Team Building

Team Building : Tips Memberi Arahan kepada Pasukan

Team Building : Tips Memberi Arahan kepada Pasukan

Seorang ketua biasanya risau, apakah arahan yang diberikan akan diterima oleh orang bawahan. Kerisauan ini menyebabkan ketua mahu menduga apakah alasan yang bakal diberikan anak buah nanti. Dugaan ini mendorong ketua memberikan alasan tersendiri.

Apabila ada orang bawahan membantah, ketua cenderung memujuk dengan memberikan alasan munasabah supaya pasukan bersetuju dengan arahan tersebut.

Cara ketua memujuk biasanya merangkumi 3 perkara:

  1. Menerangkan punca arahan itu dilaksanakan
  2. Meyakinkan pasukan kesan positif terhadap arahan tersebut jika dilaksanakan
  3. Menakuktkan pasukan keburukan seandainya arahan tersebut tidak dilaksanakan

Sebenarnya hal ini akan melemahkan pasukan. Ini terjadi, setiap alasan yang diberikan sentiasa berpihak kepada kepentingan masing-masing. Akhirnya setiap penerangan terhadap arahan yang diberikan membuat motivasi kerja semakin menurun.

Saling membalas alasan ini boleh mewujudkan keadaan bantahan antara satu sama lain. Kerap kali terjadi bantahan bukan disebabkan arahan tersebut, tetapi disebabkan alasan yang diberikan pula!

Perkara ini lah yang menurunkan produktiviti syarikat.

Tips

Oleh itu, bagi memastikan arahan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, ini tipsnya:

  1. Tidak mengulas-ulas kewajaran arahan tersebut walaupun anak buah seakan meminta penjelasan lanjut.
  2. Tidak memberi alasan seandainya terdapat petanda ada anak buah yang tidak bersetuju.
  3. Tidak memujuk anak buah yang tidak bersetuju dengan arahan

Berikut adalah jenis arahan seseorang pemimpin akan beri:

  1. Arahan kerja seperti terkandung dalam buku panduan pekerja
  2. Prosedur Operasi Standard (SOP)
  3. Polisi syarikat
  4. Arahan kotigensi dan kecemasan

Contoh

Sebagai contoh, pemakaian keselamatan pekerja perlu dipakai sewaktu betugas. Kerapkali pemakaian keselamatan ini tidak menjadi pakaian kegemaran pekerja sewaktu berkerja. Apabila ada pekerja yang menunjukan tanda tidak setuju, ketua mestilah memastikan mereka patuh kepada arahan tersebut.

Apabila alasan diberikan oleh ketua, sudah pastilah akan ada alasan balik dari pasukan. Oleh itu, wajar ketua menahan diri dari memberikan alasan. Elakkan diri dari mengulas-ulas. Seandainya, ada anak buah yang mempertikaikan terang-terangan, maklumkan sahaja pada anak buah bahawa ini adalah satu arahan.

Ya, patuh pada arahan bermaksud mereka menerima arahan tersebut dengan melaksanakannya. Tidaklah penting jika pasukan tidak bersetuju atau tidak suka terhadap arahan tersebut.

 

2 thoughts on “Team Building : Tips Memberi Arahan kepada Pasukan

  1. Khairil anuar says:

    Terima kasih di atas perkongsian dari team Asia Camp.

  2. Khairil anuar says:

    Terima kasih di atas perkongsian dari team Asia Camp. Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *