Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

TIPS MENYAMPAIKAN UCAPAN YANG BAIK BAGI PEMIMPIN

Menyampaikan ucapan yang baik adalah salah satu tugas pemimpin sama ada ucapan tersebut disampaikan kepada orang awam atau anak buahnya di tempat yang tertutup atau di khalayak ramai. Menyampaikan ucapan adalah salah satu kemahiran yang perlu ada bagi setiap pemimpin. Satu kajian peringkat kebangsaan yang pernah dibuat di Amerika Syarikat mendapati ketakutan nombor satu di kalangan rakyatnya adalah ketika berucap di khalayak ramai. Gejalan takut berucap ini juga dikenali sebagai “takut mikrofon”.

Perasaan takut berucap adalah perkara normal yang dilalui oleh semua individu terutama ketika kali pertama ia perlu dilaksanakan. Justeru, pemimpin perlulah bersedia untuk menyampaikan ucapan yang baik dengan memberi penekanan kepada beberapa faktor penting seperti bersedia dan berlatih secukupnya.

Sebelum ucapan tersebut perlu disampaikan, semua bahan-bahan yang berkaitan seperti teks dan gambar jika perlu hendaklah disediakan lebih awal bagi mengelakkan kepincangan. Jangan berlatih hanya menghafal di kepala sahaja, malah sebaiknya latihan yang baik adalah mempratikkan ucapan melalui mulut dengan gaya yang betul di hadapan cermin atau orang-orang yang rapat. Scenario yang sama dilakukan oleh para penyanyi semasa mereka berlatih adalah mereka akan menyanyi terlebih dahulu dan membuat pembetulan pada masa itu juga. Maka, dengan cara ini mereka lebih bersedia apabila tiba waktu.

Menyampaikan ucapan yang baik juga berkait rapat dengan pemilihan topik yang sesuai sehala dengan tujuan ucapan tersebut perlu disampaikan. Sebagai contoh pemilihan topik yang berkait rapat dengan isu semasa akan dapat menarik perhatian para pendengar sekaligus melibatkan interaksi dua hala semasa ucapan disampaikan.

Selain itu, ucapan yang dipilih juga hendaklah dirumuskan di pengakhiran ucapan. Rumusan tersebut pula hendaklah satu jenis rumusan yang mudah difahami dan paling penting diingati. Sebagai contoh pada akhir ucapan, kata-kata motivasi daripada para tokoh ilmuwan akan menjadi ingatan kepada semua pendengar dan ia sangat sesuai dipilih sebagai satu gaya yang bijak untuk mengakhiri mana-mana ucapan. Justeru, dengan tips di atas, maka para pemimpin akan dapat memberikan ucapan yang baik dan berguna kepada para pendengar.

 

Bukan beban yang memberatkan kita, sebaliknya cara kita membawanya – Lou Holtz

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *