Strategi Mengurus Staf

Strategi Mengurus Staf

Mengurus staf yang pandai-pandai bukan seperti menyuruh orang suruhan. Ada taktik yang perlu dipatuhi. Staf bukan orang suruhan. Orang suruhan memang boleh mengikuti arahan kita dengan baik. Namun begitu, orang suruhan hanya akan buat kerja sekadar memenuhi syarat.

Ini sebaliknya kepada pelanggan staff pandai, mereka mempunyai kebolehan yang tinggi untuk menunjukkan hasil kerja yang lebih dari diperlukan. Kualiti nya melebihi kualiti yang ketua sendiri mampu buat.

Oleh itu, ketua perlu mengurus pekerja pandai. Gaya mengurus yang tidak tepat akan menyebabkan sakit otak dan benanan beban pada ketua. Manakan tidak, selepas memiliki staf, banyak perkara yang sepatutnya diberikakan pada staf, ketua masih perlu membuat sendiri. Cabaran mengurus staf pandai pula adalah membuat mereka mampu berkerjasama sesama mereka yang pandai.

Oleh itu, kami bawakan kursus yang boleh menaikkan kredibiliti ketua di pandangan staf. Prinsipnya adalah meningkatkan likeability pengikut terhadap ketua. Apabila likeability miningkat melalui kursus-kursus yang diajarkan ini, pastilah otak dan mental ketua akan lebih lapang!

Ini adalah 66 teknik  yang akan dipindahkan kepada peserta oleh AsiaCamp pada tahun 2023.

66 TEMA PENGURUSAN MODUL TEAM BUILDING LLM

Teknik 1: Mendorong Perubahan Tingkah Laku Staff Yang Melanggar Sop Kerja

Teknik 2:  Memelihara Air Muka Staff Yang Melanggar Sop Kerja

Teknik 3:  Meraikan Bakat Seni Staff

Teknik 4:  Bagaimana Menjadi Pemimpin Besar Yang Dikasihi Oleh Orang-orang Kecil

Teknik 5:  Cara Betul Memimpin Golongan Bawahan Supaya Mereka Naik Semangat Mahu Berubah

Teknik 6:  Leader Yang Mampu Menjadi Sumber Inspirasi Dan Semangat Kepada Orang Kecil Dan Orang Biasa

Teknik 7:  Mendorong Anak Buah Supaya Mereka Suka Meringankan Beban Tugas Ketua Dalam Menyelesaikan Masalah Operasi

Teknik 8:  Cara Betul Menilai Idea Baru Dan Cadangan Dari Anak-anak Buah

Teknik 9:  Mendorong Anak-anak Buah Supaya Mereka Selesaikan Masalah Pekerjaan Mereka Sendiri

Teknik 10: . Cara Mendorong Anak-anak Buah Mahu Mengemukakan Cadangan Dan Idea

Teknik 11:  Mengasingkan Antara Tugas Mencipta Idea Dan Tugas Melaksanakan Idea

Teknik 12:  Cara Betul Dan Cara Salah Apabila Menerima Idea Bagus Dari Anak Buah.

Teknik 13:  Cara Betul Menyerahkan Tugas Bagi Melaksanakan Idea Kreatif

Teknik 14:  Cara Menggalakkan Pekerja Peringkat Rendah Supaya Mereka Suka Ikut Mengemukakan Idea Dan Cadangan

Teknik 15:  Cara Menyantuni Golongan Yang Tidak Mampu Mencipta Idea-idea Kreatif Bagi Menyelesaikan Masalah

Teknik 16:  Cara Memerah Dan Mempergunakan Otak Orang-orang Bawahan Bagi Menyelesaikan Masalah

Teknik 17:  Mendorong Perubahan Tingkah Laku Golongan Pelaku Dosa-dosa Peribadi Jenis Berat

Teknik 18:  Menjadi Pemimpin Yang Popular Dan Dikasihi Oleh Golongan Terpinggir

Teknik 19:  Bagaimana Cara Pemimpin Bergaul Dan Bersahabat Dengan Golongan Pendosa

Teknik 20:  Bagaimana Ketua Menjalankan Hukuman Ke Atas Anak Buah Yang Juga Sahabatnya Sendiri

Teknik 21:  Bagaimana Menarik Golongan Pendosa Supaya Mereka Mahu Masuk Kumpulan Golongan Baik

Teknik 22:  Bagaimana Menjadi Pemimpin Yang Dikasihi Golongan Pendosa

Teknik 23:  Tugas Pemimpin Adalah Memelihara Dan Menaikkan Self-esteem Anak-anak Buahnya

Teknik 24:  Cara Betul Mendorong Orang Bawahan Supaya Mereka Mahu Membuat Perkara-perkara Yang Baik

Teknik 25: Cara Betul Mendorong Orang-orang Bawahan Supaya Mereka Mahu Melakukan Perbuatan Yang Baik Dan Betul

Teknik 26:  Cara Betul Apabila Menyuruh Anak Buah Supaya Mencontohi Perbuatan Yang Baik

Teknik 27: Cara Betul Mendorong Orang Bawahan Supaya Mahu Ambil Langkah Memulakan Perubahan

Teknik 28:  Cara Betul Menunjukkan Contoh Kerja Yang Betul Kepada Anak Buah Yang Belum Pandai Melakukan Kerja Itu

Teknik 29 : Teknik mempengerusi mesyuarat

Teknik 30: Tips mendorong staff mengemukakan idea

Teknik  31: Rahsia Mendorong staff mengeluarkan pendapat

Teknik 32: Teknologi psikologi yang boleh digunakan untuk mengeluarkan inovasi produk atau servis baharu

Teknik 33: Tips mencari pasaran baharu untuk produk

Teknik 34: Teknik melatih staf supaya suka berfikir

Teknik 35: Teknik memberi arahan

Teknik 36: Panduan menyerahkan tugas kepada staf baru.

Teknik 37: Panduan Ketika melatih staff lama membuat tugas baharu

Teknik 38: Teknik melatih staff baharu (intern)

Teknik 39: Kenali cara yang betul bagi ketua membuat keputusan

Teknik 40: Fahami Cara ketua menyelesaikan masalah kerja

Teknik 41: Cara memilih idea yang efektif

Teknik 42: Cara mengenal pasti idea yang efektif dan praktikal

Teknik 43: Bagaimana melatih staff berfikir secara serta-merta dan mudah?

Teknik 44: Tips menggalakan budaya berfikir dalam organisasi

Teknik 45: Tips membuat keputusan yang pantas

Teknik 46: Tips ketua tidak mempunyai idea untuk membuat sesuatu keputusan

Teknik 47: Bagaimana menguruskan perbezaan pendapat dalam media sosial?

Teknik 48: Cara mengemukakan idea dengan soalan

Teknik 49: Petua menjadi pendengar yang baik ketika berbual-bual dengan kawan

Teknik 50: Cara menilai idea

Teknik 51: Larangan membandingkan idea

Teknik 52: Larangan mengulas idea

Teknik 53: Larangan memuji idea yang bagus

Teknik 54: Larangan menerangkan alasan disebalik keputusan

Teknik 55: Larangan memberi alasan pemilihan pegawai pelaksana

Teknik 56: Larangan mengucapkan terima kasih kepada anak buah

Teknik 57: Larangan mengungkit idea lama

Teknik 58: Larangan mengkritik idea pihak lain

Teknik 59: Larangan menerangkan bagaimana idea patut dilaksanakan

Teknik 60: Tips memberi kebebasan kepada pelaksana melaksanakan arahan

Teknik 61: Larangan membandingkan idea yang bagus dan tidak bagus

Teknik 62: Larangan memuji orang yang mencipta idea yang bagus

Teknik 63: Larangan mengkritik idea lama yang banyak kelemahan

Teknik 64: Tips mendorong anak buah menyelesaikan masalah mereka sendiri

Teknik 65: Tips mengasingkan kumpulan yang berfikir dan melaksanakan idea itu

Teknik 66: Petua memilih idea yang baik.

Download Proposal di sini!

https://www.canva.com/design/DAFWlGf_H6E/9WXJt4JG69n9fYIyJ1MxHQ/view?utm_content=DAFWlGf_H6E&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=publishsharelink

Kemahiran komunikasi

Hari ini pelbagai maklumat mudah didapati dengan mudah, namun tidak semua maklumat itu adalah tepat dan benar.

Maklumat itu perlu ditapis untuk menyampaikannya kepada orang lain supaya tepat.

Maklumat yang tidak tepat akan memberi kesan buruk sehingga boleh merosakkan hubungan di antara rakan sekerja.

Ini adalah tips menyampaikan maklumat dan makna yang tepat kepada orang lain :

1.Pastikan dari sumber sebenar

Maklumat yang tepat boleh diambil secara terus dari sumber, bukan mendengar daripada orang lain. Maklumat bukan dari sumber akan menyebabkan mudahnya berlaku kesilapan atau salah faham.

2.Bercakap dengan jelas

Bagi memudahkan orang tidak salah faham dengan maklumat yang diberikan, anda perlu bercakap dengan jelas. Ia termasuklah intonasi suara dan pengguna perkataan yang mudah difahami orang ramai.

3.Memberi penjelasan

Bukan sekadar memberika maklumat secara general sebaliknya jelaskan sesuatu perkara dengan lebih detail supaya orang lain dapat memahaminya.

Maklumat yang disampaikan dengan penerangan boleh mengelakkan orang lain berprasangka.

4.Memberitahu perkara yang penting sahaja

Sebolehnya elakkan mengcampuradukkan hal penting dan tidak penting ketika sedang berbincang atau bercakap benda serius.

5.Yakin diri

Bersikap yakin diri membantu anda menyampaikan maklumat dan makna yang tepat untuk orang lain. Anda yakin dengan maklumat yang diterima selepas beberapa kali membuat semakan dan rujukan.

6.Merendah diri

Kadangkala anda perlu mempunyai sikap merendah diri dalam berkomunikasi supaya orang dapat mendengarnya dengan jelas dan penuh minat.

7.Memilih situasi yang betul

Keadaan atau suasana juga mempengaruhi penyampaian maklumat dengan berkesan. Keadaan yang tenang akan memudahkan orang menerima maklumat dengan tepat dan jelas.

8.Sediakan bahan pembentangan

Bagi memudahkan orang memahami apa yang disampaikan, boleh menyediakan slide pembetangan dalam bentuk powerpoint, video dan sebagainya.

Bahan ini boleh membuatkan anda juga lebih memahami makna yang ingin disampaikan kepada orang lain. Kesalahan juga dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, kemahiran berkomunikasi wajib dikuasai oleh semua orang untuk mengelakkan masalah yang timbul akibat penyampaian mesej yang tidak jelas dan tepat.

Kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Melakukan kerja secara berkumpulan memerlukan strategi yang betul untuk mengelakkan pelbagai masalah.

Pengurusan masa amat penting apabila melakukan tugasan secara berkumpulan.

Bagaimana pengurusan masa dan kerjasama berpasukan dapat menyelesaikan masalah?

1.Waktu kerja lebih tersusun

Kesepakatan dalam kalangan ahli kumpulan membolehkan kerja yang dilaksanakan lebih tersusun. Anda perlu menghantar atau mengemaskini tugasan seperti yang dipersetujui semua ahli kumpulan.

2.Mengelakkan pertelingkahan

Menetapkan masa dalam setiap tugasa berkumpulana dapat mengelakkan sebarang masalah tidak puas hati timbul pada kemudian hari.

3.Menyiapkan tugasan pada waktu ditetapkan

Tugasan yang yang perlu disiapkan dan dihantar tidak mengalami sebarang kelewatan sekiranya semua ahli kumpulan menepati waktu.

4.Tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna

Kualiti dalam tugasan yang diberikan juga akan terjaga. Sekiranya mempunyai masalah atau pembetulan masih ada masa untuk dibetulkannya kerana jadual telah disusun dengan teliti.

Kenapa persediaan ilmu menyelesaikan masalah amat penting di dalam menghadapi cabaran kerjaya?

1.Dapat mengelakkan stress di tempat kerja

Anda akan lebih bersedia menghadapi pelbagai masalah di tempat kerja dan mampu mencari solusinya dengan segera.

2.Dapat mengelakkan terlambat menyiapkan kerja yang diberikan

Kadang-kadang dalam menyiapkan sesuatu pekerja, anda mungkin berdepan dengan kesukaran atau masalah untuk menyelesaikannya.

Namun sekiranya anda mempunyai persediaan dengan membaca atau bertanya orang lain, masalah itu dapat diselesaikan segera tanpa perlu bertangguh.

3.Tidak menjadi seorang yang cepat berputus asa

Anda juga tidak mudah untuk berputus asa, sebaliknya cuba atau sentiasa mencari idea untuk menyelesaikan.

4.Dapat menghindari seseorang daripada membuat keputusan melulu

Anda tidak akan bertindak tanpa usul periksa dalam membuat sesuatu keputusan yang sukar. Anda akan berfikir dan cuba menyelesaikan masalah dengan kaedah lebih baik.

5.Boleh melangkah dengan lebih jauh untuk mencapai kejayayaan.

Peluang untuk anda berjaya dalam pekerjaan semakin cerah. Sikap anda yang tidak sesekali berserah itu membuatkan anda semakin bijak.

Kesimpulannya, seseorang yang menguasai ilmu menyelesaikan masalah dapat menyesuaikan diri dalam apa jua situasi ketika bekerja.

Mereka tidak akan mengeluh atau memberi alasan sebaliknya cuba untuk menyelesaikannya sehingga berjaya. Inilah ciri-ciri yang harus dimiliki sekiranya anda ingin berjaya.

Kemahiran membuat keputusan

Membuat sesuatu keputusan itu tidak boleh melulu sebaliknya perlu teliti dengan memikirkan kesan-kesannya.

Justeru itu, sebagai seorang remaja yang berdarah panas, keputusan yang bakal dilakukan mungkin kurang tepat dan mampu memberi kesan buruk.

Kepentingan menumpukan kepada penyelesaian masalah :

  1. Memahami punca masalah tersebut tidaklah penting, namun apa yang lebih penting adalah segera menyelesaikan masalah dahulu.
  2. Mempercepatkan proses menyiapkan kerja yang diberikan, tanpa perlu bertangguh. Sikap bertangguh hanya merugikan anda!
  3. Dapat mengelakkan pembaziran masa, kewangan dan tenaga. Jangan mencampur aduk masalah.
  4. Mengurangkan tekanan emosi. Apabila anda fokus kepada menyelesaikan masalah, kesukaran yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.
  5. Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada penyelesaian masalah dengan mendapat hasil yang lebih baik.

Cara membuat keputusan dengan baik

1.Berfikir sebelum bertindak

Sebelum membuat sesuatu keputusan, pastikan anda berfikir berulang kali sebelum bertindak. Boleh juga memberi masa kepada diri sendiri supaya berada dalam keadaan tenang sebelum melaksanakannya.

2.Menilai kesannya

Setiap keputusan perlu dinilai kesan baik dan buruknya. Senaraikan semua kesan baik dan buruk daripada keputusan yang bakal dibuat. Sekiranya lebih banyak buruk dari baik, keputusan itu mungkin tidak sesuai dilaksanakan.

3.Memahami dengan jelas tentang apa yang sedang dilakukan

Pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan bukan kerana dipengaruhi emosi marah, sedih atau gembira.

4.Bertanya kepada yang lebih tahu

Kadang-kadang anda mungkin masih kurang pengalaman atau masih tidak tahu tentang sesuatu perkara, tidak salah sekiranya bertanya pandangan kepada orang lain.

Pandang itu tidak semestinya diterima bulat-bulat sahaja. Anda boleh mempertimbangkan baik dan buruk sesuatu keputusan itu.

5.Berpandangan jauh kehadapan

Sentiasalah berpandang kehadapan ketika membuat keputusan, dengan mengambil kira sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

Sungguhpun keputusan itu bukan paling tepat namun anda perlu percaya tindakan itu masih ada kegunaannya untuk masa hadapan.

Kesimpulannya, membuat keputusan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana ia boleh mengubah sesuatu perkara.

Sentiasalah mematsikan anda sentiasa berfikiran waras ketika perlu membuat sesuatu keputusan.

 

 

 

 

 

Pembangunan jati diri

Tidak menyambung pelajaran kerana kesempitan hidup bukan suatu kesalahan sekiranya anda memilih untuk bekerja.

Jangan terlalu memilih tempat bekerja atau pekerjaan sekiranya matalamat anda untuk keluar dari kepayahan hidup.

Kenapa pentingya untuk keluar dari kelompok kemiskinan dengan mencari pengalaman tanpa memilih tempat berkerja?

1.Peluang belajar

Anda akan menemui banyak peluang belajar di tempat kerja baharu. Dari situ anda boleh meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu yang boleh digunakan jika ingin memohon pekerjaan lain kelak.

2.Bersemangat

Teruslah bersemangat dan cuba mencintai pekerjaan baharu itu walaupun ia bukan pilihan utama. Anda perlu ingatkan diri matalamat atau tujuan anda bekerja adalah untuk membantu keluarga dan keluar dari kepompong kemiskinan.

3.Permulaan hidup baharu

Sedar atau tidak, dengan bekerja anda sedang memulakan permulaan sebuah kehidupan yang baharu. Anda mempunya pendapatan sendiri, dan berjumpa dengan orang-orang baharu.

Malah rutin harian anda juga berubah.

4.Berkeyakinan

Tidak memilih tempat bekerja membuatkan anda lebih berkeyakinan. Anda tidak kisah perlu melakukan apa jua pekerjaan dan sentiasa bersedia.

5.Berjaya

Sekiranya anda mengambil langkah pertama tanpa banyak rungutan, tidak mustahil suatu hari nanti akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

Adakah penghijrahan ke tempat lain adalah suatu pilihan yang baik untuk membela nasib diri dan keluarga?

Orang berjaya melakukan penghijrahan dalam diri untuk mendapat kehidupan lebih baik. HIjrah bukan sahaja dari sudut wang ringgit, tetapi meliputi fizikal dan rohani.

Jika anda membuat keputusan untuk berhijrah kerana membantu keluarga, ia adalah satu pilihan yang tepat.

Berjumpa dengan lebih ramai orang yang pelbagai ragam dan persekitaran berbeza akan memberi pengalaman baru dalam hidup anda. Pengalaman ini amat berharga untuk anda di kemudian hari.

Jangan takut berdepan dengan perbezaan itu, sebaliknya cuba mempelajari sesuatu daripada mereka untuk dijadikan pengalaman dalam kehidupan dan sebagai nilai tambah dalam diri sendiri.

Sentiasalah berfikiran terbuka!

Kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran ini penting untuk anda kuasai ketika berhadapan dengan sesuatu perkara yang sukar ketika bekerja.

Bagaimana memahami 4 fasa yang penting di dalam menyelesaikan masalah iaitu:

  1. fasa mencari maklumat dan data berkenaan masalah yang timbul
  2. fasa mendalami maklumat dan masalah yang timbul
  3. fasa mengenalpasti penyelesaian masalah
  4. fasa melaksanakan penyelesaian masalah.

Kenapa anda perlu memahami bahawa tidaklah penting masalah tersebut, apa yang penting adalah solusi kepada masalah tersebut.

1.Mencapai kejayaan

Masalah bukan untuk ditangisi sebaliknya diselesaikan. Setiap masalah yang berjaya diselesaikan pasti ada sesuatu ganjaran menanti.

Bukan sahaja ganjaran daripada majikan, tetapi kepada diri sendiri termasuk peningkatan kemahiran menyesaikan masalah.

2.Tidak berputus asa

Orang yang cuba mencari solusi menyelesaikan masalah tidak akan mudah berputus asa. Mereka akan sentiasa mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya dengan pelbagai cara.

3.Menjimatkan masa

Daripada runsing dan menangis memikirkan masalah lebih baik segera mencari penyelesaiannya. Masa kerja anda juga dapat dikurangkan.

4.Kurangkan bebanan kerja

Semakin lambat anda mencari jalan penyelesaian, semakin lama masalah itu akan membelenggu diri.

5.Matang

Anda juga akan menjadi bertambah matang apabila berdepan dengan pelbagai masalah sama ada di tempat kerja atau dalam kehidupan.

Masalah yang diselesaikan akan memberi satu pengajaran dan ilmu baharu dalam kehidupan.

6.Ilmu pengetahuan

Sedar atau pun tidak, dengan masalah anda dapat menambah ilmu pengetahuan. Anda akan mula mencari cara dan membuat rujukan untuk mencari solusi menyelesaikannya segera.

Malah jika di dalam pekerjaan ia boleh digunakan sebagai strategi dan dibangunkan menjadi idea lebih hebat.

7.Ketenangan

Tengok sahaja orang-orang yang tenang, mereka bukan tiada masalah sebaliknya cuba mencari solusi dan menyelesaikannya segera.

Jika tidak mampu menyelesaikan sendirian, cuba meminta pertolongan dari orang lain.

Anda perlu sedar, setiap manusia yang hidup tidak akan lari dari menghadapi masalah. Oleh itu jangan lari dari masalah sebaliknya cuba menyelesaikan dengan segera.

Dapatlah rujukan dan nasihat daripada orang lain sekiranya tidak mampu menyelesaikannya sendiri, jangan berputus asa.

 

 

Kemahiran berunding

Kemahiran ini penting bagi pelajar untuk meningkatkan daya saing. Daya saing penting bagi menghadapi sebarang konflik.

Takut dan lari dari masalah akan menjadikan pelajar tidak berdaya saing. Daya saing yang tinggilah yang akan meningkatkan kebolehan diri pelajar.

Berdaya saing bukan bermaksud kita mesti bersaing dan menang. Ia bermaksud kita mampu memberikan yang terbaik ketika membuat sesuatu tugasan.

Tipsnya adalah:

1. Apabila tidak bersetuju, mesti kemukakan cadangan lain. Sekiranya tidak ada cadangan lain, kitamestilah menerima cadangan tersebut. Terima dengan hati ikhlas dan terbuka akan membuahkan hasil yang lebih baik.

2. Kita mesti mengetahui tidak ada menang kalah di dalam perbincangan. Semua pendapat mesti diraikan dengan tidak mengkritik pendapat orang lain.

Jangan merasa kecewa jika pendapat kita tidak diterima, sebaliknya cuba memberi yang terbaik.

3. Runding isunya sahaja, bukan runding tentang hal peribadi.Jangan suka bercakap tentang hal orang lain, sebalik memberi keutamaan kepada isu yang dibincangkan.

Orang pandai berunding tidak akan bercakap atau bersangka buruk kepada rakan yang lain.

4. Patuh pada hasil rundingan.Hasil rundingan yang dipersetujui perlu dilakukan segera dan jangan mengubah tanpa perbincangan dengan yang lain.

Sikap suka mengubah hasil rundingan ini akan memberi masalah bukan sahaja kepada hasil kerja sebaliknya hubungan dengan rakan-rakan yang lain.

5. Kawal emosi. Jangan cepat melenting dan membuat kesimpulan awal dalam perundingan. Ketika berunding, pastikan diri kita sentias dalam keadaan tenang. Jika tidak bersetuju diam sahaja.

6. Menjadi pendengar aktif. Dalam proses berunding ada masanya kita perlu diam sahaja, namun masih perlu memberi perhatian.

Kaedah mencatat di dalam buku atau telefon pintar juga boleh menunjukkan kita sedang memberi perhatian kepada rundingan.

7. Jangan mendesak. Sekiranya kita mahu tahu lebih lanjut mengenai hal yang dirundingkan jangan terlalu mendesak, sebaliknya beri peluang kepada orang sedang bercakap untuk menghabiskan ayat mereka.

Sebagai seorang pelajar sekolah menengah juga, kemahiran berunding yang dikuasi akan memudahkan mereka untuk berjaya dalam kehidupan akan datang.

Mereka akan berusaha dan mencari jalan menyelesaikan masalah untuk mencapai apa yang diinginkan.

Kemahiran memotivasikan diri

Esteem diri atau nilai diri seseorang iaitu daya galakan atau motivasi dalaman yang merujuk kepada kaedah bagaimana seseorang itu menghargai dan menilai diri sendiri.

Kemahiran ini penting supaya pelajar tidak menunggu orang lain meniup semangat kepada diri sendiri. Pelajar mesti tahu cara meniup semangat sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan esteem diri.

 7 tips memotivasikan diri :

1. Mengetahui masa silam tidak penting.

Apa yang penting adalah apa yang kita lakukan hari ini. Mulakan hari ini untuk mendapatkan hasil pada masa akan datang.

Cara ini berkesan untuk meniup semangat sendiri. Malah orang yang mempunyai sikap sebegini akan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan di sekolah

2. Berhenti mengeluh dengan keadaan sekeliling.

Kita mesti cari apa kelebihan yang ada pada kita dan mula bersyukur. Orang yang suka mengeluh tidak akan disukai rakan-rakan yang lain kerana sikap sebegitu akan membuatkan orang sekeliling bosan berkawan dengan kita.

3. Mengetahui bahawa orang yang bersyukur adalah orang yang menambahbaik apa yang dia dapat.

Ia bukan sekadar ucapan mulut. Sentiasalah melakukan kerja dengan bersungguh dan mencari cara untuk memajukan diri sendiri bukan hanya menyalahkan orang sekeliling.

Pelajar yang berjaya tidak akan melayan perasaan kecewa sebaliknya berusaha untuk menjadi yang terbaik.

4. Bergaul dengan semua orang, tetapi pilih rakan yang positif sahaja untuk kita dengar.

Jangan terlalu menyombong atau memilih teman berdasarkan pandangan luaran sahaja. Bergaullah dengan semua orang, kemudian barulah kita boleh mengetahui kelebihan, kelemahan, kebaikan atau keburukan seseorang.

Dengan cara ini kita akan mengetahui siapa rakan yang boleh berkongsi rasa.

5. Memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.

Ada kelemahan diri yang boleh kita perbaiki seperti lemah dalam pelajaran Bahasa Inggeris atau Matematik.

Kelemahan ini boleh diperbaiki dengan membuat latih tubi, atau belajar dengan kawan-kawan sehingga berjaya menguasainya.

6. Menetapkan matlamat dengan jelas.

Sebagai seorang pelajar, kita boleh menetapkan matlamat dengan jelas apa yang diinginkan ketika di sekolah.

Kebiasaannya sebagai seorang pelajar pastinya mahukan kejayaan dalam pelajaran. Dengan menetapkan matlamat, kita akan termotivasi untuk mencapainya walau dengan apa cara sekalipun.

7. Mendekatkan diri dengan Allah.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu sentiasa mendekatkan diri dengan Pencipta. Kerja solat setiap hari dan berdoa kepada Allah supaya dapat melakukan segala tugasan dengan sempurna serta lancar. Yakinlah Allah akan menolong kita.

Kesimpulannya, motivasi yang tinggi perlu ditanam dalam diri setiap pelajar untuk memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Anggaplah cabaran dan dugaan itu, proses untuk mematangkan anda menjadi semakin berjaya pada masa akan datang!

Kerja berpasukan

Kemahiran ini penting bagi membolehkan pelajar membuat keputusan yang bijak ketika berada di dalam kumpulan.

Keputusan bijak ini akan meningkatkan produktiviti hasil kerja yang dilakukan dalam kumpulan.

Malah, hasil kerja juga akan menjadi lebih kreatif dan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan kerjasama di antara ahli kumpulan.

9 Tips bagi meningkatkan hasil kerja berpasukan adalah:

  1. Tidak membebel. Terus betulkan kesilapan orang lain dengan menunjuk cara yang betul. Sikap membebel akan mengundang ketidakselesaan kepada rakan sepasukan, malah lebih buruk akan melemahkan semangat mereka.
  2. Memuji perbuatan rakan yang telah membantu memberi hasil pada kerja. Pujian akan membangkitkan semangat rakan yang lain dan menjadikan mereka  tidak malu untuk terus memberi kerjasama bagi menjayakan sesuatu tugasan.
  3. Tidak mempertahankan diri apabila dikritik. Diam bukan bererti kalah sebaliknya tindakan itu menunjukkan kematangan diri dan tidak mahu menimbulkan sebarang perbalahan. Pelajar yang pandai mengawal emosi lebih digemari rakan-rakan lain.
  4. Mempertahankan diri apabila difitnah dengan memberitahu yang betul sahaja. Tidak salah jika merasa diri difitnah dan mahu mempertahankanya. Namun jangan sampai bergaduh sesama sendiri sebaliknya beritahu guru untuk selesaikannya.
  5. Membantu rakan kerja yang kesusahan. Pelajar yang disukai ramai orang adalah yang suka menghulurkan tangan untuk membantu rakan yang dalam kesusahan. Jika tidak mampu untuk membantu dengan tangan sendiri, boleh memberitahu guru atau ibu bapa mereka mengenai masalah yang dihadapi rakan-rakan itu.
  6. Berfikiran terbuka. Latih diri untuk sentiasa berfikiran terbuka terhadap cara kerja, dan cara berfikir rakan-rakan yang lain. Perbezaan ini akan berlaku dalam aktiviti atau ketika bekerja secara berpasukan.
  7.  Fahami matlamat kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu memahami matlamat kumpulan supaya dapat fokus dan mengerjakan apa yang diperlukan.
  8. Sayang menyayangi sesama ahli kumpulan. Sifat ini perlu dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan supaya kerja yang dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih baik dan bersungguh.
  9. Membuat keputusan bersama. Bekerja dalam pasukan perlu mempunyai keputusan yang dipersetuji bersama. Perbincangan boleh dilakukan dan untuk mencapai keadilan lakukan pengundian. Keputusan majoriti boleh dipilih sebagai keputusan muktamad pasukan.

Sebagai seorang pelajar sekolah menengah, sikap kerja berpasukan perlu diamalkan untuk meningkatkan keyakinan diri dan lebih mudah bergaul dengan orang ramai.

Cubalah bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran bekerja di dalam pasukan.

Kemahiran mengurus emosi

Kemahiran ini penting bagi pelajar yang sedang meningkat remaja. Seorang remaja cenderung untuk mengalami masalah berkaitan emosi sekiranya tidak tahu cara mengatasinya.

Kebijaksanaan mengurus emosi dengan baik sangat diperlukan apabila seseorang itu berkerja di bawah tekanan.

Seseorang yang boleh berfikir dengan baik membolehkan kerja dan tugasan dilaksanakan dengan cekap serta mendapatkan hasil yang cemerlang dalam kebanyakan keadaan.

6 tips bagi mengurus emosi adalah:

1. Jangan meletakkan harapan kepada orang lain. Kita berusaha sendiri sahaja, itu yang boleh kita Kita tidak boleh mengawal orang lain.Dengan cara ini juga kita tidak mudah merasa kecewa dan berputus asa.

2. Cari tempat meluah yang betul. Pilih orang yang sentiasa mengeluarkan kata-kata semangat kepada kita kerana meraka adalah orang yang betul.

Jangan meluah kepada semua orang nanti kita pula ditertawakan.

3. Sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Walaupun hati kita disakiti, namun jangan membalasanya kembali.

Sebaliknya cubalah untuk melupakan sahaja dan cuba memberi kemaafan kepada mereka. Jika mereka tidak berubah, cubalah jauhi berkawan rapat dengan golongan itu.

4. Mengetahui setiap sesuatu memerlukan proses. Banyak perkara baik tidak akan diperolehi dengan sekelip mata.

Setiap orang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Kalau kita mahukan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, perlulah berusaha untuk memberi fokus dan mengulangkaji pelajaran.

5. Bersabar dengan ujian. Sebagai manusia kita perlu tahu akan menerima ujian dari Allah. Jangan kecewa dan berputus asa sebaliknya anggaplah itu ujian untuk diri kita sebelum menerima sesuatu yang lebih baik.

Sentiasalah berkongsi masalah atau perasaan dengan rakan karib, ibu bapa atau guru.

6. Tidak terburu-buru. Sikap terburu-buru juga akan menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah dan kerugian.

Jangan terburu-buru membuat keputusan terutama dalam keadaan marah. Pelajari cara bernafas dengan betul untuk mengelak perasaan marah terus menguasai diri.

Selain itu, kita boleh mengurus emosi dengan melakukan aktiviti kegemaran apabila sedang tertekan dan marah.

Malah jangan takut untuk berkongsi rasa dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan baik mengenai masalah yang mengganggu emosi kita.

Emosi yang terpendam tanpa diluahkan kepada tempat dan melalui saluran yang betul akan merosakkan diri termasuk memberi kesan buruk terhadap prestasi dalam pelajaran.