Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

MEMBINA KREDIBILITI PEMIMPIN DI ASIA CAMP

Kredibiliti bagi pemimpin adalah satu sifat yang boleh dipercayai, di mana seseorang yang kredibel ialah seorang yang boleh dipercayai baik daripada kata-katanya mahupun tingkah lakunya. Seseorang itu dapat melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai pemimpin selagi beliau memiliki kredibiliti yang tinggi di mata para pengikutnya. Oleh yang demikian, kredibiliti adalah salah satu ciri yang sangat penting untuk membolehkan hujah seseorang ketua itu dipercayai.

Terdapat beberapa komponen penting dalam membentuk kredibiliti bagi setiap ketua pasukan atau pemimpin. Yang pertama seorang ketua perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang tinggi sebelum memimpin sesebuah pasukan. Yang kedua pula adalah kredibiliti bagi pemimpin dibina berasaskan penampilan, rupa paras dan air muka. Yang ketiga adalah niat dan ketulusan pemimpin dalam meneraju pasukannya.

Seseorang pemimpin memerlukan kredibiliti kukuh bagi membolehkan ahli pasukannya percaya dan yakin kepada beliau dan tidak merasa ragu-ragu akan kebolehannya untuk mengetuai pasukan atau jabatan Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang menaruh kepercayaan kepada sang pemimpin. Salah satu faktor adalah menerusi gerak-geri dan cara pertuturan. Selain daripada itu seorang pemimpin atau ketua harus tahu membuat kerja. Ini kerana, komponen di atas akan mempengaruhi kredibiliti beliau. Secara logiknya, tiada anak buah yang akan menghormati seseorang ketua yang tidak tahu membuat kerja.

Kredibiliti bagi pemimpin juga bergantung kepada tahap kepakaran dalam sesebuah bidang yang diketuai. Kepakaran tersebut juga dapat dibuktikan dengan rekod-rekod kejayaan yang pernah dicapai bagi sang pemimpin untuk mengukuhkan lagi kredibiliti tersebut.

 

Sebagai contoh, seorang doktor pakar di mana-mana hospital tentu sahaja menjadi tempat rujukan utama bagi para doktor housement. Bagi bidang pereka fesyen pula contohnya, seseorang yang pakar pasti akan tahu membezakan warna pakaian yang sesuai bagi setiap individu. Semua perkara di atas adalah penting bagi pemimpin supaya dia dapat mempengaruhi dan memperolehi kepercayaan anak buahnya.

 

Dalam seni selok-belok mempengaruhi orang lain, yang paling penting adalah siapa diri kita, dan selepas itu bagaimana kita menyampaikan maksud kita, akhirnya barulah apa yang kita katakan – Winston Churchill

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *