Team Building

Kem Unit beruniform di Perak.

Kem Unit beruniform di Perak.

Kem unit beruniform atau kem bersepadu unit beruniform di Perak merupakan kem yang kebiasaannya dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ini adalah bagi melengkapkan elemen kokurikulum dan jadual tahunan pihak sekolah.

AsiaCamp Perak menyediakan program ini dan dianggarkan setiap minggu akan ada sekolah melaksanakan aktiviti ini.

Kem bersepadu ini biasanya menggabungkan wakil badan beruniform yang ada disekolah. Ini seperti :

a.      Pengakap Malaysia

b.      Persatuan Bulan Sabit Merah

c.      Pandu Puteri

d.      Kadet Polis

e.      Unit Trafik Sekolah

f.       Pasukan Kadet Pertahanan Awam

g.      Kadet Remaja Sekolah

h.      Pandu Puteri

i.       St. John Ambulance

Kem ini membantu guru-guru membuat pentaksiran aktiviti kokurikulum dengan lebih menyeluruh kerana murid-murid menjalani latihan penuh di kem. Secara asasnya, peserta akan mempelajari konsep asas dalam badan beruniform

Konsep Asas

Konsep nya adalah meliputi 2 perkara iaitu:

a.      Pembudayaan kerjasama di dalam kumpulan

Ini dapat dilihat melalui aktiviti kolektif seperti kawad kaki, pengendalian kecemasan, masakan rimba dan penyediaan tempat tinggal.

Pengasingan pelajar dari zon selesa ke zon luar selesa membolehkan pelajar belajar dengan lebih baik lagi.

b.      Peningkatan disiplin kendiri pelajar

Ini dapat dilihat melalui aktiviti kendiri pelajar seperti kemasan tempat tidur, kemasan barangan peribadi dan pemakaian. Kebolehan pelajar mengekalkan disiplin di ruang yang mencabar juga dilihat mampu meningkatkan potensi diri pelajar

Aktiviti Kem Unit Beruniform

Kebiasaanya kem ini dijalan kan selama 3 hari. Pihak sekolah cenderung memilih pada Hari Jumaat sehingga Hari Sabtu. Ini bagi mengelakkan waktu pembelajaran rutin pelajar terjejas kerana terpaksa menghadiri kem ini.

Berikut adalah aktiviti yang biasa disediakan sepanjang 3 hari 2 malam

Aktiviti hari pertama:

a.      Taklimat disiplin & Keselamatan

b.      Orientasi Kem

c.      Kraf Perkhemahan

d.      Asas Tali Menali

e.      Asas Komunikasi berkesan

Aktiviti hari kedua

a.      Solat Subuh Berjemaah (atas permintaan)

b.      Senamrobik/ kawad kaki

c.      Asas kompas dan Peta

d.      Asas Pertolongan Cemas

e.      Masakan Rimba

f.       Persembahan kebudayaan

g.      Night Walking/ Management Games

Aktiviti hari ketiga:

a.      Senamrobik

b.      Jungle Trekking/berakit buluh/abseiling/flying fox

c.      Majlis penutup

Pihak AsiaCamp akan menyediakan pakej lengkap kepada pihak sekolah. Ini merangkumi makan, minum, penyediaan penginapan dan latihan penuh. Pihak kami juga menyediakan penginapan dan makan minum untuk pengiring.

Disamping itu, pihak AsiaCamp akan menyediakan sijil penyertaan kepada peserta yang berjaya menamatkan latihan disini.

Jom ke kem unit beruniform di AsiaCamp Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *