Pembangunan jati diri

Tidak menyambung pelajaran kerana kesempitan hidup bukan suatu kesalahan sekiranya anda memilih untuk bekerja.

Jangan terlalu memilih tempat bekerja atau pekerjaan sekiranya matalamat anda untuk keluar dari kepayahan hidup.

Kenapa pentingya untuk keluar dari kelompok kemiskinan dengan mencari pengalaman tanpa memilih tempat berkerja?

1.Peluang belajar

Anda akan menemui banyak peluang belajar di tempat kerja baharu. Dari situ anda boleh meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu yang boleh digunakan jika ingin memohon pekerjaan lain kelak.

2.Bersemangat

Teruslah bersemangat dan cuba mencintai pekerjaan baharu itu walaupun ia bukan pilihan utama. Anda perlu ingatkan diri matalamat atau tujuan anda bekerja adalah untuk membantu keluarga dan keluar dari kepompong kemiskinan.

3.Permulaan hidup baharu

Sedar atau tidak, dengan bekerja anda sedang memulakan permulaan sebuah kehidupan yang baharu. Anda mempunya pendapatan sendiri, dan berjumpa dengan orang-orang baharu.

Malah rutin harian anda juga berubah.

4.Berkeyakinan

Tidak memilih tempat bekerja membuatkan anda lebih berkeyakinan. Anda tidak kisah perlu melakukan apa jua pekerjaan dan sentiasa bersedia.

5.Berjaya

Sekiranya anda mengambil langkah pertama tanpa banyak rungutan, tidak mustahil suatu hari nanti akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

Adakah penghijrahan ke tempat lain adalah suatu pilihan yang baik untuk membela nasib diri dan keluarga?

Orang berjaya melakukan penghijrahan dalam diri untuk mendapat kehidupan lebih baik. HIjrah bukan sahaja dari sudut wang ringgit, tetapi meliputi fizikal dan rohani.

Jika anda membuat keputusan untuk berhijrah kerana membantu keluarga, ia adalah satu pilihan yang tepat.

Berjumpa dengan lebih ramai orang yang pelbagai ragam dan persekitaran berbeza akan memberi pengalaman baru dalam hidup anda. Pengalaman ini amat berharga untuk anda di kemudian hari.

Jangan takut berdepan dengan perbezaan itu, sebaliknya cuba mempelajari sesuatu daripada mereka untuk dijadikan pengalaman dalam kehidupan dan sebagai nilai tambah dalam diri sendiri.

Sentiasalah berfikiran terbuka!

Kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran ini penting untuk anda kuasai ketika berhadapan dengan sesuatu perkara yang sukar ketika bekerja.

Bagaimana memahami 4 fasa yang penting di dalam menyelesaikan masalah iaitu:

  1. fasa mencari maklumat dan data berkenaan masalah yang timbul
  2. fasa mendalami maklumat dan masalah yang timbul
  3. fasa mengenalpasti penyelesaian masalah
  4. fasa melaksanakan penyelesaian masalah.

Kenapa anda perlu memahami bahawa tidaklah penting masalah tersebut, apa yang penting adalah solusi kepada masalah tersebut.

1.Mencapai kejayaan

Masalah bukan untuk ditangisi sebaliknya diselesaikan. Setiap masalah yang berjaya diselesaikan pasti ada sesuatu ganjaran menanti.

Bukan sahaja ganjaran daripada majikan, tetapi kepada diri sendiri termasuk peningkatan kemahiran menyesaikan masalah.

2.Tidak berputus asa

Orang yang cuba mencari solusi menyelesaikan masalah tidak akan mudah berputus asa. Mereka akan sentiasa mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya dengan pelbagai cara.

3.Menjimatkan masa

Daripada runsing dan menangis memikirkan masalah lebih baik segera mencari penyelesaiannya. Masa kerja anda juga dapat dikurangkan.

4.Kurangkan bebanan kerja

Semakin lambat anda mencari jalan penyelesaian, semakin lama masalah itu akan membelenggu diri.

5.Matang

Anda juga akan menjadi bertambah matang apabila berdepan dengan pelbagai masalah sama ada di tempat kerja atau dalam kehidupan.

Masalah yang diselesaikan akan memberi satu pengajaran dan ilmu baharu dalam kehidupan.

6.Ilmu pengetahuan

Sedar atau pun tidak, dengan masalah anda dapat menambah ilmu pengetahuan. Anda akan mula mencari cara dan membuat rujukan untuk mencari solusi menyelesaikannya segera.

Malah jika di dalam pekerjaan ia boleh digunakan sebagai strategi dan dibangunkan menjadi idea lebih hebat.

7.Ketenangan

Tengok sahaja orang-orang yang tenang, mereka bukan tiada masalah sebaliknya cuba mencari solusi dan menyelesaikannya segera.

Jika tidak mampu menyelesaikan sendirian, cuba meminta pertolongan dari orang lain.

Anda perlu sedar, setiap manusia yang hidup tidak akan lari dari menghadapi masalah. Oleh itu jangan lari dari masalah sebaliknya cuba menyelesaikan dengan segera.

Dapatlah rujukan dan nasihat daripada orang lain sekiranya tidak mampu menyelesaikannya sendiri, jangan berputus asa.

 

 

Kemahiran berunding

Kemahiran ini penting bagi pelajar untuk meningkatkan daya saing. Daya saing penting bagi menghadapi sebarang konflik.

Takut dan lari dari masalah akan menjadikan pelajar tidak berdaya saing. Daya saing yang tinggilah yang akan meningkatkan kebolehan diri pelajar.

Berdaya saing bukan bermaksud kita mesti bersaing dan menang. Ia bermaksud kita mampu memberikan yang terbaik ketika membuat sesuatu tugasan.

Tipsnya adalah:

1. Apabila tidak bersetuju, mesti kemukakan cadangan lain. Sekiranya tidak ada cadangan lain, kitamestilah menerima cadangan tersebut. Terima dengan hati ikhlas dan terbuka akan membuahkan hasil yang lebih baik.

2. Kita mesti mengetahui tidak ada menang kalah di dalam perbincangan. Semua pendapat mesti diraikan dengan tidak mengkritik pendapat orang lain.

Jangan merasa kecewa jika pendapat kita tidak diterima, sebaliknya cuba memberi yang terbaik.

3. Runding isunya sahaja, bukan runding tentang hal peribadi.Jangan suka bercakap tentang hal orang lain, sebalik memberi keutamaan kepada isu yang dibincangkan.

Orang pandai berunding tidak akan bercakap atau bersangka buruk kepada rakan yang lain.

4. Patuh pada hasil rundingan.Hasil rundingan yang dipersetujui perlu dilakukan segera dan jangan mengubah tanpa perbincangan dengan yang lain.

Sikap suka mengubah hasil rundingan ini akan memberi masalah bukan sahaja kepada hasil kerja sebaliknya hubungan dengan rakan-rakan yang lain.

5. Kawal emosi. Jangan cepat melenting dan membuat kesimpulan awal dalam perundingan. Ketika berunding, pastikan diri kita sentias dalam keadaan tenang. Jika tidak bersetuju diam sahaja.

6. Menjadi pendengar aktif. Dalam proses berunding ada masanya kita perlu diam sahaja, namun masih perlu memberi perhatian.

Kaedah mencatat di dalam buku atau telefon pintar juga boleh menunjukkan kita sedang memberi perhatian kepada rundingan.

7. Jangan mendesak. Sekiranya kita mahu tahu lebih lanjut mengenai hal yang dirundingkan jangan terlalu mendesak, sebaliknya beri peluang kepada orang sedang bercakap untuk menghabiskan ayat mereka.

Sebagai seorang pelajar sekolah menengah juga, kemahiran berunding yang dikuasi akan memudahkan mereka untuk berjaya dalam kehidupan akan datang.

Mereka akan berusaha dan mencari jalan menyelesaikan masalah untuk mencapai apa yang diinginkan.

Kemahiran memotivasikan diri

Esteem diri atau nilai diri seseorang iaitu daya galakan atau motivasi dalaman yang merujuk kepada kaedah bagaimana seseorang itu menghargai dan menilai diri sendiri.

Kemahiran ini penting supaya pelajar tidak menunggu orang lain meniup semangat kepada diri sendiri. Pelajar mesti tahu cara meniup semangat sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan esteem diri.

 7 tips memotivasikan diri :

1. Mengetahui masa silam tidak penting.

Apa yang penting adalah apa yang kita lakukan hari ini. Mulakan hari ini untuk mendapatkan hasil pada masa akan datang.

Cara ini berkesan untuk meniup semangat sendiri. Malah orang yang mempunyai sikap sebegini akan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan di sekolah

2. Berhenti mengeluh dengan keadaan sekeliling.

Kita mesti cari apa kelebihan yang ada pada kita dan mula bersyukur. Orang yang suka mengeluh tidak akan disukai rakan-rakan yang lain kerana sikap sebegitu akan membuatkan orang sekeliling bosan berkawan dengan kita.

3. Mengetahui bahawa orang yang bersyukur adalah orang yang menambahbaik apa yang dia dapat.

Ia bukan sekadar ucapan mulut. Sentiasalah melakukan kerja dengan bersungguh dan mencari cara untuk memajukan diri sendiri bukan hanya menyalahkan orang sekeliling.

Pelajar yang berjaya tidak akan melayan perasaan kecewa sebaliknya berusaha untuk menjadi yang terbaik.

4. Bergaul dengan semua orang, tetapi pilih rakan yang positif sahaja untuk kita dengar.

Jangan terlalu menyombong atau memilih teman berdasarkan pandangan luaran sahaja. Bergaullah dengan semua orang, kemudian barulah kita boleh mengetahui kelebihan, kelemahan, kebaikan atau keburukan seseorang.

Dengan cara ini kita akan mengetahui siapa rakan yang boleh berkongsi rasa.

5. Memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.

Ada kelemahan diri yang boleh kita perbaiki seperti lemah dalam pelajaran Bahasa Inggeris atau Matematik.

Kelemahan ini boleh diperbaiki dengan membuat latih tubi, atau belajar dengan kawan-kawan sehingga berjaya menguasainya.

6. Menetapkan matlamat dengan jelas.

Sebagai seorang pelajar, kita boleh menetapkan matlamat dengan jelas apa yang diinginkan ketika di sekolah.

Kebiasaannya sebagai seorang pelajar pastinya mahukan kejayaan dalam pelajaran. Dengan menetapkan matlamat, kita akan termotivasi untuk mencapainya walau dengan apa cara sekalipun.

7. Mendekatkan diri dengan Allah.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu sentiasa mendekatkan diri dengan Pencipta. Kerja solat setiap hari dan berdoa kepada Allah supaya dapat melakukan segala tugasan dengan sempurna serta lancar. Yakinlah Allah akan menolong kita.

Kesimpulannya, motivasi yang tinggi perlu ditanam dalam diri setiap pelajar untuk memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Anggaplah cabaran dan dugaan itu, proses untuk mematangkan anda menjadi semakin berjaya pada masa akan datang!

Kerja berpasukan

Kemahiran ini penting bagi membolehkan pelajar membuat keputusan yang bijak ketika berada di dalam kumpulan.

Keputusan bijak ini akan meningkatkan produktiviti hasil kerja yang dilakukan dalam kumpulan.

Malah, hasil kerja juga akan menjadi lebih kreatif dan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan kerjasama di antara ahli kumpulan.

9 Tips bagi meningkatkan hasil kerja berpasukan adalah:

  1. Tidak membebel. Terus betulkan kesilapan orang lain dengan menunjuk cara yang betul. Sikap membebel akan mengundang ketidakselesaan kepada rakan sepasukan, malah lebih buruk akan melemahkan semangat mereka.
  2. Memuji perbuatan rakan yang telah membantu memberi hasil pada kerja. Pujian akan membangkitkan semangat rakan yang lain dan menjadikan mereka  tidak malu untuk terus memberi kerjasama bagi menjayakan sesuatu tugasan.
  3. Tidak mempertahankan diri apabila dikritik. Diam bukan bererti kalah sebaliknya tindakan itu menunjukkan kematangan diri dan tidak mahu menimbulkan sebarang perbalahan. Pelajar yang pandai mengawal emosi lebih digemari rakan-rakan lain.
  4. Mempertahankan diri apabila difitnah dengan memberitahu yang betul sahaja. Tidak salah jika merasa diri difitnah dan mahu mempertahankanya. Namun jangan sampai bergaduh sesama sendiri sebaliknya beritahu guru untuk selesaikannya.
  5. Membantu rakan kerja yang kesusahan. Pelajar yang disukai ramai orang adalah yang suka menghulurkan tangan untuk membantu rakan yang dalam kesusahan. Jika tidak mampu untuk membantu dengan tangan sendiri, boleh memberitahu guru atau ibu bapa mereka mengenai masalah yang dihadapi rakan-rakan itu.
  6. Berfikiran terbuka. Latih diri untuk sentiasa berfikiran terbuka terhadap cara kerja, dan cara berfikir rakan-rakan yang lain. Perbezaan ini akan berlaku dalam aktiviti atau ketika bekerja secara berpasukan.
  7.  Fahami matlamat kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu memahami matlamat kumpulan supaya dapat fokus dan mengerjakan apa yang diperlukan.
  8. Sayang menyayangi sesama ahli kumpulan. Sifat ini perlu dipupuk dalam kalangan ahli kumpulan supaya kerja yang dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih baik dan bersungguh.
  9. Membuat keputusan bersama. Bekerja dalam pasukan perlu mempunyai keputusan yang dipersetuji bersama. Perbincangan boleh dilakukan dan untuk mencapai keadilan lakukan pengundian. Keputusan majoriti boleh dipilih sebagai keputusan muktamad pasukan.

Sebagai seorang pelajar sekolah menengah, sikap kerja berpasukan perlu diamalkan untuk meningkatkan keyakinan diri dan lebih mudah bergaul dengan orang ramai.

Cubalah bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran bekerja di dalam pasukan.

Kemahiran mengurus emosi

Kemahiran ini penting bagi pelajar yang sedang meningkat remaja. Seorang remaja cenderung untuk mengalami masalah berkaitan emosi sekiranya tidak tahu cara mengatasinya.

Kebijaksanaan mengurus emosi dengan baik sangat diperlukan apabila seseorang itu berkerja di bawah tekanan.

Seseorang yang boleh berfikir dengan baik membolehkan kerja dan tugasan dilaksanakan dengan cekap serta mendapatkan hasil yang cemerlang dalam kebanyakan keadaan.

6 tips bagi mengurus emosi adalah:

1. Jangan meletakkan harapan kepada orang lain. Kita berusaha sendiri sahaja, itu yang boleh kita Kita tidak boleh mengawal orang lain.Dengan cara ini juga kita tidak mudah merasa kecewa dan berputus asa.

2. Cari tempat meluah yang betul. Pilih orang yang sentiasa mengeluarkan kata-kata semangat kepada kita kerana meraka adalah orang yang betul.

Jangan meluah kepada semua orang nanti kita pula ditertawakan.

3. Sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Walaupun hati kita disakiti, namun jangan membalasanya kembali.

Sebaliknya cubalah untuk melupakan sahaja dan cuba memberi kemaafan kepada mereka. Jika mereka tidak berubah, cubalah jauhi berkawan rapat dengan golongan itu.

4. Mengetahui setiap sesuatu memerlukan proses. Banyak perkara baik tidak akan diperolehi dengan sekelip mata.

Setiap orang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Kalau kita mahukan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, perlulah berusaha untuk memberi fokus dan mengulangkaji pelajaran.

5. Bersabar dengan ujian. Sebagai manusia kita perlu tahu akan menerima ujian dari Allah. Jangan kecewa dan berputus asa sebaliknya anggaplah itu ujian untuk diri kita sebelum menerima sesuatu yang lebih baik.

Sentiasalah berkongsi masalah atau perasaan dengan rakan karib, ibu bapa atau guru.

6. Tidak terburu-buru. Sikap terburu-buru juga akan menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah dan kerugian.

Jangan terburu-buru membuat keputusan terutama dalam keadaan marah. Pelajari cara bernafas dengan betul untuk mengelak perasaan marah terus menguasai diri.

Selain itu, kita boleh mengurus emosi dengan melakukan aktiviti kegemaran apabila sedang tertekan dan marah.

Malah jangan takut untuk berkongsi rasa dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan baik mengenai masalah yang mengganggu emosi kita.

Emosi yang terpendam tanpa diluahkan kepada tempat dan melalui saluran yang betul akan merosakkan diri termasuk memberi kesan buruk terhadap prestasi dalam pelajaran.

Kebolehan berkomunikasi

Kebolehan komunikasi membolehkan karisma seseorang pelajar dapat dicipta dengan baik. Tahap Karisma dalam kalangan pelajar akan menjadi semakin meningkat apabila mereka  tahu cara berkomunikasi dan menguasainya dengan baik.

Pelajar yang pandai berkomunikasi akan membuatkan orang sekeliling suka mendekati mereka. Situasi itu juga menunjukkan karisma dalam diri setiap pelajar semakin terserlah dan semakin meningkat naik.

Dengan terserlahnya karisma seseorang itu maka mudah untuk mereka mencapai matlamat yang diingini seperti menjadi pelajar yang disukai dan sebagainya.

Tips meningkatkan kebolehan komunikasi adalah:

  1. Bukan sekadar menunjukkan simpati, tetapi menunjukan empati dengan tidak merendah-rendahkan ujian yang sedang dihadapi rakan. Pelajar yang berkarisma akan sentiasa membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan.
  2. Menjadi pendengar yang baik dengan banyak menutup mulut dan menyembunyikan perasaan tidak puas hati.  Seorang pelajar yang berkarisma sentiasa mengetahui masa sesuai untuk menggunakan gajet dan memberi perhatian kepada rakan-rakan ketika sedang bercakap.
  3. Tidak menjadi hakim terhadap apa yang rakan lain telah lakukanatau katakan. Seorang pelajar yang tinggi dengan sikap karismanya juga tidak mudah menilai pendapat rakan yang lain, sebaliknya mengangguk tanda faham dan berlapang dada dengan pandang orang lain.
  4. Memberi pendapat hanya apabila diminta. Pelajar yang mempunyai daya karisma yang tinggi juga lebih suka mendengar pendapat rakan-rakan sekolah dalam sesuatu perkara contohnya cara menyelesaikan tugasan sekolah. Dan tidak akan ragu untuk memberi pandangan apabila diminta.
  5. Tidak mengkritik idea yang bercanggah dengan pendapat sendiri. Sikap pelajar yang berkarisma juga tidak akan mengkritik idea rakan lain sekiranya ada percanggahan, sebaliknya cuba menerima dengan hati yang terbuka atau membuktikan idea itu kurang sesuai digunakan dengan cara baik.
  6. Menggunakan intonasi yang betul. Jangan selalu menjerit atau berkasar ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan atau guru. Pilih intonasi sederhana yang membolehkan orang mendengar pertuturan kita dengan jelas dan faham. Jika sedang marah, elakkan diri daripada bercakap atau berkomunikasi dengan rakan-rakan.

Ilmu komunikasi sangat penting dikuasai pelajar ketika berada di sekolah menengah supaya mereka mudah bergaul dan lebih menonjol. Untuk menguasainya pelajar perlu melatih diri dengan mencuba tips di atas.

Team Building Gopeng

Team Building di Gopeng

AsiaCamp melaksanakan program Team Building di Gopeng dengan menggunakan ciri-ciri latihan experiential learning iaitu menggabungkan pembelajaran dengan pengalaman.

Seperti yang diketahui, pasukan dicipta untuk memastikan sesuatu organisasi boleh bergerak lebih jauh. Sesuatu yang mampu bergerak jauh, kebiasaanya tidak bergerak laju. Kita hanya boleh bergerak laju apabila kita berkerja berseorangan, ini kerana semua keputusan berada ditangan kita tanpa perlu memikirkan orang lain.

Namun begitu, pergerakan berseorangan akan menyebabkan kita penat. Akhirnya kita tidak boleh pergi jauh. Oleh itu, penting untuk semua orang belajar bagaimana berkerja di dalam satu pasukan. Ini bagi memastikan produktiviti atau output kerja dapat ditingkatkan.

Bagaimana proses untuk pergi jauh ini boleh ditingkatkan kelajuannya? Satu-satunya cara yang berkesan adalah memastikan pasukan/organisasi tahu bagaimana bertindak dan berkerja di dalam pasukan. Ini lah ilmu yang diturunkan kepada peserta apabila mereka hadir ke program team building.

Obejektif Team Building

Peserta akan memahami bagaimana matlamat hidup yang jelas, keluar dari zon selesa dan creative thinking akan memberi semangat di dalam kerjaya.

Ini meningkatkan potensi diri dan kecenderungan peserta untuk bekerjasama dengan orang sekeliling.

Peserta akan lebih bersedia mempertingkat profesionalisme didalam:

  1. kemahiran menyelesaikan masalah.
  2. kemahiran membuat keputusan
  3. kemahiran komunikasi berkesan

Ini sekaligus meningkatkan produktiviti syarikat.

3. Peserta akan lebih jelas dengan hala tuju masa hadapan bagi meyakinkan bahawa kualiti kendiri pasti memberi manfaat berterusan.

Modul

Ini menggalakkan peserta untuk mencari inisiatif meningkatkan mutu profesionalisme organisasi.

1. Zon selesa vs Zon belajar
2. Pembangunan Jati diri
3. Kemahiran Menyelesaikan masalah
4. Kemahiran Komunikasi
5. Halatuju Staf

Perjalanan Program

SLOT 1

Taklimat kesihatan dan keselamatan – Menjelaskan fungsi pentadbiran dan struktur organisasi aktiviti rekreasi luar.

    1. Mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti.
    2. Mengenali jurulatih dan urusetia
    3. Mengesahkan jumlah peserta.
    4. Mengenali latar belakang peserta
    5. Memahami fungsi dan tanggungjawab dalam berorganisasi
    6. Meminimakan risiko

Slot 2

Ice breaking & Mind Setting -Penetapan mind setting

    1. Overview objektif program
    2. Pengelasan ajk program / setiap slot untuk peserta
    3. Penerangan konsep program
    4. Pengelasan kumpulan
    5. pre test

SLOT 3

Taklimat aktiviti & Pengurusan Risiko

    1. Menimbulkan sikap yakin diri peserta bahawa sempadan potensi diri peserta sebenarnya lebih dari apa yang difikirkan.
    2. Merangsang minda peserta peri pentingnya meneroka bakat dalam diri bagi meningkatkan tahap karisma kepimpinan staf.

SLOT 4

Peserta akan memahami 4 fasa yang penting di dalam menyelesaikan masalah iaitu

    1. fasa mencari maklumat dan data berkenaan masalah yang timbul
    2. fasa mendalami maklumat dan masalah yang timbul
    3. fasa mengenalpasti penyelesaian masalah
    4. fasa melaksanakan penyelesaian masalah.

Peserta akan memahami bahawa tidaklah penting masalah tersebut, apa yang penting adalah solusi kepada masalah tersebut.

Peserta akan berpengalaman menyelesaikan masalah dibawah tekanan dalam masa yang pantas

Slot 5

Peserta akan memahami kepentingan menyampaikan maklumat dan makna yang tepat kepada orang lain.

Slot 6

Peserta akan memahami, proses kejayaan melibatkan kesabaran dan ketekunan di dalam mempelajari ilmu baru di tempat baru.

Slot 7

Peserta akan memahami kejayaan adalah proses. Proses yang tidak akan berhenti.

    1. Peserta akan memahami semua orang tidak bermula dari garisan yang sama.
    2. Peserta akan percaya semua orang memiliki kecerdasan yang unik.

SLOT 8

Rumusan, Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Penyertaan.

Aktiviti Rekreasi Pilihan

  1. White water rafting at sg jahang
  2. Jungle trekking
  3. caving
  4. Orienteering
  5. Compass Matching
  6. Management games
    – Tarantula
    – Spot it
    – Alpha numeric
    – Ball placement
    – Railway

Lokasi pilihan

Antara tempat yang akan menjadi lokasi aktiviti kami adalah di

  1. My Gopeng Resort | Eco Green Resort
  2. Sementra Nature Resort , Gopeng
  3. Natasya Riverside Resort Gopeng
  4. Rock Garden Camping Resort
  5. Gopeng Glamping park

Program Team Building di Gopeng pasti memberi manfaat yang besar sekiranya perancangan objektif dan output learning dapat ditetapkan. Ini perlulah dilaksanakan sebelum program.

Hubungi pegawai kami, Tuan Rizal untuk info lanjut:

www.wasap.my/60134394507/sayamahumengadakanprogramteambuilding

Team Building Ipoh

Team Building Ipoh

Organisasi di Ipoh yang mahu melaksanakan team building boleh melakukan aktiviti ini dibeberapa tempat yang berdekatan. Antara contoh tempat yang boleh dilaksanakan adalah di Gopeng, Teluk Batik, Pulau Pangkor dan Lumut. Bahkan, jika ada dewan di tempat sendiri, aktiviti ini boleh dijalankan dengan kos yang lebih jimat.

Tempat yang menarik bukanlah segalanya untuk melaksanakan team building. Hakikatnya, program pembinaan pasukan adalah lebih dari summer holiday. Perkara yang penting di dalam program ini adalah perlaksanaan objektif utama. Objektifnya tentulah meningkatkan produktiviti syarikat.

Melantik perunding latihan yang tepat akan menjadi faktor penentu impak program. Sudah tentulah pihak syarikat mahu impak yang positif apabila melaksanakan program team building.

Ini adalah kelebihan apabila melantik perunding latihan yang bertauliah untuk melaksanakan team building

  1. Pengurusan risiko aktiviti luar akan lebih terjamin. Ini kerana banyak aktiviti team building yang akan melibatkan aktiviti luar seperti white water rafting dan flying fox. Pihak perunding bertauliah pasti tahu bagaimana mengurus risiko berdasarkan umur dan kemampuan peserta
  2. Pengalaman peserta tidak akan menjadi sia-sia. Ini kerana, banyak kategori pengalaman yang tidak membantu kepada pembangunan potensi staf akibat ketidakfahaman penganjur menentukan halatuju program.
  3. Memudahkan urusan perolehan syarikat. Kebiasaannya perunding latihan tahu bagaimana menguruskan keseluruhan acara team building bagi memberi laluan kepada staf syarikat untuk fokus pada pengisian program.

Keseronokan staff melaksanakan aktiviti di hotel mewah dan di kem rekreasi merupakan elemen tambahan. Seandainya syarikat ada peruntukan yang lebih, tentulah program ini boleh dilaksanakan disini. Walaubagaimanapun, objektif program mestilah didahulukan untuk memastikan peruntukan syarikat tidak terbazir.

Antara keutamaan pihak kami di dalam menguruskan team building untuk syarikat yang ada di Ipoh adalah pemilihan objektif dan penentuan tempat latihan.

Pemilihan Objektif

Pemilihan objektif yang baik adalah objektif yang menepati modul-modul berikut

  1. Tingkahlaku sebagai pengikut yang baik
  2. Penguasaan di dalam seni berunding
  3. Kemahiran membuat keputusan yang mementingkan hasil
  4. Penguasaan terhadap “growth mindset”

Pilihan Tempat

Apabila objektif telah dipilih, barulah tempat ditentukan. Inilah cara yang tepat melaksanakan team buiding. Pilihan tempat adalah berdasarkan budget organisasi. 3 jenis tempat yang boleh dipilih adalah:

  1. hotel dan resort
  2. Kem rekreasi
  3. dewan syarikat/tempat luas

3 jenis ini langsung tidak mempengaruhi hasil program. Ianya berkisar tentang kemampuan syarikat sahaja. Seandainya perlaksanaan di dewan syarikat dilakukan, jurulatih yang mahir dan berpengalaman akan memastikan program berjalan dengan keadaan yang positif.

Antara kaedah perlaksanaan team building pula adalah melalui kaedah:

  1. Pembelajaran berdasarkan “gamification method”
  2. Explorace
  3. Problem Solving
  4. Latihan dalam kumpulan

Semoga perlaksanaan team building yang dirancang dapat menaikkan kualiti staff. Perlaksanaan program ini memberikan faedah yang sangat baik kepada pembangunan diri staff. Tentulah syarikat akan mendapat manfaat juga dari program pembangunan staff ini.

Selamat melaksanakan team building untuk organisasi yang berada di Ipoh!

Hubungi pegawai kami, Tuan Rizal untuk info lanjut:

www.wasap.my/60134394507/sayamahumengadakanprogramteambuilding

Kemahiran Berbudi Bahasa

Kebolehan menggunakan kata panggilan yang betul dan sopan dalam komunikasi.

“Apa guna berkain batik, kalau tidak berbaju kasa, apa guna memang cantik, kalau tidak berbudi bahasa.”

3 Kelebihan  Berbudi Bahasa

1. Disenangi rakan-rakan

Anak-anak yang diajarkan dengan budi bahasa akan disenangi dan disayangi rakan-rakan kerana pertuturan mereka yang baik.

2. Imej

Pelajar yang berbudi bahasa sentiasa mempunyai imej yang baik di kalangan rakan-rakan sekolah. Malah akan menjadi contoh bagi pelajar lain.

3. Berhemah

Kanak-kanak yang diajar dengan budi bahasa lebih berhemah ketika berkata-kata. Orang sekeliling juga akan menghormati mereka.

12 Kemahiran Berbudi Bahasa Yang Perlu Diterapkan Dalam Diri

1. Menjawab salam dan memberi salam dengan semangat

Ajar anak untuk memberi salam ketika bertemu dengan orang ramai yang beragama Islam dan menjawab dengan jelas untuk menunjukkan mereka memberi perhatian.

2. Menghargai orang sedang bercakap

Anak-anak yang diajar dengan budi bahasa tidak akan menyampuk cakap orang lain, dan menghargai nasihat atau tunjuk ajar yang diberikan rakan-rakan, guru dan orang lebih dewasa.

3. Memperkenalkan diri kepada orang yang baru berjumpa

Adab berjumpa orang baru adalah dengan memperkenalkan diri kepada mereka, seperti guru ataupun rakan-rakan.

4. Mengetuk pintu

Anak-anak perlu diajar dengan adab mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik guru.

5. Memuji kawan-kawan

Cuba ajar anak-anak untuk tidak lokek memberi pujian kepada kawan-kawan sekiranya ada yang berjaya dalam sesuatu pertanding atau cemerlang dalam pelajaran.

Hal ini juga boleh mengelakkan rasa iri hati anak-anak.

6. Hormat menghormati

Anak-anak perlu diterapkan dengan adab menghormati antara satu sama lain. Hal ini termasuklah menghormati rakan-rakan sekolah jika ada yang tidak mahu berkongsi barang peribadi dengan orang lain.

7. Tolong-menolong

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya sentiasa menghulurkan tangan sekiranya ada orang yang memerlukan terutama rakan-rakan di sekolah.

8. Ikhlas

Ajar anak untuk menolong rakan-rakan atau guru dengan ikhlas tanpa mengharapkan upah dan balasan.

9. Tidak sombong

Jangan biarkan anak bersikap sombong dengan orang lain. Ajar mereka untuk bermesra dan bertolak ansur dengan rakan-rakan dan orang sekeliling.

10. Adil dan saksama

Terapkan kepada diri anak-anak untuk melayan semua orang dengan baik, jangan pilih kasih dan menghina mereka yang mempunyai kekurangan diri.

11. Mendengar kata

Perbuatan mengeluh boleh dianggap tidak baik dan biadap terutama dilakukan ketika guru atau ibu bapa meminta tolong anak-anak melakukannya.

Ajar anak-anak untuk tidak mengeluh dan menuruti arahan yang diminta.

12. Tidak mementingkan diri sendiri

Anak-anak perlu diajar supaya sentiasa bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri apabila melakukan sesuatu.

Semangat kekitaan perlu diterapkan kepada anak-anak melalui aktiviti berkumpulan dan sebagainya.