Artical, Kem Latihan & Rekreasi

Kem Motivasi di Perak

Kem Motivasi di Perak

AsiaCamp merupakan kem motivasi di Perak yang mengendalikan banyak aktiviti rekreasi. Ini adalah cawangan AsiaCamp yang kelima yang sedang dibuka ketika ini.

Banyak organisasi yang boleh melaksanakan program dan kemi disini. Kami telah mengendalikan kem ini kepada pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Ini termasuklah pihak sekolah, pihak NGO, pihak syarikat dan keluarga.

Kem motivasi kebiasannya diadakan oleh pihak sekolah. Namun ada juga pihak yang menghantar ahli ke kem ini untuk tujuan pemantapan organisasi.

Pihak sekolah boleh melakukan perkhemahan disini dengan membawa murid-murid kesini. Kem motivasi di sini sedia menjalankan pelbagai aktiviti bermodul yang menarik untuk murid-murid sekolah.

Selain kem motivasi, kami juga menyediakan modul kem unit beruniform, kem pembelajaran dan kem kepimpinan. Yang menariknya, setiap aktiviti akan disulami dengan aktiviti luar.

Aktiviti luar yang terlibat disini mempunyai banyak pilihan. Antaranya flying fox, abseiling, berakit buluh, explore race, high rope element dan obstacle course.

Banyak juga aktiviti lain seperti jungle trekking, asas ikatan, asas kompas, asas pertolongan cemas dan asas survival. Ini semua membantu proses kemenjadian pelajar melalui kem luar sekolah.

Disamping itu, kami juga menyediakan LADAP untuk guru-guru. Latihan dalam perkhidmatan ini dikendalikan oleh jurulatih senior yang boleh meningkatkan kredibiliti dan prestasi guru ketika bertugas nanti.

Kemudahan

Kem motivasi di Perak ini terletak di Sungkai. Disini, mengandungi kemudahan:

  1. 18 asrama yang menempatkan 30 orang pelajar 1 blok
  2. 18 bilik yang menempatkan 2 orang guru 1 blok
  3. 8 dewan kecil yang memuatkan 40 orang 1 dewan
  4. 1 dewan besar yang boleh memuatkan 1000 orang
  5. 1 padang kawad yang boleh memuatkan 1000 orang
  6. 1 dewan surau yang boleh menempatkan 200 orang peserta

Kemi ini selamat kerana dikelilingi oleh pagar dan berkunci. Di bahagian depan kem pula terletak pos kawalan keselamatan.

Pemandangan banjaran titiwangsa pula di padang kawad merupakan panorama yang tidak akan dilupakan pada awal pagi. Peserta akan melakukan aktiviti senamrobik di awal pagi semasa program.

Kemudahan toilet juga sangat efesien. Ini kerana kami menyediakan 18 blok khas untuk toilet sahaja. Disamping setiap blok dilengkapi dengan kolah untuk menpercepatkan proses mandi pelajar.

Selaras dengan moto AsiaCamp untuk Kem Motivasi di Perak ini iaitu “from experience to learning”, kami akan memberikan perkhidmatan sebaiknya kepada pihak pengunjung.

Apalagi, pihak AsiaCamp juga menyediakan khidmat aktiviti penuh pada kadar RM150 3 hari 2 malam mengikut modul. Pihak guru dan pengiring pelajar mempunyai masa yang lapang untuk melawat sekitar Pekan Sungkai.

Aktiviti Menarik

Ini adalah aktiviti yang boleh dibuat bagi mereka yang ingin mengunjungi kem ini untuk berkursus:

1. Explorace
2. Night walk
3. Treasure hunt
4. Survival village
5. Jungle tracking
6. Goverment/NGO talk
7. Team building
8. Night war games

Banyak juga tarikan menarik dan restoran menarik di Sungkai yang boleh dilakukan bersama-sama guru-guru.

Restoran menarik juga boleh dikunjungi disini.

Untuk membuat penempahan, boleh lah menghubungi pegawai kami, En Rizal.

Jom kem di AsiaCamp!

Hubungi pegawai kami, untuk info lanjut:

Please click here for more information about AsiaCamp Sungkai :

AsiaCamp Sungkai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *