APLIKASI TEORI GOL (MATLAMAT) DALAM KECEMERLANGAN TEAMBUILDING

Teori penetapan gol atau juga dikenali sebagai goal setting mengatakan tingkah laku seseorang itu amat dipengaruhi oleh nilai-nilai dan gol-gol kehidupannya. Nilai-nilai yang dijadikan pegangan oleh seseorang itu menyebabkan dia mahu melakukan perkara-perkara yang selaras dengan nilai-nilai golnya sahaja.

Sebagai contoh, seseorang ketua yang sangat mementingkan kejujuran akan memilih mereka yang jujur sahaja bagi bekerja bersamanya dan lebih mementingkan latar belakang peribadi berbanding latar belakang kecemerlangan akademik. Kebanyakkan teori motivasi meletakkan gol sebagai perkara yang paling utama dalam mencapai matlamat dan target.

Sukan memanah yang menguji kekuatan tangan turut disediakan di sini

Justeru, adalah penting untuk sesebuah organisasi arif tentang ilmu dan teori penetapan gol ini kerana gol yang jelas bukan sahaja memberikan kesan positif dalam usaha membentuk kejayaan, malah turut dikenali sebagai alat memotivasikan pasukan.

Apabila seseorang itu sudah menentukan gol yang dijadikan sebagai matlamat dan fokus utamanya, dia akan mula bekerja ke arah mencapai matlamat tersebut. Justeru, pada kebiasannya, dia akan mula memilih aktiviti-aktiviti atau sebarang majlis ilmu yang berkaitan untuk membantunya lebih mengenali gol tersebut. Sebagai contoh, apabila seorang remaja yang sangat bercita-cita dan meletakkan gol untuk menjadi pemain bola sepak, maka dia akan mula dengan mengisi masanya dengan bermain bola sepak sama ada di sekolah atau pun apabila ada masa terluang.

Dalam teori penetapan gol ini juga menerangkan bahawa gol yang tercapai akan menimbulkan rasa puas hati kepada seseorang. Rasa puas hati ini pula adalah salah satu faktor yang menyebabkan para pekerja mempunyai semangat kerja yang tinggi. Selain itu, gol yang tercapai juga akan membantu menambahkan lagi keyakinan kepada para pekerja atau ahli pasukan untuk lebih berusaha gigih supaya dapat menaiki tangga kejayaan yang lebih tinggi.

Kesimpulannya, apabila seseorang itu mempunyai goal setting yang jelas dan tepat, maka dia tidak akan mudah untuk hilang fokus dan sentiasa mengawasi langkahnya agar setiap tindakan yang diambil tidak akan mendatangkan kemudaratan atau menyebabkan golnya tidak tercapai.

Jelas sekali, individu yang mencapai kejayaan tinggi adalah individu yang mempunyai sifat pandai memantau kemajuan diri serta bertanggungjawab ke atas kejayaannya sendiri.

PANDANGAN DAN TANGGAPAN MITOS DALAM KEM MOTIVASI

Mitos dalam kem motivasi adalah di mana individu dan masyarakat membuat andaian dan pandangan sendiri terhadap kem motivasi. Antara andaian-andaian dan pendapat yang sering didengar apabila ahli jawatankuasa menyatakan hasrat untuk menjalankan kem motivasi terutama di sesebuah jabatan atau organisasi adalah :-

  1. Mitos pandangan bahawa kem motivasi hanya untuk pelajar dan golongan remaja.
  2. Mitos pandangan bahawa kem motivasi membosankan dan mendengar ceramah sahaja.
  3. Mitos pandangan bahawa kem motivasi membuang masa dan tidak perlu diberi keutamaan.

Justeru, terbukti bahawa pandangan dan andaian-andaian tersebut hanya omongan kosong semata kerana di kem motivasi yang diadakan di Asia Camp meliputi semua peringkat usia dan menepis semua teori mitos dalam kem motivasi di atas. Begitu juga kem motivasi di kem di negeri sembilan, Selangor dan seluruh semenajung Malaysia. Banyak yang menawarkan kursus dengan objektif yang bagus.

Walaupun tidak dinafikan, apabila menyebut sahaja kem motivasi maka secara tidak lansung kita akan terus terfikir bahawa pelaksanaan kem ini sangat sesuai untuk golongan murid-murid dan pelajar sekolah. Hal ini adalah kerana seiring dengan semua jenis peperiksaan yang perlu ditempuhi oleh mereka, maka dengan pengisian ilmiah dalam kem motivasi akan membantu mereka mengharungi cabaran peperiksaan dengan lebih baik.

Namun begitu, golongan dewasa yang sudah menginjak ke alam pekerjaan juga sebenarnya akan mendapat pelbagai manfaat dengan menyertai kem motivasi. Ini kerana semangat dan aura positif adalah perlu disemai setiap masa dan sekaligus menepis pandangan mitos dalam kem motivasi yang menyatakan golongan yang sudah berkerja tidak lagi memerlukan nasihat tetapi hanya perlu fokus kepada pekerjaan semata-mata.

Seiring dengan peredaran zaman, pelaksaan dan pengisian kem motivasi pada hari ini tidak lagi hanya tertumpu kepada memberikan ceramah semata-mata. Buktinya kem motivasi yang diadakan di Asia Camp akan  diselitkan dengan  pelbagai aktiviti menarik yang mencabar fizikal dan sama sekali tidak membuang masa para peserta yang menyertainya.

Oleh yang demikian, para peserta yang menyertai kem motivasi di Asia Camp terdiri daripada pelbagai jabatan termasuk jabatan kerajaan yang sudah pasti dianggotai oleh golongan dewasa, namun mereka mengakui bahawa dengan meluangkan masa menyertai kem sebegini akan membantu mereka untuk lebih produktif dan bersemangat untuk menjalankan tugasan yang diberikan.

KONFLIK UMPAMA AISBERG – TEKNIK KOMUNIKASI PASUKAN

Konflik umpama aisberg adalah satu perumpamaan dan kaedah yang menyifatkan masalah dalaman dalam sesebuah pasukan atau organisasi disamakan dengan sifat dan kedudukan aisberg. Penyataan ini menyifatkan bahawa berdasarkan keupayaan mata kasar seseorang individu itu, mereka hanya mampu untuk melihat masalah atau konflik di permukaan sahaja lantaran mereka sedang berada di atas daratan.

Kedudukan yang sebegini menyebabkan mereka tidak dapat melihat apa yang berada di bawah permukaan laut. Permukaan yang dapat dilihat hanya sebahagian kecil yang ditonjolkan melalui bentuk atau rupa aisberg tersebut. Manakala, pemandangan indah dasar laut yang sebenar pula telah terlindung di sebalik permukaan aisberg ini tadi.

Kritikan membina penting dalam memajukan diri dan merangsang perubahan dalam diri individu

Justeru, kaedah mengenalpasti konflik umpama aisberg ini seharusnya dapat membantu para ahli pasukan untuk mendalami dan menyelami isi sebenar konflik tersebut dan mengapa ia terjadi. Apa yang paling penting bagi setiap ahli pasukan yang terlibat dalam konflik tersebut adalah bukan hanya mahu menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah tetapi juga mencari kata sepakat dan mewujudkan win win situation.

Beberapa cara telah dikenalpasti sebagai kaedah yang terbaik untuk meredakan konflik. Yang pertama adalah melalui cara persediaan diri di mana seseorang yang bakal melangkah ke alam baru seperti memasuki alam pekerjaan perlu memahami dirinya sendiri terlebih dahulu.

Ini kerana konflik umpama aisberg menjadikan kedudukan konflik tidak dapat dilihat menggunakan mata hati tetapi hanya menilai konflik dengan mata kasar. Adalah mustahil bagi seseorang untuk membuat mencari hikmah di sebalik setiap konflik yang terjadi sekiranya dirinya tidak mempunyai jati diri yang utuh dan tidak mengenali diri sendiri dengan lebih baik.

Selain itu juga, nilai dan sikap yang positif yang sentiasa cuba dipupuk dari masa ke semasa juga membantu untuk mencari penyelesaian konflik dengan lebih baik. Mengambil langkah untuk sentiasa bermuhasabah diri juga sangat penting dalam memastikan setiap keputusan yang diambil adalah rasional.

Adalah penting bagi setiap individu untuk mengetahui bahawa satu keburukan tidak akan dapat diselesaikan dengan mengambil langkah yang buruk melainkan dengan persediaan teguh mental, fizikal dan kewangan.

Visi yang jelas disokong oleh pelan yang pasti memberikan anda satu keyakinan yang besar dan kuasa dalam diri – Brian Tracy

 

KETEPATAN MASA : MENDIDIK DISPLIN DI KEM MOTIVASI / KEM AKTIVITI OUTDOOR

Tidak dapat dinafikan, ketepatan masa adalah antara perkara yang paling penting dalam mengendalikan pelbagai urusan pada era moden yang serba mencabar ini. Pelbagai masalah akan timbul sekiranya masyarakat mengabaikan masa dan lansung tidak mahu menghargai masa lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan orang sekeliling. Disinilah AsiaCamp memainkan peranan di dalam kem aktiviti outdoor untuk memastikan peserta bukan sahaja dapat pengalaman yang menyeronokan, bahkan mereka akan mendapat pembelajaran yang sangat berguna untuk diaplikasikan.

Antara masalah yang akan timbul akibat tidak menepati dan menghargai masa adalah :-

  1. Konflik dalam pasukan mudah tercetus
  2. Kerja yang sepatutnya siap dalam jangka masa pendek menjadi tertangguh
  3. Kos kewangan meningkat bagi sesuatu projek
  4. Pembelajaran menjadi sia-sia dan tidak difahami.

Semua perkara negatif di atas akan terjadi sekiranya ilmu ketepatan masa tidak difahami dan dipraktikkan dengan baik. Justeru, adalah menjadi salah satu intipati dalam setiap modul kem motivasi untuk menekankan kepentingan menghargai masa seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, seorang pelajar akan diajar untuk membuat jadual rutin harian bermula dari bangun pada awal pagi sekitar 6 pagi setiap hari. Jadual tersebut bersambung kepada rutinnya untuk pergi ke sekolah dan bermain di waktu petang. Manakala apabila waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk membuat ulangkaji dan menyiapkan jadual untuk keesokan harinya. Setelah semua selesai pelajar juga diajar tentang kepentingan tidur yang berkualiti bagi menjamin kesihatan.

Image result for contoh jadual pelajar

Menghargai ketepatan masa bukan sahaja penting bagi para pelajar tetapi ia juga adalah penting bagi golongan dewasa yang telah berkerjaya dan berumah tangga. Seringkali kita mendengar rahsia kejayaan tokoh-tokoh hebat di mana antara perkara utama dalam kehidupan mereka adalah teknik yang betul dalam menguruskan masa.

Melalui pengurusan masa dalam kem motivasi juga, peserta akan dibimbing supaya lebih menghargai masa yang ada pada waktu sekarang, dan bukannya mengenang masa lampau yang menyedihkan atau berfikir terlalu buruk tentang masa hadapan yang masih belum pasti.

Sebagai contoh, seseorang pelajar yang merasa rendah diri lantaran keputusan peperiksaan yang tidak cemelang perlu lebih banyak menghabiskan masa dengan mengenal pasti bakat dan kebolehan terpendam yang ada dalam diri. Mereka juga tidak digalakkan untuk sentiasa berfikir negatif tentang masa hadapan seperti mereka tidak akan berpeluang untuk membina kerjaya pada masa kelak.

AKTIVITI JUNGLE TREKKING DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA JERANTUT

Aktiviti jungle trekking atau berjalan dan meninjau keunikan dan keindahan dalam isi hutan adalah antara aktiviti yang pasti disertai oleh setiap pengunjung di Asia Camp, Taman Negara, Jerantut, Pahang. Dikategorikan sebagai Hutan Dara yang membawa pengertian bahawa hutan di Jerantut, Pahang ini adalah masih kekal asli dan terpelihara khazanahnya, menjadikan para pengunjung bakal terpesona dengan keindahan yang disajikan.

Bukan sahaja pemandangan hutan belukar dan pokok-pokok yang jarang dijumpai di kota raya, malah terdapat juga pelbagai haiwan dan hidupan lain yang turut sama berkongsi habitat dan meneruskan kelansungan kemandrian spesis mereka di dalam hutan ini.

Aktiviti jungle trekking biasanya akan diadakan pada waktu siang dengan dimulakan melalui serba ringkas penerangan daripada jurulatih yang akan mengawasi para peserta sepanjang perjalanan. Semasa penerangan dijalankan, para peserta turut dimaklumkan dengan kod kecemasan sekiranya terjadi sebarang jenis kemalangan. Adalah penting untuk para peserta mengambil berat akan setiap penerangan yang diberikan oleh jurulatih tersebut.

Selain daripada itu, para peserta juga sangat tidak digalakkan untuk berpecah dengan ahli kumpulan bagi mengelakkan kehilangan arah dan menjadi sesat di dalam hutan. Pelbagai jabatan yang pernah menyertai Kem Jati Diri di Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang ini, rata-rata mereka bersetuju bahawa aktiviti jungle trekking ini adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan memberi pengalaman baru.

Lebih-lebih lagi apabila mereka berpeluang untuk melawat perkampungan orang asli dan melihat sendiri gaya hidup mereka yang masih lagi dianggap primitif namun tiada tekanan komitmen. Selain berpeluang mempelajari ilmu kehidupan orang asli seperti memanah dan memasak gaya rimba, peserta yang menyertai aktiviti ini rata-rata merasa teruja melihat keunikan flora dan fauna yang masih lagi diperlihara dan tetap dipulihara sentiasa.

Justeru, sekiranya ada di antara penganjur kem, atau ketua jabatan atau pihak pentadbir kolej dan universiti yang ingin mencari lokasi kem yang dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi hutan dan mengadakan aktiviti jungle trekking, di samping ingin mengenali dengan lebih dekat kehidupan orang asli maka, Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang pasti memenuhi semua ciri keperluan tersebut.

KEMAHIRAN MENDENGAR – ASAS DALAM KOMUNIKASI PASUKAN

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran asas yang penting dalam menjayakan komunikasi dua hala dalam sesebuah pasukan. Seorang ketua pasukan yang berjaya mewujudkan kemahiran ini akan berjaya membina satu persekitaran yang dianggap selamat oleh semua ahli pasukan. Sebagai contoh, seseorang individu itu tentu mahu meluahkan masalah yang membelengu fikirannya tetapi tidak tahu dengan siapa dia boleh bercakap dan meluahkan perasaan.

Jika diluahkan kepada rakan sekerja bimbang pula akan menjadi buah mulut rakan-rakan yang lain. Justeru, sebagai seorang ketua pasukan yang mahukan persekitaran yang baik untuk semua ahli pasukannya, adalah penting untuk beliau tahu dan mahir mengendalikan ilmu dan kemahiran mendengar ini.

Semasa sesi meluahkan perasaan diadakan, ketua pasukan perlu lebih banyak memberikan peluang untuk ahli pasukannya bercakap terlebih dahulu. Jangan menyampuk terlebih dahulu atau terus membuat keputusan atau andaian dengan mengatakan masalah yang diluahkan itu adalah remeh dan tidak serius.

Perbuatan tersebut bukan sahaja akan memberikan emosi negatif kepada ahli pasukan lantaran berasa rendah diri kerana tidak dipercayai, malah turut memberikan tanggapan negatif kepada ketua tersebut yang dianggap sebagai tidak adil atau bias. Seorang ketua pasukan atau pemimpin yang bias tentu sahaja dianggap tiada kredibiliti oleh ahli pasukannya dan akan menyebabkan semangat teambuilding berkurangan.

Justeru,seorang ketua yang mempunyai ilmu kemahiran mendengar ini bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada ahli pasukannya, malah melalui penguasaan ilmu ini juga akan memberikan manfaat yang menyeluruh kepada semua ahli pasukan.

Salah satu kaedah mendengar dengan aktif adalah di mana seorang ketua tersebut memberikan sepenuh perhatian kepada ahli pasukannya dan berjaya menimbulkan rasa sensitif di mana setiap permasalahan yang diutarakan diambil berat. Sebagai contoh beliau perlu membuat pernyataan semula di mana ketua pasukan ini tadi perlu mengulang semula perkara yang diperkatakan dengan menggunakan bahasa dan laras yang sama.

Kenyataan : “Saya ingin menjadi macam rakan saya.”

Kenyataan semula : “Awak ingin menjadi seperti rakan awak yang mana?”

Maka, dengan kaedah penyataan semula ini akan membuatkan ahli pasukan yang meluahkan perasaan yakin dan tahu bahawa ketua pasukannya benar-benar memberi perhatian semasa sesi luahan dijalankan.

 

Kepuasan tidak datang dengan pencapaian, tetapi dengan usaha. Usaha dengan sepenuh hati akan memberikan kemenangan mutlak – Mahatma Gandhi.

TEORI GANJARAN MEMUPUK SEMANGAT KECEMERLANGAN DIRI DAN TEAMBUILDING

Teori ganjaran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-

  1. Ganjaran sosial
  2. Ganjaran simbolik
  3. Ganjaran kerja

Ketiga-tiga teori ini sama ada disedari atau tidak oleh ketua jabatan atau ketua pasukan akan menentukan tindak balas para pekerja dan mutu kerja mereka dari masa ke semasa. Dalam teori ganjaran sosial adalah di mana seseorang ketua menuturkan kata-kata yang menunjukkan penghargaan kepada anak buahnya.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, suatu kesan yang lebih baik dan sangat positif kepada ahli pasukan sekiranya penghargaan dan pujian datang daripada ketua yang berstatus paling tinggi dalam sesebuah organisasi menerusi teori ganjaran ini.

Contoh-contoh teori ganjaran sosial adalah seperti : –

  1. Pujian lisan yang spesifik.
  2. Surat pujian dan penghargaan.
  3. Pengiktirafan secara terbuka seperti di Perhimpunan Pagi.
  4. Jamuan keraian.
  5. Diminta menjadi penasihat atau mentor.
  6. Diminta menyampaikan ceramah berkaitan bidang tugas.
  7. Diberi anugerah “PEKERJA CONTOH”.

 

Jika dalam masyarakat umum, gelaran-gelaran yang diberikan seperti datuk, dato’, tan sri, datuk seri dan pelbagai gelaran atau pingat kebesaran adalah sebagai tanda simbolik ganjaran sosial kepada mereka yang telah banyak menabur jasa dan bakti dalam sesuatu bidang seperti bidang akademi, seni, sains, sosial mahupun dalam bidang seni.

Selain ganjaran sosial, teori ganjaran juga menyatakan bahawa dua jenis lagi ganjaran yang dikenali sebagai ganjaran simbolik dan ganjaran kerja turut memberikan semangat positif dalam membentuk semangat positif dalam melaksanakan tugasan. Ganjaran simbolik ini adalah lebih kepada penghargaan material apabila seseorang ahli itu telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam jabatan atau pasukan.

Contoh-contoh ganjaran simbolik pula adalah seperti :-

  1. Memberikan trofi atau plak penghargaan.
  2. Bilik pejabat sendiri.
  3. Hadiah peribadi seperti pen, tali leher atau jam tangan.

Contoh-contoh ganjaran kerja pula adalah sepertu berikut :-

  1. Kenaikan pangkat
  2. Diberikan kuasa mengawal pasukan lain
  3. Dilantik ke dalam jawatankuasa penting
  4. Diberi peluang untuk belajar atau kursus untuk memajukan diri

Kesimpulannya, teori ganjaran ini akan mewujudkan satu perasaan yang menunjukkan bahawa perkerja atau ahli pasukan dihargai dan mendorong mereka untuk lebih bersemangat pada masa akan datang.

 

ILMU MENGAWAL PERASAAN GELABAH DAN KERISAUAN MELAMPAU SEMASA KEM MOTIVASI

Perasaan mengelabah atau kerisauan melampau adalah perasaan yang normal dialami oleh setiap individu di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan suatu tanggungjawab yang besar seperti perlu menyampaikan ucapan di khalayak ramai atau mengetuai sesebuah pasukan. Justeru, sebagai ahli pasukan yang sentiasa berdaya positif, perasaan kerisauan dan keraguan ini perlu diatasi dengan sebaiknya.

Antara perkara yang perlu dilakukan semasa perasaan serba tidak kena ini datang, adalah individu tersebut harus bertenang dan jangan mengatakan sesuatu dengan terburu-buru. Ini kerana, salah satu kajian ahli psikologi, semasa seseorang itu bertenang, maka dia akan menambah kekuatan-kekuatan saraf dan menjauhi ketegangan.

Perasaan mengelabah atau kerisauan melampau ini jelas sekali mempunyai banyak keburukan sekiranya tidak berjaya diatasi. Sebagai seorang ketua pasukan yang bijak pula, beliau hendaklah tahu cara untuk menenangkan ahli pasukannya lebih-lebih lagi dalam sesebuah tugasan yang melibatkan pengucapan awam.

Selain memberikan kata-kata positif seperti “saya boleh melakukannya” seorang ketua pasukan perlu sentiasa mengingatkan kepada ahli pasukan untuk act natural. Ini kerana perasaan mengelabah ini adalah berpunca daripada tekanan yang datang dalam fikiran seseorang untuk memaksa mereka melakukan tugasan dengan sempurna.

Sebagai seorang manusia adalah mustahil untuk mencapai kesempurnaan penuh. Apatah lagi dalam keadaan perasaan mengelabah atau kerisauan ini sentiasa silih berganti mengganggu emosi seseorang. Sebagai contoh ahli pasukan akan merasa sangat tertekan dan risau apabila mereka perlu memenangi kejohanan sesuatu pertandingan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan malah tidak kurang juga ada yang berkorban wang ringgit dan tenaga untuk merealisasikan impian pasukan mereka.

Justeru, sebagai seorang ketua pasukan yang baik, adalah penting untuk beliau mengingatkan ahli pasukannya bahawa kemenangan bukanlah segala-galanya. Apa yang penting adalah ahli pasukan telah berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan dan semangat kerjasama dan teambuilding yang diberikan oleh setiap ahli adalah lebih berharga.

Ini kerana, perlu yakin bahawa dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Yang paling penting adalah untuk tidak berputus asa.

LAPAN LANGKAH MENUJU KE ARAH KEHIDUPAN CEMERLANG – Intipati Kem Motivasi

Langkah menuju kehidupan cemerlang adalah antara ilmu pengetahuan yang sentiasa diterapkan dalam mana-mana kem motivasi atau kem jati diri. Seiring dengan perubahan dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan sehari-harian, individu yang sentiasa menimba ilmu pengetahuan pasti akan dapat menempuhi onak duri dan ranjau kehidupan.

Lapan langkah tersebut adalah :-

  1. Individu harus membuat rumusan jelas mengenai sasaran utama dalam kehidupan.
  2. Bijak menggunakan daya imaginasi untuk menguatkan semangat
  3. Sedar bahawa dalam usaha mengejar cita-cita, ada harga yang perlu dibayar dan bersedia membayarnya.
  4. Mengirimkan isyarat yang benar kepada fikiran bawah sedar.
  5. Langkah menuju kehidupan cemerlang juga adalah di mana individu perlu rela, bersedia dan redha menerima kegagalan untuk sementara waktu.
  6. Perlu percaya kepada kekuatan fikiran dan minda boleh merubah banyak hal dalam kehidupan.
  7. Jangan sesekali menuduh diri sendiri dan melemahkan diri sendiri.
  8. Dan sangat penting untuk berhenti menutup kelemahan diri dengan berbagai dalih atau alasan.

Dalam konteks membuat rumusan jelas tentang sasaran utama kehidupan, adalah penting bagi individu tersebut memahami bahawa tidak cukup sekadar pandai mengucapkan ayat-ayat positif RAMBANG seperti “saya inginkan kebahagiaan” atau “saya berazam untuk merubah peribadi saya lebih baik”.

Ini kerana minda perlu diasuh dengan arahan jelas melalui langkah menuju kehidupan cemerlang ini seperti “saya pasti berusaha menjadi seorang jururawat dalam tempoh 3 tahun ini” atau “saya akan menjadi editor bagi syarikat. Selain daripada itu, jadikan rutin harian untuk membaca semula tulisan-tulisan tersebut supaya minda positif itu tadi akan sentiasa mengingati tujuan dan sasaran utama dalam kehidupan.

Orang yang hidupnya tiada matlamat akan seringkali memberikan jawapan atau alasan seperti “kalaulah saya mempunyai pelajaran yang tinggi, tentu saya akan jadi pegawai besar”. Alasan-alasan sedemikian tanpa disedari membunuh impian dan potensi dirinya sendiri untuk lebih maju dalam kehidupan.

Justeru, untuk mengecapi kebahagiaan melalui kehidupan yang positif dan cemerlang, alasan-alasan membunuh kejayaan perlu dielakkan sama sekali.

 

Saya percaya bahawa orang-orang yang besar, iaitu orang-orang yang merealisasikan diri dan hidup secara penuh adalah pemberi berkat yang besar – Mark Victor Hansen-

Terdapat banyak kem yang boleh diikuti untuk memberi motivasi diri kepada anda., AsiaCamp, kem latihan & rekreasi sungai congkak, kem sri raudah, tempat kem kepimpinan di Perak dan banyak lagi kem rekreasi di Perak dan Selangor

MENGENALI ETIKA ALAM SEKITAR SEMASA PERKHEMAHAN DI ASIA CAMP

Etika alam sekitar adalah sebuah prinsip displin pengajian yang baru berkembang ekoran timbulnya krisis alam sekitar yang semakin hebat dihadapi oleh manusia pada hari ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia di muka bumi ini untuk menghargai keindahan alam semulajadi yang telah wujud sejak sekian lama.

Dalam prinsip etika ini, masyarakat akan didedahkan tentang amalan sikap yang dapat membantu memelihara dan memulihara alam sekitar dan alam semulajadi. Apabila dilihat secara konteks global, hampir seluruh dunia berdepan dengan masalah pencemaran yang semakin meruncing malah sudah sampai ke tahap kritikal.

Semasa menyertai sebarang aktiviti perkhemahan, peserta harus diingatkan tentang etika alam sekitar ini bagi mengelakkan mereka melakukan sebarang keganasan terhadap tumbuh-tumbuhan seperti menebang pokok-pokok yang ditanam, memetik bunga dan membunuh haiwan.

Dalam salah satu subjek matapelajaran di sekolah iaitu Geografi, sering kali kita dengar bahawa kepentingan hutan adalah sebagai kawasan tadahan air. Kepupusan kawasan tadahan air ini lantaran kemajuan pesat semua jenis industri lain memaksa pihak berkuasa untuk mewujudkan semula Hutan Simpan.

Justeru, adalah penting bagi kita sebagai seorang manusia yang baik dan bermoral tinggi untuk sama-sama memastikan khazanah Negara ini tidak dicemari oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan semasa berada dalam hutan tersebut.

Selain daripada itu, prinsip etika alam sekitar ini juga mengingatkan manusia bahawa melalui penjagaan hutan simpan juga adalah kebergantungan generasi kini dan generasi akan datang untuk mendapatkan bekalan air dan udara yang bersih.

Pada zaman ini, permintaan air bersih bagi Negara Malaysia semakin meningkat sehingga 4%. Sumber utama air yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat adalah daripada hujan, sungai, tasik, kolam takungan dan empangan air buatan manusia.

Namun begitu, bagi menjamin kebersihan air tersebut pemuliharaan dan pemeliharaan hutan adalah sangat penting. Ini kerana air yang bersih datangnya daripada ekosistem alam yang sempurna dan tidak tercemar.

Justeru, memahami cabaran yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini, penerapan ilmu etika alam sekitar adalah satu ilmu yang penting dan perlu dipraktikkan oleh semua pihak sebelum keseluruhan ekosistem alam semulajadi ini terganggu.