5 Tips Membina Pasukan Yang Terbaik

 

Kerja berpasukan atau team building merupakan salah satu syarat penting untuk membina kesatuan demi mencapai matlamat sebuah syarikat untuk berjaya. Matlamat, visi, misi dan objektif syarikat tidak akan tercapai jika kerja berpasukan ini tidak diamalkan.

Jom kita lihat 5 Tips Membina Pasukan Kerja Yang Terbaik.

#1 : Komunikasi yang baik antara pasukan menjadikan gerak kerja lebih efektif. Jangan jadikan halangan dan masalah berkomunikasi itu punca hubungan ahli pasukan menjadi lemah.

#2 : Letakkan kepercayaan terhadap ahli pasukan. Apabila ahli pasukan rasa dipercayai, maka hasil kerja mereka akan jadi lebih baik.

#3 : Memberi respon yang positif. Respon yang baik menjadikan ahli pasukan lebih bersemangat positif untuk menyempurnakan tugasan mereka.

#4 : Kurangkan bebanan kerja yang ditanggung ahli pasukan. Pastikan setiap ahli mendapat bebanan kerja yang minimum untuk menghasilkan kerja yang optimum.

#5 : Pilih waktu yang sesuai. Masa kerja itu seharusnya tidak mengganggu masa peribadi mereka. Apabila anda mengaturkan satu jadual hendaklah dipertimbangkan juga jadual ahli pasukan dan keperluan peribadinya.

Sifat bekerjasama antara ahli pasukan dalam sesebuah syarikat amatlah penting dalam mengekalkan prestasi syarikat. Oleh yang demikian, ketua mahupun ahli pasukan memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana Pasukan Kerja Yang Terbaik!

Asia Camp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>