Tips Menguruskan Kesalahan Disiplin Staff

Tips Menguruskan Kesalahan Disiplin Staff

Hari ini, Rihanna datang ke pejabat dengan keadaan tidak bertudung seperti biasa. Semenjak ada seorang lelaki yang menghantarnya ke tempat kerja, perangai Rihanna telah berubah.

Ini adalah hal yang selalu dialami oleh majikan dan rakan kerja. Perubahan sikap dan tingkahlaku peribadi rakan kerja yang lain akan menganggu mata kita. Hal ini mendorong kita untuk menegur perbuatan tersebut.

Tindak balas biasa

Apa yang terjadi kebiasaanya:

  • Kita cenderung untuk menyiasat siapa lelaki tersebut. Dalam erti kata lain, kita mahu mengintip kehidupan Rihanna.
  • Kita teringin sangat bertanya-tanya dengan rakan kerja yang lain perihal Rihanna. Akhirnya membawa kita perbuatan mengumpat.
  • Kita berusaha untuk menasihati Rihanna dengan cara yang bertubi-tubi dalam bentuk desakan. Akhirnya, Rihanna akan menjauh diri dari kita.

Tindak balas lain

Oleh itu, kita boleh cuba kaedah tutup mata. Kita mesti selalu menegur apa-apa yang positif dilakukan Rihanna. Kita mesti puji dia depan orang lain. Puji dihadapan orang lain.

Apabila kita puji dia, maruahnya naik. Akan datang semacam rasa semangat berada ditempat kerja. Rasa inilah yang akan mendorong dia menyiapkan kerja-kerja yang penting untuk syarikat

Jika kita mahu serius mengubah dirinya, lakukan ini. Iktiraf semua kerjanya dengan memuji hasil kerjanya. Nanti, sehingga dia mahu meminta nasihat daripada kita. Masa itulah, kita boleh menegur dia.

Contoh lain

Contoh lain adalah, pekerja datang lewat ke tempat kerja. Hal ini menjadi hal biasa di dalam organisasi kecil dan sebesar-besar organisasi. Ada yang tidak kisah pun datang lewat dan sedia ditolak gaji.

Seseorang rasa senang hati apabila gajinya ditolak.  Kita sudah menegurnya banyak kali dan surat sudah pun dikeluarkan. Bagi kebanyakkan orang, apabila kita tidak menegur kesalahan tersebut nanti akan menjadi ikutan kepada orang lain.

Kes besar kepala juga adalah sesuatu yang tidak diingini berlaku jika kita tidak menegur perbuatan tersebut.

Kita boleh cuba memuji apa yang bagus semasa dia datang lewat. Mungkin pakaian nya kemas, penampilan dia menarik. Atau mungkin dia datang awal sedikit pada hari ini berbanding semalam. Walaupun masih lewat.

Hal ini akan menyebabkan maruahnya dilindungi. Apabila kita rasa ada rakan lain melindungi maruah kita, kita pasti terfikir bagaimana kita mahu membalasnya.

Komunikasi di dalam Bina Pasukan (Team Building)

Komunikasi di dalam Bina Pasukan (Team Building)

Team building adalah langkah yang pertama apabila mahu meningkatkan prestasi syarikat dari segi produktiviti, mutu kerja dan jualan. Salah satunya pula dibina oleh komunikasi yang berkesan sesama ahli.

Kunci komunikasi adalah mengelak perbalahan yang tidak penting di dalam kerja. Oleh itu, banyak perkongsian harian yang kita sebut melanggar peraturan ini.

Komunikasi memerlukan keseimbangan. Percakapan melibatkan 2 hala. Walaubagaimanapun, selalunya ia hilang keseimbangan. Hanya pihak kita sahaja bercakap tanpa kita mendengar. Kita akan menyedari, komunikasi yang kompeten adalah perkara yang kita banyak terlepas untuk belajar.

Banyak orang yang berjaya, berjaya menyeimbangkan komunikasi. Ramai pula dikalangan mereka memberi ruang lebih banyak kepada orang lain untuk bercakap. Oleh itu, skil komunikasi mestilah diimbangi dengan skil mendengar.

9 tips ini pasti membantu:

  •  Elakkan multi task. Jauhkan handphone.
  • Jangan cerita perkara peribadi. Jika ingin bercerita tentang diri sendiri, tulis blog.
  • Layan setiap orang seperti kita sedang bercakap dengan seorang pakar
  • Katakan tidak tahu jika kita tidak tahu. komunikasi bukanlah sesuatu yang murah dengan mengatakan perkara yang kita tidak pasti.
  • Ia bukan tentang kamu. Jika sesorang bercerita berkaitan masalah diri, jangan balas dengan masalah yang kita ada.
  • Jangan ulangi perkataan dan makluman yang sama lebih 2 kali
  • Pendengar tidak kisah tentang tarikh kejadian. Lupakan tarikh tersebut dan cerita.
  • Jika mulut kita sedang bercakap, ia bermaksud kita tidak mendengar.
  • Kebanyakan kita mendengar bukan untuk memahami, tetapi untuk membalas. Belajar dengar untuk memahami.

Ada 1 lagi tips yang digunakan oleh ahli politik dan orang-orang kenamaan. Ia adalah bersedia untuk menunjukan kekaguman terhadap mereka yang telah bercerita pengalaman mereka.

Ini lah skil komunikas yang penting untuk dipelajari. Antara 10 tips ini, kita dapat memperbaiki pasukan kita dengan cuba mempraktiskan 1 daripada 10 tips ini. Pasti nanti komunikasi kita akan bertambah baik.

Akibatnya, lebih ramai rakan kerja akan suka dengan kita. Apabila rakan kerja sudah mula suka dengan kita, banyak hal dalam pengurusan pejabat dapat dilakukan dengan lebih baik.

Inilah team building!

Kem Keusahawanan

Kem Keusahawanan

Keusahawanan adalah salah satu portfolio di dalam mengumpul aset. Peranan usahawan sangat penting di dalam meningkatkan daya ekonomi negara.

Oleh itu, pemerkasaan usahawan mestilah menjadi topik penting. Daya saing usahawan sangat berkait rapat dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada setiap usahawan.

Usahawan mestilah sedar bahawa prinsip asas perniagaan adalah mebangunkan syarikat. Kesedaran membangunkan satu perusahan kepada satu syarikat ini akan memberi arah yang jelas kemana usahawan mahu pergi.

Apabila kesedaran asas membangun syarikat dapat dipupuk oleh usahawan, pastilah usahawan akan melihat punca kuasa yang lebih menyeluruh untuk mengembangkan perniagaan.

Asas mebangunkan syarikat yang pertama adalah mengetahui 5 komponen penting. Komponen ini adalah:

  1. Jualan

Jualan adalah perkara pertama kepada usahawan amatur. Jualan diperlukan untuk menggerakan cashflow.

  1. Pemasaran

Ramai usahawan yang baru bermula salah faham tentang pemasaran. Tugas pemasaran bukanlah tugas menjual. Tugas pemasaran adalah untuk memastikan produk usahawan diketahui oleh bakal pembeli.

  1. Operasi

Operasi adalah kerja yang endemik. Kerja endemic bermaksud kerja yang boleh diulang-ulang. Bahagian operasi mesti mempunyai hasil yang konsisten. Hasil ini dikawal oleh dokumen standard operasi

  1. Akaun

Akaun bukan sekadar resit. Akaun membolehkan usahawan merancang langkah seterusnya. Akaun membolehkan usahawan melihat trend pelanggan.

  1. Sumber Manusia

Ini adalah bahagian yang perlu diperhatikan usahawan untuk berkembang.  Bahagian ini sangat penting kerana apabila usahawan demam, syarikat tidak akan ikut demam.

Apabila asas ini tidak disedari, impak nya sangat membimbangkan. Impak ini bergantung kepada pengalaman lama usahawan. Mari saya kemukakan contoh:

  1. Seorang yang baru memulakan perniagaan, sangat agresif menjual. Kerap kali, usahawan melihat bahagian jualan adalah paling penting.

Sedangkan apabila usahawan Nampak dengan jelas peranan komponen yang lain, ini akan membolehkan usahawan mengasingkan diri dari menjadi seorang penjual semata-mata di dalam syarikat sendiri.

  1. Seorang yang pernah menjadi pekerja di bidang akaun amat mementingkan akaun. Beliau susah mahu melihat kesilapan staff baru. Akibatnya usahawan cenderung untuk melakukan sendiri kerja tersebut. Operasi sangat penting katanya!.

 

Apabila usahawan jenis ini memandang lebih luas. Ibarat helang yang memerhati dari tinggi. Ini pasti terlihat kekurangan di bahagian sumber manusia.

Ya, setiap bahagian bergantung satu sama lain. Pokoknya jualan memainkan peranan pertama pada syarikat yang baru bermula. Akan tetapi, bahagian sumber manusia merupakan komponen yang paling penting untuk membolehkan syarikat berkembang.

Oleh itu, penting untuk usahawan melihat di dalam skop yang lebih menyeluruh untuk membangunkan usahawan.

Kerja usahawan bukanlah menjual

Kerja usahawan bukanlah membuat akaun

Kerja usahawan bukanlah membuat produk yang sangat sedap.

Kerja usahawan adalah membangun syarikat.

 

Pusat Kuarantin COVID-19

Pusat Kuarantin COVID-19 merupakan pusat penempatan pesakit di dalam kategori 1 dan 2. AsiaCamp dengan kepakaran menyediakan penginapan skala besar telah menggerakan aset kami yang berada di Semenyih dan Taman Negara untuk menjayakan misi ini.

Video pengendalian oleh Pasukan AsiaCamp di Pusat Kuarantin

Pusat ini setakat ini telah menempatkan kluster industri dengan tujuan menghalang penyebaran tempatan. Kebanyakan pekerja industri ini duduk di perumahan dan kampung. Oleh itu, dengan pemusatan kediaman pesakit COVID-19 dan kontak, ianya dapat mengekang segera penularan virus ini.

Banyak manfaat yang kami lihat hasil dari kewujudan pusat kuarantin ini. Antara manfaatnya adalah:

  • memudahkan pihak hospital mengatur gerak keperluan mobilisasi aset untuk keperluan kesihatan.
  • melindungi keselamatan petugas barisan hadapan dengan kemudahan berstruktur. Ia dengan menyediakan tempat khas kepada frontliner untuk menyaring dan membuat pemeriksaan harian
  • menjimatkan tenaga frontliner di dalam menyemak kesihatan pesakit secara berkala. Jika pesakit ini tidak dipusatkan di satu tempat, fronliner terpaksa menggerakan banyak aset ke perumahan pekerja yang berbeza-beza.

Pasukan AsiaCamp juga telah mendapat pendedahan dari segi strategi teknikal dan kaunseling dari pihak Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang didalam menangani virus ini.

Kursus Pengendalian Teknikal

Kami mempunyai pengalaman di dalam pengendalian:

  • Pengurusan penyakit bawaan vektor
  • Pemakaian personal protective equipment (PPE)
  • Pengurusan psikologi frontliner

ketiga-tiga pengendalian ini sangat penting bagi pengurusan pusat kuarantin. Ini bagi membolehkan pengurusan risiko ketika berada di pusat ini dapat dikendalikan dengan baik.

Dari segi kos pengurusan juga menjimatkan. Ini kerana kos kurantin sekitar lembah Klang adalah RM120 ke RM300 bagi seorang pesakit. AsiaCamp berjaya menurunkan kos operasi sehingga hanya RM90 sahaja bagi seorang pesakit. Ini adalah spesifikasi penjagaan bagi seorang pesakit

  • katil single
  • cadar dan bantal
  • selimut
  • almari peribadi
  • kemudahan bilik air yang banyak
  • Penyediaan makanan 3 kali

makanan di pusat kuarantin

Kami telah dilatih untuk menguruskan bencana ini. Pengalaman menggerakkan aset di dalam masa yang singkat dan terhad mematangkan lagi operasi pengendalian ini jika diperlukan.

Seandainya pihak tuan memerlukan perkhidmatan kami, boleh menghubungi pegawai kami dimana-mana talian yang ada di website ini.

 

Kem Rekreasi Ipoh

Kem rekreasi di Ipoh.

Selain di Selangor, Pahang dan Sabah, kami memiliki kem berhampiran Ipoh. AsiaCamp merupakan pilihan yang boleh dipilih untuk melaksanakan kem rekreasi berhampiran di Ipoh. Ini kerana, kedudukannya yang strategik.

Ia terletak lebih kurang 5 minit sahaja dari exit highway Utara-Selatan. Kedudukannya yang berhampiran dengan Theme Water Park Sungkai menjadi tarikan sampingan selain kemudahan yang ada.

Kami berusaha memastikan tahap keselamatan kem rekreasi ini pada tahap terbaik dengan:

  1. Memagar seluruh kawasan kem dengan pagar yang sempurna.
  2. Mengasingkan blok peserta lelaki dan perempuan.
  3. Meletakkan blok pengiring di tengah-tengah. Ianya antara blok lelaki dan perempuan.
  4. Memberi lebih privacy kepada pengiring dengan menyediakan toilet di dalam bangunan bagi bilik warden.
  5. Memastikan sekurang-kurangnya 5 orang staff kami akan berada di kem sepanjang program bagi mengatur gerak bantuan apabila diperlukan
  6. Membuat jalan bertar di seluruh kem rekreasi bagi memudahkan akses dan mengelakkan kereta awam kotor @ rosak akibat jalan yang tidak rata.
  7. Kami merupakan pusat latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dibawah agensi kementerian tersebut. Sila rujuk sijil pada pegawai untuk maklumat lanjut.

Kem rekreasi berhampiran Ipoh ini kami reka bentuk supaya memenuhi keperluan aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang ada disini adalah:

  1. Flying fox
  2. Abseiling
  3. Padang bola, bola tampar dan takraw
  4. 4 jenis high rope element
  5. 10 jenis obstacle
  6. Kemudahan rakit buluh
  7. Kemudahan kawad 1000 orang
  8. Masakan rimba
  9. Asas Survival
  10. Team Building

Kemudahan fasiliti juga tersedia untuk keperluan latihan. Kursus rekrut, orientasi, LADAP, kursus pengukuhan pasukan dan kursus sekolah sesuai dilaksanakan di tempat kami. Antara fasiliti tersedia adalah:

  1. 8 unit dewan kuliah untuk pecahkan peserta kepada unit kecil
  2. 1 unit dewan besar menempatkan 1000 orang
  3. 1 unit dewan makan
  4. Padang kawad
  5. Parking luas sebanyak 500 kereta
  6. Wakaf 10 unit untuk ruang menunggu pelawat
  7. Pejabat untuk kegunaan program lebih 2 minggu
  8. 24 unit bilik urusetia
  9. 18 asrama dengan toilet asing.

Jom ke kem rekreasi kami di Ipoh. Selamat berprogram nanti!

Please click here for more information about AsiaCamp Sungkai :

AsiaCamp Sungkai

Kem Unit beruniform di Perak.

Kem Unit beruniform di Perak.

Kem unit beruniform atau kem bersepadu unit beruniform di Perak merupakan kem yang kebiasaannya dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ini adalah bagi melengkapkan elemen kokurikulum dan jadual tahunan pihak sekolah.

AsiaCamp Perak menyediakan program ini dan dianggarkan setiap minggu akan ada sekolah melaksanakan aktiviti ini.

Kem bersepadu ini biasanya menggabungkan wakil badan beruniform yang ada disekolah. Ini seperti :

a.      Pengakap Malaysia

b.      Persatuan Bulan Sabit Merah

c.      Pandu Puteri

d.      Kadet Polis

e.      Unit Trafik Sekolah

f.       Pasukan Kadet Pertahanan Awam

g.      Kadet Remaja Sekolah

h.      Pandu Puteri

i.       St. John Ambulance

Kem ini membantu guru-guru membuat pentaksiran aktiviti kokurikulum dengan lebih menyeluruh kerana murid-murid menjalani latihan penuh di kem. Secara asasnya, peserta akan mempelajari konsep asas dalam badan beruniform

Konsep Asas

Konsep nya adalah meliputi 2 perkara iaitu:

a.      Pembudayaan kerjasama di dalam kumpulan

Ini dapat dilihat melalui aktiviti kolektif seperti kawad kaki, pengendalian kecemasan, masakan rimba dan penyediaan tempat tinggal.

Pengasingan pelajar dari zon selesa ke zon luar selesa membolehkan pelajar belajar dengan lebih baik lagi.

b.      Peningkatan disiplin kendiri pelajar

Ini dapat dilihat melalui aktiviti kendiri pelajar seperti kemasan tempat tidur, kemasan barangan peribadi dan pemakaian. Kebolehan pelajar mengekalkan disiplin di ruang yang mencabar juga dilihat mampu meningkatkan potensi diri pelajar

Aktiviti Kem Unit Beruniform

Kebiasaanya kem ini dijalan kan selama 3 hari. Pihak sekolah cenderung memilih pada Hari Jumaat sehingga Hari Sabtu. Ini bagi mengelakkan waktu pembelajaran rutin pelajar terjejas kerana terpaksa menghadiri kem ini.

Berikut adalah aktiviti yang biasa disediakan sepanjang 3 hari 2 malam

Aktiviti hari pertama:

a.      Taklimat disiplin & Keselamatan

b.      Orientasi Kem

c.      Kraf Perkhemahan

d.      Asas Tali Menali

e.      Asas Komunikasi berkesan

Aktiviti hari kedua

a.      Solat Subuh Berjemaah (atas permintaan)

b.      Senamrobik/ kawad kaki

c.      Asas kompas dan Peta

d.      Asas Pertolongan Cemas

e.      Masakan Rimba

f.       Persembahan kebudayaan

g.      Night Walking/ Management Games

Aktiviti hari ketiga:

a.      Senamrobik

b.      Jungle Trekking/berakit buluh/abseiling/flying fox

c.      Majlis penutup

Pihak AsiaCamp akan menyediakan pakej lengkap kepada pihak sekolah. Ini merangkumi makan, minum, penyediaan penginapan dan latihan penuh. Pihak kami juga menyediakan penginapan dan makan minum untuk pengiring.

Disamping itu, pihak AsiaCamp akan menyediakan sijil penyertaan kepada peserta yang berjaya menamatkan latihan disini.

Jom ke kem unit beruniform di AsiaCamp Perak.

Hubungi pegawai kami, Tuan Rizal untuk info lanjut:

www.wasap.my/60134394507/sayamahumengadakanprogramteambuilding

Team Building di Perak

Team Building di Perak

AsiaCamp merupakan pusat latihan berdaftar yang mengendalikan aktiviti team building di Perak. Ini merupakan rangkaian kem yang kelima di Malaysia.

Team building merupakan salah satu aktiviti yang mampu meningkatkan produktiviti ahli di dalam organisasi. Asas team building boleh kita lihat pada maksudnya iaitu pembinaan pasukan.

Bahagian HR mahu kualiti kerja terbaik untuk semua department. Oleh itu, HR bukan mahu pekerja sibuk, HR mahu pekerja yang produktif. Pekerja yang produktif menyumbang manfaat besar dalam produktiviti syarikat.

Pembinaan pasukan sangat berkait rapat dengan produktiviti syarikat. Apabila pembinaan pasukan terjalin rapat, hubungan professional sesama staff semakin erat. Apabila hubungan professional erat, komunikasi berkesan sangat membantu perlaksanaan satu-satu kerja rutin syarikat.

Di dalam aktiviti team building, peserta akan dilatih untuk meningkatkan kualiti komunikasi. Kualiti komunikasi membolehkan peserta gembira dan bersemangat mengejar matlamat syarikat.

Modul

Antara modul penting di dalam komunikasi adalah:

  1. Rapport communication
    • Tujuan komunikasi adalah untuk menyampaikan maklumat. Staf perlu belajar cara komunikasi meyakinkan supaya rakan kerja dapat menerima maklumat dengan lebih baik. Penyampaian maklumat yang baik membina pasukan dengan lebih cepat.
  2. Komunikasi berkesan
  3. Komunikasi terhalang
    • Komunikasi terhalang biasanya disebabkan oleh faktor yang berlaku ditempat kerja dan diluar tempat kerja (keluarga). Amat penting peserta belajar memproses maklumat untuk menyudahkan kerja yang diberikan.
  4. Problem solving
    • Seringkali kerugian berlaku lebih teruk apabila berlaku masalah disebabkan cara penyelesaian masalah yang menambah kos. Peserta akan memahami cara berfikir yang tepat didalam aktiviti team building melalui slot problem solving.
  5. Sibuk vs produktif
    • Sudah tentulah pekerja tidak suka banyak kerja semata-mata. Pekerja yang berkualiti tidak mahu majikan menilai mereka berdasarkan kesibukan. Pekerja yang mahu meningkatkan kerjaya mereka ke tahap yang lebih baik mahu dinilai melalui hasil kerja mereka. Inilah prinsip produktiviti.

Menariknya disini, kelas dan kuliah tidak diperlukan untuk peserta mempelajari subjek pembinaan pasukan. Konsep latihan disini disulami dengan aktiviti rekreasi yang menyeronokkan.

Aktiviti rekreasi

Aktiviti rekreasi ini termasuklah :

  1. asas survival
  2. wilderness aid
  3. membuat kayak buluh
  4. merentasi halangan.
  5. Mini ekspedisi
  6. Perkhemahan di hutan
  7. Masakan rimba

 

Aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah. Syarikat AsiaCamp juga merupakan syarikat yang memiliki kopetensi di dalam latihan luar. Bagi syarikat yang berdaftar dengan HRD Corp, syarikat kami adalah syarikat yang layak mngendalikan program yang boleh dibiayai oleh HRD Corp  (HRD Corp Claimable).

Apa kaitannya aktiviti yang disebutkan dengan modul komunikasi? Jurulatih kem yang mengendalikan program telah dilatih untuk memastikan setiap pengalaman yang peserta dapat ditukarkan kepada pembelajaran.

Inilah kelebihan teknikal yang ada pada jurulatih kami untuk memantapkan kualiti pembinaan pasukan sesuatu organisasi. Jurulatih kami bukan sahaja berpengalaman, bahkan memiliki sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber manusia di bawah HRD Corp.

Kemudahan latihan

Baiklah, ini pula kemudahan latihan yang kami sediakan untuk syarikat yang ingin melaksanakan program team building disini:

  1. Dewan aktiviti
  2. Penginapan asrama, chalet dan perkhemahan
  3. Padang dan kemudahan asas seperti toilet dan bilik mandi
  4. Pengurusan modul penuh dan aktiviti rekreasi.

Hubungi pegawai kami untuk tempahan team building di Perak.

Jom ke AsiaCamp!

Hubungi pegawai kami, Tuan Rizal untuk info lanjut:

www.wasap.my/60134394507/sayamahumengadakanprogramteambuilding

Kem Motivasi di Perak

Kem Motivasi di Perak

AsiaCamp merupakan kem motivasi di Perak yang mengendalikan banyak aktiviti rekreasi. Ini adalah cawangan AsiaCamp yang kelima yang sedang dibuka ketika ini.

Banyak organisasi yang boleh melaksanakan program dan kemi disini. Kami telah mengendalikan kem ini kepada pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Ini termasuklah pihak sekolah, pihak NGO, pihak syarikat dan keluarga.

Kem motivasi kebiasannya diadakan oleh pihak sekolah. Namun ada juga pihak yang menghantar ahli ke kem ini untuk tujuan pemantapan organisasi.

Pihak sekolah boleh melakukan perkhemahan disini dengan membawa murid-murid kesini. Kem motivasi di sini sedia menjalankan pelbagai aktiviti bermodul yang menarik untuk murid-murid sekolah.

Selain kem motivasi, kami juga menyediakan modul kem unit beruniform, kem pembelajaran dan kem kepimpinan. Yang menariknya, setiap aktiviti akan disulami dengan aktiviti luar.

Aktiviti luar yang terlibat disini mempunyai banyak pilihan. Antaranya flying fox, abseiling, berakit buluh, explore race, high rope element dan obstacle course.

Banyak juga aktiviti lain seperti jungle trekking, asas ikatan, asas kompas, asas pertolongan cemas dan asas survival. Ini semua membantu proses kemenjadian pelajar melalui kem luar sekolah.

Disamping itu, kami juga menyediakan LADAP untuk guru-guru. Latihan dalam perkhidmatan ini dikendalikan oleh jurulatih senior yang boleh meningkatkan kredibiliti dan prestasi guru ketika bertugas nanti.

Kemudahan

Kem motivasi di Perak ini terletak di Sungkai. Disini, mengandungi kemudahan:

  1. 18 asrama yang menempatkan 30 orang pelajar 1 blok
  2. 18 bilik yang menempatkan 2 orang guru 1 blok
  3. 8 dewan kecil yang memuatkan 40 orang 1 dewan
  4. 1 dewan besar yang boleh memuatkan 1000 orang
  5. 1 padang kawad yang boleh memuatkan 1000 orang
  6. 1 dewan surau yang boleh menempatkan 200 orang peserta

Kemi ini selamat kerana dikelilingi oleh pagar dan berkunci. Di bahagian depan kem pula terletak pos kawalan keselamatan.

Pemandangan banjaran titiwangsa pula di padang kawad merupakan panorama yang tidak akan dilupakan pada awal pagi. Peserta akan melakukan aktiviti senamrobik di awal pagi semasa program.

Kemudahan toilet juga sangat efesien. Ini kerana kami menyediakan 18 blok khas untuk toilet sahaja. Disamping setiap blok dilengkapi dengan kolah untuk menpercepatkan proses mandi pelajar.

Selaras dengan moto AsiaCamp untuk Kem Motivasi di Perak ini iaitu “from experience to learning”, kami akan memberikan perkhidmatan sebaiknya kepada pihak pengunjung.

Apalagi, pihak AsiaCamp juga menyediakan khidmat aktiviti penuh pada kadar RM150 3 hari 2 malam mengikut modul. Pihak guru dan pengiring pelajar mempunyai masa yang lapang untuk melawat sekitar Pekan Sungkai.

Aktiviti Menarik

Ini adalah aktiviti yang boleh dibuat bagi mereka yang ingin mengunjungi kem ini untuk berkursus:

1. Explorace
2. Night walk
3. Treasure hunt
4. Survival village
5. Jungle tracking
6. Goverment/NGO talk
7. Team building
8. Night war games

Banyak juga tarikan menarik dan restoran menarik di Sungkai yang boleh dilakukan bersama-sama guru-guru.

Restoran menarik juga boleh dikunjungi disini.

Untuk membuat penempahan, boleh lah menghubungi pegawai kami, En Rizal.

Jom kem di AsiaCamp!

Hubungi pegawai kami, untuk info lanjut:

Please click here for more information about AsiaCamp Sungkai :

AsiaCamp Sungkai

10 Tempat Menarik di Pulau Tioman

10 Tempat Menarik di Pulau Tioman

Di era moden zaman kini terdapat banyak tempat tempat yang menaik yang boleh kita kunjungi antara salah satunya ialah pulau tioman. untuk pengetahuan asas bagi para pembaca pulau tioman ini merupakan sebuah pulau yang teletak di Rompin, Pahang, Malaysia.

Pulau ini terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km dan yang paling penting terdapat pelbagai tempat menarik yang ada berdekatan dengan pulau tioman ini yang membuatkan tempat ini menjadi pusat pelancongan yang sangat menarik. antara tempat menarik yang ada di pulau tioman ini adalah seperti di bawah

Pusat Taman Marin

Yang petama Pusat Taman Marin, Taman Marin ini merupakan pusat perikanan yang berfungsi sebagai tempat pemuliharaan hidupan laut dan tempat riadah untuk para pengunjung. Pusat taman marin ini tidak membenarkan sebarang aktiviti penangkapan hidupan marin yang boleh memberi dampak buruk terhadap terhadap hidupan laut yang ada di sini .

 

Di pusat taman marin ini terdapat satu aktiviti yang sangat menarik seperti aktiviti menyelam dan merasai pengalaman menyelam bersama hidupan laut.

Kampung Tekek

Yang kedua adalah kampung Tekek. Untuk pengetahuan pembaca kampung Tekek ini merupakan ibu kota Pulau Tioman, ia terletak di sepanjang pantai iaitu 3 km di barat tengah pulau itu. Banyak kemudahan dan nfrastuktur yang membantu pelancong untuk melancong seperti kedai runcit, bank, jalan raya, pusat marin dan kompleks jeti di tempat menarik di Pulau Tioman ini.

Kampung Tekek sangat popular dalam kalangan pelawat kerana kekayaan kemudahan moden dan mempunyai kawasan belanja bebas cukai. Tentunya kemudahan hotel dan chalet banyak tersedia di sepanjang pantai yang indah disini. Anda juga boleh bersnorkeling di sini dengan menempah dari kedai-kedai agen pelancongan yang menguruskan pakej snorkeling dengan pakej yang murah.

Air Terjun Asah

Yang ketiga ialah air terjun asah, air terjun asalah ini merupakan air terjun terbesah di area pulau tioman ini dan Lokasinya terletak di bahagian selatan Pulau Tioman dan tidak jauh dari Kampung Mukut. Untuk menuju ke sini, pelawat perlu berjalan dari kampung Mukut dalam masa 40 minit dan 20 minit daripada kampung Asah.

Sampai sahaja di tempat menarik di Pulau Tioman ini, pengunjung boleh memulakan perkelahan sambil menikmati percikan air terjun yang segar daripada gunung.

Batu Malang

Yang ke 4 ialah Batu malang, batu malang ini bukan lah suatu tempat yang memberi nasip malang tetapi ianya merupakan tempat menyelam yang popular di Pulau Tioman.  Seluruh tempat menyelam di sini terdiri daripada batu karang yang cantik dan banyak.

Biasanya, Paras air yang rendah diperlukan untuk menyelam kerana memudahkan penyelam yang tidak ada pengalaman menyelam melihat khazanah di dalam laut. Apabila menyelam, ianya seperti pengembaraan filem di dalam channel TV National Geography.

Pemandangan nya sangat jelas dan kita pasti berpuas hati menyelam disini. Bagi yang tiada pengalaman, jangan risau, penyedia servis akan membantu kita untuk menyelam di tempat yang sesuai dan selamat untuk amatur.

Pulau Renggis

Yang kelima adalah pulau renggis, Pulau Renggis ini merupakan pulau kecil yang terletak di perkampungan Tekek. pulau rengis ini terletak berhampiran dengan Pulau Tioman.  Biasanya, Pulau Renggis ini dijadikan tempat persinggahan pada para pengunjung untuk melakukan aktiviti seperti snorkeling dan diving di pulau ini.

selain itu di pulau rengis ini Tiada kemudahan chalet mahupun resort disediakan kerana saiz pulaunya yang kecil.

Walaubagaimanapun, Pulau Renggis ini sangat unik dan cantik kerana keindahan coral dan air kelilinya yang sangat cantik dan jernih seperti gambar di atas

Monkey Bay

Yang ke enam adalah Monkey Bay, monkey bay ini  adalah pantai yang sangat indah yang terletak di belakang Kampung Salang di pantai barat Pulau Tioman. pelawat boleh ke mengunjungi monkey bay ini dengan menaiki bot laju ataupun meredah hutan yang akan memakan masa sekitar 1 jam perjalanan dari salang.

Ruang laut yang luas dan berteluk ini pasti menenangkan. Ianya sangat jernih dan berbentuk teluk yang membolehkan ianya menjadi tempat santai dan rehat bersama dengan keluarga. Bagi yang tidak mahu menyelam dan membawa anak-anak, pastinya kawasan ini sesuai untuk melakukan aktiviti snorkelling. Monkey bay adalah salah satu tempat snorkeling yang paling popular serta pelawat boleh mengelilingi pulau dengan menggunakan bot laju sambil melihat kawasan kampung.

Salang

Yang ke tujuh adalah Salang iaitu sebuah destinasi pantai yang popular di utara Pulau Tioman, salang terletak di sepanjang pantai barat di teluk yang terpencil.  salang sebuah destinasi pelancong berkonsepkan kampung ini merupakan tempat yang sesuai untuk para backpacker berkumpul dari seluruh dunia.

Selain itu salah juga merupakan tempat penyelam dan kampung yang paling dekat dengan banyak kawasan terumbu dan bangkai kapal di Tioman termasuk Coral Island, Chebeh, Batu Malang dan Fan Canyon.

Apabila sempadan dibuka, pastinya kita akan melihat pengunjung Eropah dan luar negara berehat disini. Ini kerana tempat ini ada menyediakan aktiviti malam iaitu membakar unggun api atau dikenali sebagai campfire. Pastinya pengalaman BBQ tidak akan dilupakan nanti di tepi pantai ini.

Juara Turtle Project

Yang ke lapan adalah juara turtle projek seperti nama nya tempat ini terkenal kerana kawasan ini menjadi tarikan bagi penyu untuk bertelur Kebiasaannya penyu-penyu ini datang untuk bertelur dari bulan Februari ke bulan Oktober.

Selain itu JTP merupakan satu inisiatif sukarelawan yang menumpukan pemuliharaan semula penyu laut dan alam sekitar dengan cara mendidik penduduk tempatan khususnya generasi muda dan pelancong yang berkunjung di kawasan pantai Kampung Juara

Vision Commerce Duty Free Shop

Yang ke sembilan dan juga yang terakhir adalah vision commerce duty free shop tempat ini menjadi tarikan di sebab kan satu ciri yang sangat menarik iaitu semua barangan yang terjual di dalam kedai ini bebas cukai yang membuatkan banyak barang seperti rokok, Coklat dan pelbagai barang yang ada di sini menjadi lebih murah dari kebanyakan tempat. sapa saja yang tidak suka akan barangan yang murah bukan.

Sebagai penutup pulau tioman ini adalah salah satu kawasan peraian yang sangat indah di malaysia kerana hidupan lautnya mahupun airnya sangat jernih menjadi tarikan pelawat dari malaysia mahupun pelancong luar negara.

Dengan ini sekiranya para pembaca ingin ke sini pastikan tidak membuat masalah seperi membuang sampah merata rata kerana ada juga haiwan yang menghampiri kepunahanya, kalau disebabkan haiwan ini juga kita sebagai seorang manusia yang berakal tidak boleh melakukan sesuatu pekara seperti itu. seterusnya saya sangat berterima kasih kepada ammboi.my kenara memberi info info menarik mengenai tempat tempat menarik di pulau tioman. sekian itu saja dari saya sekian terima kasih

Tips mudah menarik hati pelanggan

a. Pelanggan berurusan dengan kita dengan sejarah pengalaman yang berbeza.

Oleh itu, tidak semua yang berfikir dengan cara kita berfikir. Oleh itu, apabila memulakan perbualan dengan pelanggan, mulakan dengan membina hubungan sebagai langkah awal menarik hati pelanggan.

Elakkan dari menjual terus. Membina hubungam dengan pelanggan banyak manfaat nya. Ia mendorong mereka untuk menyampaikan hasrat mereka kepada kita dengan sentimen yang menyenangkan.

b. Apabila membina hubungan, ia bukan lah bermaksud kita perlu bertanya latar belakang mereka dimana, asal dimana dan latar belakang keluarga. Ini namanya membina hubungan mesra. Hubungan yang digalakkan adalah membina hubungan profesional.

Membina hubungan cara ini adalah dengan mempraktiskan skill mendengar apa yang disampaikan oleh pelanggan.Ada juga pelanggan yang kurang bercakap.

Oleh itu, kita mesti mendorong mereka untuk bercakap dengan menggunakan gaya soalan terbuka. Gaya soalan terbuka memberi ruang kepada pelanggan memindahkan kehendak yang ada pada mereka untuk difahami kita.

c. Maka, waktu kritikal pelanggan menilai kita adalah bukanlah semata-mata kepada perbentangan produk kita. Ia adalah semasa mereka menyatakan kehendak mereka, cara bagaimanakah kita mendengar dan menerima perkhidmatan yang pelanggan mahukan.

Kerapkali terjadi pelanggan berkualiti angkat kaki dan tidak jadi membeli kerana meskipun dalam fikiran kita produk/servis ini begitu diperlukan pelanggan, kita gagal memberi bahasa yang sama difahami pelanggan bahawa mereka perlukan produk/servis kita.

d. Oleh itu, amat penting kepada penjual menggunakan bahasa pelanggan. Meskipun penjual memahami bahasa mereka adalah bahasa yang sama makna dengan pelanggan, ini tidak bermaksud pelanggan tahu bahawa bahasa mereka adalah bahasa yang sama dengan yang disebutkan penjual.

Contohnya, apabila kita sedang menerima tempahan Kursus Pemantapan Staff. Yang ada di dalam kepala kita, adalah kursus Pembinaan pasukan. Kita jangan sibuk bercerita tentang kursus pembinaan pasukan, cerita tentang kursus pemantapan staff.

Walaupun dalam otak kita kursus ini ada kaitan dengan peningkatan staff, kita mesti sebut nama kursus pemantapan staff berulang-ulang lalu sangkutkan ia dengan tawaran-tawaran kita.d. Setelah kita yakin pelanggan telah menyampaikan hasrat mereka, dan kita yakin telah mengikut rentak pelanggan.

Kita pasti akan nampak kelompongan permintaan mereka. Jikapun pelanggan telah salah di dalam menyatakan kehendak mereka, kita jangan kata mereka tidak betul.

Cara yang bagus adalah terus sahaja menyatakan pendapat kita bersandarkan fakta dan pengalaman kita. Penjual mesti mempraktiskan gaya menjual dengan mendidik pelanggan dan memberi info berguna.

e. Seterusnya apabila kita sedang membuat perbentangan balas, penjual mesti tahu membezakan ciri produk dan manfaat produk. Setiap ciri-ciri produk mesti diceritakan manfaatnya.

Pelanggan lebih mudah menerima kita apabila mereka rasakan manfaat produk bersesuaian dengan kita. Contohnya, payung ini kecil, ini adalah ciri. Payung mudah dibawa kemana-mana, ini adalah manfaat.Skil ini adalah skill berbentuk “consultative skill”.

Skil ini perlu ada pada semua penjual. Skil menarik hati pelanggan.

https://youtu.be/UcdrDQS6OQ4

Jom sertai kursus keusahawanan anjuran AsiaCamp di Kem latihan kami!