Kemahiran Berbudi Bahasa
Kebolehan menggunakan kata panggilan yang betul dan sopan dalam komunikasi.
“Apa guna berkain batik, kalau tidak berbaju kasa, apa guna memang cantik, kalau tidak berbudi bahasa.”
3 Kelebihan Berbudi Bahasa
1. Disenangi rakan-rakan
Anak-anak yang diajarkan dengan budi bahasa akan disenangi dan disayangi rakan-rakan kerana pertuturan mereka yang baik.
2. Imej
Pelajar yang berbudi bahasa sentiasa mempunyai imej yang baik di kalangan rakan-rakan sekolah. Malah akan menjadi contoh bagi pelajar lain.
3. Berhemah
Kanak-kanak yang diajar dengan budi bahasa lebih berhemah ketika berkata-kata. Orang sekeliling juga akan menghormati mereka.
12 Kemahiran Berbudi Bahasa Yang Perlu Diterapkan Dalam Diri
1. Menjawab salam dan memberi salam dengan semangat
Ajar anak untuk memberi salam ketika bertemu dengan orang ramai yang beragama Islam dan menjawab dengan jelas untuk menunjukkan mereka memberi perhatian.
2. Menghargai orang sedang bercakap
Anak-anak yang diajar dengan budi bahasa tidak akan menyampuk cakap orang lain, dan menghargai nasihat atau tunjuk ajar yang diberikan rakan-rakan, guru dan orang lebih dewasa.
3. Memperkenalkan diri kepada orang yang baru berjumpa
Adab berjumpa orang baru adalah dengan memperkenalkan diri kepada mereka, seperti guru ataupun rakan-rakan.
4. Mengetuk pintu
Anak-anak perlu diajar dengan adab mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik guru.
5. Memuji kawan-kawan
Cuba ajar anak-anak untuk tidak lokek memberi pujian kepada kawan-kawan sekiranya ada yang berjaya dalam sesuatu pertanding atau cemerlang dalam pelajaran.
Hal ini juga boleh mengelakkan rasa iri hati anak-anak.
6. Hormat menghormati
Anak-anak perlu diterapkan dengan adab menghormati antara satu sama lain. Hal ini termasuklah menghormati rakan-rakan sekolah jika ada yang tidak mahu berkongsi barang peribadi dengan orang lain.
7. Tolong-menolong
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya sentiasa menghulurkan tangan sekiranya ada orang yang memerlukan terutama rakan-rakan di sekolah.
8. Ikhlas
Ajar anak untuk menolong rakan-rakan atau guru dengan ikhlas tanpa mengharapkan upah dan balasan.
9. Tidak sombong
Jangan biarkan anak bersikap sombong dengan orang lain. Ajar mereka untuk bermesra dan bertolak ansur dengan rakan-rakan dan orang sekeliling.
10. Adil dan saksama
Terapkan kepada diri anak-anak untuk melayan semua orang dengan baik, jangan pilih kasih dan menghina mereka yang mempunyai kekurangan diri.
11. Mendengar kata
Perbuatan mengeluh boleh dianggap tidak baik dan biadap terutama dilakukan ketika guru atau ibu bapa meminta tolong anak-anak melakukannya.
Ajar anak-anak untuk tidak mengeluh dan menuruti arahan yang diminta.
12. Tidak mementingkan diri sendiri
Anak-anak perlu diajar supaya sentiasa bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri apabila melakukan sesuatu.
Semangat kekitaan perlu diterapkan kepada anak-anak melalui aktiviti berkumpulan dan sebagainya.



Menetapkan masa anak-anak menggunakan smartphone dapat membantu ketagihan gajet melampau. Ada pakar menyarankan anak-anak hanya boleh menggunakan smartphone dalam tempoh masa 30 minit hingga dua jam sahaja setiap hari. Ibu bapa boleh menggunakan tetapan masa di smartphone atau mengingatkan anak tentang waktu penggunaan peranti itu setiap hari.
Anak-anak menggunakan smartphone kerana ketagih untuk bermain permainan video di aplikasi atau menonton video di media sosial. Anda boleh cuba membuang semua aplikasi sosial untuk mengurangkan ketagihan anak-anak. Jangan lupa tetapkan juga kata kunci di smartphone anda.
Anak-anak memerlukan kasih sayang dari seorang ibu dan bapa. Curahan kasih sayang yang mencukupi untuk anak-anak dapat mendidik jiwa mereka sentiasa tenang. Kasih sayang boleh ditunjukkan dengan memberi perhatian kepada anak-anak seperti mendengar cerita mereka dengan penuh minat dan menjawab setiap soalan yang diajukan secara berhemah. Sesekali mengelus rambut mereka ketika menonton televisyen juga sudah cukup membuatkan anak-anak merasai kasih sayang ibu bapa mereka.
Anak-anak perlu diajar adab ketika menikmati makanan dengan betul. Hal ini, akan memudahkan anda ketika ingin keluar makan di luar bersama keluarga. Ketika di meja makan, anak perlu fokus kepada makanan dan tidak boleh menggunakan smartphone dan bergurau senda berlebihan. Anak-anak juga boleh diajar menggunakan set kutleri dengan betul.
Aktiviti memasak bersama anak boleh menjadi pengalaman mengujakan bagi mereka. Pilih menu yang mudah dan ringkas untuk mengelakkan pembaziran dan kecederaan kepada anak-anak ketika berada di dapur. Contohnya membuat kek cawan mini. Bahan untuk membuat kek cawan mudah diperolehi di mana-mana kedai serbaneka. Cara penghasilannya juga ringkas namun sudah cukup untuk meningkatkan daya kreativiti mereka.
Inilah masa yang dinantikan untuk anak-anak mengenal keindahan alam, melihat haiwan dan tumbuhan dengan lebih dekat. Banyak tempat-tempat menarik yang menyediakan pakej ini seperti mengunjungi zoo, taman rekreasi air terjun, pantai atau taman botani. Di kawasan sebegini anak-anak lebih bebas untuk berinteraksi dengan flora dan fauna. Jika taman rekreasi air terjun yang menjadi pilihan, anak-anak boleh melakukan aktiviti mandi sungai, jungle trekking, berkhemah, berkelah dan mengamati kehijauan serta bunyi sahutan unggas. Pengalaman sebegini akan menambah pengalaman mereka dan melegakan tekanan anak-anak termasuk ibu bapa.