Artical

PENGENALAN ILMU INTERAKSI BUKAN LISAN DALAM KOMUNIKASI

Interaksi bukan lisan ditakrifkan sebagai penampilan perilaku yang mengiringi gaya pertuturan seseorang bermula daripada air muka, eye contact, gerakan bibir, lenggok kepala, cara senyuman dilemparkan, gerakan tangan dan jari-jari dan juga cara berdiri. Semua aspek yang dinyatakan juga dikenali dengan istilah body contact.

Sesetengah individu tidak menyedari atau terlepas pandang kepentingan ilmu body contact ini. Keseluruhan pergerakan ini adalah mencerminkan personaliti seseorang dan memberikan tanggapan pertama untuk menjalankan sesuatu urusan sama ada urusan rasmi mahupun tidak rasmi. Sebagai contoh, cara seseorang meletakkan kakinya semasa duduk akan dapat mentakrifkan hampir keseluruhan personaliti dirinya.

Image may contain: 5 people, people standing, child and outdoor

Justeru, ilmu interaksi bukan lisan ini adalah sangat penting dalam membentuk dan mengekalkan imej positif dalam sesebuah pasukan atau jabatan. Tentu sahaja sesebuah pasukan yang kesemua ahlinya mempamerkan body contact yang menarik dan berwibawa akan dapat menarik perhatian ramai berbanding dengan ahli pasukan yang tidak memberikan body contact yang bagus.

Ada beberapa gerakan body contact yang ditakrifkan sebagai pembunuh perbualan. Antaranya adalah apabila seseorang menggunakan nada suara yang lebih tinggi semasa perbualan. Dengan cara tersebut bukan sahaja akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang lain malah akan menyebabkan mereka ingin segera meninggalkan tempat tersebut.

Selain daripada itu, gaya dan cara interaksi bukan lisan seperti air muka yang masam dan riak muka yang mencebik tanpa menuturkan sebarang perkataan juga adalah satu cara body contact yang negatif dan racun dalam pembentukan sahsiah peribadi cemerlang seseorang.

Seseorang yang sengaja bercakap lambat-lambat atau terlalu cepat juga mempamerkan gaya body contact sebagai pembunuh perbualan. Selain daripada itu, perbuatan yang kerap kali menguap semasa perbualan atau perbincangan juga menandakan bahawa individu tersebut tidak berminat dengan topik tersebut. Semua gerakan-gerakan body contact yang dinyatakan tidak memerlukan individu untuk bercakap mengenainya tetapi cara yang dizahirkan sudah cukup jelas untuk menjelaskan situasi.

Kritikan membina penting dalam memajukan diri dan merangsang perubahan dalam diri individu

Justeru, jika anda dapati seseorang itu berbual dengan cara demikian, maka tamatkan sahaja perbualan tersebut bagi mengelakkan tercetusnya konflik atau perselisihan faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published.