Senamrobik di Asia Camp

Senaman Aerobik adalah satu bentuk metabolisma badan yang melibatkan penggunaan tenaga dalam otot dan oksigen badan secara aktif dan berterusan. Secara umumnya, rakyat Malaysia mengetahui senaman aerobik sebagai senamrobik yang melibatkan pergerakan seperti senaman tarian, diiringi dengan rentak muzik yang rancak dan berkumpulan.

Senamrobik tertumpu kepada gerakan yang pelbagai dalam selang masa yang singkat

Senamrobik ini merupakan sukan yang menyeronokkan dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia dalam mengamalkan budaya hidup sihat. Mutakhir ini, senamrobik ini ditiruvasi dalam ruangan dan bilangan peserta yang lebih kecil dan ini dikenali sebagai senaman atau tarian zumba.

Apa yang pasti, aktiviti senamrobik ini lebih kepada aktiviti workout yang lebih santai dan relax, tidak seperti workout biasa yang lebih bersifat berat dan tertumpu. Namun begitu, senamrobik ini tetap memberikan kebaikan kepada kesihatan dengan menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberikan kecerdasan mental, mengurangkan tekanan dan kelesuan. Ini kerana senaman kardiovascular yang diselang-selikan dengan senaman yang mempunyai intensity tinggi dan rendah mampu menguatkan daya tahan badan (body endurance), menyebabkan pembakaran kalori yang lebih tinggi sepanjang aktiviti senamrobik ini.  

Alunan muziknya yang rancak sudah cukup mengujakan dan melibatkan penyertaan yang ramai dari para peserta

Berdasarkan sumber dari Kevin Zahari di blog beliau, senamrobik yang mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi (endurance) yang jika dibuat selama 15-20 minit ini mampu membakar hampir 500-1000 kalori pada satu-satu masa (bersamaan dengan senaman biasa dalam selang masa 45-60minit). Peningkatan kapasiti aerobik dan anaerobik yang konsisten pula adalah sama seperti mereka yang berjogging selama 5 kali seminggu. Wow!

Perbezaan pembakaran kalori di dalam badan berdasarkan capaian aktiviti yang berintensiti dan mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi

Ini membuktikan bagi mereka yang ingin mengikuti senaman dalam selang masa yang tidak lama dan relax, dan turut membakar banyak kalori di badan, senamrobik merupakan pilihan aktiviti senaman yang patut anda fikirkan.

Di Asia Camp, senamrobik ini merupakan salah satu modul yang bersifat rekreasi dan aktiviti luaran yang mampu meraih fokus dan penyertaan ramai peserta. Muzik rancaknya sahaja cukup untuk membuatkan para peserta di kem untuk turut serta dan sama-sama untuk meningkatkan kecergasan diri dan lebih santai.  Apa yang penting, aktiviti seperti senaman aerobik ini mampu membawakan satu kelainan dan perspektif yang baru kepada para peserta, khususnya yang melibatkan gaya hidup sihat di masa hadapan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Jungle Trekking Menaikkan Stamina Badan

Malaysia adalah favourite di kalangan pelancong luar yang menggemari aktiviti eksplorasi ke atas hutan, hidupan liar dan alam semulajadi. Buktinya, statistik kehadiran pelancong-pelancong asing terutamanya ke Taman Negara Malaysia seperti di Pahang, Taman Negara Bako, Tanjung Kukup semakin meningkat saban tahun. Kebiasaannya, aktiviti eksplorasi seperti ini kebiasaannya dilakukan dengan jungle trekking ke kawasan-kawasan yang mahu diterokai oleh pelancong berkenaan.

Secara asasnya, jungle trekking adalah satu aktiviti rekreasi luaran berkembara atau menjelajah hutan dengan tujuan mendekati alam semula jadi secara lebih dekat. Di pusat-pusat latihan dan rekreasi seperti di Asia Camp, jungle trekking ini merupakan aktiviti wajib yang akan dilalui oleh para peserta khususnya progam yang melibatkan durasi selama 3hari2malam. Perbezaannya hanya pada laluan trail jungle trekking dan durasi masa yang diambil atau dianggarkan oleh jurulatih.

Di Asia Camp, fokus utama bagi modul jungle trekking adalah latihan ketahanan diri bagi menaikkan stamina dan kesihatan tubuh badan para peserta selain memberikan tekanan kepada daya fokus dan kepentingan terhadap alam sekitar.

https://www.youtube.com/watch?v=viK-zRS2lao

Salah satu manfaat utama trekking adalah meningkatkan kesihatan fizikal para peserta. Cuba bayangkan, para peserta atau pelajar perlu berjalan sejauh berapa kilometer, kadangkala perlu berlari mengejar ahli pasukan yang sudah jauh ke hadapan, sesekali perlu memanjat di sekitar batu, melompat batu, menuruni cerun dan memeluk batang pokok serta duduk merangkak untuk melalui rimbunan pokok.

Aktiviti jungle trekking ini sesekali memerlukan peserta memegang tali dan menuruni cerun
Di Asia Camp, aktiviti ini turut dibuat di watu malam yang lebih dikenali sebagai night walking
Para peserta berhenti rehat dan bersedia mendengar taklimat jurulatih bagi aktiviti seterusnya

Ini semua secara tidak langsung memberikan senaman kardio yang mampu meningkatkan kekuatan diri, ketangkasan dan kecergasan kardio tubuh badan. Jumlah masa yang diperuntukkan untuk jungle trekking juga akan meningkatkan jumlah langkah yang diperlukan harian, sebagaimana Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan setiap individual dewasa memerlukan 10,000 langkah sehari bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat. Laluan trekking yang lama juga mampu menguji kebolehan sosial yang lain seperti menerima dan mendengar arahan, semangat setiakawan dan prihatin kepada yang lain.

Kesimpulannya, melalui modul trekking ini ia mampu menjadi tool dalam menguji kebolehan fizikal diri dan kekal sebagai motivator yang hebat untuk meningkatkan kecergasan fizikal.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Obstacle Run Platform Menguji Ketahanan Diri

Apakah yang anda fahami dengan Obstacle Run? Obstacle Run atau turut dikenali sebagai Obstacle Course Run (OCR) merupakan satu sukan rekreasi yang semakin popular di kalangan belia dan runner di masa kini. Obstacle run atau dalam bahasa Malaysia bermaksud lari berhalangan atau rintangan ini lebih bersifat moden tidak seperti larian konventional yang lain. Larian konventional seperti marathon, walkathon atau perlumbaan bathon umumnya memerlukan peserta mencapai garis penamat dalam selang masa yang ditetapkan. Namun, aktiviti atau sukan Obstacle Run ini lebih memfokuskan peserta kepada menyelesaikan berbagai rintangan yang terdapat di dalamnya.  

Aktiviti rintangan berpalang ini memerlukan peserta bergayut melepasi halangan

Secara umumnya, modul obstacle run ini berasal dari inspirasi latihan ketenteraan yang telah diadaptasi dan diubahsuai untuk kegunaan masyarakat umumnya. Antara contoh rintangan yang perlu dihadapi oleh para peserta melibatkan aktiviti merangkak dan menyulur seperti askar, memanjat tali, melepasi halangan dinding bertembok, berlari dan melalui trail melewati kolam atau lopak lumpur, dan sebagainya.

Rintangan berpalang ini menguji kekuatan tangan dan koordinasi keseimbangan badan
Halangan ini memfokuskan keseimbangan badan melepasi trail yang bergoyang
Halangan ini memerlukan kerjasama berpasukan untuk melepasi tembok maze
Aktiviti sebegini juga menjadi terapi kepada peserta untuk lebih relax dan santai

Apa yang pasti, objektif utama modul larian berintangan atau obstacle run ini adalah untuk menguji kecepatan, kekuatan dan ketahanan fizikal seseorang peserta. Bagi membolehkan para peserta mampu melakukan aktiviti obstacle run ini dengan baik, mereka seharusnya mempunyai spesifikasi minima bagi syarat ketahanan fizikal yang baik. Spesifikasi ketahanan fizikal tubuh badan yang baik ini merangkumi aspek-aspek seperti di bawah ini:

  1. Cardio-respiratory
  2. Muscle Endurance
  3. BMI dan komposisi tubuh
  4. Kelenturan (mobility)
  5. Koordinasi
  6. Kekuatan
  7. Kecepatan
  8. Daya/power
  9. Kelincahan

Secara umumnya, kita memahami bahawa persiapan fizikal dan mental tidak dapat dipisahkan dari diri setiap individual. Ketahanan fizikal tubuh badan adalah selari dengan ketahanan mental seseorang. Hal ini kerana ia melibatkan aspek-aspek kehidupan dan pembinaan karakter seperti pantang menyerah, keinginan mendapatkan pencapaian atau performance yang baik, disiplin, keazaman dan fokus diri.

Oleh yang demikian, bagi seseorang yang memerlukan aktiviti sukan rekreasi yang menggemblengkan kedua-dua ketahanan fizikal dan mental, pilihan sukan rekreasi seperti obstacle run ini merupakan satu alternatif terbaik. Aktiviti seperti ini tidak sahaja menyihatkan badan, bahkan menjadi satu terapi diri kepada peserta atau individual tersebut untuk keluar sebentar dari permasalahan di tempat kerja dan seumpamanya.

https://www.youtube.com/watch?v=bEJOW-XoJo8

Di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp, kami menyediakan modul obstacle run khas untuk pelbagai lapisan umur dan fokus badan-badan korporat atau agensi. Untuk mendapatkan info lanjut mengenai modul latihan, quotation harga dan sebagainya, sila hubungi talian nombor di bawah:

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Water Rafting (Part 2)

Seterusnya, setelah kesemua keperluan pemasangan rakit telah lengkap, ikatan dan simpulan rakit telah disemak oleh jurulatih, para peserta diarahkan untuk membawa rakit mereka ke tepi tasik untuk dilayarkan. Aktiviti mengusung rakit ini juga telah mula menampakkan rasa ‘excited’, rasa tidak sabar, teruja dan bersemangat para peserta untuk berakit. Mereka seluruhnya bersama-sama bergandingan bahu untuk menyiapkan modul ini sebaik mungkin.

Para peserta melepaskan rakit ke dalam air dan membuat final check ke atas rakit berkenaan
Para peserta menaiki rakit dan memulakan dayungan, satu rakit buatan ini mampu menampung sehingga 10-12 orang muatan

Tidak  dapat dinafikan bahawa modul water rafting ini merupakan sukan rekreasi yang penuh risiko (high risk sport). Risiko di sini dilihat dari aspek keselamatan para peserta atau pemain dan juga persediaan kemampuan mental peserta. Ketidakseimbangan muatan dan susun atur ahli kumpulan di rakit mampu menyebabkan rakit terbalik dan para peserta terdedah kepada risiko lemas. Oleh yang demikian, pemakaian life-jacket adalah amat penting bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Secara keseluruhannya, aktiviti atau modul water rafting ini menuntut kepada kemahiran. Kemahiran ini memerlukan masa untuk berkembang dan ini akan menjadikan pemasangan, pengusungan rakit serta pengemudian rakit di dalam air menjadi lebih terurus dan efisien. Melalui modul ini, para peserta mempelajari kefahaman teknikal, kemampuan mental dan ketahanan fizikal yang seterusnya akan berkembang kepada pengetahuan mengenai sifat-sifat sungai, peluang berlatih mendayung, dan langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kecemasan di dalam air.

Apa yang menarik, sukan rekreasi air atau modul water rafting ini sesungguhnya merupakan satu terapi yang menarik yang boleh digunapakai bagi menghilangkan kelesuan selepas bekerja, meningkatkan daya fokus dan stamina badan ke arah yang lebih baik.

https://www.youtube.com/watch?v=AJP_GenATXM
Mari kita ikuti video pendek perjalanan modul water rafting oleh para peserta dari UNISZA pada sesi yang lepas.

Testimoni langsung dari peserta Kolej Komuniti Kuala Langat.

https://www.youtube.com/watch?v=KsfayspEkzs

UNTUK TEMPAHAN DAN QUOTATION HARGA, SILA HUBUNG NO YANG BERKENAAN:

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Water Rafting (Part 1)

Water rafting merupakan salah satu aktiviti luar yang makin diminati oleh masyarakat. Di sesetengah tempat di negara kita, water rafting ini menjadi sukan rekreasi air yang kian digilai oleh para belia. Apa itu water rafting sebenarnya? Secara kasarnya, ia dikenali sebagai aktiviti atau sukan air yang melibatkan rakit atau bot dan dipandu dengan dayungan oleh para pemainnya. Kebiasaannya, sukan water rafting ini dijalankan di air putih atau ‘white water’ yang melibatkan jeram terjunan, di sungai, tasik atau empangan. Water rafting tidak digunakan di lautan ya!

Terdapat 4 alatan utama yang diperlukan untuk aktiviti ini; (1) rakit, (2) pendayung atau ‘paddles’, (3) ‘life-jacket’, dan (4) alatan apungan untuk masa-masa kecemasan.

Di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp, aktiviti water rafting ini merupakan modul yang paling ditunggu-tungu oleh para peserta. Kami menyasarkan 2 objektif utama untuk modul ini yaitu; (i) semangat kerjasama sepasukan, dan (ii) persediaan stamina, kelasakan, kekuatan tangan dan keseimbangan tubuh badan ketika di atas bot.

Nampaknya seperti mudah, bukan? Mari kita perhalusi lagi.

Dalam modul ini, objektif pertama yang harus dilalui oleh para peserta di Asia Camp melibatkan kerjasama untuk memasangkan dan menyiapkan rakit.

Ikatan pada kayu yang digunakan untuk membuat rakit biasanya menggunakan kaedah ‘Shear Lashing’,

Shear dan Tripod Lashing merujuk kepada ikatan asas bagi aktiviti water rafting
Kaedah ikatan Diagonal Lashing pula biasanya digunakan untuk mengikat objek yang lebih besar seperti tong udara, pokok, gerbang atau pondok

Gambar-gambar di bawah merupakan aktiviti pemasangan peralatan bagi tujuan water rafting. Para peserta menggunakan aplikasi teknik ikatan dan simpulan dari ‘Shear dan Tripod Lashing’ untuk memasang tapak atau ‘base’ bagi rakit. Dalam modul ini, pelatih di Asia Camp menggunakan tong-tong biru kosong sebagai bahan apungan. Galah yang disediakan haruslah diikatkan oleh para peserta sebagai kekangan ruang bagi memasukkan tong-tong biru sebagai apungan. Tong biru besar ini sesuai digunakan sebagai bahan apungan kerana ia menyokong lebih banyak ruangan udara dan bebanan berat muatan rakit peserta nanti.

Gelajat para peserta program memasangkan base sebagai tapak menggunakan galah yang diikatkan dengan ikatan shear lashing dan tripod lashing
Setelah ‘base’ rakit disiapkan, para peserta kemudiannya memasang tong-tong besar biru sebagai bahan apungan bagi rakit

Semasa aktiviti pemasangan rakit dan bahan apungan ini, semangat kerjasama pasukan merupakan suatu elemen yang penting. Ini kerana kepantasan ahli kumpulan menyiapkan pemasangan, komunikasi kedudukan ahli dan penyelarasan kerja akan memastikan kerja disiapkan dengan cepat dan rakit selamat untuk dinaiki. Oleh itu, ‘sequence’ arahan oleh ketua kumpulan dan kerja dari setiap ahli amat penting bagi mengelakkan kegagalan rakit untuk terapung di kemudian hari.

Bersambung di Part 2…

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>