Team Building

Hala tuju diri

Menetapkan halatuju ketika mahu melangkah ke dalam dunia pekerjaan boleh membantu seseorang mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang dipilih.

Namun tidak mudah untuk mencapai kejayaan yang diingini tanpa melalui pelbagai cabaran dan rintangan terutama di tempat kerja yang baharu.

Kenapa kejayaan melibatkan kesabaran dan ketekunan di dalam mempelajari ilmu baru di tempat baru?

  1. Mengajar erti kesabaran kerana untuk mendapat sesuatu bukanlah mudah.
  2. Membentuk jati diri supaya tidak goyah walaupun diuji dengan pelbagai dugaan ketika susah.
  3. Meningkatkan keyakinan diri apabila melakukan sesuatu tugasa yang sukar dan berdepan dengan perkara baharu.
  4. Menjadikan seseorang sentiasa merendah diri walaupun sudah berjaya kelak
  5. Sentiasa bermotivasi apabila menemui kegagalan pada kali pertama mencuba, dan tidak berputus asa

Cara memupuk sikap bersabar dan tekun untuk mempelajari ilmu baharu di tempat kerja baharu :

1.Perbanyakkan senyuman

Dengan senyuman anda tidak perlu berkata apa-apa. Sentiasalah tersenyum walaupun anda sedang menyelesaikan sesuatu yang sukar kerana dengan berbuat demikian ia akan mendorong diri untuk terus sabar dan tekun.

2.Bertimbang rasa

Walaupun ada masanya anda merasakan sesuatu perkara yang diminta atau disuruh rakan sekerja tidak ada di dalam skop kerja, namun bertimbang rasa boleh membuatkan anda menjadi lebih sabar dan ikhlas.

3.Tidak membuat pengadilan

Sikap ini akan membantu anda menjadi lebih sabar dan sentiasa husnuzon ketika melakukan sebarang pekerjaan. Ilmu baharu yang dipelajari juga mudah diresap ke dalam diri.

4.Tidak terburu

Jangan membuat keputusan dan tindakan secara terburu-buru. Sebaliknya ambil lah pendekatan melakukan sesuatu dari satu langkah ke langkah yang lain.

Dengan cara ini juga anda menjadi lebih tekun dan memperolehi pelbagai ilmu baharu untuk dipelajari

5.Berfikiran positif

Minda yang positif akan mengubah semua persepsi negatif terhadap sesuatu perkara. Anda juga akan menjadi lebih mudah untuk melakukan sesuatu perkara.

6.Berfikiran terbuka

Orang yang berfikiran terbuka akan mudah untuk mempelajari dan menerima ilmu-ilmu baharu serta beradaptasi dengan suasana.

Justeru menjadi sabar dan tekun lebih memudahkan seseorang untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *