Team Building

Kemahiran Bersosial

Kemahiran bersosial adalah kebijaksanaan menjaga perhubungan dengan orang lain.

3 Kelebihan Kemahiran Bersosial

1. Keyakinan diri

Pelajar yang boleh menguasai kemahiran bersosial yang baik dapat membantu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan rakan dan guru di sekolah.

2. Toleransi

Pelajar juga pandai bertolenrasi dengan kawan-kawan sekolah terutama ketika melibatkan aktiviti di institusi itu.

Pelajar juga akan mudah melakukan aktiviti dalam kumpulan dan sentiasa dapat bekerjasama antara satu sama lain.

3. Berjaya

Kemahiran bersosial juga boleh membantu pelajar maju ke hadapan dalam pelajaran, kerana mereka tidak malu untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.

Anak-anak mudah bergaul dan mudah untuk mencapai impian ketika dibangku sekolah termasuk mengambil bahagian dalam acara olahraga, sukan, kuiz dan sebagainya.

5 Kemahiran Bersosial Yang Perlu Ada Pada Kanak-kanak

1. Meminta maaf

Pelajar perlu tahu cara untuk meminta maaf ketika melakukan kesalahan. Meminta maaf adalah amalan mulia untuk mengakui kesalahan yang dilakukan.

Ajar anak-anak supaya sentiasa bersedia memohon maaf sekiranya melakukan sebarang kesalahan.

2. Memahami privasi orang lain

Kanak-kanak perlu diajar untuk tidak menyampuk ketika orang lebih dewasa sedang bercakap dan tidak mengganggu pelajar lain di sekolah.

Contohnya ajar anak-anak untuk mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru atau pun bilik tidur orang lain.

3. Memberi pendapat

Latih anak-anak cara memberi pendapat dengan betul, bukan dengan menyakiti hati rakan-rakan yang lain.

Seharusnya anak-anak boleh memberi pujian dan tidak mengeji orang lain sekiranya ada rakan-rakan mereka melakukan kesilapan. Sebaliknya mengajar anak-anak supaya memberi tunjuk ajar kepada yang lain.

4. Kawal suara

Anak-anak perlu diajar intonasi dan cara untuk mengawal suara ketika bercakap dengan orang lebih dewasa, guru dan kawan-kawan.

Suara perlu sentiasa direndahkan namun bercakap dengan jelas supaya orang lain mudah memahami apa yang diperkatakan.

5. Beradab sopan

Sebagai seorang pelajar, anak-anak perlu diajar cara untuk meminta tolong jika memerlukan sesuatu dari orang lain.

Anak-anak juga perlu meminta izin sebelum menggunakan barang-barang atau harta benda bukan milik mereka.

Kemahiran bersosial penting diajar dan diketahu anak-anak sejak dari bangku sekolah rendah lagi supaya proses tumbesaran mereka lebih baik.

Kanak-kanak perlu mempelajari kemahiran bersosial untuk memastikan mereka disenangi dan gembira ketika berada di sekolah bersama kawan-kawan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *