Team Building

Kursus Membina Imej Kepimpinan Dalam Media Sosial

KURSUS MEMBINA IMEJ KEPIMPINAN DALAM MEDIA SOSIAL

 

Dikemukakan kepada: ………………….

 

Dikemukakan oleh: ABS Digital Sdn. Bhd.

 

 

 

———-

 

  1. ISU DAN CABARAN

 

  1. Media sosial adalah alat kerja yang penting bagi ketua-ketua dan pemimpin. Kemahiran menggunakan media sosial sudah menjadi keperluan dalam kerjaya sebagai ketua dan pemimpin.

 

  1. Media sosial boleh menjadi pedang dua mata kepada ketua-ketua dan pemimpin. Ia boleh menaikkan imej dan kerjaya ketua-ketua, ia juga boleh merosakkan imej dan kerjaya mereka.

 

  1. Banyak ketua tidak mempunyai skill menggunakan media sosial sehinggakan mereka menjadi mangsa kepada media sosial. Akibatnya, banyak ketua-ketua yang ‘block’ akaun orang bawahan mereka sendiri.

 

 

  1. OBJEKTIF KURSUS

 

  1. Memberi ilmu dan skill tentang strategi dan taktikal bagaimana menggunakan media sosial sebagai alat kerja yang efektif.

 

  1. Menerangkan cara-cara mengurus risiko tersalah membuat konten dalam media sosial sehingga boleh merosakkan imej ketua.

 

 

PESERTA YANG SESUAI:

 

  1. Individu yang sekarang sudah menjadi ketua dan mempunyai orang-orang bawahan dan anak-anak buah, dan mahu meningkatkan skill menjadi ketua.

 

  1. Individu yang bekerja dan mempunyai cita-cita mahu naik pangkat menjadi ketua.

 

  1. Usahawan yang mempunyai pekerja.

 

  1. Individu yang berminat mahu menceburi secara aktif kerjaya dalam bidang politik.

 

  1. Individu yang berminat mahu menjadi pemimpin dalam pertubuhan NGO.

 

  1. Individu yang sekarang bertugas sebagai pegawai media dan menjaga akaun media sosial rasmi jabatan dan ketua mereka.

 

JUMLAH PESERTA: 30 orang

 

TEMPOH KURSUS: 3 hari 2 malam

 

STRUKTUR KURSUS: 40% teori 60% praktikal

 

TEMPAT KURSUS: Bilik latihan

 

LEAD CONSULTANTS: Ustaz Ahmad Shukri Yusoff dan Tn. Syamsul Amri Abdul Razak

 

LEAD TRAINERS: Pn. Muna Izzah Fadhil dan Tn. Abdul Halim Ismail.

 

TRAINERS: Pn. Nurhidayah Jaafar, Pn. Suhaili Ikhsan, Tn. Zulfikri Zamir, Tn. Muhammad Azmi Jamaludin, Cik Puan Azzah Abd. Rahman

 

 

TEMA DAN TOPIK DALAM KURSUS:

 

  1. Strategi membina personal branding positif dalam media sosial. Apa itu personal branding. Objektif personal branding yang sesuai untuk ketua dan pemimpin. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Membina imej personaliti seorang individu yang pintar, berilmu, profesional, empati, bijaksana dan likeable. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Simbol-simbol yang menaikkan imej ketua yang memiliki bakat kepimpinan dan ketua yang kompeten. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Perbezaan antara strategi membina imej kepimpinan mazhab Barat dibandingkan mazhab Nabi. Kelebihan dan kekurangan imej kepimpinan gaya Barat. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Imej kepimpinan dan karisma dalam budaya Asia, khususnya budaya Melayu. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Modal ilmu dan skill berkenaan budaya halus dan budaya tinggi supaya dapat diterima sebagai pemimpin dalam konteks budaya-budaya rakyat Malaysia. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Aplikasi prinsip self-monitoring dalam personal branding di media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Memilih konten yang mampu mengumpulkan followers. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Ciri-ciri tingkah laku negatif yang dikaitkan dengan personaliti narsisistik dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Imej-imej publik untuk personal branding. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Skill bercakap menggunakan fonetiks yang berpengaruh bagi menaikkan imej ketua dan pemimpin yang karismatik. Skill ini penting bagi membuat sesi LIVE dan rakaman video.

 

  1. Bahasa Melayu tinggi. Sistem ejaan dan tanda bacaan yang betul. Kesilapan paling kerap. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Bahasa Melayu tinggi. Teknik bercakap bagi mencipta imej seorang yang pintar, berilmu, dan berkuasa. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Bercakap dan menulis menggunakan bahasa masa depan. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Ciri-ciri foto untuk membina imej positif dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Ciri-ciri aktiviti yang sesuai dilaporkan dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Strategi menjawab teguran dan kritikan dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Strategi menjawab pertanyaan sensitif dari wakil media dan wartawan. Senarai do’s and don’ts.

 

 

TAMAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *