Artical, Team Building

Cara Mengenalpasti Risiko

Cara Mengenalpasti Risiko

Risiko ialah sesuatu perkara yang mendatangkan musibah atau bahaya bagi seseorang tetapi di dalam dunia rekreasi sesuatu risiko adalah perkara yang menyeronokkan. Ini kerana, semakin besar risiko, semakin mencabar aktiviti tersebut. Besar dan kecilnya risiko tersebut adalah bergantung kepada peserta. Ini disebabkan pengalaman lama mereka seperti trauma, kemalangan atau percubaan pertama.

Walaubagaimanapun, risiko yang lebih besar pastilah diuruskan dengan lebih baik. Risiko ini diuruskan melalui penggunaan peralatan yang menepati ciri-ciri keselamatan. ia juga diuruskan melalui pelan alternatif seandainya rancangan awal tidak menjadi.

Mengenalpasti risiko merupakan proses untuk memahami hasil yang kurang memuaskan yang mungkin dihasilkan oleh sesuatu aktiviti bagi dunia rekreasi.

Kaedah Mengenalpasti Risiko

Berikut merupakan beberapa kaedah mengenalpasti risiko dan teknik iaitu :

  1. Brainstorming
    • Pengendali aktiviti dan peserta menjalankan perbincangan tentang sumber-sumber risiko yang ada di tempat aktiviti. Kemudian, mereka boleh mengurus risiko tersebut dengan menggunakan peralatan yang tepat dan selamat.
  2. Teknik Delphi
  3. Temubual
  4. Analisa SWOT

Pengurusan risiko telah menjadi satu kesedaran dalam bidag pengurusan tetapi ianya tidak diberi kefahaman yang meluas mengenai bila, bagaimana, dimana, dan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan. Ini bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa. Ini bertujuan supaya aktiviti boleh dijalankan dengan selamat dari segi fizikal dan mental.

Sebenarnya pengurusan risiko memberi faedah yang begitu besar dalam mngawal pembaziran dan juga mengurangkan kos. Itulah pentingnya, pengurusan risiko yang tepat dan berterusan.

Terdapat juga pengurusan risiko diperkenalkan pada peringkat permulaan projek atau program tapi mula dipinggirkan pada peringkat seterusnya.

Pengurusan risiko merupakan amalan memilih pendekatan kos efektif secara sistematik mudah bagi mengurangkan kesan berlakunya musibah atau bahayanya kepada sesuatu aktiviti. Kesemua risiko tidak boleh dielakkan sepenuhnya atau dikurangkan secara ringkasnya kerana disetiap aktiviti rekreasi mempunyai risiko tetapi dengan daya pemikiran orang sekeliling untuk merasai perkara yang extreme istilah bahaya dilupakan untuk mencari keseronokkan

 

Dihasilkan Oleh

Wan

Disusunkan Oleh

Mohamad Anas Bin Mustaffa dan pasukan AsiaCamp

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *