Team Building

Kepentingan CPR

Kepentingan CPR

Latihan CPR adalah penting kerana ia mengajar individu cara mengurus kecemasan pada waktu kritikal, seperti serangan jantung dan tercekik. Tanpa perhatian segera dan sewajarnya, mangsa boleh kehilangan nyawa. Ini kepentingan CPR:

  1. Oksigen boleh diberikan serta merta kepada pesakit.
    • Inhale Air atau udara yang disedut masuk mengandungi 21% Oksigen, di mana hanya 3% – 5% yang diguna-pakai oleh paru-paru.
    • Exhale Air atau udara yang dibuang oleh manusia sihat mengandungi kira-kira 16% – 18% Oksigen.
    • Oleh itu, oksigen masih lagi dapat dibekalkan kepada mangsa sebanyak 16%-18%!
    • Sebagai bonus untuk artikel ini, berapa peratuskah ‘Used Air’ atau udara yang telah diguna-pakai yang diperlukan oleh mangsa?
  2. Pertukaran udara banyak
    • Kaedah CPR bukan sahaja membekalkan oksigen. Kaedah ini juga membolehkan bantuan pertukaran udara yang banyak.
    • Setiap 30 kali tekanan keatas dada pesakit akan membantu pertukaran udara yang lebih giat untuk menyelamat mangsa.
  3. Boleh bantu mula dengan cepat.
    • Bantu mula adalah proses menyelamat oleh orang awam sebelum bantuan profesional tiba. 1 nyawa boleh diselamatkan apabila proses menyelamat ini dimulakan seberapa pantas yang mungkin bagi mengelakkan mati klinikal atau mati otak.
    • Kematian Klinikal bermaksud kematian pada peringkat awal. Jantung dan paru-paru terhenti, bekalan oksigen juga terhenti. Tanpa oksigen yang baru, sel-sel otak masih dapat hidup di antara 4 hingga 6 minit dengan baki oksigen yang sedia ada.
    • Kematian Otak terjadi apabila Sel-sel otak mulai mati antara 4 hingga 6 minit selepas denyutan jantung dan pernafasan terhenti. Selepas 10 minit, semua sel-sel otak akan mati.
  4. Tidak perlu peralatan khas Seorang penyelamat
    • Ilmu CPR hanya memerlukan pengetahuan untuk melakukan BANTU MULA. Bantu mula adalah sebahagian dari pertolongan cemas yang dilakukan sebelum BANTUAN PROFESIONAL tiba.
    • Tiada peralatan khas diperlukan. Hanya tangan dan tenaga yang cukup untuk melakukan tugas bantu mula ni.

Hubungi pegawai kami dan dapatkan maklumat lanjut disini untuk melakukan latihan ini : https://asiacamp.my/basic-life-support/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *