Artical, Kem Latihan & Rekreasi

Kem Rekreasi Ipoh

Kem rekreasi di Ipoh.

Selain di Selangor, Pahang dan Sabah, kami memiliki kem berhampiran Ipoh. AsiaCamp merupakan pilihan yang boleh dipilih untuk melaksanakan kem rekreasi berhampiran di Ipoh. Ini kerana, kedudukannya yang strategik.

Ia terletak lebih kurang 5 minit sahaja dari exit highway Utara-Selatan. Kedudukannya yang berhampiran dengan Theme Water Park Sungkai menjadi tarikan sampingan selain kemudahan yang ada.

Kami berusaha memastikan tahap keselamatan kem rekreasi ini pada tahap terbaik dengan:

  1. Memagar seluruh kawasan kem dengan pagar yang sempurna.
  2. Mengasingkan blok peserta lelaki dan perempuan.
  3. Meletakkan blok pengiring di tengah-tengah. Ianya antara blok lelaki dan perempuan.
  4. Memberi lebih privacy kepada pengiring dengan menyediakan toilet di dalam bangunan bagi bilik warden.
  5. Memastikan sekurang-kurangnya 5 orang staff kami akan berada di kem sepanjang program bagi mengatur gerak bantuan apabila diperlukan
  6. Membuat jalan bertar di seluruh kem rekreasi bagi memudahkan akses dan mengelakkan kereta awam kotor @ rosak akibat jalan yang tidak rata.
  7. Kami merupakan pusat latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dibawah agensi kementerian tersebut. Sila rujuk sijil pada pegawai untuk maklumat lanjut.

Kem rekreasi berhampiran Ipoh ini kami reka bentuk supaya memenuhi keperluan aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang ada disini adalah:

  1. Flying fox
  2. Abseiling
  3. Padang bola, bola tampar dan takraw
  4. 4 jenis high rope element
  5. 10 jenis obstacle
  6. Kemudahan rakit buluh
  7. Kemudahan kawad 1000 orang
  8. Masakan rimba
  9. Asas Survival
  10. Team Building

Kemudahan fasiliti juga tersedia untuk keperluan latihan. Kursus rekrut, orientasi, LADAP, kursus pengukuhan pasukan dan kursus sekolah sesuai dilaksanakan di tempat kami. Antara fasiliti tersedia adalah:

  1. 8 unit dewan kuliah untuk pecahkan peserta kepada unit kecil
  2. 1 unit dewan besar menempatkan 1000 orang
  3. 1 unit dewan makan
  4. Padang kawad
  5. Parking luas sebanyak 500 kereta
  6. Wakaf 10 unit untuk ruang menunggu pelawat
  7. Pejabat untuk kegunaan program lebih 2 minggu
  8. 24 unit bilik urusetia
  9. 18 asrama dengan toilet asing.

Jom ke kem rekreasi kami di Ipoh. Selamat berprogram nanti!

Please click here for more information about AsiaCamp Sungkai :

AsiaCamp Sungkai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *