LAPAN LANGKAH MENUJU KE ARAH KEHIDUPAN CEMERLANG – Intipati Kem Motivasi
Langkah menuju kehidupan cemerlang adalah antara ilmu pengetahuan yang sentiasa diterapkan dalam mana-mana kem motivasi atau kem jati diri. Seiring dengan perubahan dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan sehari-harian, individu yang sentiasa menimba ilmu pengetahuan pasti akan dapat menempuhi onak duri dan ranjau kehidupan.
Lapan langkah tersebut adalah :-
- Individu harus membuat rumusan jelas mengenai sasaran utama dalam kehidupan.
- Bijak menggunakan daya imaginasi untuk menguatkan semangat
- Sedar bahawa dalam usaha mengejar cita-cita, ada harga yang perlu dibayar dan bersedia membayarnya.
- Mengirimkan isyarat yang benar kepada fikiran bawah sedar.
- Langkah menuju kehidupan cemerlang juga adalah di mana individu perlu rela, bersedia dan redha menerima kegagalan untuk sementara waktu.
- Perlu percaya kepada kekuatan fikiran dan minda boleh merubah banyak hal dalam kehidupan.
- Jangan sesekali menuduh diri sendiri dan melemahkan diri sendiri.
- Dan sangat penting untuk berhenti menutup kelemahan diri dengan berbagai dalih atau alasan.
Dalam konteks membuat rumusan jelas tentang sasaran utama kehidupan, adalah penting bagi individu tersebut memahami bahawa tidak cukup sekadar pandai mengucapkan ayat-ayat positif RAMBANG seperti “saya inginkan kebahagiaan” atau “saya berazam untuk merubah peribadi saya lebih baik”.
Ini kerana minda perlu diasuh dengan arahan jelas melalui langkah menuju kehidupan cemerlang ini seperti “saya pasti berusaha menjadi seorang jururawat dalam tempoh 3 tahun ini” atau “saya akan menjadi editor bagi syarikat. Selain daripada itu, jadikan rutin harian untuk membaca semula tulisan-tulisan tersebut supaya minda positif itu tadi akan sentiasa mengingati tujuan dan sasaran utama dalam kehidupan.
Orang yang hidupnya tiada matlamat akan seringkali memberikan jawapan atau alasan seperti “kalaulah saya mempunyai pelajaran yang tinggi, tentu saya akan jadi pegawai besar”. Alasan-alasan sedemikian tanpa disedari membunuh impian dan potensi dirinya sendiri untuk lebih maju dalam kehidupan.
Justeru, untuk mengecapi kebahagiaan melalui kehidupan yang positif dan cemerlang, alasan-alasan membunuh kejayaan perlu dielakkan sama sekali.
Saya percaya bahawa orang-orang yang besar, iaitu orang-orang yang merealisasikan diri dan hidup secara penuh adalah pemberi berkat yang besar – Mark Victor Hansen-
Terdapat banyak kem yang boleh diikuti untuk memberi motivasi diri kepada anda., AsiaCamp, kem latihan & rekreasi sungai congkak, kem sri raudah, tempat kem kepimpinan di Perak dan banyak lagi kem rekreasi di Perak dan Selangor