Team Building

Kemahiran membuat keputusan

Kemahiran Membuat Keputusan

Dalam membuat keputusan keadaan emosi seseorang juga memainkan peranan dalam menentukan ketepatannya.

Terutama ketika seseorang itu berada di bawah tekanan yang memerlukan keputusan pantas jika tidak mengetahui cara melakukannya ia mungkin boleh menyebabkan keputusan itu memberi kesan buruk.

Tips menyelesaikan masalah di bawah tekanan dalam masa yang pantas :

1.Belajar mengawal pernafasan

Mengawal pernafasan boleh menenangkan anda yang berada di dalam keadaan gelisah, bimbang, takut, letih dan beremosi.

2.Meminta pandangan

Membuat keputusan dalam masa kritikal memang mempunyai risiko tersendiri, namun anda boleh minimumkan dengan meminta pandangan orang yang lebih berpengalaman atau pakar.

3.Berbincang

Berbincang juga untuk memuktamadkan keputusan boleh dilakukan. Perbincangan akan membolehkan anda menilai baik dan buruk serta boleh memilih keputusan yang tepat untuk diambil dalam keadaan kritikal.

4.Sentiasa bersedia

Sikap yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan akan memboleh anda kekal tenang sekiranya memerlukan keputusan dibuat dengan segera.

Justeru, untuk sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan lengkapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan.

5.Merancang

Membuat perancangan awal boleh boleh membantu anda menyelesaikan masalah di bawah tekanan.

Rancanglah masa sebaiknya mengikut susunan kerja supaya ada masa kecemasan yang boleh digunakan apabila diperlukan.

6.Berdisiplin

Disiplin adalah antara kunci segala kejayaan termasuk menyelesaikan masalah.

Sentiasalah berdisiplin terhadap masa, kerjaya dan sebagainya untuk memastikan sesuatu kerja dilaksanakan dengan baik walau dalam apa jua situasi.

7.Mengubah persepsi terhadap tekanan

Mengubah persepsi terhadap tekanan kepada sebagai satu cabaran akan memudahkan anda menyelesaikan masalah. Jadikan tekanan itu sebagai satu pengalaman untuk anda berjaya.

8.Bersikap terbuka

Sekiranya anda tidak menyelesaikan masalah dengan sempurna disebabkan perlu dilakukan di bawah tekanan tidak perlu takut dimarahi atau menerima kritikan.

Kadangkala perkara itu dapat memberi pengajaran kepada anda untuk melakukan dengan lebih baik pada kemudian hari. Teruskan melangkah sahaja.

Kesimpulannya, menyelesaikan masalah di bawah tekanan dalam masa yang pantas boleh dilakukan dengan lebih baik sekiranya mengikuti tips di atas.

Perancangan terhadap sesuatu tugasan paling membantu anda untuk mengelakkan situasi sebegini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *