Team Building

5 kelebihan menghadiri kem cuti sekolah

Cuti persekolahan pasti menjadi masa yang dinantikan anak-anak. Namun tempoh bercuti ini untuk tiket untuk anak-anak dibiarkan melakukan perkara tidak bermanfaat.

Penglibatan ibu bapa dalam tempoh cuti persekolahan anak juga perlu bagi memastikan diisi dengan aktiviti berfaedah.

Ibu bapa juga boleh mencuba menghantar anak-anak menghadiri kem cuti sekolah yang banyak dianjurkan pelbagai pihak. Sama ada kem berbentuk keagaaman, motivasi atau pun latihan fizikal.

Jom lihat lima kelebihan anak-anak menghadiri kem cuti sekolah :

1. Mengenali alam

Kebiasaan kem cuti sekolah banyak diadakan di kawasan yang dikelilingi alam flora dan fauna. Lokasi sebegini dapat memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi anak-anak ketika belajar di sekolah. Anak-anak dapat mengenal spesis flora dan fauna dengan lebih dekat, serta menambah ilmu pengetahuan tentang hutan.

2. Menguatkan sistem imun badan

Pengisian kem cuti sekolah banyak melibatkan aktiviti fizikal dan mental. Ativiti seperti berjalan dalam hutan, memerlukan stamina yang kuat kerana memerlukan tenaga untuk sampai ke destinasi. Selain itu, mental juga perlu kuat untuk meneruskan perjalanan ketika melakukan aktiviti berjalan di dalam hutan yang melalui denai licin, cerunan curam dan gigitan serangga.

3. Memperbaiki kemahiran berkomunikasi

Menghadiri kem cuti sekolah akan mendedahkan anak-anak kepada suasana dan rakan baharu. Anak-anak dapat menambah kenalan dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Jika sebelum ini anak anda seorang yang pendiam, melalui aktiviti ice breaking yang selalu digunakan dalam modul kem cuti sekolah akan meningkatkan kemahiran bercakap dan keyakinan diri apabila perlu memperkenalkan diri kepada peserta kem.

4. Semangat kepimpinan

Kebiasaannya melalui kem cuti sekolah ini, anak-anak dapat menonjolkan bakat dan kepimpinan peserta. Di sini anak-anak berpeluang untuk tampil kehadapan, memberi pendapat dan bertindak bersama ahli kumpulan melakukan sesuatu tugasan yang diarahkan. Secara tidak langsung semangat kepimpinan anak-anak boleh dipupuk dan digunakan ketika mengendalikan adik-adik di rumah dan kawan-kawan di sekolah.

5. Nilai agama

Walaupun kem cuti sekolah itu tidak dinamakan kem ibadah atau berkaitan agama namun, modul yang terdapat di dalamnya merangkumi semua keperluan pendidikan anak-anak secara santai. Anak-anak akan diwajibkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah terutama waktu subuh, setiap waktu walaupun mempunyai aktiviti yang padat. Aktiviti sebegini akan mendidik anak-anak supaya tidak meninggalkan solat walaupun di mana mereka berada.

Bagaimanapun untuk menghantar anak ke kem cuti sekolah mungkin memerlukan modal sedikit untuk membayar kos yuran ketika mereka di sana. Ibu bapa boleh membuat perancangan awal dan mengajak anak-anak menyimpan wang untuk menjayakan rancangan itu.

 

 

Related Posts

2 thoughts on “5 kelebihan menghadiri kem cuti sekolah

  1. Hajar bt Hanafiah says:

    Saya Pn Hajar, ibu kpd Nur Syafiqah bt Abdul Rahman, berusia 13 thn. Saya sgt berhajat utk menghantar anak ke Kem yg dianjurkan oleh pihak tn pd cuti sekolah Disember 2022. Anak saya merupakan anak tunggal, sejak PKP hanya berkawan dgn hset. Sukar utk urus diri dgn sempurna, sentiasa perlu dibantu. Saya kurang sihat, sgt mengharapkan supaya anak boleh berdikari dan dpt membantu ibu.

    1. admin says:

      Puan ibu yang baik dan berinisiatif tinggi. Buat masa ini, kami tiada program. Jika ada, kami akan war warkan segera ya di website ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *