Artical, Camp, clients, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

ETIKA KOMUNIKASI – APA YANG PERLU DAN TIDAK PERLU DILAKUKAN

Etika komunikasi perlu bagi memastikan seseorang individu itu disenangi oleh semua pihak sekaligus memudahkan sesebuah pasukan atau kumpulan mengatur cara kerja. Adalah penting bagi setiap ahli kumpulan untuk memahami dan berpegang teguh kepada adab-adab komunikasi. Dengan memelihara etika dan adab, individu tersebut akan lebih disenangi dan dihormati tidak kira dari pihak pasukan mahupun lawan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dijauhi dalam memastikan adab semasa komunikasi dipatuhi. Yang pertama adalah dilarang sama sekali seseorang itu semasa memberikan ucapan memburuk-burukkan pihak lawan. Perbuatan ini akan mencerminkan keperibadian yang tidak bagus kepada individu tersebut terutama bagi pemimpin pasukan.

Etika komunikasi juga menghalang individu menggunakan bahasa kiasan atau sindiran semasa menyampaikan ucapan atau berkomunikasi secara lansung. Selain itu, perbuatan seperti sengajaja menggunakan hujah-hujah am yang tidak terbukti kebenarannya atau membuat tafsiran sendiri juga adalah sangat dilarang semasa komunikasi. Sebagai contoh, seseorang yang sering mengucapkan “kalau tidak begitu, mestilah begini” adalah sangat dilarang dalam konteks memelihara adab komunikasi.

Apa yang harus dilakukan sekiranya seseorang itu berkomunikasi tidak kira sama ada berhadapan dengan pihak lawan mahupun pasukan sendiri adalah yang pertama bersikap jujur. Percakapan yang tidak jujur akan menjejaskan kepercayaan dan memburukkan imej individu itu sendiri dan bercanggah dengan etika komunikasi yang baik.

Sekiranya ada maklumat yang perlu disampaikan, maka sampaikan dengan tepat dan tidak memutar belit fakta. Ini kerana, gambaran yang salah akan memberikan tanggapan yang salah kepada ahli pasukan dan sekaligus menjejaskan semangat teambuilding dalam pasukan.

Bagi ahli pasukan pula, adalah dilarang sama sekali untuk mengumpat atau bergosip tentang ahli yang lain dalam memastikan adab berkomunikasi dapat dipelihara. Ini kerana, perbuatan bergosip dan mengumpat ini kebiasaannya pada awalnya tidak kelihatan serius akan menjejaskan keharmonian pasukan, namun ibarat kata pepatah, api yang kecil jika disimbah minyak mampu membakar rumah. Begitu jugalah halnya dengan semangat teambuilding yang akan terjejas dengan perbuatan mengumpat dan bergosip ini di mana lanjutan dari perbuatan tersebut akan mengakibatkan perselisihan faham dan pergaduhan.

Mereka yang berhenti melakukan sesuatu untuk menjadi lebih baik adalah mereka yang berhenti untuk menjadi lebih baik – Oliver Cromwell

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *