Team Building

Hala tuju diri

Hala tuju diri

Berbagai cara yang boleh dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu hala tuju.

Oleh kerana itulah, kejayaan seseorang sering dikaitkan dengan proses atau perjalanan mencapainya.

Apakah maksud kejayaan adalah proses?

Sebelum mencapai sesuatu kejayaan anda perlu banyak melalui proses yang dipenuhi pelbagai cabaran dan dugaan. Proses ini tidak boleh berhenti di situ sahaja dan perlu terus dilakukan sehingga berjaya.

Antara proses yang tidak akan berhenti ialah :

1.Memahami semua orang tidak bermula dari garisan yang sama. Cepat atau lambat bermula jangan berhenti sebelum ia berjaya.

2.Percaya semua orang memiliki kecerdasan yang unik. Jangan membandingkan kebolehan yang anda ada dengan orang lain.

3.Belajar membuat keputusan secara rasional dalam apa jua keadaan. Jangan terburu-buru ketika membuat sesuatu keputusan.

Ambil masa sebanyak mungkin sebelum memutuskan sesuatu.

4.Sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima sesuatu ilmu yang baharu. Jangan mengelak atau lari dari situasi baharu jika ingin berjaya.

Bersabarlah dan anggap apa yang sedang dihadapi adalah satu proses untuk berjaya.

5.Sentiasa berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah. Jangan lari dari masalah yang sentiasa akan dihadapi walaupun di mana sahaja. Terima dan cubalah untuk selesaikannya.

6.Sentiasa bersedia untuk berubah sama ada diri sendiri atau keadaan sekeliling.

Justeru, untuk berjaya persediaan ini membolehkan anda mencapai cita-cita yang diimpikan. Hala tuju juga akan menjadi semakin jelas.

7.Fikiran positif perlu diteruskan setiap masa jika mahu mencapai kejayaan. Proses ini tidak boleh berhenti. Latih diri untuk sentiasa menjadi positif dalam semua segi.

8.Bersabar juga adalah proses untuk menuju kejayaan yang tidak boleh berhenti di tengah jalan.

9.Yakin proses menuju kejayaan boleh menjadi lambat berbanding dengan orang lain. Namun jangan berhenti teruskan dari satu langkah ke satu langkah.

10.Jangan berhenti untuk terus memasang impian walaupun setinggi awan. Bermula dengan impian kejayaan pasti diperolehi.

Kesimpulannya, bagi mencapai kejayaan anda perlu tahu hala tuju yang ingin dicapai dengan melalui prosesnya. Sungguhpun proses untuk berjaya itu tidak mudah, namun ia berbaloi untuk diteruskan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *