Kemahiran ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta bahawa seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah.
3 Kepentingan Menyedari Jati Diri Yang Betul
1. Keyakinan
Keyakinan boleh terbentuk dengan menyedari kelebihan diri yang dianugerahkan oleh Allah terhadap anak-anak.
2. Bersemangat
Anak-anak akan menjadi sentiasa bersemangat menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan mereka sekiranya mempunyai kesedaran terhadap jati diri sebagai seorang yang beragama Islam.
3. Berprinsip
Sikap anak-anak tidak mudah goyah dengan pengaruh yang tidak baik terutama melalui media sosial dan rakan-rakan sekolah.
Mereka yang telah dididik dengan nilai jati diri akan lebih berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran agama Islam.
5 Tips Menguatkan Jati Diri
1. Menyedari peranan manusia sebagai hamba Allah
Jangan terlewat mendidik anak-anak mengenai peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Dengan menyedari peranan sebagai seorang manusia, pendirian anak-anak terhadap agama Islam akan terus menjadi kukuh walaupun hidup dalam arus kemodenan dan teknologi.
2. Menyedari peranan manusia untuk beribadah
Ibu bapa perlu mengajar anak-anak sejak dari kecil mengenai peranan manusia sebagai hamba Allah yang perlu mengikut perintah Pencipta dengan melakukan ibadah.
Antaranya sebagai seorang yang bergama Islam, anak-anak perlu dididik mengenai rutin solat lima waktu, berpuasa dan mengenai rukun Iman serta Islam.
3. Menghargai peranan anak-anak
Tanda penghargaan juga perlu ditunjukkan kepada anak-anak apabila mereka berjaya menunjukkan pencapaian dalam pelajaran dan menjaga adab.
Penghargaan ini akan membuatkan mereka suka untuk melakukan benda-benda baik yang lain.
4. Menepati waktu
Anak-anak perlu dididik untuk sentiasa menghargai dan menepati waktu. Caranya boleh menyediakan jadual harian anak-anak untuk memastikan mereka sentiasa mengikut dan tidak mensia-saikan masa terluang dengan perkara tidak berfaedah.
5. Mematuhi peraturan sekolah
Ibu bapa boleh memantau anak-anak supaya mematuhi peraturan sekolah termasuk dari segi pemakaian, dan pelajaran.
Anak-anak yang mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan akan menjadikan mereka lebih berdisiplin.
Justeru itu, kesedaran anak-anak tentang jati diri perlu diterapkan sejak dari sekolah rendah lagi supaya mereka teguh berpendirian terutama mempertahan akidah dan agama Islam.