Team Building

Tips Menaikkan Semangat Kerja Orang Bawahan: Team Building

Tips Menaikkan Semangat Kerja Orang Bawahan: Team Building

Kesalahan Menyapu Sampah

Hari ini, Aminah menyapu sampah. Sepatutnya apabila menyapu sampah, sop nya mestilah membawa dengan penyodok sampah sekali. Tetapi pada hari ini, Aminah hanya mengumpul habuk dipenjuru sampah kemudian barulah dimasukkan habuk kedalam penyodok sampah.

Seorang pengarah besar nampak akan kesalahan kecil anak buah tersebut. Beliau tidak menegur kesalahan tersebut. Sebaliknya memuji Aminah kerana hasil sapuannya amat teliti dan tidak nampak kesan habuk tertinggal.

Berusaha Tutup Mata Pada Kesalahan yang Kecil.

Kesalahan yang kecil ini adalah kesalahan yang tidak melibatkan impak kewangan dan kerugian aset yang besar. Ia melibatkan kos-kos kecil.

Apabila kita nampak kesalahan yang kecil, kita tutup mulut kita dari menegur kesalahan tersebut. Lebih-lebih lagi apabila kita nampak kesalahan itu berada dihadapan mata.

Kesalahan kecil bukan kesalahan teknikal kos yang besar, sebaliknya kesalahan dari segi perangai dan rehat berlebihan.  Kesalahan teknikal yang kecil yang sudah difahami oleh pekerja tersebut juga boleh diabaikan.

Logik akal

Dari segi logiknya, apabila kita tidak menegur kesalahan kecil tersebut pengarah besar telah membuat satu kesilapan. Nanti, pekerja lain akan ikut sekali jejak kerjanya yang telah salah SOP kerjanya.

Namun, ini tidak terjadi. Sebaliknya pekerja tersebut akan berusaha meningkatkan kualiti kerjanya. Ini kerana, seorang yang berjawatan besar telah memuji hasil kerjanya. Rasa maruahnya meningkat kerana hasil kerjanya dipandang oleh orang besar syarikat.

Maklumlah, sebelum ini Aminah tidak pernah merasa kerjanya sebagai cleaner dipandang oleh orang berjawatan tinggi. Tentulah, apabila ada peluang Aminah memperbaiki kerjanya, Aminah akan berbesar hati membaikinya cepat-cepat.

Puji Perkara Kecil dan Puji Serta-merta

Kesalahan kerja boleh diperbaiki sekelip mata. Semangat pekerja yang luntur kerana cara rakan kerja atau majikan yang salah menegur sangat suka diperbaiki. Fokus pada mengekalkan semangat pekerja dan cari kaedah lain di dalam membetulkan SOP kerja pasukan.

Pembangunan pasukan tentulah akan lebih mudah. Kempen team building untuk meningkatkan team building mesti semakin seronok permainannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.