Artical, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

Unit Beruniform Menjana Bakal Pemimpin Negara

Aktiviti kokurikulum unit beruniform merupakan satu elemen penting yang seiring dengan pembinaan kurikulum pelajar di sekolah-sekolah. Gandingan kurikulum dan kokurikulum merupakan paduan pembinaan intektual dan sahsiah diri bagi seseorang pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum oleh unit beruniform sekolah ini boleh dikatakan kebanyakannya melatih para pelajarnya akan semangat berdisiplin, kerjasama, amanah dan berdedikasi, berkeyakinan, bertanggungjawab, kemahiran berinteraksi di samping ‘skill’ survival kehidupan serta keprihatinan dalam mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Badan beruniform ini menjadi medan utama untuk mencorakkan barisan pemimpin-pemimpin muda negara yang berwibawa untuk bekalan di masa hadapan.

Jens-jenis badan beruniform yang terdapat di sekolah-sekolah di Malaysia

Kebiasaanya, anggota pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kem dan aktiviti di luar sekolah misalnya aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi bagi memenuhi tuntutan latihan dan objektif badan uniform berkenaan. Jelasnya, kegiatan yang dijalankan oleh badan beruniform ini mampu menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan fokus belajar di kalangan para pelajar. Selain ilmu akademik, para pelajar di sini turut diasuh dengan ilmu kehidupan dan sosial untuk pembangunan insani di masa hadapan.

Admin masih ingat semasa di sekolah dahulu, Kadet Remaja Sekolah khususnya pelajar-pelajar lelaki sibuk dengan latihan formasi kawad dan melatih tubi membina kekuatan diri bagi menyertai pertandingan kawad di antara sekolah-sekolah, mewakili daerah dan negeri. Pada masa yang sama, Persatuan Bulan Sabit Merah pula diberikan latihan dan pengetahuan tentang pertolongan kecemasan dan mendapat ‘first-hand experience’ bersama pihak-pihak keselamatan seperti Paramedik hospital, bomba dan anggota penyelamat. Manakala bagi unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan Pandu Puteri, para pelajarnya diajarkan pengetahuan asas memasak, menyelamat dan keselamatan, perkhemahan, kerjasama dan berpasukan serta sikap tolong-menolong dan bertoleransi.

Himpunan badan beruniform mampu meluaskan jaringan kenalan dan meningkatkan kemahiran kehidupan dan sosial pelajar secara umumnya

Admin juga masih ingat akan jamboree kebangsaan yang menghimpunkan anggota-anggota badan beruniform sama ada sesama jenis atau bukan yang menggabungkan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Di kala ini, anggota badan beruniform berpeluang berinteraksi bersama para pelajar dari sekolah lain, menjalinkan kenalan baru dan hubungan mesra di antara generasi tua dan muda serta membina jaringan kemahiran yang lebih meluas dengan perbezaan latar belakang dan budaya.

Menuju ke tahap ini, segalanya bermula dengan aktiviti-aktiviti badan beruniform di sekolah-sekolah terlebih dahulu. Bagi melatih para pelajar mendapatkan kemahiran asas ini, selain di sekolah, di sinilah lahirnya keperluan pusat-pusat latihan dan rekreasi seperti Asia Camp ini bagi menyahut keperluan semasa badan-badan beruniform sekolah. Sebagai contoh, apabila pelajar menyertai aktiviti kokurikulum unit beruniform, mereka memerlukan tempat latihan, bahan atau modul latihan serta kelengkapan-kelengkapan yang lain seperti asrama, dewan makan, tandas, padang, tempat terbuka, gelanggang dan sebagainya. Bagi aktiviti perkhemahan unit beruniform pula, mereka memerlukan modul perkhemahan dan kelengkapan perkhemahan seperti khemah dan alatan memasak serta kemahiran membina gajet perkhemahan yang lain sebagai kit survival di hutan.

Modul latihan yang seimbang dan berkualiti membantu pembentukan karakter diri pelajar sejajar objektif aktiviti badan-badan unit beruniform berkenaan
https://www.youtube.com/watch?v=Zk5cWh_d00Y
Kem Unit Beruniform di AsiaCamp

Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform ini berkemampuan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Oleh yang demikian, kesediaan tempat latihan dan rekreasi yang baik, pembinaan modul yang berkualiti, para fasilitator yang berkemampuan dan fasiliti lain yang menyokong dilihat wajar diketengahkan dan amat penting dalam memastikan kelestarian aktiviti kokurikulum bagi badan unit beruniform ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Related Posts