5 Steps to Boost Team Building Skill

Team building skill needs the practices of professionalism, trustworthy and efficiency.

These are amongst the popular criteria seeking by most employers in their employees and talents in order to aid the organization to boost their production and services. The criteria are as crucial as the era of Internet of Things (IoT) and the Industrial Revolution, communication, collaboration, and creativity are the ingredients to move way forward in business and marketing as well as services.

 

Team building is formed from sacrifices, understanding, and tolerance

Here’s how to improve your team building skill:

1. Set a goal

In order to create a new environment and have the changes, the first rule of thumb is to highlight your grounds, make up the goals and make it crystal clear on the objectives you or your organization aimed to achieve. A wise man said, if you aim for nothing, then you will hit it on everything and every time. Therefore, it is important to set the goals and work hard to achieve them. The simplest goals, you may set for yourself or to be a benefit of others and continuous learning about every single day.

2. Openness and have accessibility to people

Human comes with a complete and blended skill of talents. Regardless of background, gender and races, there are always new challenges to be learnt every single day when you encounter people, tasks, workplace, and environment or even on new approaches. Therefore, it is important to not make the restrictions to yourself in learning and giving to and forth others. The qualities of human being are constructed from the gist of other’s talents, skills, and concerns. Dealing with challenges and people open up yourself tested your skills to the fullest and only through that you are progressing forward.

3. Get active participation

World nowadays are not designed for people who are waiting and being silenced. Everything is fast changing and things keep being improvising. Getting active participated in the change with people and environment allows you to update yourself with the current resources and skills.

4. Be accountable and tolerate

As mentioned before, the qualities of human beings are accumulated from the experience of others. Therefore, all parties needed to be tolerated and considered by others while completing tasks or working together. Bridging qualities comes with a high cost of scarifies, patience and tolerance.   

5. Give back to the community

The phrase is simple, what you earned you give back. To produce excellent team-building skill, each of the individual need to have and develop the capability to not only able for continuous learning but also in nurturing and engaging with others. Life is like a wheel. Sooner or later it always comes around to where you started again. To generate a new cycle of team building skill, it needs to be monitored, cored and be separated from the ones who know the process.

 

Team Building SSM

Klinik Asas Keselamatan Perkhemahan Online

KLINIK ASAS KESELAMATAN PERKHEMAHAN ONLINE
KLINIK ASAS KESELAMATAN PERKHEMAHAN ONLINE

KLINIK ASAS KESELAMATAN PERKHEMAHAN ONLINE

PERINCIAN

HARI 1 – SESI PAGI

?‍? SESI PENGENALAN DAN SUAI KENAL

– peserta kenalkan diri

– pengalaman dalam Rekreasi

– pengalaman berkhemah

?‍♂️PENGENALAN REKREASI LUAR

– definisi Rekreasi

– cabang Rekreasi

– manfaat Rekreasi

JUMLAH MASA : 2JAM

HARI 1 – SESI PETANG

?️PENGENALAN PERKHEMAHAN

– definisi perkhemahan

– sejarah perkhemahan

– perbezaan khemah,berkhemah,perkhemahan

– jenis2 khemah / perkhemahan

⛺SENI DAN TATACARA PERKHEMAHAN

– pemilihan lokasi / tapak perkhemahan

– peralatan perkhemahan

– pemilihan beg Dan susun atur dalam beg

– menu masakan ketika berkhemah

– Etika perkhemahan

JUMLAH MASA : 2JAM

JUMLAH MASA KESELURUHAN : 4JAM

HARI 2 – SESI PAGI

??‍♂️PENGEMBARAAN,KESELAMATAN DAN PEMULIHARAAN

– perancangan perkhemahan (sebelum,semasa,selepas)

JUMLAH MASA : 2JAM

HARI 2 – SESI PETANG

??‍♂️ AKTIVITI REKREASI DAN SOP TERKINI

– penerangan standard SOP

– ringkasan RAMS

– perundangan Dan akta

– penglibatan organisasi luar

– pentingnya pemudahcara Dan Jurulatih yang bertauliah

JUMLAH MASA : 2JAM

JUMLAH MASA KESELURUHAN : 4JAM

WhatsApp kami untuk pendaftaran

MENGENALI CIRI-CIRI ANGIN SEBELUM MEMULAKAN PERKHEMAHAN – TIPS PERKHEMAHAN DI ASIA CAMP

Mengenali ciri-ciri angin adalah ilmu yang sama pentingnya dengan ilmu mengenali asap dan awan yang perlu dikuasai oleh setiap para pencinta alam yang gemarkan aktiviti perkhemahan di dalam hutan. Mengenali sifat-sifat angina ini bukan sahaja akan membantu para pengembara untuk berkhemah dengan lebih baik dan memudahkan perjalanan, malah juga tidak salah dikatakan boleh membantu mereka untuk mengelakkan kemalangan yang tidak dingini.

Sesetengah angin kadang kala bertiup sekejap sahaja dan terasa lembut atau lebih dikenali dengan nama panggilan angin sepoi-sepoi bahasa. Angin tersebut tidak berbahaya malah terasa sangat mendamaikan jiwa. Dalam konsep mengenali ciri-ciri angin ini juga para pengembara harus berwaspada dengan angin yang bertiup kencang.

Image result for angin lembut

angin sepoi sepoi bahasa

Walaupun hanya bertiup beberapa minit sahaja, namun dengan kekuatan angin tersebut atau lebih dikenali dengan rebut taufan mampu merosakkan harta benda dan mengorbankan nyawa dengan sekelip mata. Istilah puting beliung juga adalah satu jenis bencana alam yang sangat digeruni oleh semua individu.

Ribut dan hujan yang lebat mampu membawa tiupan angin yang sejuk dan kuat selama tempoh satu hingga dua minit sahaja. Kebiasannya, fenomena ini akan turut diiringi dengan awan hitam yang tebal dan besar menyelubungi langit.

Selain daripada itu, arus jet juga antara perkara penting dalam ilmu mengenali ciri-ciri angin ini. Arus jet adalah satu fenomena di mana angin laju yang bermula kira-kira jarak sejauh empat batu ke atas atmosfera bumi. Ia terhasil akibat perbezaan suhu yang mendadak antara udara di lapisan troposfera dengan udara di lapisan stratosfera.

Arus udara jet ini juga dikatakan mungkin mampu bertiup sehingga berjuta-juta kilometer panjang jaraknya. Malah apa yang lebih membimbangkan adalah kadang kala ia naik lebih tinggi dalam atmosfera dan kadang kala ia turun mendekati bumi dan membentuk ribut.

berbincang dahulu sebelum memulakan perjalanan

Kesimpulannya, bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan jiwa terjadi semasa perkhemahan atau pengembaraan di dalam hutan, para pengembara perlu memastikan cuaca dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalananan dan perkhemahan.

 

MELATIH KESEIMBANGAN DIRI MELALUI AKTIVITI CLIMBING WALL DI ASIA CAMP

Climbing wall adalah salah satu aktiviti lasak bermanfaat yang sering dijalankan oleh para peserta kem jati diri di ASIA CAMP. Aktiviti sebegini bukan sahaja menyeronokkan malah membina semangat keyakinan kepada diri sendiri dan juga ahli pasukan. semasa aktiviti ini dijalankan pada awalnya para peserta akan diminta untuk berada dalam pasukan masing-masing sebelum mereka bersedia untuk membantu seorang demi seorang ahli pasukan mereka untuk memanjat dinding tersebut.

Ini adalah dengan cara menyediakan tempat ahli pasukan mereka untuk memijak sebelum dia dapat memanjat dinding tersebut. Ada ahli yang sanggup menadahkan lengan mereka dalam aktiviti climbing wall ini bagi memastikan kawan mereka melepasi halangan. Ada juga yang sama-sama menolak ahli pasukan mereka supaya dapat berpaut pada dinding tersebut.

Walaupun kedengaran agak sukar dan mencabar malah memerlukan kekuatan fizikal dan semangat berpasukan yang tinggi, namun melalui riak dan wajah para peserta nyata mereka sangat seronok dan teruja dapat merasai pengalaman dalam aktiviti riadah lasak sebegini.

Tentu sahaja aktiviti riadah lasak sebegini tidak dapat dirasai dalam kehidupan rutin mereka seharian, maka apabila diberi peluang beriadah dalam kem rekreasi sebegini, tentu sahaja para peserta tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk mencipta pengalaman baru yang berharga.

Melalui aktiviti climbing wall ini juga para peserta akan belajar melatih keseimbangan diri semasa meniti dinding. Bagi mereka yang mempunyai keseimbangan yang kukuh dan sering bersenam tentu sahaja ia bukanlah satu riadah yang sukar. Namun begitu tidak bagi mereka yang bertubuh besar atau mereka yang takut akan ketinggian. Maka, di sinilah para peserta melatih diri mereka supaya mempercayai kebolehan diri sendiri.

 

Dinyatakan juga bahawa aktiviti memanjat dinding yang diadakan di ASIA CAMP adalah berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang sering diadakan di pusat-pusat riadah atau lebih dikenali juga dengan nama Rock Climbing di mana peserta akan memanjat dan memijak batu-batu yang ada di dinding tersebut. Namun demikian, keseronokan dan manfaat yang akan diperolehi daripada aktiviti memanjat dinding di ASIA CAMP tetap akan menjadi satu kenangan yang sangat berharga kepada para peserta

PENGALAMAN MENYEMBELIH AYAM DI ASIA CAMP MEMBERI ILMU BARU

Pengalaman menyembelih ayam di Asia Camp merupakan satu aktiviti baru yang berpeluang dirasai dan dipelajari kebaikan ilmunya oleh para pelajar dan murid-murid. Ilmu yang semakin pupus ditelan zaman ini perlu sentiasa diperlihara dengan mengajarkannya kepada anak-anak muda. Jika pada sekitar 20 atau 30 tahun yang lalu, masyarakat rata-ratanya arif dalam ilmu penyembelihan ini lantaran tiada ayam proses yang siap disembelih yang dijual.

Seiring dengan peredaran zaman, masyarakat pada hari ini rata-ratanya tidak lagi perlu bersusah payah untuk menyembelih sendiri ayam tersebut lantaran terlalu banyak ayam proses yang telah siap disembelih dijual di pasaraya atau di kedai-kedai.

Image may contain: 3 people, outdoor

Lantaran itu, pengalaman menyembelih ayam oleh murid-murid yang menyertai kem jati diri di Asia camp ini bukan sahaja memberikan mereka pengalaman baru malah ilmu baru yang sangat berguna apabila mereka dewasa kelak.

Sedikit perkongsian ilmu tentang penyembelihan yang boleh dikongsi adalah :-

  1. Rukun Sembelihan

Amnya rukun sembelihan terbahagi kepada 4: –

  1. Penyembelih
    2. Binatang sembelihan
    3. Alat untuk menyembelih
    4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

 

Semasa penyembelihan pula, adalah diiwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih.  Ini adalah asas kepada ilmu penyembelihan bagi memastikan haiwan  adalah bersih dan selamat dimakan. Ilmu inilah yang diajar semasa pengalaman menyembelih ayam di Asia Camp kepada para murid.

Antara babak yang paling menyeronokkan pula adalah di mana para murid berpeluang merasai pengalaman mencabut bulu ayam semasa proses membersihkan ayam tersebut sebelum bersedia untuk dimasak.  Dalam aktiviti ini mereka bukan sahaja dapat berseronok dan menimba pengalaman baru, malah mereka turut belajar untuk berkerjasama semasa menyiapkan hidangan.

Jika sebelum ini aktiviti-aktiviti yang kebiasaannya diadakan di Asia Camp hanyalah berkisar kepada aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental sahaja, namun kini pihak pentadbiran Asia Camp sentiasa cuba menghasilkan aktiviti-aktiviti baru yang menarik dan yang paling penting memberi ilmu dan manfaat kepada para peserta kem.

Apa yang penting lagi adalah pihak pentadbiran ASIA CAMP sering cuba untuk memberikan pengalaman terbaik dan akan dikenang sampai bila-bila oleh setiap para peserta yang menyertai kem di sini.

memancing di keniam

MELESTARIKAN ALAM SEKITAR DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG

Melestarikan alam sekitar boleh didefinisikan sebagai satu konsep tanggungjawab untuk cuba mengekalkan ketulenan alam yang telah diamanahkan kepada kita sebagai manusia di muka bumi ini. Senario ini mempunyai tanggapan aspek yang begitu luas dan subjektif, namun apa yang ingin ditekankan dalam konsep kelestarian ini iaitu di bawah kata kunci “tanggungjawab bersama” dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

Di Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang misalnya, para pengunjung berpeluang untuk melihat dan menikmati sendiri pemandangan indah hutan dara yang masih terpelihara khazanah muka bumi dan keaslian keindahan panorama. Justeru, adalah penting bagi setiap pengunjung untuk mengetahui memahami konsep melestarikan alam sekitar sebelum menerjah masuk meneroka ke dalamnya.

Sebagai contoh, mungkin ada di antara orang awam yang tidak arif tentang penguatkuasaan undang-undang dalam usaha menjaga alam sekitar ini. Seperti yang telah termaktub dalam Syeksyen 29 Akta Kualiti Alam 1974 yang dengan jelas menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan kepada alam sekitar boleh didenda sehingga RM 500,00.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Penguatkuasaan ini dijalankan adalah kerana masih terdapat segelintir individu yang masih tidak mempunyai kesedaran dan tanggungjawab dengan melakukan perbuatan khianat seperti merosakkan hutan, membuang sampah di merata tempat atau mencabut pokok bunga.

Image may contain: outdoor

Dalam konsep melestarikan alam sekitar ini juga, tokoh ternama Mahatma Gandhi sendiri ada menyebut bahawa dunia ini hanya mencukupi bagi orang-orang biasa yang tinggal di atasnya, tetapi tidak mencukup bagi mereka yang tamak haloba. Lihat sahaja buktinya, dengan kepesatan kemajuan ekonomi sekarang dan rakusan sikap haloba manusia, maka hutan-hutan ditarah sewenangnya dan menjejaskan hampir keseluruhan ekosistem.

Dengan penarahan dan penerokaan hutan secara haram, maka haiwan-haiwan semakin hilang habitatnya. Air sungai yang menjadi punca air utama kepada manusia semakin tercemar dan kini tidak lagi selamat untuk diminum.

Image may contain: sky, tree, outdoor, nature and water

Maka, rasionalnya jika amalan dan konsep melestarikan alam sekitar ini tidak difahami, dijelaskan dan dipraktikkan daripada sekarang, nescaya yang tinggal untuk generasi akan datang hanyalah alam sekitar dan bumi yang tercemar dan tidak lagi selamat untuk didiami.

KEM KEPIMPINAN KETUA PASUKAN – ASAS MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BERKESAN

Melaksanakan tugas dengan berkesan adalah diibaratkan sebagai kayu pengukur kejayaan sesebuah pasukan atau organisasi. Sebagai seorang ketua pasukan yang baik, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam memastikan tugasan berkumpulan terlaksanan dengan cemerlang dan menepati objektifnya. Antara perkara tersebut adalah :-

  1. Ikhlas dan jujur memegang jawatan – mendapat pujian yang menggunung, disangjung tinggi, dihamparkan permaidani merah, dihidang dengan makanan mewah, malah turut diberi sanjungan yang gah, jika semua situasi di atas adalah diharapkan sebagai layanan apabila menjadi ketua maka sebaiknya berhentilah menjadi pemimpin. Keinginan sebeginilah sebenarnya ibarat racun dalam kepimpinan yang merosakkan pasukan untuk melaksanakan tugas dengan berkesan.
  1. Mempunyai jati diri dan semangat yang teguh – mempunyai kemahiran dan kepakaran sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan seorang pemimpin atau ketua menjadi ketua yang hebat. Justeru, pemimpin dan ketua yang hebat perlu mempunyai visi dan misi yang jelas, ketekunan dalan menjalankan tugasan bersama-sama anak buahnya, dan daya usaha untuk sama-sama berdaya maju.

  1. Kepimpinan bukan menjadikan ahli pasukan sebagai kuli atau orang suruhan – pemimpin yang baik akan bertindak sebagai leader atau penunjuk jalan yang sama-sama memastikan objektif pasukan tercapai. Seorang ketua adalah melakukan kesilapan sekiranya hanya tahu memberi arahan mandatori kepada anak buahnya sahaja.
  2. Dalam usaha melaksanakan tugas dengan berkesan juga, pemimpin perlu sentiasa positif pada perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat atau konflik idea selalu berlaku dalam setiap pasukan atau organisasi tidak kira sama ada di sekolah mahupun di pejabat. Justeru, kaedah terbaik adalah dengan menghadapi situasi ini dengan bijak dan tenang. Apa yang penting adalah untuk mengingatkan kepada semua ahli pasukan supaya menghormati pendapat dan pandangan ahli yang lain. Walaupun pendapat dan pandangan mereka berbeza-beza, namun selagi tidak menyalahi undang-undang maka pasti ia boleh digunapakai.

Justeru, apa yang penting adalah ketua pasukan dan ahlinya hendaklan sentiasa bermuhasabah atau mendapatkan maklum balas daripada semua pihak dalam memastikan keberkesanan memimpin. Menghargai orang di sekeliling melalui ucapan terima kasih dan perbualan yang sopan santun juga akan membantu menimbulkan suasana harmoni dalam pasukan.

KANAK-KANAK PERMATA NEGARA – TERAPI KANAK-KANAK DALAM KEM MOTIVASI

Kanak-kanak ibarat permata Negara adalah satu cogan kata yang sering diungkapkan di medan perhubungan sosial pada masa kini. Permata adalah satu barangan kemas yang sangat mahal nilainya dan dikategorikan sebagai asset yang sangat berharga. Justeru, cogan kata tersebut cuba menerangkan tentang betapa berharganya seorang kanak-kanak dalam Negara kita kerana mereka adalah penyambung generasi akan datang.

Oleh yang demikian, dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa kini, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada beban kehidupan tersebut. Saban hari cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh mereka juga semakin bertambah. Justeru, pendedahan kepada ilmu motivasi diri dan menerangkan kepada mereka bahawa kanak-kanak ibarat permata adalah sangat digalakkan dalam semua program kem motivasi sama ada di sekolah mahupun di pusat latihan kem.

melatih kerjasama

Kepada para ibu bapa dan para guru pula, mereka harus sedar bahawa tugas utama mereka adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat kepada kanak-kanak ini. Sebagai contoh, bagi golongan ibu bapa yang berkerja dan perlu meninggalkan anak di rumah, maka mereka perlu menyediakan talian telefon untuk memudahkan kanak-kanak tersebut menghubungi ibu bapa mereka sekiranya ada kecemasan.  Selain daripada itu, memasang perakam cctv juga adalah salah satu langkah yang baik untuk menjamin keselamatan kanak-kanak di rumah.

Cogan kata kanak-kanak ibarat permata ini pada dasarnya lebih kepada menekankan aspek keselamatan fizikal kanak-kanak. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ia turut menekankan ilmu pembentukkan jati diri seawal usia mereka. Itulah sebabnya dalam kebanyakkan program kem motivasi kanak-kanak, akan diselitkan selingan terapi emosi untuk mendidik kanak-kanak ini dan menyedarkan mereka bagaimana besarnya kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa dan guru terhadap mereka.

Apa yang diharapkan oleh para ibu bapa dan guru ini tadi hanyalah supaya kanak-kanak yang dididik ini akan menjadi insan yang sentiasa positif, bermotivasi diri dan mampu menguruskan diri sendiri dengan cemerlang selain bijak membahagikan masa dengan baik.

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati setiap ibu bapa dan para guru melainkan melihat anak didiknya berjaya dan menjadi insan yang cemerlang.

MENDAPAT KEPUASAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS – TIPS PASUKAN GEMILANG

Kepuasan dalam melaksanakan tugas dikenali sebagai satu perasaan yang senang hati dan gembira apabila seseorang itu diberi peluang untuk mengendalikan sesebuah tugasan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang merasa gembira apabila dipilih oleh guru kelas untuk menjadi ketua kelas.

Tentu sahaja perasaan pertama yang timbul di hati murid tersebut adalah perasaan gembira dan bangga apabila dipilih. Namun demikian, cabaran yang perlu dihadapi olehnya saban hari akan mempengaruhi kualiti tugasan tersebut. Sebagai contoh, murid ini tadi sikit demi sedikit mula merasa terbeban dan tidak lagi seronok apabila rakan-rakannya enggan memberikan kerjasama semasa ketiadaan cikgu di dalam kelas.

Apabila situasi ini wujud, maka kepuasan dalam melaksanakan tugas telah tiada dalam diri murid tersebut sebaliknya diganti dengan perasaan TERPAKSA menjalankan tugasan. Justeru, dalam artikel kali ini akan dikongsikan 3 perkara untuk membantu individu supaya mendapatkan kembali perasaan teruja seperti pada awal tugasan diberikan. Perkara-perkara tersebut adalah :-

  1. Ingat kembali mengapa anda berada di situ. Teknik ini digunakan untuk memberi motivasi kepada murid atau individu dalam membantu mengingat kembali tujuan utama dan mengapa dia terpilih untuk melaksanakan tugasan tersebut. Adalah perlu bagi ketua untuk menegaskan keistimewaan yang ada pada dirinya yang melayakkan dia menyandang jawatan atau melaksanakan tugasan tersebut.
  2. Aspek kepuasan dalam melaksanakan tugas ini juga memerlukan individu tersebut untuk sentiasa cuba mencari inspirasi yang baru. Mungkin cara lama yang diamalkan sudah membosankan. Sebagai contoh, seorang ketua darjah akan mengugut untuk menulis nama murid yang bising dan nakal di dalam kelas. Maka, tidak salah sekiranya guru kelas tersebut menyarankan kepada ketua kelas untuk membawa murid-murid lain ke bilik tayangan media dan membenarkan mereka menonton cerita yang sesuai semasa ketiadaan guru di dalam kelas.
  3. Individu tersebut juga perlu sentiasa berusaha untuk mengekalkan kesegaran minda dan sentiasa berfikiran positif dalam melaksanakan tugas. Sebagai contoh, dia harus sentiasa cuba berfikir bahawa setiap hari diibaratkan seperti hari pertama dalam melaksanakan tugasan.

cuba aktiviti baru di Asia Camp

Justeru, dengan tiga langkah di atas perasaan puas dan gembira dalam melaksanakan tugas akan dapat dipupuk oleh individu tersebut.

 

KENALI FLORA DAN FAUNA DI HUTAN DARA ASIA CAMP JERANTUT PAHANG

Flora dan fauna atau lebih dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang menjadikan habitat mereka di hutan belantara adalah salah satu keunikan dan keindahan alam semulajadi yang perlu dipelihara dan dipulihara kewujudannya. Ini kerana semakin hari apabila dunia semakin diasak dengan kemodenan dan natijah daripada kerakusan nafsu manusia, semakin banyak hidupan dan khazanah hutan yang menjadi PUPUS.

kancil di Taman Negara Asia Camp

Masyarakat zaman sekarang tidak lagi berpeluang mengenali pelbagai jenis hidupan yang telah pupus tersebut. Maka, jika keadaan yang ada sekarang tidak dijaga dengan baik dan tidak dipeliharan dan dipulihara sepenuhnya, maka generasi akan datang tidak lagi berpeluang mengenali keindahan flora dan fauna tersebut.

Akar banir adalah akar tunjang kepada pohon yang besar dan hanya berpeluang dilihat di dalam hutan. Akar banir ini memberikan sokongan kepada pokok lapisan atas kanopi yang besar. Lapisan atas kanopi pula merupakan tempat berlakunya proses fotosintesis yang terjadi di dalam hutan hujan. Semasa proses fotosintesis ini, daun di lapisan atas kanopi akan menyerap cahaya matahari untuk dijadikan makanan. Semasa proses inilah, daun akan menyedut karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke udara untuk disedut pula oleh manusia.

Sesetengah pokok besar ini mempunyai akar yang dalam menyerap ke dasar tanah untuk membantunya mencari air semasa kemarau.

Keunikan flora dan fauna juga ditakrifkan dengan mengenali haiwan-haiwan yang mendiami hutan tersebut. Binatang-binatang berbisa seperti kala jengking atau labah-labah gergasi adalah sangat berbahaya kepada manusia. Kesan bisa daripada sengatannya mampu membunuh manusia. Haiwan-haiwan ini dianugerahkan dengan bisa dan sengatan yang boleh membunuh adalah salah satu teknik mempertahankan diri mereka sekiranya diancam oleh pemangsa.

Justeru, adalah sangat penting bagi sang pengembara yang gemar meneroka keunikan alam semulajadi di hutan belantara ini untuk mengenali dan hadam tentang ilmu pengembaraan di dalam hutan. Sedikit pengetahuan mungkin mampu membantu para pengembara menyelamatkan nyawa mereka atau ahli pasukan yang lain sekiranya ditimpa kemalangan yang tidak diingini.

Meskipun ada segelintir daripada haiwan-haiwan dan tumbuhan ini sudah boleh dilihat di zoo, namun merasai sendiri pengalaman di dalam hutan adalah sangat berbeza dan pasti menjadi pengalaman paling berharga bagi sang pencinta alam.