PERUNTUKAN PERBELANJAAN – TIPS MELAKSANAKAN KEM MOTIVASI

Perancangan perbelanjaan yang tepat adalah nadi bagi sesebuah kem motivasi yang diadakan. Semakin besar peruntukan yang ada maka, seharusnya semakin hebatlah perjalanan dan kelancaran program kem tersebut. Malah, dengan peruntukan yang mencukup para peserta juga berpeluang menikmati kemudahan seperti penginapan yang selesa, makanan yang lazat dan berkhasiat dan juga peralatan yang mencukupi.

Namun begitu, sekiranya pengajur kekurangan peruntukan tidak semestinya ia boleh mencacatkan program yang dijalankan. Melalui perancangan yang teliti dan kreatif, maka program yang hebat tetap mampu dijalankan walaupun terdapat sedikit kekurangan sumber kewangan.

Langkah-langkah penjimatan perlu diambil seperti meminimumkan perbelanjaan atau membuat kutipan derma. Perancangan perbelanjaan yang tepat perlu diuruskan oleh Bendahari yang dilantik semasa mesyuarat dan adalah sangat perlu setiap penyata pendapatan dibentangkan semasa mesyuarat. Bendahari juga perlu mencatat segala rekod keluar masuk wang serta menyimpan semua bukti perbelanjaan seperti resit dan invois.

Sumber kewangan perlu dikenalpasti dan direkodkan oleh bendahari sebelum mengadakan kem. Sumber kewangan ini adalah pelbagai sebagai contoh daripada kutipan setiap peserta yang menyertai kem dan daripada derma atau sumbangan daripada pihak luar. Kebiasaannya kem yang diadakan di peringkat sekolah, para guru akan meminta sedikit wang yuran penyertaan daripada pelajar atau murid.

Bagi jabatan kerajaan pula, perancangan perbelanjaan yang tepat adalah sangat penting dan juga perlu disertakan dengan laporan kerana segala perbelanjaan akan diaudit pada akhir tahun. Ini kerana kebiasaannya, jabatan kerajaan akan menggunakan duit peruntukan yang ada bagi melaksanakan progam modal insan jabatan. Justeru, jabatan seperti ini tiada kekangan dari segi kewangan namun segala aliran perbelanjaan perlu telus dan amanah.

 

JADUAL A : CONTOH ANGGARAN PERBELANJAAN

 

BIL
PERKARA
PERBELANJAAN
PENDAPATAN
1.
Penginapan asrama dan makan minum bagi tempoh 3 hari 2 malam
RM40.00 X 200 orang
= RM8000.00
 
Urus setia = RM 200.00 X 3 orang = RM600.00
 
Total = RM 8600.00
 
 
 
 
Kutipan tunai daripada murid.
2.
Pengangkutan
RM 700.00 X 5 buah bas.
= RM 3500.00
 
3.
Peralatan
RM300.00
 
Sumbangan PIBG
4.
Ubat-ubatan
RM100.00
5.
Penceramah
RM 100.00 X 8 orang
= RM800.00
6.
Runcit
RM 200.00
Sumbangan agensi
 

 

Jadual di atas menerangkan secara ringkas tentang perancangan kewangan yang dianggarkan bagi sesebuah perjalanan kem. Ia adalah contoh dan guideline kepada para penganjur namun boleh diubah suai mengikut keselesaan bajet dan objektif program masing-masing.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEPENTINGAN ILMU PERTOLONGAN CEMAS

Ilmu pertolongan cemas adalah rawatan segera dan hanya bertujuan untuk sementara yang diberikan oleh petugas kepada seseorang yang ditimpa kemalangan atau kecederaan, sebelum pesakit tersebut di bawa ke hospital atau sebelum ketibaan petugas keselamatan. Dalam kem-kem perkhemahan badan beruniform yang diadakan di Asia Camp, asas kepada ilmu ini akan diajar dan dipraktikkan kepada semua peserta sebagai salah satu asas kemahiran hidup.

Rawatan pertolongan cemas adalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Selain itu ia juga dapat menjaga kesihatan pesakit daripada menjadi lebih teruk atau kritikal di samping bertujuan untuk membantu dalam menyegerakan proses penyembuhan.

Ilmu pertolongan cemas ini umumnya mengandungi tiga perkara penting iaitu yang pertama menentukan punca dan jenis kesakitan atau kecederaan. Yang kedua adalah memberikan rawatan dengan kadar segera dan yang ketiga adalah mengatur pesakit untuk terus di bawa ke klinik atau hospital berdekatan.

Semasa dalam latihan para peserta akan diingatkan supaya sentiasa tenang dan berhati-hati semasa mengendali proses ini. Ini kerana adalah penting kepada para peserta untuk sentiasa memahami bahawa di samping menjaga keselamatan pesakit, keselamatan mereka juga harus diberi keutamaan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi.

Para peserta akan diajar dengan lebih mendalam cara-cara untuk mengendalikan pesakit yang pengsan misalnya dalam ilmu pertolongan cemas ini. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah melonggarkan pakaian pesakit di bahagian leher, dada dan  pinggang untuk memastikan pesakit mendapat pengudaraan yang cukup dan udara yang bersih. Sekiranya terdapat sebarang kotoran di mulut dan muka pesakit seperti darah, maka pasukan penyelemat haruslah membersihkan kotoran tersebut.

Selain itu juga, peserta kem akan diajar cara untuk menenangkan pesakit dan memberikan kata semangat supaya mereka tidak berasa tertekan dan gemuruh. Pesakit juga harus dielakkan daripada dikerumuni oleh ramai orang yang akan memberikan rasa kurang selesa kepadanya terutama kepada pesakit wanita. Selain itu juga, yang paling penting peserta perlu segera memberitahu keluarga atau waris terdekat pesakit tentang kondisi pesakit. Perkara-perkara di atas adalah asas kepada ilmu pertolongan cemas yang diajarkan di kem motivasi Asia Camp dan semoga ia terus menjadi ilmu yang dapat digunakan untuk kebaikan bersama.

Jangan pernah merasa malu atau ragu untuk membuat kebaikan. Jika kita berasa ragu dan malu sampai bila-bila pun kita tidak akan maju – Joko Widodo

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Mengenali potensi diri memerlukan cerminan dari individu lain dan persekitaran

Transformasi Diri Asas Kecemerlangan

Kecemerlangan individu atau sesuatu organisasi itu sangat berkait rapat dengan transformasi diri dan penyediaan perancangan masa depan yang strategik. Kebijaksanaan seseorang individu atau organisasi dalam melakukan perubahan dapat membantu merancang masa depan dengan lebih tersusun dan mengurangkan peratusan kegagalan di dalam hidup.

 

Professor Dr. Muhaya dalam siri-siri terapinya menyatakan transformasi diri ini membawa kepada pembangunan jiwa insan yang menjana kecerdasan akal dan emosi seseorang. Ini dapat dilakukan dengan melihat kepada 4 teras utama yaitu;

  1. kesedaran tentang diri
  2. keupayaan menguruskan diri
  3. kesedaran sosial dan peranannya
  4. kemahiran untuk bermasyarakat

 

Kemahiran bersosial di dalam modul team building misalnya mampu mengeratkan hubungan di antara individu untuk lebih toleransi dan setiakawan

Kemahiran bersosial di dalam modul team building misalnya mampu mengeratkan hubungan di antara individu untuk lebih toleransi dan setiakawan

 

Secara keseluruhannya, transformasi diri ini boleh dijayakan dengan mengenali diri, mengembangkan dan menyerlahkan potensi diri, dan seterusnya menggilap kecemerlangan yang ada di dalam diri. Melalui transformasi diri inilah akan membawa kepada perubahan sikap, kemahiran seseorang, mind-setting dan kemahiran dalam menilai dan berfikir secara inovasi dan kritis ke atas setiap sesuatu di dalam seluruh aspek kehidupan.

 

Contoh yang mudah, di dalam setiap organisasi terdapat individu-individu yang mempunyai perwatakan dan kemahiran yang berbeza. Apa yang membezakan dari satu individu kepada individu yang lainnya ialah kesedaran terhadap kekuatan dan kelemahan dirinya. Jika Pekerja A yang bersifat introvert (pemalu) tapi mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengurusan dan koordinasi diberikan tugasan berucap di khalayak ramai dan menjadi ketua, kemungkinannya membawa kepada kegagalan. Begitu juga jika Pekerja B yang bersifat extrovert (sejenis aktif dan out-spoken) jika diberikan tugasan mengurus di belakang tabir mungkin juga membawa kepada kemusnahan. Oleh itu, pentingnya setiap individu dan pemimpin itu mengenali ahlinya dan berusaha mengembangkan potensi diri bagi menghasilkan produktiviti dan kecemerlangan bersama yang lebih memberangsangkan.

 

Oleh kerana itu,  modul-modul transformasi diri yang digunapakai di dalam siri-siri latihan di Asia Camp khususnya amat penting untuk membantu sesebuah organisasi dan individu yang memerlukan terapi pembangunan insan dan kecemerlangan diri ini.

 

“Self-transformation is not just about changing yourself. It means shifting yourself to a completely new dimension of experience and perception” – Jaggi Vasudev

Kem kepimpinan Akademi Kemahiran Belia Golf di Asia Camp

Kem Kepimpinan Akademi Kemahiran Belia Golf 2019

Berjumpa lagi kita di kali ini. Kali ini, Admin nak kongsikan program yang baru sahaja selesai dari pelanggan terbaru Asia Camp kita. Pada minggu lepas, alhamdulillah Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) dengan usahasama Institut Kemahiran Belia Negara dan Kementerian Belia dan Sukan telah bekersempatan mengadakan kem minggu paradigm buat para pelajar AKBG yang baru. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di AsiaCamp, Kuala Kubu Bharu.

 

Modul kem minggu paradigma ini lebih menyasarkan objektifnya dalam meningkatkan critical thinking, leadership dan team working di kalangan pelajar baru AKBG. Ini penting bagi membantu para pelajar baru menghadapi pengajian di AKBG dengan lebih positif dan berdaya saing.

 

Buat pengetahuan umum, Akademi Kemahiran Belia Golf ini merupakan program khas yang menawarkan asas latihan, sijil professional dan peluang kerjaya bagi industri golf di negara kita. Akademi ini merupakan di antara institut pendidikan tunggal yang menyediakan latihan professional yang seumpamanya di Malaysia. Objektif utama Akademi Kemahiran Belia Golf ini adalah seperti berikut;

  • Melatih Belia berkemahiran dalam kerjaya industri golf.
  • Menampung kekurangan tenaga kerja tempatan dalam kerjaya di dalam bidang pengurusan dan kemahiran golf.
  • Memberi ruang dan peluang kepada belia menerima latihan secara professional dalam kerjaya di bidang golf.
  • Menyediakan peluang peningkatan kelayakan kepada pelajar aliran kemahiran golf dengan menawarkan kursus-kursus di tahap lebih tinggi (SKM Tahap 4/5).
  • Menghasilkan tenaga kerja mahir yang bertanggung jawab, berdisiplin, berilmu dan bertrampilan.

 

Detail mengenai AKBG boleh didapati di sini: http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/2016-03-23-22-41-59/info-akbg.html

 

Oleh yang demikian, pihak pengurusan Asia Camp sangat berbesar hati dalam menerima dan menjayakan objektif perkhidmatan bagi pelanggan baru seperti Akademi Kemahiran Belia Golf ini. Pihak kami di Asia Camp yang berperanan dalam mendidik warga akademi untuk lebih positif, berfikiran terbuka dan berdaya saing merupakan kelangsungan contribution yang sangat berharga kepada negara.

 

Jom kita layankan contoh-contoh aktiviti yang telah diadakan di Asia Camp bersama para pelajar Akademi yang baru.

Sebahagian aktiviti dalam Explorace dan Outdoor Modul bagi para peserta AKBG

 

Indoor aktiviti yang berkaitan team working, pembentangan logo kumpulan dan semangat setiakawan

 

Sekitar dewan makan di Asia Camp

 

Apa yang pasti, pihak Asia Camp ingin mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada pihak AKBG, IKBN dan seterusnya KBS yang yakin dan mempertanggungjawabkan Asia Camp dalam menjayakan misi pendidikan yang julung kali diadakanan. Terima kasih!

 

Untuk testimoni pelanggan Asia Camp yang lain, tekan di sini:

Himpunan Testimoni Peserta Asia Camp

Kem Kepimpinan

 

Kepentingan Pengurusan dan Koordinasi Program

Pentingnya pengurusan dan koordinasi program yang baik pastinya membawa kepada kejayaan dan kepuasan yang maksima kepada pihak pengurusan dan juga pelanggan. Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan ke atas rezeki yang tidak terhingga. Seminggu dua yang lepas, bumi Asia Camp meriah dengan 4 program yang berjalan secara serentak. Kemeriahannya dirasai dengan kehadiran dari pelbagai organisasi seperti warga PKNS, warga dari Akademi Kemahiran Belia Golf, para pegawai SPRM dari unit Integriti dan adik-adik dari unit badan beruniform SK Antara Gapi.

Kebiasaanya, jika 4 program besar yang berjalan serentak sebegini dengan latar belakang pelanggan yang pelbagai seperti dari bidang korporat, jabatan dan pendidikan akan menyebabkan kucar-kacir dan sedikit huru-hara di pihak pengurusan kem atau pusat latihan. Namun, tidak bagi kami di Asia Camp. Kami yakin dengan pengurusan dan koordinasi yang baik segala urusan dan halangan dapat dilaksanakan dengan baik.

Di Asia Camp, kita mempunyai kepakaran pengurusan dan koordinasi yang efisien dalam menguruskan program-program besar yang berjalan serentak. Ini berjaya ditandatangani dengan kemampuan ruang yang luas, fasiliti yang mencukupi dan tenaga staff serta jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Keberadaan hampir 300 peserta program pada minggu lepas merupakan satu cabaran bagi pihak pengurusan Asia Camp. Ianya bukanlah hal yang mudah, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diuruskan dan dijayakan.

Namun begitu, kata kunci pengurusan dan koordinasi yang terbaik adalah keseragaman arahan, makluman dan penyusunan program haruslah di tahap terbaik. Ini sangat penting dalam memastikan setiap peserta dan para pelanggan kami berada dalam keadaan selamat, selesa dan memuaskan.

Jom kita layan gambar-gambar berikut yang merupakan sebahagian dari program yang telah berjalan di Asia Camp pada kali yang lepas.

Warga PKNS sedang bertungkus-lumus menyiapkan masakan mereka dalam modul survival cooking

Warga PKNS sedang bertungkus-lumus menyiapkan masakan mereka dalam modul survival cooking

 

Sebahagian aktiviti dalam Explorace dan Outdoor Modul bagi para peserta Akademi Kemahiran Belia Golf

Sebahagian aktiviti dalam Explorace dan Outdoor Modul bagi para peserta Akademi Kemahiran Belia Golf

 

Para pegawai SPRM dalam sesi pagi berkawad dan senamrobik

Para pegawai SPRM dalam sesi pagi berkawad dan senamrobik

 

Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat

Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat

 

Di akhirnya, ini yang boleh kita simpulkan untuk memastikan sesebuah pusat latihan atau kem itu mampu untuk terus ‘survive’ dan berdaya saing:

1. Koordinasi yang terbaik – terhadap segala hal melibatkan arahan, info semasa, susunan tempat, tugasan staff dan perancangan modul dari masa ke semasa
2. Kesediaan dan kecekapan di setiap masa dan ketika.
3. ‘Awareness of goal oriented’ oleh setiap organisasi dan pelanggan sentiasa tersemat di jiwa dalam menjayakan program dan tugasan yang diberikan.

Untuk bacaan lagi, click di sini:

Kursus Pemantapan Pegawai Integriti SPRM Sektor Awam (KPPI)

MELIBATKAN SEMUA AHLI ASAS KERJASAMA DALAM PASUKAN

Melibatkan semua ahli pasukan dalam sesuatu mesyuarat dan aktiviti adalah perlu untuk membentuk dan memupuk kerjasama dan semangat berpasukan yang baik. Seringkali terjadi dalam sesetengah keadaan di mana hanya Pengerusi Persatuan dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang tertinggi sahaja membicangkan diskusi dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

Hal ini sebenarnya tidak elok untuk perkembangan menyeluruh sesebuah pasukan atau organisasi. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab semua untuk berusaha mewujudkan suasana kondusif di mana semua ahli pasukan merasa terpanggil untuk melibatkan diri secara langsung dalam semua hal dan aktiviti.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam usaha untuk melibatkan semua ahli pasukan ini. Yang pertama adalah ketua pasukan boleh menanya soalan secara terbuka seperti “Adakah cara ini bagus untuk pasukan kita?” Ini secara tidak lansung akan membuatkan ahli pasukan bertindak balas secara refleks dalam memberikan pandangan jujur mereka.

Cara yang kedua pula adalah seorang ketua boleh terus mengalihkan soalan tersebut kepada ahli yang lain sekiranya ahli pertama yang ditanya tadi gagal memberikan sebarang respons. Namun kuncinya di sini, setelah soalan tadi dijawab oleh ahli yang pertama, pulangkan semula soalan awal tadi kepada ahli yang pertama. Kaedah ini sangat berkesan dalam usaha untuk memastikan suara semua ahli didengar.

Melibatkan semua ahli dalam aktiviti seperti latihan  “memanaskan badan” dan Ice Breaking juga adalah salah satu kaedah yang sering digunakan dalam kem motivasi dia Asia Camp. Semasa aktiviti ini para jurulatih dan tenaga pengajar akan cuba untuk mengelakkan situasi menang-kalah sebaliknya memperkenalkan situasi menang-menang.

Rumusan dan hasil daripada perbincangan dan aktiviti yang diadakan ini pula hendaklah dinyatakan secara ringkas dan jelas kepada semua ahli pasukan. Jika perlu, seseorang ketua pasukan hendaklah mengulangi kenyataan-kenyataan dan arahan-arahan yang penting yang perlu diikuti oleh ahli pasukan.

Tujuan yang pasti adalah titik permulaan kejayaan – W. Clement Stone

Sedikit tips berguna untuk para ketua pasukan semasa anda menjalankan aktiviti yang melibatkan semua ahli pasukan, pastikan eye contact adalah sesuai dan sentiasa cuba untuk menyelitkan jenaka ringan supaya ahli pasukan tidak merasa kekok. Justeru, kerjasama kumpulan pasti akan dapat dicapai.

Tekan di sini untuk artikel seterusnya>

SIMBOL PASUKAN ASAS TEAMBUILDING

Simbol pasukan digambarkan sebagai identiti pengenalan diri sesebuah pasukan mahupun organisasi. Bagi membina pasukan yang cemerlang, setiap ahli pasukan perlu jelas dalam memahami dan menentukan ciri-ciri pasukan yang mereka sertai. Setelah ahli pasukan jelas dengan identiti pasukan mereka barulah lebih senang untuk mereka membawa hala tuju pasukan.

Penentuan simbol pasukan atau turut dikenali sebagai logo pasukan bertujuan untuk mencerminkan dan menggambarkan secara ringkas siapa dan apakah visi dan misi pasukan tersebut. Melukis dan membina logo pasukan adalah salah satu aktiviti indoor yang seronok dan memberi motivasi kepada peserta kem teambuilding di Asia Camp.

Ahli pasukan boleh memilih tema haiwan sebagai simbol pasukan sebagai contoh. Jika ahli pasukan mereka terdiri daripada wanita-wanita cantik dan berkeyakinan, maka mungkin haiwan yang sesuai untuk dicadangkan sebagai logo pasukan adalah burung merak. Burung merak yang terkenal dengan kecantikkan dan kemegahannya sering kali dijadikan logo dan simbol dalam pelbagai program atau acara. Kecantikkannya sekaligus seolah-olah mempamerkan kemegahan dan keyakinan pasukan tersebut.

Begitu juga dengan harimau. Seekor harimau yang garang yang fokus memburu mangsa. Maka ia juga antara haiwan yang popular untuk dijadikan logo dalam aktiviti sebegini. Melalui aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu ahli pasukan untuk lebih mengenali visi dan misi malah membina simbol pasukan juga dapat membentuk kerjasama.

Aktiviti sebegini turut boleh dibuat oleh para guru kepada murid-murid dalam kem motivasi sekolah atau dalam subjek Pendidikan Seni misalnya. Antara perkakas yang perlu disediakan sebelum mengadakan aktiviti ini adalah beberapa keping kertas mahjong, marker pen pelbagai warna, hiasan-hiasan kraftangan dan gambar-gambar haiwan dan selepas itu aktiviti ini bolehlah terus dijalankan.

Selain daripada dapat membantu ahli pasukan atau para pelajar untuk lebih mengenali visi dan misi, aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Ini kerana setelah logo tersebut selesai dibuat, ahli pasukan atau para pelajar ini tadi haruslah membuat pembentangan kepada ahli pasukan yang lain sambil menerangkan kenapa mereka memilih logo tersebut.

Kita semua lahir untuk menang. Tetapi untuk menjadi pemenang, anda perlu merancang, melaksanakan rancangan dan mengharapkan kemenangan – Zig Ziglar

Selain itu menerusi aktiviti ini juga akan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi asertif dan juga menambah kemahiran mendengar dan meyakinkan para audiens. Nyata aktiviti yang ringkas sebegini turut mampu memberikan manfaat dalam memupuk semangat teambuilding.

Tekan disini untuk artikel seterusnya>>

AKTIVITI RIADAH LASAK PENUH MANFAAT

Aktiviti riadah lasak menjadi pilihan para penggemar sukan riadah seperti Abseiling, Flying Fox dan Wall Climbing. Tidak dinafikan sama sekali aktiviti-aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat melatih untuk membina ketahanan mental dan fizikal seseorang.

Para pengunjung yang pernah menyertai mana-mana kem dan program motivasi di Asia Camp sesetengahnya berpeluang merasai pengalaman menyertai aktiviti riadah lasak ini. Jika sebelum ini mereka sering menjalankan aktiviti riadah ringan seperti berjoging di taman-taman awam atau berzumba namun di Asia Camp para peserta tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman berharga yang nyata jarang-jarang sekali boleh dirasai ini.

Aktiviti riadah lasak mendidik seseorang untuk tekad dan cekal dan turut mempelajari cara mengatasi ketakutan dan sifat rendah diri dalam diri masing-masing. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai rasa takut akan ketinggian perlu benar-benar berani dan menyakinkan dirinya untuk menyertai aktiviti Flying Fox atau Abseiling.

Selain daripada itu, aktiviti sebegini juga dapat menambah kekuatan fizikal seseorang. Bagi mereka yang bekerja sebagai perajurit Negara seperti ahli bomba, polis dan askar, latihan seumpama ini adalah rutin harian mereka yang perlu dijalani setiap hari. Justeru, tidak hairanlah golongan ini mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kuat dan jitu.

Kenangan tetap kenangan.. pengalaman ke Asia camp.. huhu.. tarikh 13/10/2017 takkan pernah dilupakann.. projek akhir riadah dan rekreasi di Ulu Selangor.. student DPB, DIA, DCA.. korg memang awesome.. sesama membantu.. keprihatinan wujud dalam setiap aktiviti yg di jalankan.. ???
rindu kenangan disini.. – Nur Arifah

Bagi golongan di luar sana yang ingin merasai pengalaman menyertai aktiviti riadah lasak ini anda tetap berpeluang merasai pengalaman tersebut dengan mengadakan mana-mana kem latihan, kem motivasi atau kem jati diri di Asia Camp. Kesihatan yang baik adalah penting bagi setiap individu dalam meneruskan kehidupan seharian. Jika anda mula merasa tidak sihat lantaran bekerja di bawah udara penghawa dingin, maka sudah tiba masanya untuk anda berhenti seketika daripada rutin harian tersebut dan merasai pengalaman berbeza untuk mengembalikan motivasi diri anda. Segala yang anda perlukan tersebut boleh dirasai di Asia Camp.  

klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEM JATI DIRI INTERGRASI SMKBTS 2019

Kem Jati Diri dan Intergrasi telah dijalankan di Asia Camp Kuala Kubu Bahru oleh para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan (SMKBTS)  pada 19.07. 2019 hingga 21.07.2019. Seramai 40 orang pelajar yang berpeluang untuk menghadirkan diri menyertai program yang bermanfaat ini.

Antara aktiviti yang disajikan kepada para peserta dari SMKBTS ini adalah Wall Climbing dan River Floating. Program seumpama ini dijalankan bagi tujuan khususnya untuk membentuk jati diri dan sifat terpuji di kalangan para pelajar sekolah. Penglibatan mereka dalam aktiviti riadah lasak pula dapat menyihatkan tubuh badan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Kem Jati Diri dan Intergrasi SMKBTS ini memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai kehidupan yang berbeza berbanding dengan rutin harian mereka seharian di sekolah. jika di sekolah mereka hanya didedahkan dengan ilmu pendidikan dalam silibus Kementerian Pelajaran, menerusi program kem seumpama ini mereka didedahkan kepada asas pengenalan dan motivasi diri dengan kaedah yang menyeronokkan tanpa sebarang tekanan.

Sebagai contoh, menerusi aktiviti Wall Climbing dapat membentuk kerjasama antara mereka sekaligus merapatkan silaturahim antara semasa pelajar. Jika sebelum ini mereka mungkin tidak mengenali antara satu sama lain di sekolah, melalui penyertaan dalam kem ini mereka berpeluang untuk menambah kenalan baru.

Kem Jati Diri dan Intergrasi SMKBTS ini secara keseluruhannya mendapat sambutan positif daripada para peserta.

Program Pendidikan Khas Intergrasi

KEM JATI DIRI INTERGASI 2019 ASIA CAMP Kuala Kubu Bharu Pada 19-21 Julai 2019.

Ucapan Terima Kasih kepada pihak sekolah SMK BTS, Guru2 serta Jurulatih2 yg mengambil bahagian aktiviti Kem Jati Diri.

Congrats Kepada Peserta2 Semua….??
Semoga pelajar2 dapat belajar sesuatu yg baru dan dapat pertingkatkan lagi semangat jati diri mereka. Terima kasih Asia Camp!?????
#kemjatidiriintegrasi2019 #smkbts #ppki 
#AsiaCamp #AsiaCampKKB  – Salwati Ibrahim

Justeru, kami di pihak pengurusan Asia Camp sentiasa mendoakan semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menyertai kem akan menjadi satu ilmu dan panduan yang berguna apabila mereka dewasa kelak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MELATIH PRINSIP KETERBUKAAN DI ASIA CAMP

Prinsip keterbukaan adalah memberi peluang kepada orang lain atau sesiapa sahaja untuk menyatakan dan menyampaikan pendapatnya tanpa menutup idea mereka. Melalui pelaksanaan beberapa program-program di Asia Camp seperti kem motivasi, kem jati diri dan yang paling utama adalah kem kepimpinan mendedahkan para pemimpin tentang betapa pentingnya isu keterbukaan ini.

Dalam program seumpama ini, para peserta akan didedahkan tentang betapa ruginya sekiranya seseorang ketua atau pemimpin itu cuba untuk menutup pintu idea atau ilham orang lain. Ini kerana, setiap individu dikurniakan dengan pengalaman dan ilmu yang berbeza. Justeru, adalah penting bagi seseorang ketua untuk memahami kepentigan prinsip keterbukaan ini.

Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, maka idea baru akan bercambah hari demi hari. Lihat sahaja cara dan medium komunikasi masyarakat zaman kini jauh berbeza dengan masyarakat 3 dekad yang lalu. Jika dahulu nenek moyang kita hanya bergantung kepada posmen untuk mengutus surat demi memberikan dan mendengar khabar berita, berbeza pada hari ini dengan satu klik di hujung jari kita sudah mampu mengakses pelbagai maklumat dan info di dalam mahupun di luar Negara.

Justeru, jika tiada ketua yang mendengar idea dan ilham daripada generasi baru sebegini, tentu dunia hari ini tidak mampu merasai perubahan teknologi moden. Justeru, prinsip keterbukaan adalah perlu bukan sahaja untuk memajukan sesebuah organisasi, malah ia nyata perlu untuk memajukan sesebuah Negara.

Apabila seseorang ketua atau pemimpin ini tadi cuba untuk menutup pintu komunikasi, tidak dinafikan pada awalnya ia akan memberikan “ketenangan” kepada organisasi tersebut. Ini kerana, mereka sudah selesa berada di zon selesa tanpa perlu membuat sebarang perubahan untuk memajukan diri. Namun, apabila pihak lain atau organisasi lain sudah mula mengambil langkah untuk memajukan diri menerusi idea dan ilham baru ini tadi, barulah mereka tersedar bahawa mereka telah terlambat.

Orang kaya bermain saham, Saham menaik meningkat kekayaan, Prinsip keterbukaan menjana ilham, Idea baru meransang kemajuan.

Bagi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan lebih-lebih lagi menerusi pemasaran ke tahap global, adalah penting bagi mereka untuk sentiasa mencari idea baru bagi kaedah pemasaran dan memperkenalkan produk baru seiring dengan peredaran zaman. Akhir kata, sebagai seorang ketua dan pemimpin, anda perlu ada prinsip keterbukaan ini dan tidak perlu takut dengan idea orang bawahan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>