EMPAT JENIS KONSEP DIRI DALAM MENENTUKAN KECEMERLANGAN PASUKAN

Konsep diri penentu kecemerlangan merupakan satu teori di mana seseorang individu itu berupaya mengenal dirinya sendiri dan menentukan konsep yang dipilih adalah positif atau negatif. Semakin individu itu memahami sejauh mana kebolehan dirinya sendiri, semakin mudah baginya untuk menjalankan tanggungjawab dan menangani permasalahan.

Terdapat empat jenis konsep diri ; –

Konsep diri jasmaniah : sekiranya seseorang itu mempunyai konsep diri jasmaniah yang positif, maka dia akan cuba untuk memandang fizikal dirinya dari sudut positif seperti “aku tetap cantik seperti dulu” dan bukannya merendah-rendahkan dirinya sendiri dengan berkata “aku sudah buruk dan aku benci melihat tubuhku”.

Sentiasa gembira sentiasa positif

Dalam konsep diri penentu kecemerlangan ini juga memperkenalkan konsep diri yang kedua iaitu konsep diri sosial ; bagi seseorang yang mempunyai konsep diri yang positif, dia akan sentiasa cuba untuk bergaul dengan baik dengan mana-mana kelompok masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan taraf ekonomi. Manakala, apabila seseorang itu mempunyai konsep diri social yang negatif dia tidak mampu untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling dan menganggap pergaulan tersebut adalah suatu perkara yang membebankan.

inspiring and empowering others not one man job

 Pergaulan yang baik asas kerjasama

Konsep diri yang ketiga adalah konsep diri emosi di mana seseorang itu mampu mengawal emosinya dengan baik dan tidak mudah melatah. Selain daripada itu, dalam teori konsep diri penentu kecemerlangan ini turut menegaskan bahawa konsep diri yang negatif menunjukkan seseorang yang hanya cenderung untuk bermasam muka dan mencetuskan perbalahan. Ia adalah salah satu contoh sikap yang menjadi racun dalam semangat teambuilding yang akhirnya akan memudaratkan seluruh pasukan atau organisasi tersebut.

Manakala teori konsep diri yang keempat pula adalah dikategorikan sebagai konsep diri intelektual di mana seseorang individu itu menganggap dirinya pintar dan hebat dari segi intelektual dan akademik berdasarkan sijil-sijil yang diperolehi. Semakin tinggi pencapaian sijil tersebut iaitu Ijazah atau PHD maka semakin hebat seseorang individu tersebut.

Image result for ambil ijazah tanpa diploma

Kesimpulannya, setiap konsep diri ini tidak kira dari segi konsep diri jasmaniah, konsep diri sosial, konsep diri emosi atau konsep diri intelektual mempunyai ciri pemikiran dan perasaannya sendiri. Apa yang paling penting dalam sesebuah pasukan adalah untuk membawa semua konsep ini ke arah hala tuju positif dalam memastikan objektif pasukan tercapai.

MELATIH KESEIMBANGAN DIRI MELALUI AKTIVITI CLIMBING WALL DI ASIA CAMP

Climbing wall adalah salah satu aktiviti lasak bermanfaat yang sering dijalankan oleh para peserta kem jati diri di ASIA CAMP. Aktiviti sebegini bukan sahaja menyeronokkan malah membina semangat keyakinan kepada diri sendiri dan juga ahli pasukan. semasa aktiviti ini dijalankan pada awalnya para peserta akan diminta untuk berada dalam pasukan masing-masing sebelum mereka bersedia untuk membantu seorang demi seorang ahli pasukan mereka untuk memanjat dinding tersebut.

Ini adalah dengan cara menyediakan tempat ahli pasukan mereka untuk memijak sebelum dia dapat memanjat dinding tersebut. Ada ahli yang sanggup menadahkan lengan mereka dalam aktiviti climbing wall ini bagi memastikan kawan mereka melepasi halangan. Ada juga yang sama-sama menolak ahli pasukan mereka supaya dapat berpaut pada dinding tersebut.

Walaupun kedengaran agak sukar dan mencabar malah memerlukan kekuatan fizikal dan semangat berpasukan yang tinggi, namun melalui riak dan wajah para peserta nyata mereka sangat seronok dan teruja dapat merasai pengalaman dalam aktiviti riadah lasak sebegini.

Tentu sahaja aktiviti riadah lasak sebegini tidak dapat dirasai dalam kehidupan rutin mereka seharian, maka apabila diberi peluang beriadah dalam kem rekreasi sebegini, tentu sahaja para peserta tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk mencipta pengalaman baru yang berharga.

Melalui aktiviti climbing wall ini juga para peserta akan belajar melatih keseimbangan diri semasa meniti dinding. Bagi mereka yang mempunyai keseimbangan yang kukuh dan sering bersenam tentu sahaja ia bukanlah satu riadah yang sukar. Namun begitu tidak bagi mereka yang bertubuh besar atau mereka yang takut akan ketinggian. Maka, di sinilah para peserta melatih diri mereka supaya mempercayai kebolehan diri sendiri.

 

Dinyatakan juga bahawa aktiviti memanjat dinding yang diadakan di ASIA CAMP adalah berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang sering diadakan di pusat-pusat riadah atau lebih dikenali juga dengan nama Rock Climbing di mana peserta akan memanjat dan memijak batu-batu yang ada di dinding tersebut. Namun demikian, keseronokan dan manfaat yang akan diperolehi daripada aktiviti memanjat dinding di ASIA CAMP tetap akan menjadi satu kenangan yang sangat berharga kepada para peserta

BUDAYA RASIALISME DALAM PASUKAN : RACUN TERBESAR TEAMBUILDING

Budaya rasialisme dalam pasukan adalah perkara yang sering terjadi di mana-mana sahaja. Budaya ini merupakan satu didikan budaya yang sangat jelik dan memberikan impak negatif kepada bukan sahaja individu malah keseluhan organisasi. Budaya negatif ini sering dimomokkan kepada masyarakat supaya memilih mereka yang dianggap layak bergaul sahaja. Sebagai contoh :-

  1. Pelajar kelas cemerlang tidak mahu bergaul dengan pelajar kelas bawahan.
  2. Golongan professional memandang rendah terhadap kumpulan sokongan dalam sektor awam.
  3. Golongan yang berkerjaya memandang rendah kepada mereka yang berkerja di kedai-kedai makan.
  4. Adik beradik yang berjaya mengamalkan budaya rasialisme dalam pasukan dengan cara memandang rendah kepada adik beradik lain yang kurang kaya dan berjaya.

Kesemua contoh dan situasi di atas menerangkan bagaimana tanggapan seseorang individu itu dalam merendah-rendahkan martabat individu yang lain TANPA mereka menyedari bahawa sebenarnya dalam kelompok dan konteks berpasukan semua orang memerlukan antara satu sama lain.

Aktiviti di ASIA CAMP ; mendirikan pepaku atas satu paku ibarat semangat teambuilding

Sebagai contoh situasi yang pertama tadi adalah di mana seorang pelajar yang sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan memandang rendah kepada pelajar yang berada di dalam kelas belakang. Hakikatnya, dia tidak menyedari bahawa pelajar yang dianggapnya tidak cemerlang itu dianugerahkan pula dengan bakat dan kebolehan dalam sukan.

Justeru, dalam konsep budaya rasialisme dalam pasukan yang sering menjadi ajaran turun temurun ini, mereka tidak menyedari bahawa kedua-dua mereka adalah sama penting dalam menaikkan dan mengharumkan nama sekolah.

 

Begitu juga dengan sesebuah organisasi jabatan kerajaan misalnya di mana ada golongan profesional yang kurang senang dengan golongan pelaksana seperti kerani misalnya. Mereka juga tidak menyedari bahawa setiap jawatan yang diwujudkan mempunyai kepentingan yang sama bagi memastikan sesebuah jabatan itu dapat beroperasi dengan baik.

Tidak ketinggalan juga dengan situasi yang keempat di mana ada di kalangan adik beradik yang kaya dan berjaya memandang rendah kepada adik beradik yang tinggal di kampung. Walhal, ahli keluarga yang kurang berjaya itulah yang banyak membantu menjaga ibu bapa dan memudahkan urusan ahli keluarga yang lain supaya tidak perlu bimbang dan hanya perlu fokus menguruskan hal mereka sahaja.

kejayaan pasukan hanya dicapai dengan KERJASAMA

Kesimpulannya di sini, budaya negatif ini adalah racun terbesar dalam teambuilding dan perlu dikikis segera sekiranya ia telah mula kelihatan.

LAGU PASUKAN SEBAGAI IDENTITI DAN SEMANGAT TEAMBUILDING

Penciptaan lagu pasukan adalah salah satu asas semangat teambuilding selain daripada mencipta logo pasukan atau memakai baju boria sesama ahli pasukan. jika diperhatikan konsep nyanyian lagu dalam pasukan ini adalah sebagai salah satu cara untuk melambangkan identiti mereka. Konsep ini bukan sahaja digunakan dalam sesebuah pasukan, malah jika kita lihat dan membuat kajian konsep mencipta dan menyanyikan lagu pasukan ini turut digunapakai oleh jabatan-jabatan berikut iaitu ;-

  1. Semua sekolah di Negara
  2. Semua jabatan kerajaan di Negara
  3. Semua negeri di Negara
  4. Semua Negara di dunia

 

LAGU MALAYSIA “NEGARAKU”

 

Dapat dibuktikan bahawa melalui penciptaan lagu pasukan akan secara automatik membangkitkan satu semangat yang dikenali sebagai keazaman dan iltizam untuk mencapai objektif pasukan. Selain daripada menimbulkan rasa bangga dan patrioritik, aura semasa menyanyikan lagu pasukan ini akan membentuk satu jati diri untuk melindungi pasukan (protective team).

Justeru, menjadi satu idea yang menarik dalam setiap kem teambuilding yang diadakan untuk mengadakan pertandingan mencipta lagu pasukan. Ketua pasukan atau ketua jabatan juga disyorkan untuk mengadakan pertandingan dalam jabatan masing-masing dan memberikan hadiah kepada sesiapa yang berjaya mencipta lagu pasukan yang baik dan sesuai mencerminkan identiti pasukan atau jabatan.

MENYANYIKAN LAGU PASUKAN

Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia menerapkan konsep penciptaan lagu pasukan ini dengan memperkenalkan lagu baru seiring dengan perubahan motto kementerian mereka. lagu terbaru mereka yang diberi judul “KAMI SEDIA MEMBANTU” adalah seiring dengan motto terbaru mereka.

Tidak dinafikan juga, menggubah lagu bukanlah sesuatu perkara yang mudah dah boleh disiapkan dalam sekelip mata. Justeru sekiranya mana-mana ketua pasukan ingin melatih minda ahli pasukan atau anak buah mereka menjadi lebih kreatif dan inovatif maka mengadakan pertandingan mencipta lagu pasukan atau logo pasukan adalah antara cara terbaik mengasah ketajaman minda.

Ini kerana ahli pasukan yang mempunyai fikiran yang cerdas yang mampu menghasilkan lagu pasukan tentu sahaja mampu menjana idea yang lebih kreatif dan kritis dalam menjana kecemerlangan organisasi.

 

Imaginasi adalah sama penting dengan pengetahuan – Albert Einstein

PRODUKTIVITI MENURUN : PETANDA ORGANISASI PERLUKAN KEM TEAMBUILDING

Produktiviti yang menurun dalam sesebuah organisasi atau kumpulan adalah salah satu petanda bahawa semua ahli kumpulan atau kakitangan dalam organisasi tersebut memerlukan break. Sekiranya terdapat tanda-tanda ini dalam pasukan atau organisasi anda iaitu tanda-tanda seperti :-

  1. Penghasilan kualiti kerja yang merosot.
  2. Perselisihan faham dan perang dingin yang semakin kritikal
  3. Kesihatan ahli pasukan semakin merosot
  4. Daya motivasi sesama ahli pasukan semakin hilang
  5. Keceriaan dan keserian dalam pasukan semakin pudar

Lima tanda-tanda di atas adalah diibaratkan sebagai penanda arah bahawa pasukan anda perlukan rehat dan sangat-sangat perlu diraikan. Ini kerana, kesan daripada produktiviti yang menurun akan menyebabkan sesebuah pasukan atau organisasi tersebut gagal dan lumpuh keseluruhannya.

ASIA CAMP adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk menjalankan dan mengadakan kem teambuilding bagi tujuan untuk membentuk semangat jati diri berpasukan. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh diajalankan dan ia pasti dapat melatih memupuk kesefahaman dalam pasukan.

Image may contain: one or more people, outdoor, water and nature

Selain disajikan dengan pemandangan indah, konsep perkhemahan moden yang selamat juga amat sesuai dijalankan di ASIA CAMP bagi merehatkan minda ahli pasukan. Bukan itu sahaja, para majikan yang berhasrat ingin meraikan kakitangannya dengan mengadakan family day juga boleh mengadakan aktiviti tersebut di ASIA CAMP.

Image may contain: 12 people, people sitting

Justeru, produktiviti yang menurun bukanlah satu isyarat kegagalan dalam pasukan tetapi hanyalah satu isyarat bahawa sudah tiba masanya untuk setiap ahli pasukan mengambil angin yang baru. Dalam erti kata lain, sedangkan kenderaan juga perlu diservis secara berkala bagi memastikan kelancaran perjalanannya, apatah lagi manusia yang terlalu banyak terdedah kepada tekanan dalam menjalankan tugas sehari-harian.

Tidak salah untuk mengambil waktu untuk berehat seketika dan mengatur langkah yang lebih hebat bagi menjana kecemerlangan bersama. Apa yang penting seseorang pemimpin atau ketua perlu bijak menangani isu dan permasalahan sebegini. Apa yang penting juga adalah langkah menangani masalah perlu diambil segera tanpa menangguhkan waktu kerana sikap sering menangguhkan sesuatu yang baik juga adalah suatu sikap yang negatif dan tidak bagus untuk teambuilding.

Di dalam setiap projek maka faktor yang penting adalah keyakinan anda. Tanpa keyakinan, tidak pernah ada hasil yang berjaya – William James

KESIHATAN FIZIKAL YANG BAIK MELATIH INDIVIDU MENJADI CEMERLANG

Kesihatan fizikal yang baik adalah sama pentingnya dengan kesihatan mental yang baik bagi memastikan seseorang individu itu sentiasa cemerlang dan bertenaga dalam meneruskan aktiviti hariannya. Tidak dinafikan, tanpa kesihatan yang baik maka kejayaan adalah mustahil untuk dicapai.

Jika kita perhatikan, individu yang suka bersenam adalah tampak lebih menarik dan berketrampilan. Malah ada juga yang tampak awet muda berbanding usia sebenar. Pelbagai kesan positif yang boleh diperolehi apabila kita menjaga kesihatan fizikal dan mental. Antara kesan positif tersebut adalah di antaranya dapat melatih diri lebih berdisplin dalam konteks pengurusan masa dan pembahagian tugas.

Kesihatan fizikal yang baik dapat melatih minda supaya sentiasa fokus kepada apa yang perlu diberi perhatian sahaja. Dalam erti kata lain ia melatih minda seseorang supaya sentiasa memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang mendatangkan hasil yang baik dan segera melupakan perkara-perkara yang tidak menyeronokkan seperti perselisihan faham dengan seseorang.

Tubuh badan sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang tidak dijangka. Sebagai contoh seseorang itu tentu tidak tahu bila masanya tayar motornya akan pancit. Membayangkan seseorang yang lemah fizikalnya tiba-tiba didatangi dengan masalah sedemikian tentu akan merasa lemah semangat dan tertekan. Berbeza dengan seseorang individu yang sihat tubuh badan dan mempunyai kesihatan fizikal yang baik tentu sahaja dia mampu menolak motorsikal yang rosak itu ke tepi jalan sementara menunggu tayar yang baru untuk ditukar atau membawa motorsikal tersebut ke bengkel untuk dibaiki.

Bagi golongan para pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik tentu sahaja mereka akan lebih berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti kem atau perkhemahan di sekolah. Justeru, kesihatan yang baik akan membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baru berbanding dengan mereka yang tidak sihat tubuh badannya.

Kesimpulannya, adalah penting untuk mendidik masyarakat untuk menjaga kesihatan melalui amalan bersenam setiap hari atau 3 hari sekali misalnya. Ini kerana kesihatan yang baik adalah salah satu anugerah yang tiada gantinya.

EMPAT FAKTOR UTAMA DALAM MERAIH KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN – ASAS MODUL KEM MOTIVASI

Faktor utama meraih kejayaan adalah suatu jenis ilmu dan tips yang sangat perlu dikongsi dalam setiap modul kem motivasi dan kem kecemerlangan pelajar. Sifat semulajadi seseorang individu itu adalah dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya. Ada yang sanggup berusaha keras mendapatkan kejayaan namun begitu, ada juga yang hanya mahu kejayaan datang bergolek kepada dirinya.

Hakikatnya kejayaan tidak dapat bergolek tetapi seseorang yang mahukan kejayaan perlukan sentiasa gigih dan sabar dalam mendapatkannya. Justeru, dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi tentang ilmu dan tips yang diperlukan dalam faktor utama meraih kejayaan ini.

GIGIH DAN SABAR KUNCI KEJAYAAN

Ada empat faktor utama yang perlu diketahui oleh mereka yang dahagakan kejayaan tidak kira dari segi kejayaan akademik di sekolah mahupun dalam alam pekerjaan.

  1. Faktor pertama adalah kekayaan pengetahuan. Pengetahuan yang dimaksudkan adalah pengetahuan tentang jalan hidup yang ingin dan akan ditempuhi. Pengetahuan tentang mengenali kemampuan dan kebolehan diri sendiri juga termasuk dalam faktor pengetahuan ini. Seseorang yang tidak mampu mengenali kemampuan dirinya akan merasa ragu-ragu dalam setiap langkah. Malah ada yang lebih buruk apabila mereka adalah jenis individu yang dikategorikan sebagai “hangat-hangat tahi ayam” di mana hanya bersemangat pada awalnya sahaja dan akhirnya segala usaha terbengkalai.
  2. Faktor utama meraih kejayaan yang kedua pula adalah ilmu keterampilan. Tentu sahaja individu yang menunjukkan keterampilan yang positif dan bersesuaian dengan kehendak semasa akan lebih menarik perhatian para pelabur dalam perniagaan misalnya berbanding dengan individu yang tidak tahu cara menyesuaikan diri dan kelihatan sangat kekok.
  3. Faktor yang ketiga adalah kemahuan dalam mengecapi kejayaan. Ibarat kata pepatah “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”. Begitu jugalah halnya dengan seseorang individu yang telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Semua daripada mereka adalah golongan yang pernah gagal dan merasa tertekan dalam kehidupan seperti tokoh-tokoh hebat JK Rowling dan Jack MA.
  4. Faktor yang terakhir adalah percaya dan sentiasa berfikir untuk memcapai kejayaan. Ia sinonim dengan sikap orang yang berjaya yang tidak pernah kenal erti mengalah.

TIDAK MENGALAH WALAUPUN DITIMPA KEGAGALAN

Seseorang yang berhenti mengembangkan diri beerti dia berhenti menjadi orang yang berkarakter – Cromwell

ENAM LANGKAH MELATIH EMOSI DAN DIRI AGAR SENTIASA CEMERLANG – MODUL KEM MOTIVASI

Langkah-langkah melatih emosi adalah salah satu teori pemikiran kreatif yang telah dibuktikan hasil daripada kajian ahli psikologi di mana ia mampu meruntuhkan jalan-jalan perasaan negatif dalam diri individu. Terdapat enam langkah yang telah disenaraikan oleh pakar-pakar psikologi yang paling ampuh dalam membuang emosi negatif seseorang iaitu :-

  1. Menukar perasaan dan tingkah laku lama. Teknik ini mengajar seseorang individu untuk mengenal pasti setiap emosi yang bermain di jiwa dan minda mereka dan membuang emosi-emosi yang dikategorikan sebagai terlalu buruk untuk dipendam.

 

  1. Mengetahui sentiment-sentimen sebenar dalam setiap perasaan juga adalah antara langkah-langkah melatih emosi. Teknik ini melatih seseorang untuk berlaku jujur kepada perasaannya sendiri di mana dia perlulah memahami perasaan sebenar dalam kecelaruan emosi tersebut. Sebagai contoh seorang wanita yang merasa sangat sayu dan pilu lantaran ditinggalkan oleh tunangnya perlu bijak menerima hakikat bahawa dunia ini masih luas dan terdapat pelbagai manusia yang menghadapi masalah dan dugaan yang lebih berat.

 

 

  1. Menukarkan perasaan-perasaan negatif tersebut dengan pandangan yang positif. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar itu gagal untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau universiti, maka cara terbaik untuk melatih emosinya supaya tidak terus kecewa adalah dengan meyakinkan dirinya bahawa dia mempunyai peluang yang lebih cerah di tempat lain.

 

  1. Langkah-langkah melatih emosi juga adalah dengan menambahkan senjata dalam diri iaitu keyakinan dan iltizam kepada diri sendiri. Perlu diketahui bahawa dalam kecelaruan emosi sebenarnya tiada orang lain yang mampu membinasakan seseorang melainkan individu itu sendiri.

Image may contain: 5 people, people standing, outdoor and nature

 

  1. Langkah seterusnya dalam melatih emosi adalah dengan cuba menerapkan emosi positif secara berterusan. Kecemerlangan tidak akan terhasil sekiranya emosi positif yang dibina hanya sementara atau semasa dalam kem motivasi sahaja. Penerapan dan mempraktikkan ilmu positif secara berterusan membantu dalam menentukan hala tuju yang cemerlang.

 

  1. Langkah terakhir dan yang keenam adalah menguasai emosi positif diri. Sentiasa cuba untuk berfikir di luar kotak atau mencari hikmah yang terjadi dalam setiap permasalahan yang menimpa dan berfikir dengan mata hati.

PENGALAMAN MENYEMBELIH AYAM DI ASIA CAMP MEMBERI ILMU BARU

Pengalaman menyembelih ayam di Asia Camp merupakan satu aktiviti baru yang berpeluang dirasai dan dipelajari kebaikan ilmunya oleh para pelajar dan murid-murid. Ilmu yang semakin pupus ditelan zaman ini perlu sentiasa diperlihara dengan mengajarkannya kepada anak-anak muda. Jika pada sekitar 20 atau 30 tahun yang lalu, masyarakat rata-ratanya arif dalam ilmu penyembelihan ini lantaran tiada ayam proses yang siap disembelih yang dijual.

Seiring dengan peredaran zaman, masyarakat pada hari ini rata-ratanya tidak lagi perlu bersusah payah untuk menyembelih sendiri ayam tersebut lantaran terlalu banyak ayam proses yang telah siap disembelih dijual di pasaraya atau di kedai-kedai.

Image may contain: 3 people, outdoor

Lantaran itu, pengalaman menyembelih ayam oleh murid-murid yang menyertai kem jati diri di Asia camp ini bukan sahaja memberikan mereka pengalaman baru malah ilmu baru yang sangat berguna apabila mereka dewasa kelak.

Sedikit perkongsian ilmu tentang penyembelihan yang boleh dikongsi adalah :-

  1. Rukun Sembelihan

Amnya rukun sembelihan terbahagi kepada 4: –

  1. Penyembelih
    2. Binatang sembelihan
    3. Alat untuk menyembelih
    4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

 

Semasa penyembelihan pula, adalah diiwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih.  Ini adalah asas kepada ilmu penyembelihan bagi memastikan haiwan  adalah bersih dan selamat dimakan. Ilmu inilah yang diajar semasa pengalaman menyembelih ayam di Asia Camp kepada para murid.

Antara babak yang paling menyeronokkan pula adalah di mana para murid berpeluang merasai pengalaman mencabut bulu ayam semasa proses membersihkan ayam tersebut sebelum bersedia untuk dimasak.  Dalam aktiviti ini mereka bukan sahaja dapat berseronok dan menimba pengalaman baru, malah mereka turut belajar untuk berkerjasama semasa menyiapkan hidangan.

Jika sebelum ini aktiviti-aktiviti yang kebiasaannya diadakan di Asia Camp hanyalah berkisar kepada aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental sahaja, namun kini pihak pentadbiran Asia Camp sentiasa cuba menghasilkan aktiviti-aktiviti baru yang menarik dan yang paling penting memberi ilmu dan manfaat kepada para peserta kem.

Apa yang penting lagi adalah pihak pentadbiran ASIA CAMP sering cuba untuk memberikan pengalaman terbaik dan akan dikenang sampai bila-bila oleh setiap para peserta yang menyertai kem di sini.

PENDIDIKAN BERTERASKAN KASIH SAYANG JANA PELAJAR CEMERLANG

Pendidikan berteraskan kasih sayang adalah kaedah terbaik untuk mendidik dan mengajar anak-anak sebelum para ibu bapa menggunakan pelbagai jenis kaedah yang lain. Kasih sayang yang ditunjukkan pula bukanlah kasih sayang yang berunsurkan material semata-mata sebaliknya pendekatan kerohanian dan didikan ilmu berguna kepada anak-anak.

Salah satu kaedah yang selalu digunakan oleh para ibu bapa adalah teknik menegur anak. Justeru, teknik menegur anak yang terbaik adalah disulami dengan kasih sayang. Ia bermaksud ibu bapa tidak seharusnya menengking atau memukul anak-anak sehingga menyebabkan kecederaan. Itu bukan menegur sebaliknya lebih bersifat mendera dan anak-anak pula akan menjadi pendendam.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Beri anak-anak ruang untuk meluahkan perasaan mereka

Pendidikan berteraskan kasih sayang adalah asas kepada kecemerlangan jati diri para murid-murid. Tidak dinafikan pelajaran pertama yang diperolehi oleh kanak-kanak bukanlah di sekolah sebaliknya di rumah. Ibu yang cemerlang dan sentiasa beraura positif akan melahirkan dan menghasilkan anak-anak yang cemerlang berbanding dengan golongan ibu yang tertekan.

Kajian menunjukkan golongan ibu yang tertekan dengan kehidupan rumah tangga mereka akan melampiaskan rasa mara dan kecewa tersebut kepada anak-anak. Lantaran itu, anak-anak kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa dan lebih menyedihkan mereka tidak mampu untuk hidup bahagia seperti anak-anak kecil yang lain.

Ibu ceria menghasilkan keluarga cemerlang

Bagi golongan para pendidik pula, melalui pendekatan konsep pendidikan berteraskan kasih sayang ini adalah di mana para guru dan pendidik lebih bersikap bertoleransi dan tidak memaksa murid-murid untuk mengejar kecemerlangan demi mencapai sasaran sekolah. Perlu difahami bawah setiap murid yang dilahirkan adalah berbeza kemampuan dan kebolehannya. Jika seseorang murid itu tidak cemerlang dalam akademik tidak bermakna mereka tidak boleh cemerlang dalam bidang lain.

Dewasa ini, pelbagai bidang kemahiran diperkenalkan kepada semua golongan pelajar bagi mengasah bakat dan kemampuan mereka sejak kecil. Ia adalah satu bentuk usaha yang sangat bagus oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk memberikan pilihan atau alternatif lain kepada para pelajar dan ibu bapa untuk menentukan bidang yang sesuai.

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing, grass, outdoor and nature

Apa yang penting, jangan sesekali mengabaikan konsep kasih sayang ini dalam pendidikan dan juga dalam kehidupan kerana apa yang pasti dengan kasih sayang yang betul, dunia yang cemerlang dengan generasi yang terbilang pasti akan terhasil.