Kem Motivasi Pembelajaran
Kem Motivasi
Kem motivasi merupakan kem yang diadakan untuk memberikan semangat kepada peserta melakukan sesuatu perkara. Semangat yang tinggi membolehkan hasil yang lebih baik diperolehi pada akhirnya.
Bagi satu-satu kem motivasi yang berjaya, ianya bukanlah sekadar penumpuan terhadap keseronokan aktiviti. Program kem ini mesti menerapkan semangat untuk meneruskan sesuatu yang mahu dicapai. Oleh itu, sebelum merancang kem motivasi, pengurus projek mestilah tahu apa sebenarnya yang mahu dicapai oleh peserta.
Sebagai contoh, guru mahu pelajar mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR. Guru mestilah jelas bahawa setiap konten di dalam kem motivasi menjurus kepada mendorong semangat pelajar untuk cemerlang di dalam UPSR. Pengurus tidak boleh mendraft objektif yang umum.
Objektif kem ini mestilah spesifik. Contohya, kita mahu pelajar kita berjaya. Ianya tidak sekadar memberitahu mereka mereka mesti berjaya. Kita mesti menyedarkan mereka berjaya di dalam bidang apa? Jika di dalam peperiksaan, apa target peperiksaan tersebut? Apa-apa objektif yang boleh diukur mestilah diletakkan sebagai ada kem ini.
Oleh itu, bagi membolehkan fungsi kem motivasi ini berjalan dengan baik, perancang program mestilah meletakkan objektif yang spesifik. Contohnya, perancang program mahukan pelajar cemerlang di dalam peperiksaan. Oleh itu, modul yang dirangka akan membolehkan peserta didorong untuk memahami kenapa peperiksaan itu penting.
Untuk kali ini, modul kem yang akan diulas saya adalah berkaitan kem motivasi pembelajaran. Ada 5 elemen penting di dalam modul yang kami bina untuk membangkitkan semangat belajar.
Mula-mula, saya kaji masalah pelajar untuk cemerlang didalam peperiksaan adalah disebabkan 4 perkara iaitu:
- Minda pelajar tidak sedar tempoh persediaan untuk peperiksaan makin lama makin kurang
- Pelajar lesu ketika memulakan sesi pembelajaran, apatah lagi mahu mengulangkaji pelajaran
- Pelajar merasakan diri mereka bukanlah terdiri dari golongan bijak pandai
- Pelajar tidak nampak dengan jelas apa yang menanti mereka selepas peperiksaan.
Oleh itu, saya bersama dengan barisan motivator kami telah mengemukakan 4 inisiatif modul bagi mengatasi masalah ini.
Modul
modulnya adalah:
- Ice breaking & mind setting
- Seronoknya belajar!
- Mental block
- Vision BOARD
Kami percaya, modul ini pasti menyelesaikan 4 masalah diatas. Solusi yang dihasilkan melalui modul ini lah yang menggerakan jiwa pelajar untuk bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan.
Konten Modul
Melalui modul ini, ada beberapa konten yang penceramah akan beri perhatian iaitu:
- Ice breaking & mind setting
-matlamat belajar - LDK 1
Seronoknya belajar
-Bangunkan semangat pelajar
-kaedah belajar dengan seronok
- LDK 2
Mental Block
-Punca halangan dalam diri pelajar
-Menguruskan malas
-Menajamkan matlamat dan bangkit! - LDK 3
Vision BOARD
– Teknik vision board
-Teknik polish matlamat belajar
Experiential Learning
Seterusnya, adalah elemen medium latihan pula. Maksud medium latihan adalah cara bagaimana penganjur program yang kebiasaanya cikgu sekolah ingin menarik kehadiran yang tinggi ke dalam program ini.
Saya yakin dengan menggunakan teknik dan pendekatan aktiviti rekreasi. Melalui aktiviti rekreasi, pengalaman yang didapati sewaktu melakukan aktiviti pasti akan akan mengandungi pembelajaran berkaitan motivasi belajar yang banyak dan berkesan.
Ini hanya boleh dilakukan oleh penyampai yang terdiri dari penceramah dan jurulatih yang memahami prinsip experiential learning. Prinsip latihan ini menggabungkan aktiviti rekreasi dan konten modul sebagai 1 set latihan yang mempercepatkan dorongan motivasi peserta.
Kesimpulannya, penganjur program harus berhati-hati di dalam pemilihan penyedia latihan/ konsultan supaya program dijalankan tidak membazirkan kewangan yang diperuntukan. Ini sekaligus membolehkan matlamat asal tercapai.
Susunan program yang tepat, objektif yang khusus dan barisan jurulatih yang berpengalaman tentunya memberikan impak yang sangat baik kepada perkembangan diri peserta.
Selepas peserta bersemangat, kem motivasi ini mestilah bersifat holistik. In bermaksud peranan memotivasikan peserta mestilah berterusan sehingga tiba waktunya. Oleh itu, selepas kem motivasi, penganjur program mestilah melakukan kem yang berbentuk teknik dan skil supaya sesuatu target dapat dicapai dengan lebih jelas.
Selamat melaksanakan Kem Motivasi Belajar!