Team Building

5 Tips Memilih kem motivasi

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kem motivasi yang dijalankan mengikut objektif pemilihan individu tersebut. Ia juga menjadi kebiasaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke kem motivasi sewaktu cuti sekolah. Selain itu, institusi persekolahan juga gemar untuk membuka ruang kepada pelajar sekolah untuk menimba pengalaman menyertai kem motivasi

Terdapat beberapa panduan yang boleh diterima pakai oleh ibu bapa atau mana mana institusi untuk memilih kem motivasi yang terbaik. Panduan pertama adalah penting untuk mengetahui objektif sesuatu kem motivasi. Sebagai contoh, sekiranya individu tersebut ingin mentarbiahkan murid atau anak mereka, mereka perlu mencari kem motivasi yang berunsurkan matlamat dan objektif tersebut. Sekiranya ingin memantapkan fizikal, pilih kem motivasi yang berunsurkan ketenteraan.

Seterusnya, perlu untuk kita memastikan kem motivasi tersebut bukanlah tergolong daripada kem motivasi yang negatif. Menggunakan kekasaran atau kekerasan dari segi perbuatan, kata-kata atau bahasa badan. Terdapat beberapa kem motivasi yang menggunakan kekasaran seperti memukul, rotan dan sebagainya. Kekasaran tidak akan mendatangkan faedah kepada pelajar dan anak-anak. Unsur-unsur negatif seperti ini juga menyebabkan anak-anak tidak mahu dan tidak bersemangat untuk pergi ke kem motivasi lain. Oleh itu, para ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih kem motivasi untuk anak-anak.

Kemudian, ibu bapa juga perlu cakna dengan lokasi keberadaan kem motivasi tersebut. Adakah tempat tersebut selesa? Adakah tempat tersebut selamat untuk anak-anak? Maka, ibu bapa perlu untuk mengkaji dengan lebih dalam dan teliti terlebih dahulu. Dengan hasil kajian dan bacaan ibu bapa, anak-anak tidak akan berada dalam keadaan yang berisiko tinggi dan berbahaya.

Akhir sekali, selain daripada lokasi yang selamat, ibu bapa juga perlu tahu dan kenalpasti siapakah motivator yang akan di panggil semasa kem motivasi tersebut. Motivator adalah guru yang akan mengajar dan memberi ilmu sepanjang kem tersebut berlangsung. Oleh itu, motivator yang berkaliber dan berilmu adalah sangat penting untuk membuka minda, mendorong perubahan dan anak-anak akan bertindak segera ke arah membaiki dirinya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *