih lagi memelihara keistimewaan penduduk orang asli malah menjadikan kehidupan suku kaum mereka sebagai salah satu aspek tarikan para pelancong dari luar Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *