flying fox

Aktiviti “Flying Fox”

Aktiviti “Flying Fox”

Aktiviti Flying Fox sangat popular dan menyeronokkan di kalangan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak. Aktiviti Flying Fox ini memerlukan peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti dijalankan iaitu Carabinar, Tali Statik, Helmet, Full Harbest, Figure of Eight serta beberapa peralatan-peralatan yang lain.

Kesemua peralatan-peralatan ini perlu ditunjukkan kepada peserta supaya mereka dapat mengenali peralatan-peralatan aktiviti Flying Fox lebih dekat dan lebih terperinci. Seterusnya, sebelum aktiviti Flying Fox ini bermula, sesi taklimat harus diadakan untuk menerangkan tentang  peralatan aktiviti Flying Fox dan langkah keselamatan.

Langkah Keselamatan

Langkah keselamatan harus dititikberatkan oleh peserta dan mengambil serius supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas peserta diberi taklimat, mereka terus dibawa ke pelantar Flying Fox oleh jurulatih yang bertugas yang menjadi tempat untuk melepaskan para peserta.

Di pelantar Flying Fox ini perlu dikendalikan oleh para jurulatih yang berpengalaman sekurang-kurangnya 4-5 orang yang mana dua orang jurulatih menjadi pelepas dari pelantar Flying Fox dan tiga orang jurulatih menjaga di kawasan berhenti untuk mengawal peserta  supaya peserta selamat berhenti dan memeriksa kelengkapan yang digunakan oleh peserta sama ada dalam keadaan yang baik atau tidak.

 

Dihasilkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Tips Keselamatan Ketika Mendaki Gunung

Tips Keselamatan Ketika Mendaki Gunung

Pendakian gunung telah menjadi trend di kalangan keluarga, remaja dan warga emas yang mampu untuk melakukan aktiviti yang lasak serta menggunakan stamina yang banyak untuk menawan gunung yang tinggi atau rendah. Nature guide juga disediakan untuk pendaki yang baru ingin menceburi bidang pendakian ini. Pendakian boleh dibuat secara individu atau berkumpulan untuk keselesaan masing-masing ketika mendaki. Pendakian bukan sahaja merangkumi mendaki tanah, tetapi perlu memanjat dan menyeberangi sungai untuk mencapai objektif iaitu kepuncak gunung atau bukit yang didaki.

 

  1. Berjalan / Trekking DenganSelamat
  • Sentiasa berjalan mengikut jalan denai untuk memastikan perjalanan untuk ke puncak tercapai. Sekiranya tersesat sebaiknya mengikuti denai ataupun laluan haiwan.
  • Dilarang mendaki gunung yang melebihi 1,000m secara bersendirian tanpa “Nature Guide” yang sah untuk isu keselamatan kerana sekiranya berlaku kecederaan yang berat ia akan menyusahkan diri sendiri dan pihak Bomba dan Penyelamat.
  • Jika anda tersesat atau salah jalan, STOP
    • S – Berhenti (stop)
    • T – Fikir (think)
    • O – Perhati (observe)
    • P – Rancang (plan)

 

  1. Tips Kesihatan

-Untuk menawan gunung yang melebihi 1,000m, dinasihatkan agar membuat aktiviti sukan yang boleh membina stamina seperti berjogging dan berbasikal, berenang dan senaman yang baik untuk jantung dan menguatkan sistem kardiovaskular individu dan pentingnya individu untuk membawa air mineral untuk memastikan badan sentiasa segar dan elakkan daripada berlakunya dehidarasi.

  1. Iklim dan Cuaca

-Suhu harian di hari biasa adalah di antara 21’C sehingga 32’C, tetapi ketika kita berada di tanah tinggi atau hutan, suhu boleh menurun sehingga 15’C kerana ditutup dengan pokok-pokok yang tinggi dan lebat.

 

  1. Leave No Trace Ethics (Etika Beraktiviti di Kawasan Semulajadi)

 

Take Nothing But Pictures (selfie and wefie), Leave Nothing But Foot Prints

  • Ada yang berpendapat bahawa apabila pendakian tamat di puncak ia akan memberi kepuasan kepada individu kerana di pandangan individu tersebut sekiranya kita mencapai objektif (Puncak), kita dapat satu kepuasan dan ditambah dengan suasana yang tenang. Ia juga memotivasikan individu tersebut untuk membuat pendakian seterusnya dengan mental yang lebih baik. Yang paling ditekankan adalah ketika mendaki, jangan sesekali meninggalkan sampah dan hanya meninggalkan kenangan dan gambar swafoto untuk dikongsikan bersama.

 

Dihasilkan Oleh

Mohd Faez Aiman

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa dan AsiaCamp team

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Cara Untuk Mengatasi Ketakutan Diri ( Rempuh Halangan )

Cara Untuk Mengatasi Ketakutan Diri ( Rempuh Halangan )

 

Rempuh halangan merupakan satu aktiviti yang menarik. Kenapa saya bercakap sedemikian , Kerana rempuh halangan terdapat pelbagai aktiviti yang menguji mental dan fizikal pada asasnya nampak mudah tetapi belum cuba kita belum tahu di mana kekuatan kita. Antara Halangan yang Dapat memberikan impak kepada seseorang itu Dari situ kita dapat kenal pasti seseorang itu takut kepada ketinggian, ada yang kurang keyakinan diri walhal tidak ada yang mustahil pada yang tidak boleh pada yang boleh. Dari sini dapat membentuk sebuah kumpulan yang boleh mendorong kita untuk bekerja dalam satu Pasukan tanpa berkira antara satu sama lain.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Tips Melaksanakan Aktiviti Outdoor

     TIPS MELAKSANAKAN AKTIVITI OUTDOOR

 

PERKHEMAHAN (CAMPING)

 

Tips yang perlui diikuti supaya perkhemahan anda lebih selamat:

 

  1. Cari lokasi yang bersesuaian sebelum waktu gelap atau malam supaya senang untuk memasang khemah.
  2. Pilih beg tidur yang bersesuaian dan mengikut cuaca keran abeg tidur membantu menutup keseluruhan badan sehingga ke kaki dan menghangatkan badan pada waktu malam serta mudah dilipat.
  3. Bawa bekalan makanan mencukupi dan berbungkus.
  4. Elak dari meninggalkan kesan setiap kali selesai menjalankan aktiviti berkhemah seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu untuk melindunngi alam sekitar untuk generasi yang akan datang. Jangan lupa bersihkan kawasan perkhemahan seperti membuang sampah di tempat sepatutnya. Lebih baik menanam bahan buangan sedalam 15cm hingga 20cm jika tidak terdapat tong sampah. Jangan ambil benda semula jadi da jangan beri makan kepada haiwan.
  5. Pilih pakaian yang bersesuaian, selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang Ingin dilakukan. Sebolehnya pada waktu malam, memakai sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
  6. Elakkan daripada berdekatan dengan hidupan liar dan tumbuhan beracun.
  7. Gunakan kompas atau GPRS untuk mengelakkan diri dari sesat di dalam hutan.
  8. Bawa kit kelengkapan dan juga peralatan penting seperti lampu suluh, pisau kecil, mancis, ubat-ubatan, bekas logam makanan, sarung tangan dan pembalut yang boleh membantu diri sendiri ketika menghadapi kecemasan.
  9. Sentiasa bersihkan diri dengan menjaga kebersihan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah kerana dikhuatri boleh dijangkiti kuman. Elakkan wangian kerana ianya boleh menarik perhatian serangga.

 

 

 

Dihasilkan Oleh

Mohd Nill Hakim

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Bin Mustaffa

 

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Tips Melaksanakan Aktiviti Memanah

Tips melaksanakan aktiviti memanah

 Related image

Tips melaksanakan aktiviti memanah ialah pemain perlu mencari tempat yang luas, selamat dan sesuai untuk dijadikan tempat memanah supaya perkara yang tidak diinginkan tidak berlaku dan mudah untuk para jurulatih mengajarkan teknik  memanah dengan betul. Hal ini penting kerana dengan adanya teknik yang betul dan sempurna  mudah pelajar konsisten dan fokus untuk mendapatkan panahan yang tepat.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

“Apa itu Risiko”

Apa itu risiko ?

 

Apa itu risiko? Risiko sesuatu yang kita lakukan melebihi dari jangkaan kita. Risiko terbahagi kepada dua sudut yang berbeza yang mana boleh mendatangkan nyawa seseorang itu terletak dalam keadaan yang bahaya dan juga boleh jadi juga risiko itu sangat menyeronokkan . Risiko itu perlu ada tetapi harus dalam jumlah yang boleh dikawal. Tanpa risiko kita takkan dapat terokai diri kita dan tidak akan dapat atasi ketakutan yang melanda selama ini . Risiko boleh ditukar dari keburukan kepada sesuatu yang mendatangkan impak yang positif  kepada seseorang .

 

Dihasilkan Oleh,

Farhan

Disusunkan Oleh,

Mohamad Anas Bin Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Kawalan Risiko (4T)

 

 

HASIL DAPATAN DARIPADA KURSUS RISK MANAGEMENT

 

ARTIKEL 1: KAWALAN RISIKO (4T)

 

Kawalan risiko adalah proses dimana organisasi mengurangkan kemungkinan kejadian risiko yang berlaku atau mengurangkan kesan risiko yang perlu berlaku. Cara pilihan untuk menentukan strategi kawalan risiko adalah menggunakan proses 4T.

 

  1. “Transfer”

Memindahkan risiko boleh dicapai melalui penggunaan pelbagai bentuk insurans atau pembayaran kepada pihak ketiga yang bersedia mengambil risiko bagi pihak organisasi.

 

  1. “Tolerate”

Toleransi risiko adalah dimana tiada tindakan diambil untuk mengurangkan risiko. Mungkin kerana kos memulakan pengurangan risiko atau kesan risiko adalah sangat rendah sehingga mereka dianggap dapat diterima oleh perniagaan. Walaupun risiko-risiko ini dapat diterima, mereka harus dipantau kerana perubahan masa depan mungkin tidak lagi dapat diterima.

 

  1. “Treat”

Mengubati risiko adalah cara mengendalikan risiko melalui tindakan yang dapat mengurangi kemungkinan terjadinya risiko atau meminimalkan dampaknya sebelum terjadinya kejadian. Terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan peristiwa apabila ia berlaku.

 

  1. “Terminate”

Menghapuskan risiko adalah cara paling mudah untuk menangani risiko. Ia adalah pendekatan yang paling disukai dimana mungkin dan hanya melibatkan penghapusan risiko. Ini boleh dilakukan dengan mengubah proses atau amalan yang berisiko untuk menghapuskan risiko. Perkara yang sama boleh digunakan semasa menyemak amalan dan proses dalam semua bidang. Sekiranya risiko tidak boleh dielakkan dalam sesuatu aktiviti dan boleh mendatangkan bahaya jika diteruskan maka ianya harus dihapuskan dan bukannya dirawat, bertolak ansur atau memindahkannya.

 

Dihasilkan Oleh,

MOHD NILL HAKIM BIN MOHD FATTAH

Disusunkan Oleh,

Mohamad Anas Bin Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Risk Management

Risk Management

Risk is the potential to lose something of value, which could be physical (such as mobility from broken bones), mental (such as psychological stability), social (such as confidence through disgrace), or financial (such as loss of or damage to possessions).

The presence of risk creates uncertainty – taking a risk involves the possibility of negative outcomes. Outdoor activities described as ‘adventure’ activities are usually considered so because information concerning conditions to be encountered may be missing, vague or unknown.

Participants take a risk, because they do not know for certain that they will end the adventure safe and unharmed, with all their possessions and confidence intact.

Management is term AsiaCamp used as an anchoring to define that the risk cannot be eliminates. It can be controlled by knowing the source of the risk. Please check our article, we has elaborate the source of risk. In order to control the risk, the practitioner need to fluence with type of risk.

Types of risk

There are two types of risk:

Real (or Objective) Risk

  • The amount of risk which actually exists at a given moment in time. In outdoor situations, real and perceived risk are generally of greater importance than absolute risk in assisting with the management of risk.

 

Perceived (or Subjective) Risk

  • Any individual’s subjective assessment of the real risk present at any time. For example, the parents of a teenager on a youth-group trip may have a quite different perception of the risk to that of the teenager, which may be different again from the trip leader’s perception. As leader, you should help the individuals in your care arrive at a realistic perception of the risk for the activity you are leading. However, you must also realise that their perception of the risk may be quite different from yours.

 

Made by

Mizan

Arranged by

Mohamad Anas Bin Mustaffa and AsiaCamp team

Click here for next article>>

The Risk Analysis and Management System

The Risk Analysis and Management System(The RAMS)

The Risk Analysis and Management System (RAMS) was developed by Grant Davidson in 1987. This system is a useful method to ensure that nothing important is missed out in risk management. It help you in organizing your thought into important part before an activity and be a guideline and staff training requirement for several people that planning the same activity. RAMS helps people to identify common clear objectives and strategies as well as sort out individual responsibilities.

In addition, RAMS also gives an effectives evaluation tool for an activity by identifying the key areas that need improvements with appropriate way to achieve them.

People, Equipment and Environment.

            There are several priority areas in RAMS which is People, Equipment and Environment. The priority areas then divided into stages ;

  • Risk Identification
  • List of potential risk and causal factor in each area.
  • Risk Management
  • Strategies in managing the risk
  • Coping with Emergencies
  • Back-up that are necessary to overcome risk.

How To Use The RAMS

  1. Identifying the risk you are hoping to avoid
    • This stage, we need to explore firs by doing site visit to the place of activity. We need to used avatar for this process. Avatar means, you need to act and thinks like a participants and consider this event:
      • What will happen to ourself if we reach all angle of the place?
      • What will happen to ourself during each time of activity?
  2. For each risk identified, list the causal factors which could lead up to it under the headings
    • (People, Equipment and Environment).
      • Kindly refer all the three factor to our article. We has elaborate this.
  3. Work out strategies which will reduce the risk to an acceptable level.
  4. Create a plan for coping with identifies risk.

Made By

Abdul Mubin

Arranged By

Mohamad Anas Bin Mustaffa and AsiaCamp team

 

Click here for next article>>

Cara Mengenalpasti Risiko

Cara Mengenalpasti Risiko

Risiko ialah sesuatu perkara yang mendatangkan musibah atau bahaya bagi seseorang tetapi di dalam dunia rekreasi sesuatu risiko adalah perkara yang menyeronokkan. Ini kerana, semakin besar risiko, semakin mencabar aktiviti tersebut. Besar dan kecilnya risiko tersebut adalah bergantung kepada peserta. Ini disebabkan pengalaman lama mereka seperti trauma, kemalangan atau percubaan pertama.

Walaubagaimanapun, risiko yang lebih besar pastilah diuruskan dengan lebih baik. Risiko ini diuruskan melalui penggunaan peralatan yang menepati ciri-ciri keselamatan. ia juga diuruskan melalui pelan alternatif seandainya rancangan awal tidak menjadi.

Mengenalpasti risiko merupakan proses untuk memahami hasil yang kurang memuaskan yang mungkin dihasilkan oleh sesuatu aktiviti bagi dunia rekreasi.

Kaedah Mengenalpasti Risiko

Berikut merupakan beberapa kaedah mengenalpasti risiko dan teknik iaitu :

  1. Brainstorming
    • Pengendali aktiviti dan peserta menjalankan perbincangan tentang sumber-sumber risiko yang ada di tempat aktiviti. Kemudian, mereka boleh mengurus risiko tersebut dengan menggunakan peralatan yang tepat dan selamat.
  2. Teknik Delphi
  3. Temubual
  4. Analisa SWOT

Pengurusan risiko telah menjadi satu kesedaran dalam bidag pengurusan tetapi ianya tidak diberi kefahaman yang meluas mengenai bila, bagaimana, dimana, dan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan. Ini bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa. Ini bertujuan supaya aktiviti boleh dijalankan dengan selamat dari segi fizikal dan mental.

Sebenarnya pengurusan risiko memberi faedah yang begitu besar dalam mngawal pembaziran dan juga mengurangkan kos. Itulah pentingnya, pengurusan risiko yang tepat dan berterusan.

Terdapat juga pengurusan risiko diperkenalkan pada peringkat permulaan projek atau program tapi mula dipinggirkan pada peringkat seterusnya.

Pengurusan risiko merupakan amalan memilih pendekatan kos efektif secara sistematik mudah bagi mengurangkan kesan berlakunya musibah atau bahayanya kepada sesuatu aktiviti. Kesemua risiko tidak boleh dielakkan sepenuhnya atau dikurangkan secara ringkasnya kerana disetiap aktiviti rekreasi mempunyai risiko tetapi dengan daya pemikiran orang sekeliling untuk merasai perkara yang extreme istilah bahaya dilupakan untuk mencari keseronokkan

 

Dihasilkan Oleh

Wan

Disusunkan Oleh

Mohamad Anas Bin Mustaffa dan pasukan AsiaCamp

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>