Cara Ingin Menjadi Jurulatih Rekreasi Malaysia

BAGAIMANA CARA INGIN MENJADI JURULATIH REKREASI MALAYSIA

Oleh : NOORILDA OMAR

Artikel ini adalah tentang cara menjadi jurulatih rekreasi di Malaysia. Rekreasi Luar telah menjadi satu kegiatan atau gaya hiudp yang sangat popular. Ia dahulunya hanyalah sekadar hobi dan dijadikan sebagai aktiviti waktu lapang.

Kini, ianya telah menjadi satu kerjaya yang sangat diminati di Malaysia. Ianya juga telah menjadi satu elemen yang popular bagi pengisian aktiviti latihan.

Oleh kerana ia melibatkan aktiviti luar, aktiviti ini mempunyai pengurusan risiko tersendiri. Oleh itu, seseorang yang ingin mengendalikan aktitiviti rekreasi perlu kompeten dan bertauliah.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) bertanggungjawab mentauliahkan Jurulatih Rekreasi di Malaysia. Ianya diselia dan diselaraskan bersama dengan Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM).

Terdapat 3 peringkat di dalam proses untuk menjadi seorang Jurulatih Rekreasi :-

Peringkat 1 – Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 (OUTREC 1)

Di dalam kursus ini peserta akan diberikan pendedahan dan pengenalan asas rekreasi .

Mereka juga akan melalui beberapa aktiviti yang wajib sebagai elemen asas rekreasi. Antara aktiviti yang wajib adalah :-

i) Asas dan Etika Perkhemahan

ii) Asas Pertolongan Cemas

iii) Asas Simpulan dan Ikatan dan Aktiviti Tali Tinggi

iv) Asas Kayak dan Aktiviti Air

v) Asas Panduan Hutan, Kembara dan Ikhtiar Hidup

vi) Pengenalan Kompas dan Peta Di penghujung kursus peserta mesti melalui sesi ujian kefahaman. Sekiranya lulus, barulah mereka layak untuk ke peringkat seterusnya.

Tempoh kursus : 4 hari 3 malam

Peringkat 2 – Kursus Kemahiran Rekreasi Luar Tahap 2 (OUTREC 2)

Kursus ini akan lebih menumpukan kepada kemahiran peserta di dalam aktiviti-aktiviti rekreasi. Peserta dikehendaki untuk melalui kesemua aktiviti di atas secara intensif.

Mereka juga perlu menguasai kemahiran teknikal dan keselamatan bagi setiap aktiviti. Peserta seterusnya perlu menduduki ujian kemahiran dalam bentuk pembentanga dan bertulis.

Peserta yang berjaya akan ditawarkan untuk menjalani saringan bagi peringkat seterusnya.

Tempoh kursus : 8 hari 7 Malam

Peringkat 3 – Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar Kebangsaan Tahap 3 (OUTREC 3)

Peserta yang berjaya menyertai kursus ini adalah peserta yang terpilih semasa saringan. Peserta mestilah menguasai sepenuhnya kemahiran di dalam rekreasi luar.

Mereka akan membentangkan secara lisan dan bertulis sebelum melaksanakan setiap aktiviti. Setiap aktiviti juga dirancang dan diselaraskan oleh peserta sendiri. Peserta wajib mempunyai daya kepimpinan serta daya tahan fizikal yang tinggi.

Semua peserta wajib menjalani ujian bertulis dan lisan sebagai penamat kursus. Mereka juga wajib untuk melengkapkan log mengajar sebelum ditauliahkan sebagai Jurulatih Rekreasi. Seorang Jurulatih Rekreasi perlulah mempunyai minat yang mendalam di dalam rekreasi.

Kesungguhan dan fokus yang tinggi juga adalah elemen penting untuk berjaya. Ketahanan dan kemampuan fizikal juga perlu diberi perhatian.

Tempoh kursus : 10 hari 9 malam

etika perkhemahan

5 etika perkhemahan yang perlu diikuti ketika berkhemah.

Etika Perkhemahan adalah perkara asas di dalam berkhemah. Khemah atau juga dengan maksud lain adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas. Penting untuk kita cakna tentang etika perkhemahan walau di mana-mana kawasan atau persekitaran sekali pun. Terdapat beberapa etika perkhemahan yang perlu kita tekankan untuk mengelakkan perkara yang tidak selamat daripada berlaku.

Antara etika yang perlu diterapkan semasa melakukan aktiviti perkhemahan ialah peserta dilarang membuat kotor di kawasan perkhemahan. Terutamanya jika peserta berkhemah di kawasan hutan. Kotoran makanan akan menarik perhatian binatang-binatang buas untuk datang menghampiri kawasan perkhemahan. Selain itu, peserta juga dilarang untuk merosakkan alam semulajadi. Jangan sewenang-wenangnya memetik, mengutip, menorah dan sebagainya terhadap flora dan fauna di sekitar tapak perkhemahan.

Seringkali program perkhemahan ini diadakan di penempatan yang jauh dari tempat tinggal kita. Ini kerana kita ingin mendatangkan rasa dan aura yang berbeza dari tempat asal kita. oleh itu, peserta hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengejek adat resam sesuatu tempat tersebut. Peserta perlu menjaga sikap yang berunsur provokasi terhadap sesuatu perkara atau tempat.

Sehubungan itu, etika perkhemahan yang penting untuk peserta terapkan ialah awas dari penggunaan api terlalu dekat dengan kawasan perkhemahan. Jangan memasang unggun api di waktu malam berhampiran tapak perkhemahan. Ini kerana, khemah yang digunakan sangat sensitive dengan bahan api. Lilin, lighter dan alatan yang berkaitan sebaiknya digunakan jauh dari khemah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kesimpulannya, jika pergi ke tempat orang, kita perlu ikut adat resam tempat tersebut. Seperti kata pepatah “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum”. Jangan terlalu sombong dan berlagak jika masuk di kawasan orang lain. Perlu berhemah dan berhati-hati dalam bertutur kata dan juga perlakuan. Inilah dia kelima-lima etika perkhemahan yang sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada semua.

Explorace Games Module

This is the set of question can be ask if you want to do the explorace games. Explorace games Malaysia offered by AsiaCamp if you wish to enjoy the games!

Q: You draw a line. Without touching it, how do you make the line longer?

A: You draw a shorter line next to it, and it becomes the longer line.

Q: Name four days of the week that start with the letter “t”?

A: Tuesday, Thursday, today, and tomorrow.

Q: A man was outside taking a walk, when it started to rain. The man didn’t have an umbrella and he wasn’t wearing a hat. His clothes got soaked, yet not a single hair on his head got wet. How could this happen?

A: The man was bald.

Q: You walk across a bridge and you see a boat full of people yet there isn’t a single person on board. How is that possible?

A: All the people on the boat are married.

Q: A boy was rushed to the hospital emergency room. The ER doctor saw the boy and said, “I cannot operate on this boy. He is my son.” But the doctor was not the boy’s father. How could that be?

A: The doctor was his mom.

Q: What’s full of holes but still holds water?

A: A sponge.

Q: If an electric train is going east at 60 miles an hour and there is a strong westerly wind, which way does the smoke from the train drift?

A: There is no smoke coming from electric trains.

Q: What do the numbers 11, 69, and 88 all have in common?

A: The read the same right side up and upside down.

Q: How can you throw a ball as hard as you can, to only have it come back to you, even if it doesn’t bounce off anything?

A: Throw the ball straight up in the air.

Q: I am an odd number. Take away one letter and I become even. What number am I?

A: Seven (take away the ‘s’ and it becomes ‘even’).

Q: What word looks the same backwards and upside down?

A: SWIMS.

Q: A boy fell off a 30 meter ladder but did not get hurt. Why not?

A: He fell off the bottom step.

Q: Using only addition, how do you add eight 8’s and get the number 1000?

A: 888 + 88 + 8 + 8 + 8 = 1000.

Q: What belongs to you but other people use it more than you?

A: Your name.

Q: What 5-letter word becomes shorter when you add two letters to it?

A: Short.

PENCERAMAH MOTIVASI

Siapa tidak kenal dengan nama Dato Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah seorang pakar motivasi yang amat di kenali dan dikagumi oleh rakyat Malaysia. Beliau di lahirkan pada 16 Julai 1951 di kampong sungai pinang klang Selangor. Nama lain bagi Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah adalah DMFK. Seorang yang bergiat sebagai pakar penceramah motivasi.  Beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya dan seterusnya Universiti Wisconsin.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di university putra Malaysia pada tahun 1977. Seterusnya beliau menubuhkan sebuah syarikat bagi menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga pada tahun 1993. Mendapat pengiktirafan sebagai tokoh maal hijrah pada tahun January 2008 diatas sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.

Beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya dengan memegang ijazah sarjana muda sains dalam sains pertanian dengan kepujian pertama. Dan menyambung ijazah sarjana sains pertanian kewartawanan daripada Wisconsin university amerika syarikat.

Pencapaian yang beliau telah lakukan adalah:

1. 1977 – Pensyarah di university Putra Malaysia

2. 1987 – 1992 – Pengerusi AJK surau Al-Uum Bandar baru bangi

3. 1993 – Menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi  syarikat. Pakar motivasi segman motivasi RTM 1. Pakar Rujukan Komunikasi rumah tangga

4. 1995 – Ahli badan perunding islam. Ahli majlis kementerian belia dan sukan. Ahli panel jawatan kuasa dekad cemerlang negeri Selangor.Ahli seumur hidup MCOBA.

Antara hasil penulisan beliau adalah:

1. Kemahiran kekeluargaan : menjadi ibu bapa cemerlang – 1997

2. Kecemerlangan mendidik anak : menjadi ibu bapa cemerlang – 1997

3. Selamat dating ke university – 2004

4.Menjalin hubungan bahagia – 2004

5. 21 kaedah mendidik anak cemerlang – 2005

6. Petua mendapat pasangan – 2005

7. Menerobos sempadan negeri – 2006

8. Menjalin hubungan bahagia – 2007

9. Tip menjadi pelajar IPT cemerlang – 2008

10. Petua membantu anak Berjaya – 2009

Antara sumbangan beliau di dalam bidang kejurulatihan adalah menegendalikan hamper lebih 6000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi kerajaan dan juga swasta dalam bidang motivasi, pembina pasukan, pembangunan diri, teknik kejurulatihan, penulisan laporan, kepimpinan, penyeliaan, pengurusan, khidmat pelanggan dan banyak lagi.

pakej cuti kampung

5 KELEBIHAN KEM CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK SERTAI

Setiap ibu bapa akan mengharapkan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran mahupun kehidupan. Terdapat agensi swasta yang akan menganjurkan kem cuti sekolah semasa cuti sekolah bermula.

Kelebihan kem ini akan melahirkan murid yang cemerlang dan berwawasan. Setiap murid di Malaysia seharuskan mengikuti kem-kem yang di adakan oleh pihak sekolah atau penganjur lain. Terdapat beberapa kebaikan kebaikan atau kelebihan jika murid mengikuti kem tersebut.

kem cuti sekolah

Selain itu, Setiap murid yang mengikut kem  cuti sekolah akan mengetahui teknik-teknik belajar yang betul. Teknik belajar yang betul amatlah penting kepada pelajar supaya pelajar tersebut cepat mengingati kandungan pelajaran yang dibaca dalam jangka masa yang panjang.

Pelajar juga akan diberi kesedaran tentang pengurusan masa yang yang tepat. Oleh yang demikian, semua pelajar digalakkan membuat jadual sendiri dan mengikuti jadual yang telah di buat.

Kebaikan seterusnya mengikuti kem cuti sekolah adalah pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar itu sendiri. Nilai ini dapat dipupuk secara tidak langsung atau secara langsung dalam setiap diri pelajar tersebut.

Antara nilai murni adalah hormat-menghormati dan nilai kejiranan. Jika pelajar mengamalkan nilai tersebut, secara serta merta pelajar boleh berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran mahupun kehidupan akan datang.

Disamping itu, Pelajar akan dapat menambah kenalan semasa menyertai program kem cuti sekolah tersebut. Ini kerana kem cuti sekolah akan menggabungkan sekolah-sekolah lain. Pelajar juga boleh bertukar-tukar pandangan dan soalan peperiksaan yang mereka miliki.

Kebaikan lainnya adalah pelajar akan menggunakan masa lapang tersebut dengan aktiviti yang berfaedah. Jika masa yang ada tidak di gunakan dengan sebaiknya, Pelajar akan banyak melepak dan menonton bahan hiburan yang tidak berfaedah.

Oleh itu, Pihak sekolah dianjurkan mengadakan program kem cuti sekolah untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka mengikutui program cuti sekolah yang diadakan oleh pihak sekolah. Dengan menyertai program kem cuti sekolah ini, pelajar akan mendapat pengalaman baru, sahabat-sahabat baru, sahsiah diri baru dan dapat membentuk jati diri mereka untuk kehidupan masa depan yang lebih cemerlang,

memancing di keniam

Memancing di Keniam.

Lokasi dan port memancing paling popular di Taman Negara adalah Keniam. Ini adalah lokasi yang ramai dikunjungi oleh warga Malaysia. Ya. Majoriti. Dibandingkan dengan tempat menarik lain di Taman Negara. Ini kerana hampir keseluruhan tempat di Taman Negara kebanyakan dilawati oleh pelancong Eropah

Lokasi Sungai Keniam.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Tahan memakan masa 3 jam lebih. Pemancing biasanya menggunakan kereta untuk masuk ke Kuala Tahan dari Jerantut yang mengambil masa sejam.


Sebelum masuk ke Kuala Tahan dari Jerantut, pemancing mesti mengeluarkan duit tunai di mesin ATM di pekan Jerantut. Di dalam kampung Kuala Tahan tidak disediakan mesin ATM. Apabila tiba di Kuala Tahan, peserta boleh parking di AsiaCamp Resort secara percuma.


Lokasi parking di AsiaCamp resort adalah selamat. Charge bayarannya adalah hanya RM10 semalam. Selain itu, pemancing boleh menginap disini dengan kadar yang berpatutan. Terdapat juga tandas awam yang selesa disini.

Lokasi memancing
Peserta perlu menaiki bot untuk ke Keniam. Perjalanan dari Kuala Tahan memakan masa 1 jam setengah ke kuala Keniam.
Kemudian, tekong akan membawa bot dari kuala keniam ke Lata Said. Perjalanan memakan masa selama 4 jam.


Sepanjang perjalanan, ada beberapa tempat yang tidak boleh dilalui bot kerana jeram yang cetek. Oleh itu, peserta akan turun dari bot untuk memudahkan tekong menolak bot.
Sebelum sampai ke Sungai Keniam bot akan melalui kampung orang asli sebelum tiba di Lata Said.

menolak bot di Sungai Keniam

Dahulu, bot akan berhenti di Lubuk Keniam Kecil tetapi apabila Perhililitan menutup lubuk tersebut dari persinggahan bot, peserta akan berhenti di Lata Said.

Sebelum tiba ke Lata Said, ada beberapa lubuk yang boleh dipilih iaitu

  • Kuala Pekai
  • Rincing
  • Rawa

Disini peserta boleh bermalam dahulu sekiranya tekong memaklumkan tempat di Lata Said penuh.

Oleh kerana sikap ikan Sungai Kelah yang bijak, peserta perlu berpindah-pindah apabila setiap kali dapat seekor ikan di satu-satu lubuk.
Bot akan berhenti di Lata Said. Peserta boleh berulang-alik pergi ke lubuk-lubuk beriku mengikut turutan:
• Lubuk panjang
• Lubut bulat
• Lubuk keniam kecil, perlu melintas sungai, air paras buku lali dan lutut.
• Lubuk 5 minit.
• Lubuk pelawar
• Lubuk terembung
• Lubuk sepetir
• Lubuk sepetir 2
• Lubuk Bulan Sabit

Antara lubuk ke lubuk perjalanan memakan masa 5 ke 10 minit sahaja.
Harga pakej yang ditawarkan biasanya adalah sebanyak RM1500 selama 4 hari 3 malam seramai 3 orang.
Ada juga pakej yang lebih lama di Taman Negara yang memerlukan masa selama seminggu. Pakej tersebut kebiasaannya bernilai RM5000 untuk 7 hari 6 malam ke Gajah Tunggal.
Pemancing perlu melalui jeram perahu, jeram ular, jeram penabur dan jeram ceceh di Sungai Spia. Kebanyakkan tempat di Sungai ini seperti di jeram perahu, bot perlu ditolak atas batu dengan lapik kayu. Barang perlu keluarkan dan boleh ditolak.

Memancing Ikan Kelah
Ikan kelah raja ikan yang cerdik. Sekali berjaya dimancing, sukar untuk dapat kali kedia.
Sampai dalam pukul 2 3 petang, terus bersiap mendirikan khemah. Guide akan ready makan malam. Sementara guide siapkan khemah dan makan malam, pemancing boleh memancing di tepi sungai

Untuk menawan ikan kelah yang cerdik ini, berikut disediakan tips memancing ikan kelah:

  • Elakkan memakai baju cerah dan berwarna terang atau memantul
  • Gunakan tali pancing yang bersaiz 15 paun kebawah. Antara 8-15 paun. Ikan kelah sensitif dengan kehadiran tali pancing yang tebal.
  • Elakkan menggunakan batu dan kili semasa mengikat mata kail.
  • Elakkan bunyi bising.
  • Apabila ikan menyambar, lepaskan sikit drag pancing dan sentiasa bermain pancing. Jangan matikan drag. Tali boleh putus.
  • Jika tinggal pancing di pancang, mesti ikat pancing kerana daya tarikan ikan kelah amat kuat.

Ikan kelah siap masak RM450 siap masak di AsiaCamp Resort. Biasanya, sebaik sahaja ikan berjaya dipancing, ikan perlu dibuang perut dahulu tetapi ikan tidak dibasuh kerana darahnya membantu ikan tahan lama dan segar. Ikan kelah juga perlu disimpan di dalam peti ais dengan keadaan lurus dan tidak bengok supaya rasanya tidak lari.

Terdapat juga spesis ikan lain yang boleh dipancing iaitu Ikan kelah, ikan baung, ikan tengalan, ikan krai dan ikan sebarau. Ikan yang istimewa yang lainnya adalah ikan Kejor atau dinampakan ikan tengas. Ikan ini menarik pancing dengan kuat.

ikan tengalan di Kuala Sungai Keniam

Untuk penggemar casting, boleh mencuba memancing ikan sebarau disini.

Seandainya air sungai keruh akibat hujan, kebarangkalian untuk mendapat ikan baung adalah lebih baik.

Antara pukul 7.00 hingga hampir gelap, dengan menggunakan umpan cengkerik, pemancing boleh mencuba ikan baung akar yang berwarna hitam di Kuala Perkai

Umpan memancing
Pemancing boleh sediakan set umpan sendiri. Guide juga akan sediakan umpan sawit. Umpan sawit akan diperam dahulu 2 3 hari untuk melembutkannya dan diberikan kepada pemancing. Kebiasaanya, tekong akan berikan umpan sawit sebanyak 1 guni beras kecil
98% adalah pemancing melayu.

khemah di Sungai Keniam

Pantang Larang memancing di hutan.
Oleh kerana pemancing berada di hutan yang digazetkan sebagai Taman Negara Malaysia, pemancing mesti mendapatkan lesen memancing di kaunter jabatan Perhilitan sebanyak RM10 untuk satu joran. Pemancing boleh bawa banyak pancing ke dalam Taman Negara.
Pemancing perlu menggunakan khidmat pemandu bot dan tekong berdaftar untuk memastikan keselamatan lebih terjamin.
Berikut adalah pantang larang memancing di Taman Negara:

• Jangan memancing berseorangan, mesti memancing berdua. Gunakan system buddy. Apabila ada peraturan yang telah ditetapkan tekong terlupa untuk diikuti, kawan lagi seorang boleh mengingatkan kita.
• Cari tempat memancing yang terang. Apabila memancing, elakkan memancing ditempat yang bersemak tebal dan gelap. Memancing berdua sebaik-baiknya di dalam keadaan yang mudah dilihat antara satu sama lain.
• Pisau dan parang perlu dibawa. Tentukan parang dan pisau sentiasa dibawa. Pakai dalam keadaan pisau dan parang ditutup sebagai langkah berjaga-jaga apabila tidak menggunakannya.
• Mulut perlu kena jaga. Ini kebiasaan yang semua pemancing sudah tahu.

Pemancing boleh melawati laman web www.tamannegara2u.com untuk mendapatkan info dari pegawai yang terlibat.

Selamat memancing!

Pakej Percutian Kampung🌾🌾Cuti-cuti di Kampung🌾🌾

Pakej percutian kampung 3 hari 2 malam.
Jom bawa bersama dengan keluarga/rakan merasai suasana kampung 3 hari 2 malam 💪.

📍Lokasi📍
📌Bendang sawah padi Tanjong Karang, Parit 1, Sungai Sireh.

Aktiviti

RM159 perpax 12 tahun dan keatas.
RM139 perpax 12 tahun kebawah.
percuma untuk bayi yang didokong.

Minimum 4 pax

termasuk:

🎬Aktiviti
➡️Mencari remis 🐚 di pantai
➡️Memancing 🎣 di kampung dan sawah bendang
➡️Berkayak 🛶 di Ban Canal bersebalah hutan simpan

🛏Penginapan Cabin
➡️aircond 1.5hp
➡️water heater tekanan tinggi
➡️2 unit katil queen
➡️toilet dalam

Tidak termasuk:
🍚Makan & minum
🚌Pengangkutan

Percuma:
✅Orang kampung akan bantu tuan/puan mencari restoran kampung yang viral dan unik.
✅ 5 biji kelapa pandan
✅tempat bbq
✅parking
✅ kanopi 10×10 jika hujan
✅meja & kerusi batu
✅petik ulam & limau untuk kegunaan rumah sendiri.

http://www.wasap.my/+60175044456/pakej3h2mlmtgkarang

team building di hotel

5 perkara yang tidak ada di hotel apabila melakukan team building, tetapi ada di AsiaCamp!

Sepertimana yang semua tahu, Asiacamp adalah institusi yang menjalankan aktiviti rekreasi luar yang tentunya berbeza dengan mana-mana team building di hotel. Asiacamp menyediakan tempat penginapan yang selesa, selamat  dan juga pelbagai aktiviti luar yang menarik dan mencabar. Selain itu, dewan makan yang selesa dan makanan juga disediakan untuk mereka yang mengambil pakej aktiviti dan makan. Hotel-hotel ternama diluar sana kebanyakkannya tidak menyediakan aktiviti yang sesuai untuk team building sepertimana yang Asiacamp sediakan.

Antara aktiviti untuk team building yang Asiacamp sediakan adalah jungle tracking. Laluan jungle tracking yang telah dikemaskini dan dibersihkan selamat digunakan oleh peserta-peserta team building. Kemudian, Asiacamp juga menyediakan aktiviti laluan obtacles untuk menguji tahap ketahanan mental dan fizikal peserta.

Disamping itu, Asiacamp juga menyediakan aktiviti air kepada peserta. Aktiviti air itu dibuat di tasik yang ada di sekitar Asiacamp. Terdapat beberapa jenis aktiviti air yang disediakan iaitu water rafting, water confident dan white water rafting. Aktiviti air akan dipantau dengan baik oleh jurulatih yang bertauliah. Fasilitator juga memainkan peranan dalam menguruskan kesemua aktiviti berjalan dengan lancar.

Antara aktiviti yang menarik perhatian peserta team building adalah flying fox. Dari peserta sekolah rendah sehingga agensi atau institusi besar, kebanyakkannya akan semangat sekiranya aktiviti flying fox dijalankan.  Selain flying fox, peserta juga teruja dengan permainan “kerjasama” yang dicipta khas oleh Asiacamp iaitu membuat rakit. Peserta akan diajar untuk membuat rakit yang sempurna kemudian akan berakit bersama-sama mengikut kumpulan di tasik Asiacamp.

Segala aktiviti yang dijalankan ini mengikut modul yang sudah tersedia. Peserta akan memilih modul yang sesuai dengan objektif peserta. Modul-modul aktiviti ini lengkap malah telah ditapis dan kesemua aktiviti yang terdapat di Asiacamp sangat menyeronokkan. Selain aktiviti sukan luar, Asiacamp juga menyediakan aktiviti kerohanian, kepimpinan dan akademik.

Adakah aktiviti yang seronok ini ada ketika melakukan aktiviti team building di hotel?

5 Tips Memilih kem motivasi

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kem motivasi yang dijalankan mengikut objektif pemilihan individu tersebut. Ia juga menjadi kebiasaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke kem motivasi sewaktu cuti sekolah. Selain itu, institusi persekolahan juga gemar untuk membuka ruang kepada pelajar sekolah untuk menimba pengalaman menyertai kem motivasi

Terdapat beberapa panduan yang boleh diterima pakai oleh ibu bapa atau mana mana institusi untuk memilih kem motivasi yang terbaik. Panduan pertama adalah penting untuk mengetahui objektif sesuatu kem motivasi. Sebagai contoh, sekiranya individu tersebut ingin mentarbiahkan murid atau anak mereka, mereka perlu mencari kem motivasi yang berunsurkan matlamat dan objektif tersebut. Sekiranya ingin memantapkan fizikal, pilih kem motivasi yang berunsurkan ketenteraan.

Seterusnya, perlu untuk kita memastikan kem motivasi tersebut bukanlah tergolong daripada kem motivasi yang negatif. Menggunakan kekasaran atau kekerasan dari segi perbuatan, kata-kata atau bahasa badan. Terdapat beberapa kem motivasi yang menggunakan kekasaran seperti memukul, rotan dan sebagainya. Kekasaran tidak akan mendatangkan faedah kepada pelajar dan anak-anak. Unsur-unsur negatif seperti ini juga menyebabkan anak-anak tidak mahu dan tidak bersemangat untuk pergi ke kem motivasi lain. Oleh itu, para ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih kem motivasi untuk anak-anak.

Kemudian, ibu bapa juga perlu cakna dengan lokasi keberadaan kem motivasi tersebut. Adakah tempat tersebut selesa? Adakah tempat tersebut selamat untuk anak-anak? Maka, ibu bapa perlu untuk mengkaji dengan lebih dalam dan teliti terlebih dahulu. Dengan hasil kajian dan bacaan ibu bapa, anak-anak tidak akan berada dalam keadaan yang berisiko tinggi dan berbahaya.

Akhir sekali, selain daripada lokasi yang selamat, ibu bapa juga perlu tahu dan kenalpasti siapakah motivator yang akan di panggil semasa kem motivasi tersebut. Motivator adalah guru yang akan mengajar dan memberi ilmu sepanjang kem tersebut berlangsung. Oleh itu, motivator yang berkaliber dan berilmu adalah sangat penting untuk membuka minda, mendorong perubahan dan anak-anak akan bertindak segera ke arah membaiki dirinya.

Pembukaan Semula Taman Negara

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) TAMBAHAN
PEMBUKAAN SEMULA TAMAN NEGARA PAHANG, KUALA TAHAN
BAGI TUJUAN AKTIVITI EKOPELANCONGAN

A. Penggunaan perahu Semua aktiviti penggunaan perahu perlu mempunyai penjarakan sosial sama ada melibatkan perahu untuk 4 penumpang atau 10 penumpang.

B. Aktiviti pendakian Gunung Tahan
• Aktiviti mendaki gunung hanya dibenarkan untuk 20 orang pendaki dari Kuala Tahan dan 20 orang pendaki dari Merapoh; dan

• Bilangan maksimum bagi satu kumpulan pendaki gunung adalah seramai 10 orang sahaja tidak termasuk malim gunung.

C. Titian Kanopi
Aktiviti menyusuri titian kanopi dibuka hanya untuk 160 orang sahaja setiap hari kecuali ditutup pada hari Rabu setiap minggu untuk merehatkan pokok-pokok titian kanopi;

• Arah masuk dan keluar pelawat tidak boleh bertembung:

• Mesti mengamalkan penjarakan sosial dan memakai masker semasa menunggu giliran dan semasa menjalankan aktiviti; dan
Hanya pelawat berumur di antara 12 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan untuk memasuki Taman Negara Pahang.

D. Night Walk dan Pemerhatian Hidupan Liar di Bumbun Ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga dimaklumkan.

E. Sekatan
Tiada pengunjung daripada kawasan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan untuk memasuki
Taman Negara Pahang