Team Building

Strategi Dan Teknik Bercakap Dengan Bahasa Yang Menaikkan Karisma Dan Daya Pengaruh Pegawai Tinggi

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP DENGAN BAHASA YANG MENAIKKAN KARISMA DAN DAYA PENGARUH PEGAWAI TINGGI

————————–

PENGENALAN: Modul ini adalah berdasarkan hasil kajian dalam tiga bidang ilmu iaitu:

Psychology of persuasion
Psychology of relationship
Hadith-hadith psikologi

SITUASI: Apabila pegawai yang masih muda usianya dilantik sebagai ketua dan pengurus kanan, salah satu isu yang dihadapi adalah bagaimana hendak segera mendapatkan sokongan dan kerjasama dari kakitangan yang lebih tua usianya.

MODUL 1

TEKNIK BERCAKAP DALAM MESYUARAT DENGAN KAKITANGAN BAWAHAN TETAPI LEBIH SENIOR USIANYA

OBJEKTIF: Supaya ketua dan pengurus kanan dipandang sebagai ketua yang karismatik oleh kakitangan yang lebih tua usianya. Dengan itu mereka tidak mempersoal dan membantah.

STRATEGI: Aplikasi ‘language of power’. Bercakap sebagai seorang ketua dan pengurus yang mempunyai kuasa membuat keputusan dan melaksanakan keputusan.

TEKNIK 1: Gunakan suara yang keluar dari dada.

TEKNIK 2: Gunakan ton rendah dan kadar ujaran perlahan.

TEKNIK 3: Apabila membuat keputusan, tidak menyebut ayat-ayat alasan, rasionalisasi, ataupun justifikasi di sebalik keputusan itu.

TEKNIK 4: Gunakan ayat-ayat manfaat, ganjaran atau rewards. Ciri-ciri ayat manfaat dan ganjaran yang berdaya pengaruh tinggi.

TEKNIK 5: Apabila memberi arahan, tidak menggunakan perkataan dan frasa pelembut arahan.

TEKNIK 6: Tidak senyum. Tiada humour. Tidak berseloroh.

TEKNIK 7: Tidak meminta maaf.

MODUL 2

TEKNIK BERUCAP DI HADAPAN HADIRIN YANG TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN YANG LEBIH TUA USIANYA

OBJEKTIF: Supaya kakitangan yang lebih tua usianya memandang ketua dan pengurus kanan sebagai pemimpin yang karismatik, energetik, positif, optimistik, futuristik, memotivasi dan mencetuskan inspirasi. Dengan itu mereka mudah menerima idea-idea dan padangan serta bersemangat dalam melaksanakan arahan.

STRATEGI: Berucap menggunakan fonetiks Bahasa Melayu Tinggi dan ayat-ayat yang mencipta kesan uplifting dan inspiring, yang membuat hadirin berasa diri mereka diangkat.

TEKNIK 1: Fonetiks yang mencipta kesan dramatik. Kesan ini membuat mata hadirin fokus tengok muka menteri, tak berkelip, seolah-olah dia sedang menonton drama.

TEKNIK 2: Fonetiks yang mencipta kesan energetik. Kesan ini membuat hadirin nampak menteri sebagai seorang yang mempunyai tenaga dalaman yang tinggi, tidak kenal penat, sentiasa aktif, sentiasa bertenaga.

TEKNIK 3: Fonetiks yang mencipta kesan aestetik. Kesan ini membuat hadirin suka, puas hati, gembira, terhibur oleh suara menteri yang merdu, sehingga apabila menteri habis bercakap mereka macam belum puas mendengar, mahu menteri sambung bercakap.

TEKNIK 4: Bahasa Melayu adalah bahasa silabik. Berucap dengan menyebut tiap-tiap suku kata dan tekanan pada suku kata yang betul.

MODUL 3

TEKNIK MEMPENGARUHI KAKITANGAN YANG LEBIH TUA USIANYA SUPAYA MEREKA MUDAH BERSETUJU DAN MELAKSANAKAN ARAHAN

OBJEKTIF: Supaya kakitangan yang lebih tua usianya mahu memberikan sokongan dan kerjasama kepada ketua dan pengurus kanan yang lebih muda usianya.

STRATEGI: Bercakap menggunakan konten yang menaikkan likeability dan acceptability di mata kakitangan yang lebih tua usianya.

TEKNIK 1: Teknik betul dan teknik salah apabila memuji kakitangan yang lebih tua usianya. Perkara yang boleh dipuji dan perkara yang tidak boleh dipuji di hadapan orang lain.

TEKNIK 2: Teknik betul dan teknik salah apabila menerima aduan dan rungutan dari kakitangan berkenaan isu-isu yang ditimbulkan oleh kakitangan di jabatan lain.

TEKNIK 3: Ayat-ayat untuk bercakap kepada kakitangan yang sudah perform dalam menjalankan tugas mereka, supaya mereka berasa makin terangkat, makin uplifted.

TEKNIK 4: Teknik menerima dan menolak idea, pendapat, dan nasihat dari kakitangan yang lebih tua usianya dalam mesyuarat tanpa menjatuhkan air muka mana-mana kakitangan lain yang berada di situ.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *